ARABELLA

By dewihera_

109K 9.5K 1.3K

Hanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupny... More

𝟏.
𝟐.
𝟑.
𝟒.
𝟓.
𝟔.
𝟕.
𝟖.
𝟗.
𝟏𝟎.
𝟏𝟏.
𝟏𝟐.
𝟏𝟑.
𝟏𝟓.
𝟏𝟔.
𝟏𝟕.
𝟏𝟖.
𝟏𝟗.
𝟐𝟎.
𝟐𝟏.
𝟐𝟐.
𝟐𝟑.
𝟐𝟒.
𝟐𝟓.
𝟐𝟔.
𝟐𝟕.
𝟐𝟖.
𝟐𝟗.
𝟑𝟎.
𝟑𝟏.
𝟑𝟐.
𝟑𝟑.
𝟑𝟒.

𝟏𝟒.

2.9K 223 28
By dewihera_

IPAD di tangan ditilik, membaca pengurusan kewangannya di dalam itu. Ace yang sedang menyediakan fail dan kertas kerja buat majikannya itu sesekali menjeling wajah dingin Hayden. Dia menggigit bibir, berkira-kira jika angin Hayden pada hari ini baik atau tidak selepas lebih seminggu lelaki itu mengurungkan diri di dalam bilik atau tidak pun menghilang selama beberapa hari dan menjadikan pejabat sebagai tempat tidurnya.

Arabella pula tidak habis-habis bertanya tentang keadaan dan keberadaan Hayden kepadanya sehingga dia sudah kehabisan alasan untuk menjawab segala pertanyaan wanita itu selama hampir dua minggu ini. Kasihan pula dia melihat Arabella yang seperti ibu kucing kehilangan anak itu.

"Semalam tuan tidur mana?" Soal Ace selepas hampir satu jam bilik itu hanya diselubungi sunyi sejak dia masuk ke dalam tadi.

"Hospital." Jawab Hayden menipu. Padahal dia berada di kelab malam selama seminggu ini, cuba meredakan kemarahan dengan alkohol.

Ace mengangguk kecil. "Cik Lucia dah makin pulih?"

"Hm." Balas lelaki itu tidak berperasaan. Dia sudah tidak melawat Lucia sejak Arabella keguguran. Jika dahulu melihat Arabella akan mengingatkan dia kepada Lucia, sekarang memandang wajah Lucia mengingatkan dia kepada Arabella pula. Dan hatinya akan semakin bertambah sakit setiap kali teringat akan Arabella dan apa yang dia anggap wanita itu sudah lakukan kepada janinnya. Dia masih terluka. Dia rasa dikhianati.

"Erm...Tuan Hayden." Panggil Ace takut-takut. Hayden tidak menyahut. Memandang wajah Ace pun tidak. Matanya hanya tertacap pada skrin Ipad di tangan. Ace berdehem.

"Tuan dah tengok rakaman yang saya ba—"

"Kenapa perbelanjaan kad kredit saya dalam dua bulan ni sampai seratus ribu? Dan ini kad kredit sama, yang saya bagi dekat Bella. Apa yang dia beli sampai mahal sangat?" Pintas Hayden. Jarinya menekan-nekan kasar skrin Ipad itu. Ace sudah mengemam bibir, tidak berani bersuara lagi ketika melihat wajah Hayden yang kembali tegang.

"Saya tanya, dia beli apa?!" Tengking Hayden selepas pertanyaannya tadi tidak dipedulikan oleh Ace. Ace terpinga-pinga. Laju kepalanya digeleng.

"Sa—saya tak tahu, tuan. Puan Bella tak pernah pergi beli-belah. Lepas habis shooting, puan cepat-cepat balik rumah. Dia tak akan singgah mana-mana tempat."

Tok! Tok!

"Ace! Awak ada dekat dalam? Ace!"

Tumpuan Ace teralih ke arah pintu. Hayden terus mengalihkan semula fokusnya kepada Ipad, selepas mendengar suara Arabella di luar.

Pintu dibuka oleh Ace dan figura Arabella bersama dengan Sashimi di tangannya muncul. Air muka wanita itu cemas serta matanya kelihatan berkaca. "Puan, kenapa ni?" Tanya Ace risau. Arabella tidak menjawab. Dengan bibir yang bergetar menahan tangis, Sashimi yang hanya duduk diam di dalam pelukannya dihulur kepada Ace. Ace menyambut Sashimi yang tampak lemah itu dengan penuh berhati-hati.

"Sa—Sashimi dah dua hari tak nak makan. Bila...bila saya tengok pagi tadi, di—dia dah jadi macam ni." Cerita Arabella dengan nafas yang tersangkut-sangkut. Ace membelek tubuh kecil Sashimi yang sudah berada di tapak tangannya.

Hayden yang cuma sibuk dengan Ipadnya, mengerling Arabella dengan hujung mata tatkala mendengar suara lirih itu. Pandangannya teralih pula ke arah Sashimi yang lemah di dalam pegangan Ace.

"Hm, Sashimi sakit ni..."

"Ha?! Sa...Sakit?"

"Jom, kita hantar dia pergi vet. Puan pun ada shooting kejap lagi, kan? Saya boleh hantar puan sekali lepas tu. Okay?"

Arabella mengangguk laju. "Sekejap, saya nak tukar ba—"

"Bella." Panggil Hayden mendatar. Dia bangun dan berjalan ke arah Arabella dan Ace. Arabella memalingkan wajahnya menghadap Hayden. Sepasang mata bundar itu terkebil-kebil merenung muka dingin milik lelaki yang sudah berdiri di hadapannya.

"Ya?"

"Apa yang awak buat dengan kad kredit yang saya bagi awak dulu?"

Ace sudah menepuk perlahan dahi. Waktu-waktu seperti inilah, Hayden mahu mencari pasal. Kepala digeleng dan dia segera keluar dari bilik itu bersama dengan Sashimi, malas mahu terlibat dalam amukan Hayden. Arabella tidak menjawab pertanyaan Hayden, matanya hanya tertacap kepada Ace yang sedang membawa Sashimi pergi. Kedua-dua tangannya digenggam erat, risau akan keadaan arnab kecilnya itu.

Pap!

Hayden memetik kuat jarinya di hadapan muka Arabella apabila soalannya hanya dibalas sepi, membuatkan wanita itu mengalihkan semula tumpuannya kepada Hayden. Kepala yang tidak gatal, digaru.

"Kad kredit apa? Saya tak ada kad kredit." Jawab Arabella, tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan soalan Hayden tadi. Matanya terus menjeling ke arah jalan yang dilalui oleh Ace.

Wajah Hayden sudah berkerut marah. Arabella ditatap tajam. "Kad kredit apa, awak tanya saya? Kad kredit yang saya pernah bagi awak dua bulan lepas. Masa awak masuk hospital, lepas bunuh Adam!"

Diam.

Arabella terkedu, sebegitu juga Hayden yang kaget dengan bicaranya sendiri. Dia berdecit dan menggigit perlahan bibir bawah, kesal dengan setiap perkataan terakhir yang keluar tadi. Arabella yang masih berdiri kaku di hadapannya dijeling sekilas.

"Listen, money is not my problem. Awak nak belanja sampai seratus juta pun saya tak kisah. Cuma saya nak tahu awak beli apa dengan kad kredit saya tu." Nada suara Hayden kembali normal cuma tetap kedengaran dinginnya.

Arabella terus membisu. Kepalanya ditundukkan ke lantai. Dia masih tidak mengerti soalan Hayden tetapi dia sedar bahawa memori dua bulan lepas yang dimaksudkan oleh lelaki itu tiada lagi dalam kotak ingatannya.

"Saya...saya tak ingat..." Gumamnya perlahan.

Mendengar jawapan Arabella, Hayden mengetap rahang. Amarahnya kembali. "Saya tanya pasal dua bulan lepas bukan dua puluh tahun lepas! Takkan benda macam tu, awak boleh tak ingat?! Apa yang awak beli, apa yang awak buat, takkan tu pun boleh lupa?! Awak ada masalah otak ke?! Cacat?! Ha?!" Jerkah Hayden sambil menunjal sekali kepala Arabella. Arabella mengemam bibir yang bergetar. Kepalanya terus ditundukkan, tidak mahu Hayden melihat dia yang sedang menahan tangis.

"Saya minta maaf..."

Hayden berdengus kasar. "Menyusahkan."

BAM!

Di hadapan muka Arabella, pintu dihempas kuat. Arabella menggenggam hujung bajunya. Mata yang terasa panas digosok perlahan dan langkah segera dibawa pergi mencari Ace.

Ace yang sedang cuba memberi Sashimi makan di luar rumah, mendongak apabila perasan akan figura Arabella yang sedang menghampirinya. Wajah wanita itu muram dan bibirnya mencebik dengan mata yang berair. Ace tersenyum hambar semasa memerhati Arabella yang sudah mendekat dan mengambil Sashimi dari tangannya.

"Tuan masih marah-marah lagi?" Tanya Ace, walaupun dia sudah tahu jawapannya. Arabella mengangguk lemah. "Macam orang tua, kan Tuan Hayden tu? Asyik nak marah je." Cemuh Ace dengan bibir yang dimuncungkan, mengutuk majikannya sendiri membuatkan Arabella tertawa kecil.

"Tak baiklah, awak ni."

Ace tergelak sama dan mereka jalan beriringan masuk ke dalam kereta.




























































"HAI!"

Arabella menoleh. Senyumannya terukir lebar saat pandangannya mendarat kepada sepasang mata hijau itu. "Hai, Aryan!" Balas Arabella mesra.

"Lama awak ambil rehat. Awak, okay? Awak sakit ke?" Tanya Aryan prihatin. Arabella cuma tersenyum dan menggeleng.

"Saja." Jawabnya ringkas. Aryan merenung wajah Arabella seketika sebelum mengangguk. Pandangan dialihkan kepada cermin di hadapan. Melihat rambutnya yang telah siap didandan tadi.

"Tapi bagus juga awak ambil cuti, sebab saya dapat cuti sekali. Saya pun boleh melawat Lucia lama sikit dekat hospital." Aryan tersenyum manis. Gembira dapat meluangkan masa lebih lama bersama-sama Lucia sepanjang satu minggu ini.

Arabella mengangkat kening. Pelik. Macam itu ke dunia peragaan? Seorang cuti, orang lain pun cuti sekali?

"Lucia, Aryan. You guys ready? Lepas siap, terus masuk set ya?" Seorang lelaki dengan fon di telinganya, menjengahkan muka ke dalam bilik solek dua orang model itu dan berlalu pergi selepas memberikan arahan. Aryan dan Arabella mengangguk serentak.

Aryan memalingkan wajah menghadap Arabella. "Awak ready? Ini first couple photoshoot kita tapi awak buat macam biasa je, okay?"

"Oka—eh?! Couple photoshoot?"

"Yup. Jom." Aryan melangkah mendahului Arabella masuk ke dalam set, meninggalkan wanita itu yang masih terkebil-kebil. Arabella bangun dan segera mengejar langkah Aryan.

"Nah. Ni contoh couple photoshoot. This time kita buat photoshoot untuk one of perfume brand. So—"

"Kejap! Saya nak panggil Ace!" Arabella berlari anak mendapatkan Ace yang sedang memerhatikan dia di belakang jurukamera. Aryan pula ditinggalkan terpinga-pinga apabila bicara lelaki itu dipintas. Contoh muka hadapan majalah di tangannya yang mahu dihulurkan kepada Arabella diturunkan semula.

"Saya dengan Aryan kena buat couple photoshoot. Is that okay?" Arabella kembali semula kepada Aryan sambil menarik tangan Ace, supaya mengikutinya. Ace memandang Arabella dan Aryan bergilir. Aryan menyerahkan contoh muka hadapan tadi kepada Ace pula.

Ace menilik satu persatu muka hadapan majalah itu yang memaparkan sepasang model yang kelihatan sangat intim gayanya. Satu daripada helaian muka hadapan itu ditarik keluar lalu diserahkan kepada Arabella.

Arabella menyambut huluran itu dan matanya membulat ketika melihat Lucia dalam persalinan pakaian renang, sedang berciuman dengan seorang model lelaki.

"Kalau puan risau pasal Tuan Hayden, Lucia selalu buat penggambaran macam ni dan Tuan Hayden bukan jenis yang kuat cemburu. He is very supportive and professional in this kind of situation, trust me." Ace mengangkat ibu jarinya tanda membenarkan penggambaran itu diteruskan. Arabella pula masih rasa ragu-ragu.

Tetapi buat apa Hayden mahu kisah tentang dia? Jika lelaki itu baik-baik sahaja dengan keputusan Lucia, wanita yang dicintai itu, kenapa dia, isteri yang tidak diiktiraf ini perlu risau pula?

"Betul, Hayden tak akan kisah?" Tanya Arabella lagi, meminta kepastian.

Ace tersenyum kecil dan mengangguk perlahan. Arabella, masih berfikir dan meletakkan perasaan Hayden di tempat pertama walaupun lelaki itu melayannya dingin dan kasar akhir-akhir ini. Untungnya jika bakal teman wanitanya nanti juga bersikap seperti Arabella, fikir Ace. Tetapi jika ingin mendapatkan wanita seperti Arabella, dia perlu menjadi seperti Hayden, tidak mahulah dia. Lebih baik dia membujang daripada menyakitkan hati wanitanya. Ace mencebik sendiri.

Aryan menatap wajah gundah Arabella. "Love, kalau awak tak selesa—"

"Tak apa, saya boleh buat." Tekad Arabella dan mula mengambil tempat di hadapan kamera. Aryan tersenyum lega dan mengikut langkah Arabella. Dia berdiri tegak di belakang Arabella dan menunggu arahan daripada jurukamera dan bahagian produksi.

"Aryan, put your hands around Lucia's waist." Arahan bermula dan Aryan hanya menurut. Arabella pula hampir putus nafas apabila Aryan mula memeluk pinggangnya. Pipinya terasa panas. Hampir satu badannya terasa hangat.

"Lucia, look at Aryan's lips."

Mendengar arahan itu, mata Arabella membesar sedikit. Lambat-lambat kepalanya ditoleh. Wajah Aryan yang jaraknya cuma kurang daripada empat inci dipandang dan mata birunya jatuh pada dua ulas bibir merah itu, seperti yang diminta oleh pihak produksi.

"Lucia, relax." Tegur jurukamera ketika perasan akan aksi kaku Arabella. Arabella berdehem perlahan. Aryan menunduk memandang Arabella. Lelaki itu tersenyum lembut ketika terpandang akan kedua-dua pipi wanita itu yang berona merah.

"Kita boleh tukar posing kalau awak tak selesa, atau kita boleh berhenti." Tutur Aryan separa berbisik. Arabella cuma membisu. Matanya terus merenung bibir Aryan. Aryan tertawa halus melihat Arabella yang betul-betul fokus dengan gaya mereka ketika itu.

"Lucia, please! Jangan jadi kayu!"

"So—sorry!"

Arabella mula gelisah kerana masih tidak dapat membiasakan dirinya dengan penggambaran baru itu. Nafas ditarik dan dihembus berkali-kali. Aryan yang perasan Arabella yang mula tidak selesa, segera mendekatkan bibirnya ke telinga wanita itu.

"Hei, awak nak tahu macam mana saya stay cool?"

Mata Arabella naik memandang sepasang mata hijau milik Aryan. "Ma...macam mana?"

"I have many fans." Jawab Aryan bersahaja. Arabella memandang dia lama sebelum wanita itu perlahan-lahan dapat menangkap lawak yang cuba dilakukan oleh Aryan. Gelaknya tercetus. Kerana terhibur dengan teka-teki Aryan, membuatkan dia terlupa keadaan kakunya tadi dan tubuhnya menjadi lebih santai.

Tangan Arabella menampar lembut dada Aryan. Aryan ikut tertawa bersama, tanpa menguraikan lingkarannya pada pinggang Arabella. Mereka terus berbalas gurauan dalam keadaan berbisik sehingga terlupa tentang kamera yang sedang bekerja, merakam setiap posing mereka.

"Perfect! Good job, Lucia! Good job, Aryan!"

Aryan dan Arabella menoleh ke arah pihak produksi yang sedang berkerumun di sekeliling komputer yang memaparkan gambar-gambar yang diambil tadi. Mereka di sana tersenyum puas dengan hasil gambar yang sempurna itu.

"Okay, we call it a day!"

Aryan melepaskan pelukan pada pinggang Arabella. Arabella kembali menjauhkan dirinya semula. Mereka berpandangan antara satu sama lain buat seketika.

"Thanks." Ucap Arabella dengan pipi yang masih memerah. Aryan tersenyum kecil.

"No problem."

Aryan kembali ke bilik solek, manakala Arabella pergi mendapatkan Ace yang masih setia menunggunya di belakang. "Malunya..." Gumam Arabella sambil menekup kedua-dua belah pipi. Ace tertawa halus.

"Nasib baik puan tak terbakar tadi." Usik Ace. Arabella menjelingnya tajam. Tangannya diangkat dan memukul perlahan bahu Ace. Tawa Ace menjadi semakin galak dengan perbuatan Arabella itu.

"Okay, sorry. Jom, kita ambil Sashimi." Ace meletakkan sehelai jaket kulit miliknya di bahu Arabella, menutupi badan wanita itu yang tersarung baju nipis ketat yang melekap pada tubuhnya. Arabella mengangguk laju.

"Jom! Saya dah rindu arnab saya."






























































































GELAS yang berisi vodka itu dipusing-pusingkan. Matanya tajam merenung skrin telefon bimbit yang sedang menayangkan artikel tentang Arabella. Membaca setiap komen pada artikel itu membuatkan hatinya terbakar. Vodka diteguk rakus buat entah ke berapa kali.

@domokun98 : Oh, to be Aryan Mosses. Saya pun nak mata biru Lucia pandang saya macam tu juga!

@alexander_harvey : Lucia semakin cantik dan seksi!

@eJaey : I want more blue eyes Lucia! She is so pretty!

@arongorgio : Damn! Her body is mad fine!

Vodka diteguk lagi dan gelas dihempas kuat di atas meja bar itu. Tidak cukup dengan itu, telefon bimbitnya pula dibaling kasar di atas lantai sehingga berkecai. Tanpa mempedulikan mata-mata pengunjung kelab yang sedang merenungnya, dia bangun dan keluar dari situ dengan keadaan yang terhuyung-hayang.

Tangannya diangkat, menahan teksi. Dia dalam keadaan separuh waras dan mengambil keputusan untuk membiarkan keretanya di situ dan pulang dengan menaiki teksi sahaja.

Sampai sahaja di hadapan rumah, dalam keadaan yang mabuk, dia masuk ke dalam. Sesekali dia bergumam sendiri dan tertawa kecil. Kakinya tidak melangkah masuk ke bilik sendiri malah langkahnya dibawa menuju ke bilik Arabella. Dahi dilekapkan pada pintu bilik wanita itu dan tangannya mengetuk lemah.

Arabella yang sedang melukis, terhenti tatkala mendengar pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Jam dinding yang menunjukkan jam 1 pagi dikerling sekilas. Dia bangun dan melangkah ke pintu. Pintu dibuka dan dia tersentak apabila melihat Hayden sedang berdiri dengan kepala tertunduk di hadapan biliknya.

"Hayden?" Panggil Arabella lembut.

Hayden mengangkat kepala. Wajah risau Arabella dipandang dengan mata yang mula kuyu lalu tumpuannya jatuh pula pada tubuh wanita itu yang tersarung set pajama berkain satin. Bibir merahnya menarik senyuman lebar. Tanpa sebarang amaran, tubuh Arabella ditolak masuk ke dalam biliknya semula dan pintu ditutup lalu dikunci.

Arabella terkebil-kebil memerhati perbuatan Hayden. Lelaki itu menutup lampu biliknya dan membuka pula lampu tidur bercahaya malap di sebelah katil.

"Hayden, kalau awak nak suruh saya tidur, kejap lagi saya tidur. Awak—"

"Shhh..." Hayden melekapkan jari telunjuknya pada bibir Arabella, menghentikan bicara wanita itu. Kening Arabella berkerut apabila terbau sesuatu seperti etanol pada tubuh Hayden.

"Awak mabuk?" Tanya Arabella. Mata kuyu Hayden merenung wajah polos Arabella lama sebelum tawanya tercetus. Tubuhnya dirapatkan pada tubuh Arabella dan tangannya naik mengusap lembut pipi gebu itu.

"Awak memang suka kan, bila lelaki lain tak tentu arah tengok awak." Tutur Hayden sambil merapatkan jarak antara wajahnya dengan wajah Arabella. Ibu jarinya mengelus perlahan bibir mungil wanita itu. Arabella menatap Hayden keliru, tidak mengerti apa yang sedang Hayden katakan. Tangan Hayden ditepis lembut dari wajahnya.

"Hayden, awak mabuk. Saya hantar awak masuk bilik, okay?"

"No...no..." Hayden merengek kecil. Kakinya dihentak perlahan ke lantai seperti kanak-kanak yang tidak mendapat mainan, tidak mahu masuk ke biliknya. Tangannya naik semula, bermain dengan pipi dan bibir Arabella. Mata redupnya tidak lari daripada menatap sepasang mata biru itu.

Arabella yang hairan dengan sikap Hayden, hanya diam membiarkan lelaki itu menyentuhnya. Dia sendiri suka dengan sentuhan hangat Hayden pada kulit sejuknya dan juga pandangan lembut mata redup itu. Perut yang terasa seperti ada berjuta rama-rama bertebangan di dalamnya disentuh sekilas.

Puas menatap wajah Arabella, mukanya disebamkan pula pada leher wanita itu. Arabella mendesah perlahan apabila Hayden menggeselkan hidungnya di situ. Desahannya itu hanya semakin menaikkan nafsu dan rasa teruja Hayden. Hayden mengeluarkan lidahnya pula, menjilat leher Arabella.

"Manis..." Bisik Hayden erotik kemudian menggigit perlahan tengkuk Arabella, meninggalkan beberapa tanda merah di situ.

Wajah Arabella berkerut menahan rasa yang semakin membuat dirinya tidak keruan kerana tingkah Hayden itu. "Ergh...Hayden..." Dada Hayden ditolak kuat sehingga lelaki itu terundur ke belakang. Arabella menutup lehernya dengan tangan dan berundur beberapa tapak menjauhi Hayden.

Mata tajam Hayden merenung Arabella yang sedang bersandar pada penjuru bilik itu. Dadanya berombak ganas dan pipi serta telinganya bertukar merah saat matanya tidak dapat mengelak daripada mengimbas tubuh Arabella. Nafsunya sudah berada di kemuncak dan mustahil untuk dia ketepikan perasaan yang satu ini.

"Saya...saya tak nak. Awak tengah mabuk, Hayden." Arabella menundukkan wajahnya ke bawah, menyembunyikan mukanya yang sudah merah padam.

Tanpa mempedulikan kata-kata Arabella, Hayden terus mendekatinya. Kedua-dua tangannya melekap pada dinding di sisi Arabella, memerangkap wanita itu di tengah-tengah. Wajahnya didekatkan dan disebamkan semula pada leher kemudian turun ke bahagian atas dada putih itu.

Arabella menekup mukanya dengan tangan, menahan ekspresi dan desahan yang hanya akan semakin memancing nafsu Hayden. Hayden mengangkat wajah apabila tidak mendapat tindak balas seperti mula-mula tadi daripada Arabella. Dia berhenti menyentuh wanita itu dan mata redupnya menatap Arabella yang masih menutup mukanya.

Sebelah tangannya merangkul pinggang Arabella dan mengusapnya. "Awak suka bila dia buat awak macam ni? Hm?"

Lambat-lambat Arabella menurunkan tangannya. Wajah Hayden yang hanya beberapa senti meter jauh daripada wajahnya dipandang keliru.

"Awak tak suka bila saya sentuh awak, tapi awak biarkan lelaki lain sentuh awak. Apa yang awak nak, Bella? Awak nak buat saya cemburu? Awak nak buat saya terseksa?" Suara gemersik itu berbisik sensual dan tangannya sudah masuk ke dalam baju Arabella, membelai pinggangnya dari dalam dan perlahan-lahan naik ke perutnya.

Nafas Arabella semakin berat. Tangannya menggenggam kuat bahu Hayden. Dia mengeluh kecil. "Hayden, awak tak nak buat saya macam ni kalau awak tak mabuk."

Hayden tersenyum senget. "Masa mabuk, saya akan buat apa yang paling saya nak buat masa saya waras, Bella." Bibirnya mengucup lama leher Arabella sebelum menggigitnya lagi. "Saya tak nak marah awak lagi. Bila saya marah, saya tak boleh sentuh awak and it's just driving me crazy." Hayden memandang Arabella dan memberikan satu senyuman lembut. Dahinya ditemukan dengan dahi Arabella. Matanya jatuh pada bibir lembap itu.

"Saya nak peluk awak bila awak gembira, saya nak cium awak bila awak menangis dan saya nak pegang tangan awak setiap hari. Tapi awak jual mahal. Awak memang suka kan tengok saya terseksa bila saya tak dapat cium awak? Awak suka buat saya rasa tak guna bila saya tak dapat tenangkan awak. Awak suka buat saya rasa menyesal lepas marah awak." Senyuman Hayden memudar. Bibirnya dilekapkan sekejap pada bibir Arabella. Matanya terpejam rapat untuk seketika waktu, menikmati betapa lembutnya rasa dua ulas bibir yang sentiasa menjadi igauannya itu.

Arabella terkedu mendengar luahan Hayden. Matanya turut terpejam saat bibir merah Hayden meragut bibirnya. Selepas beberapa saat, ciuman dileraikan. Hayden melihat bibir Arabella yang menjadi bengkak kerana kucupannya tadi. Dua lagi ciuman diberikan dan bibir lembap itu akhirnya dilepaskan.

"Awak buat saya takut, Bella. You're worse than drugs." Hayden melentokkan kepalanya pada bahu Arabella dan tangannya naik meramas lembut kedua-dua dada gebu itu. Nafasnya semakin kuat berhembus saat tangannya buat pertama kali merasakan dua daging pejal seorang wanita yang rasanya lebih lembut daripada kekabu.

Arabella menatap Hayden dengan mata yang hampir tertutup dan bibir yang sedikit terbuka. "Awak akan menyesal untuk malam ni, Hayden." Bisik Arabella diselangi desahannya.

Senyuman Hayden terukir sebelum sekali lagi bibir Arabella dipagut. "Saya tak akan."

Continue Reading

You'll Also Like

95.3K 4.8K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
208K 14.2K 75
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
124K 2.8K 38
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...