COFFEE & TALK!

By _NaniRizal_

7K 641 783

Random post. Tak terikat topik tertentu. Songs, facts, recipes, some bittersweet memories or bebelยฒ biasa๐Ÿ˜œ More

Kenangan
Filem Tamil/Telugu
CINTA
Renungan Terakhir
Messnite
Forgive
Lagu
Wajah Kekasih
Anak Kedua
Camping
Aku Bukan Untukmu
Ayam Kung Pao
Gundah
Qyiam
Lelaki vs Perempuan
Meaningful
Kek Choc Moist
Jika Kau Rasa Getarnya
Ikan Tenggiri Masak Cuka
Something to ponderโค
Kari Udang Harimau
Reward Yourself
Nasi Berempah
Fruits Salad
Saturday
With You
Hajat
Senyuman Ragamu
Geng Sekolah
Quotes
Someone You Loved
Satu Nama Tetap Di Hati
Bubur Berlauk
Penyiasatan Kindaichi
Pergi, Hilang dan Lupakan
Bicara Hati
Harapan
Bila kau kata kau sayang
Balik Kampung
Sepenuh Hati
I'm Missing You
Quotes of the Night
Dessert Puasa
Sutera Kasih
Wantan
I Love You
Senja Nan Merah
Swear It Again
Kau Tetap Kuhajati
Gurauan Berkasih
Haiwan!
The Day You Went Away
Setiaku Di Sini
Tentang Lelaki!
The Hardest
Cinta Terlarang
Warkah Berlagu Pilu
Semakin Benci Semakin Cinta
Malam Semakin Dingin
Kacang
Gadisku Dalam Koma
Tanda
Puding Jagung๐ŸŒฝ
Untukmu Sayang
Aku Bukan Jodohnya
Perlukah Aku Menanti
Halusinasi
Tragedi Cinta
Kisah Yang Salah
Puisi
The Reason
Dil Ne Yeh Kaha Hain Dil se
Haunting
Ku Cari Damai Di Hati

Sleep Debt

101 14 32
By _NaniRizal_

Sumbe cnp: mstar.com.my

TUGAS seorang isteri dan ibu memang tidak pernah selesai apatah lagi bagi mereka yang mempunyai kerjaya dan perlu menguruskan rumah tangga serta anak-anak.

Setiap hari ada sahaja perkara perlu dilakukan - memasak, mencuci pakaian, mengemas rumah, menguruskan keperluan suami dan anak-anak dan sebagainya.

Maka tidak hairan mereka akan menjadi penat dan tertekan akibat tidak mendapat rehat yang secukupnya.
Mengulas mengenai perkara itu, Dr Redza Zainol memberitahu sekiranya keadaan itu berterusan ia boleh menyebabkan keadaan dipanggil sleep debt.

"Jumlah jam kita tidur ini umpama menyimpan duit dalam akaun bank. Setiap kali kita tidak dapat tidur yang cukup, 'duit' itu akan ditarik keluar daripada akaun kita.

Wanita terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab yang memenatkan.


"Kalau hari-hari tak cukup tidur, lama-kelamaan duit di dalam bank akan menjadi kosong. Pada waktu ini, barulah kita akan nampak kesan daripada kekurangan tidur yang kronik.

"Keadaan inilah yang kita panggil sebagai sleep debt," katanya menerusi perkongsian di twitter.

Dalam pada itu, Dr Redza menjelaskan wanita berada dalam keadaan itu biasanya akan mengalami paras hormon korsitol (hormon tertekan) yang tinggi dalam darah.
Lebih tinggi paras kortisol di dalam darah, kebiasaannya seseorang akan lebih mudah menjadi pemarah, kemurungan dan ada juga kes yang ingin membunuh diri.

"Isteri yang mengalami keadaan ini sebenarnya sangat berisiko untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat tertidur semasa memandu disebabkan keletihan.

Dr Redza memberitahu sleep debt tidak boleh dipandang ringan.

"Malah dari segi perubatan, ia juga boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit seperti diabetes, darah tinggi serta daya imun badan menjadi lemah. Jadi sleep debt ini tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Menurut National Sleep Foundation, golongan dewasa memerlukan 7.1 jam tidur setiap malam untuk berasa cergas dan bertenaga pada keesokan harinya.
Bagaimanapun 70 peratus daripada manusia tidak mencapai jumlah itu disebabkan pelbagai faktor termasuk hakikat ramai perlu berkerja.

"Bayangkan ada isteri bangun seawal 4.30 pagi, terus ke dapur untuk masak, basuh pinggan sambil itu sempat membasuh dan menyidai pakaian.

"Habis kerja pada waktu petang perlu ke pasar raya dan sampai rumah suami-isteri sama-sama bersilat uruskan anak-anak dan makan. Tahu-tahu dah masuk waktu Isyak tetapi rutin harian masih belum selesai," jelasnya.

Tidur lebih lama dalam tempoh sehari bukan penyelesaian.


Golongan isteri yang tidak cukup tidur katanya sedang mengumpul 'sleep debt' tanpa disedari. Ada di antara mereka berfikir tidur itu boleh diganti semula pada hujung minggu.

Bagaimanapun kata Dr Redza, kajian pada 2016 mengatakan sleep debt tidak dapat diselesaikan dengan sehari tidur dalam tempoh yang lama.

Sebaliknya, seseorang yang mengalami sleep debt memerlukan sehingga empat hari untuk pulih sepenuhnya jika kekurangan tidur sebanyak sejam sehari.

"Suami kena hati-hati. Kita fikir kita sudah lakukan macam-macam kerja di rumah, jadi dapatlah kurangkan beban kerja isteri. Tapi kita terlupa yang isteri juga perlukan tidur mencukupi.

"Hujung minggu, ada suami yang nampak isteri macam malas sebab tidur saja. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang mengalami sleep debt yang banyak.

"Percayalah, bila isteri diberi peluang tidur yang cukup, dialah yang paling ceria dan mudah menurut kata antara semua," ujarnya.

Continue Reading

You'll Also Like

200K 8.9K 60
๐Ÿ„บ๐Ÿ„ฐ๐Ÿ…๐Ÿ…ˆ๐Ÿ„ฐ ๐Ÿ„ฟ๐Ÿ„ด๐Ÿ…๐Ÿ…ƒ๐Ÿ„ฐ๐Ÿ„ผ๐Ÿ„ฐ by cik_farahโ™ก NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lauta...
572K 24.4K 71
๐‘…๐’ถ๐’ฟ๐’ถ ๐ฟ๐“Š๐“‰๐’ฝ ๐ป๐’ถ๐“Ž๐“Ž๐’ถ๐“ƒร—๐’ฒ๐’พ๐’น๐‘’๐“๐’พ๐’ถ ๐ป๐’ถ๐’พ๐“๐‘’๐“ Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
4.8M 196K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
79.5K 6.6K 54
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...