The Unplanned Wedding

By EsmerayNilsine

6.2K 862 464

Park Seonghwa yang juga merupakan bekas kekasih Diane hadir ke perkahwinan hanya untuk memberikan ucapan tahn... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20

Bab 14

286 42 21
By EsmerayNilsine

  Usai perbincangan dengan Felix, Felix iring Wooyoung sampai ke hadapan lift. Lift terbuka, memperlihatkan kelibat seorang gadis dengan kasut tumit tinggi berwarna merah, mengenakan skirt merah yang mendedahkan separuh kakinya.

  Rambut pendek, blonde. Dah macam anak mat salleh! Baju dan gaya yang dikenakan gadis itu nampak macam anak orang kaya. Gadis itu mengenakan kaca mata hitam, jadi Wooyoung hanya nampak separuh muka saja, terutama bibir merah menyala itu. Kulit flawless tu!

  "Aww my little sister!" Felix nampak macam kenal gadis itu.

  Wooyoung tak jadi masuk lift. Pintu lift tertutup, mereka bertiga berdiri di hadapan tangga. Gadis itu masuk ke dalam pelukan Felix, manja betul. Wooyoung perhati saja. Pelukan dua beradik itu dileraikan.

  "Oh hey, Wooyoung. This is my little sister, Rosanne Lee. Dear, this is my business partner. Jung Wooyoung."

  Gadis itu pandang Wooyoung atas bawah. Wooyoung senyum, hulurkan salam. Tapi salamnya tak bersambut. Dia sorok tangan ke belakang, malu pula. Kurang ajar betul mat salleh celup ni. Jatuh maruah pencinta wanita macam dia!

  "Hi, i am Jung

  " Wooyoung." 

  "Anne." singkat gadis itu membalas, senyum tak berapa senyum.

  Belagak. Aku tampar kang! Rungut hati Wooyoung. 

  "Wooyoung ssi, itu lift dah terbuka semula." Felix bersuara, sempat tahan pintu lift supaya tak tertutup.

  "Ah ya! Thank you. Saya pergi dulu." Wooyoung senyum, melangkah masuk ke dalam lift.

  Pintu lift hampir tertutup, Wooyoung pandang Anne. Anne tarik kaca mata hitamnya, menunjukkan wajah penuhnya. Mata Wooyoung membulat, Anne kenyit mata.

  "Diane?!"

  Pintu lift tertutup. Diane membuntangkan mata, menyampah. Diane dan Anne, orang yang sama. Cuma penampilan berbeza. Apa jadi 3 tahun lepas? Meh nak cerita.

  3 tahun lalu..

Baru saja Diane nak terjun, tubuhnya ditarik dari belakang, dia jatuh di atas tubuh seseorang. Laju Diane berdiri, tubuh lelaki yang masih terbaring di atas jalan itu dia pandang terkejut.

  "Bangchan?!"

  "The hell are you doing?!" Bangchan menjerkah, segera bangun.

  Diane geleng kepala, matanya membengkak. Dia cuba panjat lagi, dia nak mati! Apa guna hidup? Nak hidup dengan siapa lagi? Suami buang dia, abang pun sama! Balik pada Wooyoung? Dia tak rela. Tapi kalau dia tak balik, gambar dia akan disebarkan. Lebih baik dia mati!

  "I don't want to live anymore. They all hate me.."

  Tangan Diane ditarik kasar, Bangchan peluk erat tubuhnya.

  "Shh.. tell me what's wrong? You look sick as hell."

  Diceritakan A sampai Z. Dia dan Bangchan duduk di situ, membiarkan angin menyapa mereka tak henti-henti. Bangchan betul-betul sakit hati dengan Wooyoung. Seonghwa dan Lee Know pun sama!

  "Abang akan bawa Diane masuk dalam hidup abang. Tapi ikut cara abang. Wooyoung will pay for it. Understand?" Bangchan pandang Diane tegas.

  "Maksud abang?"

  "Sudah, bangun. Mari pergi." Bangchan bangun, dia tolong Diane berdiri. Dia tanggalkan jaket kulit yang dipakainya. "Masuk kereta."

  Diane menurut, dia masuk ke dalam kereta Bangchan. Bangchan menunduk, tayang muka di tingkap kereta yang terbuka. 

  "Tanggal baju Diane, bagi abang. Lepastu pakai jaket abang. Jangan risau, cermin tu gelap. I won't look."

  Diane angguk, Bangchan palingkan badan. Setelah usai membuat seperti yang diarah, baju putihnya yang kotor tadi dihulurkan kepada Bangchan dari tingkap. Bangchan ambil, buang baju itu berdekatan jambatan itu. Diane keluar dari kereta dengan jaket kulit Bangchan yang tersarung elok di badannya. Besarlah sikit.

  "Your phone." pinta Bangchan.

  Diane menurut lagi, diberikan telefon bimbitnya kepada Bangchan. Bangchan letak telefon bimbit itu di atas baju Diane tadi. Diane hanya memerhati.

  "Sudah, jom pergi." Bangchan membolos masuk ke dalam kereta, begitu juga dengan Diane. 


  Itulah yang berlaku! Setelah itu, Diane dibawa ke Australia bersama Felix. Semua diatur rapi oleh Bangchan. Diane dan Felix turut saja. Ini bukan untuk orang lain, untuk Diane juga. Diane rebahkan punggung di atas sofa di dalam pejabat Felix.

  "Loya tengok muka dia." Diane bersuara.

  "Nasib baik you on time." Felix bersuara pula, duduk di sofa berhadapan Diane.

  "Traffic jam, brother."

  "Ini, tolong i handle meeting petang nanti boleh? You buat apa je harini?"

  "I ada photoshoot! I datang sebab you lah suruh." gaya percakapan Diane pun dah berubah.

  "Girl, help me lah. Bosan duduk dalam bilik meeting tu seorang. You pun tahu je pasal syarikat ni, macam mana nak handle meeting semua ni. Please?" Felix tayang muka comel.

  "You sneaky tau. Kalau abang Chan tahu, you kena gantung depan office. I tak naklah. I ada kerja!" Diane bangun dari sofa, melangkah keluar.

  Dia pakai semula cermin mata hitamnya, sempat mengenyitkan mata kepada Felix sebelum melangkah pergi. Berjalan pun dah macam model haa. Tahulah lawa! Felix jeling geram. Nak dicincang lumat, nanti dia yang dicincang Bangchan.

  Diane tekan pedal minyak, kereta dipecut laju ke sebuah tempat. Dia berhentikan kereta apabila tiba di hadapan sebuah rumah. Rumah Seonghwa. Dia turunkan sedikit tingkapnya, pandang rumah itu. Rindu, dia rindu.

  Baru dua hari dia mendarat di sini. Bangchan masih di Australia, jadi dia di sini bersama Felix sahaja. Besar budi Bangchan dan Felix kepadanya. 

  "Cik adik?" terkejut Diane dibuatnya apabila tiba-tiba ada yang mengetuk tingkapnya.

  Dia pandang pemilik suara itu. Yunho. Ah rindu nak tengok muka si pembaca perita ni. Mujur Yunho tak nampak muka dia. Iyalah, dia pakai cermin mata hitam, tak dapat nak cam. Lagipun rambut dia dah pendek, blonde lagi. Kau ada? 

  "Buat apa sini?" soal Yunho.

  "Looking for empty house around here." Diane bersuara.

  "Ohh! Ini, sebelah ni kosong!" Yunho teruja, tunjuk rumah di sebelah rumah Seonghwa. 

  Diane pandang rumah itu. Dah kosong rupanya. Jadi Yunho ajelah jiran Seonghwa sekarang? Jiran lagi satu dah tak ada. Peluang keemasan ni.

  "Nak sewa ke? Nak beli pun boleh, tuan rumah kata nak jual. Saya boleh call dia. Nombor telefon dia pun saya boleh bagi. Berminat?" Yunho bersuara lagi.

  Kepoh macam biasa.

  "Sure. I beli rumah ni. Esok i datang semula. Can i get his phone number?"

  "Oh boleh! Bagi phone cik, saya save."

  Diane angguk, telefon bimbitnya diberikan kepada Yunho. Laju jari Yunho buat kerja, dikembalikan telefon itu kepada Diane. Diane ambil dengan senyum.

  "Saya save nombor tu sebagai Yeosang si tuan rumah tak guna. Haa, nanti call lah!"

  "Yeosang si tuan rumah tak guna?"

  "He he, dia kawan saya juga. Jangan risau. Dia baik."

  Setahu dia, rumah ni dulu bukan didiami oleh Yeosang. "Bukan ke sebelum ni orang yang tinggal dekat situ namanya Joe kan?"

  "Ha ah, lepastu Joe jual rumah tu dekat Yeosang. Dua tahun je Yeosang duduk sini, lepastu pindah. Itu yang dia nak jual rumah tu." ramah Yunho bercakap. "Eh, mana cik tahu?!"

  "Orang sekeliling cakap. I got to go, thanks Mr Yunho." Diane senyum, hidupkan enjin kereta. 

  Yunho lambai kereta Diane yang bergerak meninggalkan kawasan itu. Dahinya berkerut setelah kereta itu hilang dari matanya.

  "Mana dia tahu nama aku? Aku ada bagitahu nama ke tadi?" Yunho garu kepala yang tak gatal. "Mat salleh ke dia tu? Lawa bukan main tu, kereta mahal. Eh Hwa dah balik!" 

  Baru dia nak fikir lagi, dia nampak kereta Seonghwa yang meluncur masuk ke dalam parkir rumah. Dia berlari ke rumah Seonghwa, nak membawanglah. Seonghwa keluar dari kereta dengan wajah penat.

  "Hwa! Nanti kita ada jiran baru." Yunho bersuara. 

  "Bukan urusan aku. Aku nak masuk. Kau nak masuk, masuk. Pintu aku tak kunci, macam biasa." Seonghwa bersuara dingin, melangkah pergi.

  Yunho mencebik. Memang Seonghwa tak kunci pagar, pintu rumah pun tak kunci! Yunho bebas keluar sesuka hati. Kadang-kadang hantar makanan yang dia tapau dekat kedai, kadang-kadang tolong Seonghwa bersihkan rumah. Seonghwa tu dah macam duda! Eh?


  "Rumah ni tak cukup besar untuk you ke?" Felix menyoal, kaki bersilang sambil mengunyah brownies.

  "Bukan, i nak dekat dengan husband i." 

  "I tak tahu, you tanya abang you seorang lagi tu. Dia tu yang lead kita. Kalau i bagi green light, tapi dia tak bagi, useless girl." Felix fokus pandang tv, tapi dia tak abaikan Diane.

  "I dah tanya~ Abang Chan cakap dia okay je, asalkan identiti i tak terdedah. I nak call tuan rumah tak guna tu sekejap."

  "Hey! Siapa ajar you cakap macam ni?" Felix renung tajam wajah Diane.

  "Bukan i lah. Yunho yang cakap tuan rumah tu tak guna. I follow je."

  "You tak elok cakap benda macam tu tau. Rude! Anyway, i am thirsty. Go get me some water, girl." Felix mengarah.

  "Fine!"


  Diane pandang rumah yang tersergam indah di hadapannya ini. Kunci dah ada di tangan. Lori perabot pun akan sampai tak lama lagi. Rumah ini dah bertukar milik, menjadi miliknya. Sepenuhnya! 

  "Eh dah pindah ke?!" Diane pusing belakang mendengar suara Yunho di pagar.

  "Sudah! Thanks, Yunho for helping me."

  Diane ucap dengan senyum. Macam biasa, dia pakai cermin mata hitam supaya matanya tak kelihatan, cukuplah separuh wajahnya saja yang dapat dilihat.

  "Hal kecil je. Kita pun dah berjiran kan? Sebelah rumah cik ni, rumah Seonghwa! Sebelah rumah Seonghwa pula, rumah saya! Senang-senang nanti, jemputlah datang. Seonghwa ni sibuk memanjang, tak lekat di rumah."

  "Ohh.. Seonghwa tu dah kahwin?"

  Senyuman Yunho hilang. "Nama cik siapa?" dia tukar topik.

  "Rosanne Lee. Panggil Anne."

  "Oh Anne. Saya Yunho!"

  "Hi, Yunho. Nice to meet you."

  "Nice to meet you too! Ada apa-apa nak minta tolong, panggil lah saya. Saya pergi dulu!" Yunho lambai senyum, beredar dari situ,

  Diane lambai semula, membalas senyum. Yunho pergi, dia geleng kepala.

  "Kecoh macam dulu juga. Tak berubah."

  Tiba-tiba pagar rumah sebelah terbuka. Kereta milik Seonghwa laju dipandu, melalui depan kawasan rumahnya. Diane hanya diam tak bergerak. Seonghwa. Kali terakhir dia ingat, lelaki itu benci dengannya. Mungkin dia masih benci agaknya.

  Telefon bimbit yang berdering dijawab Diane. "Hello, ada apa brother?"

  "Come to my office, Wooyoung is coming~ Let's play a little bit."

  "Nice, 10 minutes."

  Diane serta-merta membolos masuk ke dalam keretanya. Tibanya dia di hadapan bangunan syarikat milik abangnya, tangannya dipegang seseorang. Laju dia berpaling. Wooyoung anak Jung. Dia angkat sebelah kening.

  "Excuse me, sir?" 

  "Kau Diane kan?" Wooyoung separuh berbisik, tapi nadanya tegas.

  "What the heck? I am Rosanne fucking Lee, are you deaf?" Diane rentap tangan dia daripada Wooyoung, benci.

  "T..tapi muka kau.."

  "What? Gosh i am late now! What do you want, tell me. Wait.. aren't you Jung Wooyoung? My brother's business partner right?"

  "Ah..yes. Sorry. Your face macam familiar."

  "Mestilah, i model kot." Diane selak rambutnya dengan lagak. 

  "You're a model?!" 

  "Euu, tak tengok majalah ke?" Diane pandang Wooyoung dengan pandangan serong. Low class~

  Dia atur langkah menuju lift, Wooyoung terkedek-kedek di belakangnya. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam lift. Pintu lift tertutup rapat. Wooyoung pandang Diane tak berkelip. Cukup mirip dengan Diane. Tapi Anne jauh lebih vogue gitu~ Gaya bercakap pun dah macam mat salleh celup. Tahi lalat kecil di bawah mata tu je yang tak serupa dengan Diane.

  Pintu lift terbuka kembali, kedua-dua mereka melangkah masuk ke dalam pejabat Felix. Diane ambil tempat duduk Felix, Felix berdiri dan berjabat tangan dengan Wooyoung. Mereka ambil tempat duduk masing-masing. Felix terpaksa ambil tempat duduk lain. Tak guna punya adik.

  "I harap you tak kisah adik i ada sekali. Dia bosan, itu yang datang sini. Siapa lagi dia nak cari kalau bukan abang dia kan?"

  "Sure. I am fine. Let's start."

  Mereka berdua mula berbincang. Diane buat-buat tak dengar, tapi satu-satu info yang Wooyoung dan Felix bicarakan masih dia dapat tangkap. Macam buku nota, otaknya salin satu-satu maklumat. Jangan tak tahu, dia lebih cekap urus syarikat berbanding Felix.

  Usai berbincang, mereka berbual kosong sementara Diane sibuk dengan telefon bimbitnya. Kepalanya tiba-tiba disengetkan sedikit. 

  "Brother, this news is 3 years ago, it seems sad."

  "What is it, hun?" Felix dan Wooyoung pandang Diane.

  "A girl suicide at Seongsu Bridge 3 years ago. They found her shirt and her phone. What a sad story." Diane geleng kepala seakan-akan dia tak pernah dengar berita itu.

  "Kesian that girl. She must went through some problems alone. Kan Wooyoung?" Felix pandang Wooyoung.

  "Y...yeah. Kesian."

  "Zaman sekarang ni, semua manusia suka menyakiti. Kita kena berjaga-jaga. Dan kita jangan sesekali menyakiti orang lain. Boleh jadi suatu hari nanti bila orang tu dah tak boleh tahan, dia ambil nyawa dia sendiri. Kesian girl tu." Felix geleng kepala, sedih sungguh.

  "I agree, brother. Maybe girl ni kena buli. Atau ada orang buat benda tak elok dengan dia. Kalau orang tu baca berita ni, i wonder macam mana dia rasa? Jadi punca someone bunuh diri. Tskk, kejam." Diane mengeluh sedih.

  Wooyoung tak senang duduk. Dari tadi Diane perhati geram. Padan muka kau, Jung Wooyoung.

  "Kenapa dengan you, Jung Wooyoung ssi? Macam you pula yang jadi punca girl tu bunuh diri! Relax lah."

  Wooyoung pandang Diane atau dia kenal perempuan itu sebagai Anne. Dia telan air liur, senyum paksa sambil menggeleng kepala.  

  "I..I cuma kesian. Yeah. I think i need to go."

  "Let me walk you. Jom." Felix tawar diri.

  Mereka berdua melangkah keluar. Diane angkat kepala dengan lagak.

  "You won't get away this time." ucap Diane, senyum sinis.

Continue Reading

You'll Also Like

27.2K 772 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
1.6K 207 10
γ……γ…‚γ…Œ , kim mingyu fanfic completed // tawaran yang paling bodoh aku pernah buat , minta gadis tu untuk menjadi kekasih kedua aku. luvw0nnuu || 20...
3.5K 613 15
❝ At first I hated your service but the longer I was grateful to be able to meet people like you ❞
5.5K 1.2K 17
Winner of The Best Fanfiction Story - Crystal Awards ╔────── Β€ β—Ž. β—Ž Β€ ──────╗ Choi Seonhee merupakan seorang gadis popular di lama...