ARABELLA

By dewihera_

114K 9.7K 1.3K

Hanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupny... More

𝟏.
𝟐.
𝟑.
𝟒.
𝟓.
𝟔.
𝟕.
𝟖.
𝟗.
𝟏𝟎.
𝟏𝟏.
𝟏𝟐.
𝟏𝟒.
𝟏𝟓.
𝟏𝟔.
𝟏𝟕.
𝟏𝟖.
𝟏𝟗.
𝟐𝟎.
𝟐𝟏.
𝟐𝟐.
𝟐𝟑.
𝟐𝟒.
𝟐𝟓.
𝟐𝟔.
𝟐𝟕.
𝟐𝟖.
𝟐𝟗.
𝟑𝟎.
𝟑𝟏.
𝟑𝟐.
𝟑𝟑.
𝟑𝟒.

𝟏𝟑.

2.6K 249 48
By dewihera_

BRANULA di tangannya direnung. Air mata yang masih mengalir, dikesat dengan belakang tangan berkali-kali. Dadanya benar-benar sakit kerana menahan rasa yang terasa semakin memberat. Kalaulah dia boleh lepaskan segala-galanya dan menjerit memberitahu dunia betapa terseksanya dia sekarang.

Pak!

"Pakai tu, kejap lagi Hayden datang." Arah Amelia kemudian kembali menutup pintu bilik wad itu. Arabella memandang beg alat solek yang dibaling oleh ibunya tadi. Perlahan-lahan tangannya mengeluarkan bedak dan concealer.

Lebam pada pipi dan luka pada hujung bibirnya ditutup dengan alatan solek itu. Pantulan wajah pucat pada cermin kecil itu dilihat, sebelum semua barangan solek kembali disimpan dan diletakkan di dalam laci di sebelahnya.

Klak!

Pintu wad terbuka. Arabella mengangkat wajah dan pandangannya serta merta bertembung dengan mata Hayden yang sedang merenungnya tajam.

"Hayden—"

"Saya tak tahu yang awak boleh jadi sekejam ni, Bella." Pintas Hayden dengan rahang yang diketap rapat. Arabella terkedu. Wajah bengis Hayden dipandang dengan mata yang berkaca. "Sanggup awak bunuh anak awak sendiri. Anak yang tak ada dosa. Sanggup awak, kan?!"

"Hayden, saya tak—bukan saya—"

"Mama pun tak percaya yang Love sanggup buat macam ni. Mama tahu, Love benci Adam tapi mama tak sangka, yang Love akan bunuh anak Love sendiri. Terkejut mama bila nampak Love berdarah, terbaring dengan pil berterabur dekat lantai." Sampuk Amelia yang tiba-tiba muncul dengan tisu dan pipi yang basah. Mata Arabella mengecil. Dia menggeleng laju.

"Ke, sebab Love nak terus jadi model? Love nak jaga badan? Sebab tu Love gugurkan kandungan Love, kan? Betul tak apa yang mama cakap ni?" Amelia meneruskan lakonannya. Arabella merenung ibunya tidak percaya dan pandangan teralih pula kepada Hayden yang sedang menatapnya.

Hayden menggenggam erat buku lima. Dia sedih, kecewa dan marah. "Saya terima awak, Bella. Saya terima anak awak walaupun dia bukan darah daging saya, tapi saya tetap terima. Saya jaga awak, saya jaga anak awak. Apa lagi yang tak cukup? Awak cakap, awak tak nak jadi model tapi kenapa awak nak gugurkan anak awak?! Awak taksub sangat nak jadi terkenal?! Awak suka orang puja awak sampai awak sanggup bunuh anak awak yang belum kenal dunia tu lagi?! Awak hipokrit, Bella!"

Dia tertawa sakit bersama dengan air mata yang bergenang. Kepala terus ditundukkan ke bawah. Kenapa ketika dia mula sayangkan seseorang, mereka akan mengambil kesempatan untuk mengkhianatinya? Kenapa?

Arabella mengeluarkan tangannya, cuba menggapai tangan Hayden tetapi lelaki itu pantas mengelak.

"Hayden..."

Hayden mengangkat wajah. Dadanya berombak. Wajah sayu Arabella direnung dengan penuh rasa benci.  

"Kenapa awak tak mati sekali je dengan anak awak tu? Lagi bagus." Tuturnya mendatar kemudian berlalu keluar dari wad itu. Amelia tersenyum kemenangan. Tisu di tangannya direnyukkan dan dicampak ke arah Arabella lalu mengikut langkah Hayden.

Arabella terbungkam selepas mendengar bicara Hayden. Selimut digenggam kuat. Satu per satu butir air matanya jatuh dan akhirnya tangisannya pecah di situ. Branula di tangan ditarik kasar kemudian dibaling ke lantai.

"Kenapa...kenapa semua orang benci Love...kenapa?"

Kedua-dua tangan menekup muka sebelum esakannya perlahan-lahan berhenti. Tubuhnya disandarkan pada kepala katil. Wajahnya tiada riak. Seperti tiada apa-apa yang berlaku, selimut ditarik sehingga ke pinggang dan dikemaskan lalu dinding di hadapan direnung. Tatapannya kosong. Terlalu kosong.

Lambat-lambat pandangannya dialihkan pada pisau kecil yang terletak di atas meja di sebelahnya bersama-sama dengan sebakul buah-buahan. Senyuman kecil terukir. Pisau itu dicapai.

Tanpa berfikir,

Zzass!

Darah menitik dari lengan, mewarnai selimut putih yang membaluti tubuhnya. Arabella meletakkan lagi mata pisau di lengannya.

"Arabella! No!"

Pisau segera dirampas oleh Doktor Noah yang baru melangkah masuk dan luka pada lengan Arabella segera ditekap dengan tangannya, dengan sebelah tangan lagi mencapai kit kecemasan. Doktor Noah memandang wajah pucat Arabella. "Arabella...awak dah janji..." Bisik Doktor Noah sambil mencuci luka panjang di tangan wanita itu dan membalutinya.

Arabella cuma merenung kosong Doktor Noah.

"Sorry." Ucapnya perlahan.

"You promised me, Arabella..." Doktor Noah mengangkat wajah menatap Arabella. Matanya berkaca. "You promised me..."

"And I'm sorry." Ucap Arabella sekali lagi. Tangannya mencapai tangan Doktor Noah yang sudah comot dengan darahnya kemudian tisu diambil, membersihkan tangan lelaki itu. Doktor Noah diam, memerhati Arabella.

"Saya tak sentiasa ada dengan awak, tolong jangan buat macam ni. Awak dah janji, Arabella." Lembut Doktor Noah bersuara sambil sebelah tangannya mengusap lengan Arabella yang sudah dibalut rapi.

"Saya cuma nak...lari." Balas Arabella perlahan. Doktor Noah tersenyum pahit. Tubuh Arabella ditarik ke dalam dakapan kerana ini sahaja yang wanita itu benar-benar perlukan sekarang. Semangat dan perhatian.

Arabella yang pada mulanya kaget, membalas dakapan itu erat pada akhirnya. Wajahnya disebamkan pada bahu Doktor Noah. Matanya terpejam rapat saat berada di dalam pelukan hangat itu. Dia rasa tenang.

Satu pelukan lebih baik daripada 24 garis pada lengannya. Hanya ini yang dia perlukan selama ini. Satu pelukan. Cuma itu dan segala masalahnya terasa ringan.


































































ARABELLA memerhati Ace yang sedang mengemas barangnya di dalam bagasi. Pintu wad dipandang. "Hayden, tak datang?" Soal Arabella perlahan. Ace mendongak. Dia tersenyum hambar dan menggeleng. Arabella mengangguk faham.

"Dia sibuk?" Tanya wanita itu lagi.

Ace menggaru belakang leher. Macam mana dia mahu katakan bahawa angin majikannya itu tidak baik berpunca daripada Arabella. Sehingga dia yang mahu membela Arabella pun, terpalit sama disalahkan. Sekarang, dia sudah mengalah. Bersuara pun dia tidak mampu lagi. Hayden kalau datang amukannya, burung pun tak berani hinggap di kawasan rumah lelaki itu.

Arabella yang melihat Ace mula serba salah itu terus mendiamkan diri. Dia faham. Dia faham bahawa Hayden semakin bencikan dia. Lengan baju kemeja Ace ditarik perlahan. Ace mengangkat kening.

"Awak bencikan saya juga?"

Ace terkedu mendengar soalan tiba-tiba itu. Wajah polos Arabella ditatap lama. "Kenapa saya nak bencikan puan pula?" Soal Ace semula. Arabella mengangkat bahu. Dia juga punya soalan yang sama seperti Ace.

Kenapa semua orang mahu bencikan dia?

"Kalau awak bencikan saya, saya cuma nak tahu sebab." Balas Arabella membuatkan wajah Ace berkerut.

"Tapi saya tak bencikan puan."

Arabella tersenyum manis. Dia tertawa halus. "Terima kasih, Ace. Jom, balik." Arabella turun dari katil sambil menyentuh perutnya yang masih terasa sakit. Sakit kerana keguguran satu hal, sakit kerana lebam selepas ditumbuk oleh ibunya satu hal juga. Dia jalan pun sedikit menunduk.

Ace yang melihat Arabella yang terbongkok-bongkok berjalan, segera mendapatkan kerusi roda. "Puan, duduk sini. Biar saya yang tolak." Ace menepuk tempat duduk pada kerusi roda itu. Arabella mengambil tempat di situ dan membiarkan Ace menolaknya dari belakang.

"Jom, lumba dengan pak cik tu." Arabella menunding ke arah seorang lelaki yang juga berada di atas kerusi roda. Ace tergelak suka mendengar gurauan Arabella. Arabella turut tertawa sama.

Memandang wajah Arabella yang sedang tersenyum lebar, sekali lagi, membuatkan Ace terfikir. Kenapa dia mahu bencikan wanita seperti Arabella pula?

"Ace, semalam saya nampak ada taman dekat hospital ni. Boleh bawa saya jalan-jalan dekat sana?"

Lamunan Ace terhenti. Dia menunduk, memandang Arabella yang sedang mendongak ke arahnya. Dia mengangguk laju dan mengatur langkah menuju ke taman yang terletak di belakang hospital. Ace berhenti menolak Arabella dan duduk di bangku sementara wanita itu bermain dengan bunga daisi di sebelahnya.

Arabella memetik sekuntum bunga daisi dan selitkan pada rambutnya kemudian sekuntum lagi dipetik lalu diberikan kepada Ace. "Ni untuk awak." Ace tersenyum dan mengambil bunga daisi dari tangan Arabella.

Ketika Arabella mengalihkan pandangannya ke arah lain, telefon bimbit dikeluarkan dan gambar Arabella diambil diam-diam. Ace melihat semula gambar Arabella yang diambil tadi. Senyumannya melebar.

Love Arabella, she's too good to be true.

"Puan Love." Seru Ace. Arabella menoleh.

"Ya?"

"Kalau puan perlukan apa-apa, saya ada." Tutur Ace bersama segaris senyuman. Arabella ikut sama tersenyum. Bunga daisi di tangan Ace diambil semula kemudian menyelitkan pula bunga itu di antara telinga Ace. Ace cuma membiarkan.

Pandangan Ace teralih ke arah lengan Arabella yang berbalut semasa dia meregangkan tangan untuk meletakkan bunga daisi itu. Wajah Arabella yang lebam serta luka pada pipi dan hujung bibir wanita itu direnung.

"Comel." Arabella tertawa kecil ketika melihat Ace bersama dengan bunga di telinganya. Ace tersenyum hambar. Daisi yang berada di telinganya disentuh.

"Bagi ni dekat Hayden." Arabella menghulurkan sekuntum lagi bunga daisi kepada Ace. Ace mengangguk dan meletakkan bunga daisi tadi ke dalam poket bajunya dengan penuh berhati-hati.











































































































"UBAT ni, Love ambil selepas makan, ya?" Pesan Ibu Lily sambil meletakkan beberapa biji ubat di hadapan Arabella sebelum kembali membuat kerjanya. Arabella mengangguk dan mula menelan ubat-ubat itu kemudian dia berlalu naik ke atas. Tujuannya ingin mencari Hayden. Dia melangkah perlahan-lahan sambil sebelah tangan, menyentuh dinding untuk menyokong tubuhnya yang masih lemah.

"Hayden? Hayden, awak ada dekat dalam? Hayden?"

Tangannya mengetuk pintu bilik Hayden beberapa kali. Selepas beberapa saat, pintu terbuka dan figura Ace muncul. Arabella menjengukkan kepalanya untuk mencari Hayden di sebalik celahan pintu yang terbuka semasa Ace keluar. Matanya membulat ketika melihat suasana bilik itu yang bersepah dan lantai yang penuh dengan benda pecah.

"Hayden..."

Ace segera menutup rapat pintu bilik majikannya. Dia mengukir senyuman kekok. "Puan, puan dah makan ubat? Puan nak rehat tak? Jom, saya hantar puan ke bilik." Ace menolak tubuh Arabella supaya menjauhi bilik Hayden.

Prang!

Arabella dan Ace serentak memandang ke arah pintu bilik Hayden, selepas mendengar sesuatu yang dibaling kuat ke arah pintu itu. Arabella mahu mendekat semula dan tangannya sudah menyentuh tombol pintu itu tetapi segera dihalang oleh Ace.

"He's a monster when he's upset. Jangan datang dekat dengan Tuan Hayden untuk satu minggu ni. He could be really dangerous." Bisik Ace memberi amaran dan menolak perlahan tubuh Arabella supaya masuk ke biliknya.

"Tapi dia tetap Hayden." Sepasang mata biru itu masih tidak teralih daripada merenung pintu bilik Hayden.

Ace menghela nafas panjang. Itulah masalahnya. Hayden tetap Hayden. Hayden itu masih seorang Hayden yang sedang cuba mengawal masalah barannya, masih seorang Hayden yang cuba lari dari masa lalunya dan masih seorang Hayden yang sukar untuk percayakan orang lain. Seperti Arabella, lelaki itu juga ada kisah yang dia tidak mahu orang lain tahu.

Hanya Ace dan Ibu Lily sahaja yang tahu sisi gelap di sebalik sikap Hayden yang sentiasa terlihat tenang dan dingin. Dan kalau boleh, Ace tidak mahu Arabella atau sesiapa pun terluka kerana sikap Hayden yang satu itu.

"Duduk dalam bilik. Walau apa pun yang puan dengar dekat luar tu, jangan buka pintu. He may hurt you without wanting to." Pesan Ace buat kali terakhir sebelum berlalu keluar dan menutup pintu bilik Arabella.

Arabella melabuhkan duduk di atas katil. Kedua-dua tangannya digenggam erat. Dia tidak senang duduk selagi tidak dapat melihat keadaan Hayden. Bagaimana kalau lelaki itu menyakitkan dirinya sendiri?

Arabella bangun. Tanpa menghiraukan amaran dan pesanan Ace tadi, dia keluar dari bilik dan menuju ke bilik Hayden.

Pintu diketuk dahulu sebelum dibuka. Dia terbatuk kecil saat terhidu bau asap rokok yang semerbak di dalam bilik itu. Kakinya terjingkit-jingkit melangkah masuk, tidak mahu terkena serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai itu.

"Ha—Hayden." Panggil Arabella lembut. Belakang tubuh Hayden yang sedang berdiri di balkoni bilik itu bersama dengan asap rokok yang berkepul-kepul dihembus keluar, ditatap lama. Arabella terus terbatuk kerana bau rokok yang semakin memedihkan dadanya.

"Saya minta maaf...uhuk!" Ucap Arabella diselangi batuk yang semakin kuat. Mulutnya ditekup. Dia berhenti di tengah-tengah bilik Hayden dengan nafas yang tercungap-cungap. Suasana di dalam bilik itu yang berselerak dan dengan bau asap rokok hanya mengingatkan dia kepada Adam.

"Keluar." Arah Hayden mendatar. Rokok terus disedut dan dihembus tanpa mempedulikan Arabella yang masih berdiri di dalam biliknya.

"Awak...oka—"

"Aku cakap keluar! Berambus!" Jerkah Hayden. Rokok di tangannya dicampak kasar ke lantai. Arabella terundur ke belakang saat mendengar tengkingan itu. Hayden berpaling, memandang Arabella. Matanya tajam seperti pemangsa yang akan menerkam wanita itu bila-bila masa sahaja.

"Berambus, Bella!" Nadanya semakin tinggi tetapi Arabella masih tidak bergerak. Dia hanya merenung Hayden dengan pandangan sayu.

"Hayden—"

"Berambuslah!" Hayden tidak dapat menahan sabar lagi. Tangannya mencapai sebotol penyembur rambut dan dibaling ke arah Arabella.

Pak!

"Ah!"

Arabella jatuh terduduk di atas lantai yang penuh dengan kaca itu. Sisi kepalanya yang terkena balingan Hayden disentuh. Sakitnya menjadi dua kali ganda apabila serpihan kaca tercucuk pada tapak tangannya.

Hayden terkedu kerana perbuatannya tadi tetapi dia hanya terpaku di tempatnya tanpa mahu membantu Arabella. Nafasnya turun naik, amarah masih membakar jiwanya dan ego masih setinggi gunung, jadi perkara itu hanya dipandang sebelah mata. Seperti tiada apa-apa yang berlaku, kotak rokok yang baru dikeluarkan.

Ace yang berniat untuk membersihkan bilik Hayden, terkejut apabila melihat Arabella sudah terduduk di lantai dengan sebelah tangan yang berdarah sebaik sahaja pintu bilik itu dibuka.

"Puan Love!" Ace segera mendapatkan Arabella. Dia mengerling ke arah Hayden yang sudah kembali membelakangkan badannya dan sebatang lagi rokok dibakar. Tanpa menghiraukan lelaki itu, dia menggendong tubuh Arabella dan membawa wanita itu masuk ke dalam biliknya semula.

Dengan berhati-hati, Arabella diletakkan di atas katil. Wajah Ace sudah berkerut melihat semakin banyak darah yang keluar dari tangan Arabella.

"Saya call Doktor Deanna kejap."

"Ace, tak apa. Saya boleh buat sendiri." Halang Arabella kemudian dia mencapai kit kecemasan yang berada di bawah katilnya. Ace terkebil-kebil melihat Arabella yang mula mencapai forcep dan mengeluarkan satu per satu kaca dari tapak tangannya. Arabella cuma tenang ketika mengubati lukanya itu tetapi Ace pula yang berdesis sakit, membuatkan Arabella tergelak halus

"Saya dah biasa." Tuturnya sambil melihat Ace yang sudah mengambil alih pembalut dari tangannya dan membantu menyambung balutan pada lukanya itu.

"Maaf, Ace. Saya tak dengar cakap awak tadi." Ucap Arabella perlahan.

Ace tersenyum hambar. "Saya faham, puan risaukan Tuan Hayden tapi lebih baik puan jauhkan diri dulu daripada Tuan Hayden buat sementara waktu ni. Dan saya nak minta maaf bagi pihak tuan, dia tak sengaja nak buat puan macam tu tadi."

Arabella mengangguk. "Tak apa."

"Satu minggu ni puan rehatlah dekat rumah. Saya dah batalkan semua sesi penggambaran. Pasal Tuan Hayden pula...erm...selalunya kalau mood dia macam tu, dia tak akan duduk rumah. Tapi puan jangan risau, lepas puas dia mengamuk nanti, dia akan jadi balik Tuan Hayden yang puan kenal." Ujar Ace kemudian mengemas semula semua ubat, peralatan dan pembalut di dalam kit kecemasan. Arabella hanya diam, tidak membalas.

"Saya nak kemas bilik tuan dulu. Puan rehat, ya?"

Arabella mengangguk lagi. Dia hanya memerhati Ace yang berlalu pergi dan kini perhatian jatuh pada perutnya. Perut yang sudah kosong, diusap perlahan. Sejujurnya, dia tidak pernah ambil kisah tentang kandungannya selama ini kerana ini bukan kali pertama dia mengandung dan juga bukan kali pertama kandungannya digugurkan.

Jadi, hati dan otaknya sudah lali dengan semua rasa sakit itu.

Terlalu lali.

Cuma kali ini berbeza. Sakitnya kembali. Lima kali ganda lebih sakit. Lima kali ganda lebih terluka.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Muka diraup. Arabella terus mencapai buku lukisannya. Dia sudah penat menangis dan meratap, lebih baik dia melukis sesuatu untuk menyibukkan fikirannya. Pensil dicapai dan seperti biasa, Arabella membiarkan tangannya menari bebas bersama dengan mata pensel itu, mencipta karya.

Entah pada jam berapa baru dia dapat menyiapkan seluruh lukisan itu. Apabila pandangan dialihkan ke arah balkoni yang terbuka luas tingkapnya, Arabella terkejut saat memandang suasana di luar sudah berubah gelap. Jam dilihat. Sudah 11 malam rupanya. Segera buku lukisan ditutup dan dia turun dari katil, melangkah ke arah pintu.

Pintu biliknya dibuka dan Arabella melihat pintu bilik Hayden yang tertutup rapat di hadapannya. Celahan di bawah pintu itu direnung. Gelap, bermakna lelaki itu sudah lena.

Tanpa mengingati tentang kejadian petang tadi, Arabella mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik Hayden.

Dengan langkah terjingkit-jingkit, dia mendekati Hayden yang sedang dibuai lena di katil. Langkahnya menjadi perlahan saat matanya jatuh pada wajah Hayden yang berkerut-kerut dan nafasnya pula termengah-mengah seperti sedang mengalami mimpi buruk. Arabella duduk di lantai sambil memerhatikan Hayden dari sisi.

Dia tersentak tatkala melihat air mata yang mengalir di hujung mata lelaki itu. Jari runcingnya segera menyeka air mata itu daripada jatuh ke bantal.

"Mommy, jangan..."

Bisik Hayden yang masih dibuai mimpi dengan suara yang bergetar.

"Jangan pergi..."

"Jangan tinggalkan Hayden..."

Air matanya terus mengalir dan di bawah lena, dia teresak-esak. Arabella di sisi, terus menerus menyeka air mata Hayden tanpa henti. Tangan Hayden yang sedang mencengkam kuat cadar katil digenggam dan diramas lembut.

"Shhh..." Tangan Arabella naik mengusap rambut Hayden pula dengan sebelah lagi tangannya masih menggenggam erat tangan lelaki itu.

Selepas beberapa saat, esakan Hayden semakin reda dan air matanya sudah berhenti mengalir. Nafasnya kembali teratur diganti dengan dengkuran halus. Arabella menjatuhkan kedua-dua tangannya semula. Matanya sayu memandang Hayden.

Dia duduk di situ sambil memeluk lutut dengan mata yang tidak teralih seinci pun daripada Hayden, memastikan tidur lelaki itu tidak terganggu lagi.

Jam 5 pagi, barulah dia bangun dan beredar pergi. Ketika tangannya mahu menyentuh tombol pintu, pergerakannya terhenti apabila matanya menangkap sesuatu yang berada di dalam tong sampah kecil di situ.

Senyuman pahitnya terukir. Badan ditundukkan mencapai bunga daisi yang sudah hancur kelopaknya di dalam tong sampah itu.

Continue Reading

You'll Also Like

688K 39.7K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
38.6K 1.8K 28
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...
38.3K 4.7K 6
Siri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.
943K 30K 68
Fayadh Omar , mempunyai sifat dingin dan tidak suka membuang masa dengan perkara yang baginya tidak berfaedah seperti 'perempuan'. Baginya mempunyai...