The Unplanned Wedding

By EsmerayNilsine

6.2K 862 464

Park Seonghwa yang juga merupakan bekas kekasih Diane hadir ke perkahwinan hanya untuk memberikan ucapan tahn... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20

Bab 6

294 41 18
By EsmerayNilsine

  Wooyoung teguk air jus epal di hadapannya. Lama dia tidak menerima tetamu, ada tetamu pula harini. Pelik rasanya. Alah, bukan orang lain pun, Hyunjin. 

  "Aku dah jumpa Diane. Mesti dia akan datang balik dekat aku." Hyunjin begitu yakin.

  "Eh? Kenapa pula dia akan datang balik dekat kau? Bukan aku ke bekas tunang dia?"

  "Tssk.." Hyunjin mengeluh. "Aku tahulah! Dia mesti akan datang balik dekat aku untuk balas budi palsu yang aku tabur tadi."

  "Budi palsu?" Wooyoung kerut dahi.

  "Aku tolong bayarkan barang dia, sebab wallet dia hilang. Sebenarnya bukan wallet dia hilang, aku yang ambil. Saja nak cipta masalah. Lepas aku dah tolong bayarkan, aku letak balik wallet dia tu. Dia je tak perasan."

  "Jahat juga kau ni. Tapi bijak."

  Hyunjin senyum sinis. "Woo, kau masih nak dia ke?"

  "Mesti. Aku akan dan kena dapatkan dia balik. Aku takkan bagi Seonghwa tu menang."

  "I can help you, bro."

  "How?"

  Baru saja Hyunjin ingin menjawab, telefon bimbitnya berdering, ditelefon nombor tak dikenali. Dia jawab juga panggilan itu, mana tahu penting kan?

  "Hello?"

  "Maaf ganggu, ini encik Hyunjin ke?" 

  "Yeah, i am talking. Who are you?"

  "Saya suami Diane, saya call sebab nak minta nombor akaun encik untuk pulangkan semula duit encik tadi. Saya minta maaf sebab isteri saya dah susahkan encik."

  "Ohh.." Hyunjin pandang Wooyoung. "Kenapa Diane tak call i sendiri?" 

  "Because she have a husband. So, nanti encik text nombor akaun encik, okay? Bye." panggilan dimatikan.

  Hyunjin tahan geram, gagal rancangannya.

  "Tak guna betul. Dia suruh suami dia yang call aku? Ish!"

  "Rasa macam pernah dengarlah nama Hyunjin ni.." Seonghwa terbaring di atas katil, pusing kepala dia memikirkan siapa Hyunjin yang pernah dia dengar tu.

  "Abang ni, dalam dunia ni bukan ada seorang je nama Hyunjin. Kan ramai." Diane menyampuk, tubuh Seonghwa dipeluk manja.

  "Betul juga tu. Tapi dia tanya pasal sayang tau tadi. Dia pelik kenapa abang yang call dia, bukan sayang."

  "Bukan sayang tak nak call dia, sayang tak nak suami tercinta ni nanti cemburu pula!" 

  "Bagusnya dia~" 

  "Mestilah!"

  Pagi menjelma.. 

  "Baju abang mana, sayang?!!"

  "Atas katil lah, kan dah siapkan tadi!"

  Sibuk pasangan itu bersiap untuk ke tempat kerja. Boleh pula loceng rumah mereka berbunyi kuat. Diane berlari ke muka pintu, sebaik saja pintu dibuka, wajah muncung Yunho jelas kelihatan di muka pintu. Tanpa dijemput dia masuk. Punggungnya diletakkan di atas sofa, secara tiba-tiba dia berteriak, menangis kuat. 

  "Eh, kenapa ni?!" Diane panik, duduk di sebelah Yunho.

  "Anak siapa meraung pagi-pagi buta tu?!" jerit Seonghwa dari tingkat atas.

  "Abang, Yunho ni! Sinilah sekejap."

  "Diane.. aku.. aku.." teresak-esak Yunho menangis.

  "Apa kena dengan kau ni, Yunho?" Seonghwa menjenguk dari tingkat atas, masih tak berbaju. Bajunya dipegang sambil memerhati Yunho.

  "Kenapa? Cakaplah, jangan nangis." Diane risau.

  "Gas dapur aku habis! Aku tak boleh masak, aku lapar!" Yunho memuncung lagi.

  Tak semena-mena baju Seonghwa dibaling tepat ke kepala Yunho dari atas. "Aku ingat ada orang mati lah tadi! Sakit hati aku!" Seonghwa membentak.

  "Aduhai Yunho." Diane tepuk dahi. "Aku dah masak tu, pergi dapur. Itu pun nak menangislah kau ni. Abang, baju ni cubalah jangan baling.." baju Seonghwa tadi dikutip Diane, naik pula ke tingkat atas.

  Tak mudah betul jadi seorang isteri!

  Usai menguruskan suami, Yunho pun dah selesai makan, maka habislah tugas Diane di pagi hari. Giliran dia pula yang akan menyibukkan diri ke pejabat. Pintu rumah dikunci, pintu kereta pula dibuka. 

  "Diane.." pintu keretanya ditutup kembali, Diane terkedu.

  "W..wooyoung?" 

  "Please accept me back. Minta cerai dengan Seonghwa, please. Marry me, we will be happy ever after, i promise."

  "Apa ni Wooyoung.."

  Nyaris Wooyoung merapatkan bibirnya namun Diane cepat menolak, terkejut besar dibuatnya. Dia berundur beberapa tapak namun Wooyoung langsung tak berundur, malah makin mendekat. 

  "I love you, sayang. Apa yang Seonghwa tu ada? Rumah macam ni, i boleh bagi dekat you!" Wooyoung pujuk lagi, makin lama makin dekat. 

  "Wooyoung, baliklah! Jangan buat kecoh dekat sini, Diane nak pergi kerja lah!!" Diane terketar-ketar meraba dinding, belakang tubuhnya sudahpun menyentuh dinding.

  "I takkan balik kalau you tak nak terima i semula. Tolonglah.." tangan Diane ditarik kasar.

  "Wooyoung jangan, tolong.." puas Diane cuba menarik kembali, namun apalah kudratnya sebagai seorang wanita.

  "Woo sayangkan Diane!" 

 Tubuh Diane ditarik kasar, pinggang Diane dipaut erat, dipaksa mendekat dengannya. Bertakung air mata Diane, merayu-rayu dilepaskan. Yunho tak ada, Seonghwa pun tak ada, apalah nasib dia kali ni?

  "Duduk diamlah! Selama ni Woo pegang Diane, even kiss you! Tak pernah mengelak macam ni pun." 

  "Itu dulu, Wooyoung.. tolonglah. I am married.." 

  Wooyoung senyum sinis. "Apa beza dulu dengan sekarang? I am still yours, you're still mine. Sama je, yang berbeza hanyalah si Seonghwa keparat tu.."

  "Watch your mouth!" Tak semena-mena wajah Wooyoung ditampar kuat. 

  Pelukan paksa tadi terlerai, Diane bergegas ingin meloloskan diri ke dalam keretanya, namun Wooyoung tahan lagi. Pergelangan tangannya ditarik kasar, ditolaknya tubuh Diane, disandarkan ke atas kereta. 

  "Aku datang cara baik, kau buat macam ni? Kau ni.."

  Baru saja penampar sulong Wooyoung ingin hinggap di pipi mulus Diane, pergelangan tangannya ditahan, malah pipinya yang ditumbuk. Mahu tersungkur dia jatuh ke lantai. Diane yang tadinya pejam mata, perlahan-lahan membuka matanya. Sepatutnya dia ditampar, kenapa tak rasa sakit pun?

  "ENGKAU DAH GILA KE, Wooyoung?! INI BINI AKU!" mahu terkeluar urat tekak Seonghwa menjerkah.

  Diane yang sedar akan kehadiran suaminya lemah kaki, hampir saja jatuh ke lantai namun disambut Seonghwa. Tubuh Diane didakap erat, kepala Diane bersandar di dadanya. Tercungap-cungap dia melihat tubuh Wooyoung di lantai.

  "Bagus kau ada.." darah di hujung bibir dilap dengan tangannya sendiri, perlahan-lahan berdiri. "Aku nak kau ceraikan dia depan mata aku. Aku nak dia balik."

  "Dasar tak tahu malu..."

  Ingin benar Seonghwa melepaskan satu lagi penumbuk, namun pelukan Diane yang semakin erat menghalang dia. Kalau tidak lunyai mamat ini dia kerjakan.

  "AKU NAK DIA BALIK!" 

  "DIA ISTERI AKU LAH SI*L!" jerkahan demi jerkahan berbalas, Diane pula semakin terketar-ketar dibuatnya.

  "Dasar tak tahu malu. Kau ingat adik aku barang ke, hum?" masing-masing memandang si empunya suara yang menyampuk secara tiba-tiba.

  "Lee Know.." terlepas nama itu dari bibir Wooyoung.

  "Aku datang ke sini sebab nak ambil barang aku yang tertinggal. Tapi tak sangka terjumpa sampah masyarakat. Aku ingat kau dah tak berani nak tunjuk muka, tapi aku salah rupanya. Sampai ke sini kau cari adik aku. Kau memang tak reti malu kan?" Lee Know senyum sinis, tangan dimasukkan ke dalam poket, angkuh gayanya.

  "Diane tunang aku, kau pun tahu!" berani Wooyoung bersuara.

  "Bekas tunang. Kau yang tak nak kahwin dengan dia, sekarang kau nak dia balik? Wooyoung ah, you're so pathetic." Lee Know ketawa sinis.

  "Aku cuma serabut je masa tu. Sekarang aku dah boleh fikir.."

  "Kau serabut atau kau dah buat deal dengan Hyunjin untuk jatuhkan keluarga aku?! Kau fikir aku bodoh ke, Wooyoung? Dari awal aku tak nak Diane kahwin dengan kau, bagus jugalah kau batalkan perkahwinan tu. Sekurang-kurangnya aku dapat adik ipar yang berguna, tak macam kau! Tak guna, tak tahu malu pula tu! Kau buta ke betapa bahagianya adik aku sekarang? Kau tak nampak?!"

  Seonghwa kucup dahi Diane, benar-benar risau dengan isterinya. Pelukan semakin erat, rambut Diane dibelai penuh kasih.

  "Itu dulu lah, bang! Aku dah betul-betul insaf sekarang.."

  "Jauh mana sangat keinsafan kau tu? Kau balik, kau cermin diri kau dulu. Layak ke lelaki tak guna macam kau, kahwin dengan adik aku?"

  "Kau jangan hina aku sembarangan.." Wooyoung tahan marah.

  "Kau rasa terhina ke? Baguslah, memang khas pun untuk kau. Aku tak nak cakap banyaklah, Wooyoung. Kau berambus. Ini bukan tempat kau. Kalau ikutkan hati aku, masa kau batalkan perkahwinan tu lagi aku dah lumatkan kau. Tapi Diane yang tak bagi. Mungkin dia kesian kot. Iyalah, kalau aku tumbuk lumat badan kau tu, tak ke kesian? Hancur~" Lee Know sengaja membisikkan perkataan hancur ke telinga Wooyoung.

  Tubuh Lee Know ditolak kasar, Wooyoung berlalu pergi. Sempat dia menjeling Seonghwa yang dari tadi berpelukan dengan Diane di hadapannya.  

  "Terima kasih, Lee Know." Seonghwa ucap dengan senyum lega.

  "Kalau aku tak ada tadi, kau dah bertumbuk ke dengan dia?"

  "Mungkin. Tapi tak nak bergaduh depan Diane." 

  Lee Know senyum bangga. Tak salah dia pilih Seonghwa sebagai suami adiknya. Sentiasa memikirkan Diane terlebih dahulu.

  "Diane, okay tak?" Lee Know menyoal, risau pula dia tengok Diane yang dari tadi diam.

  Diane sekadar mengangguk.

  "Lee Know, aku ada kes penting ni. Aku balik sini sekejap pun sebab aku nak ambil laptop aku tertinggal. Boleh tak kalau Diane duduk dekat rumah kau sampai aku balik?" Seonghwa pandang wajah Lee Know, betul-betul risau.

  "Dia adik aku, rumah aku sentiasa terbuka untuk kauorang berdua." 

  "Terima kasih lagi sekali, Lee Know." perlahan-lahan dia leraikan pelukan, wajah Diane ditatap penuh sayang. "Wait for me to come and take you home again. Tak perlu pergi office harini, stay je dekat rumah Lee Know. Humm?" 

  "T..tapi meeting.." akhirnya Diane bersuara.

  "Aku suruh sesiapa ganti nanti. Kau ikut aku balik, tapi aku nak ambil barang aku dulu. Tertinggal pula haritu." 

  "Jom, aku buka pintu dulu."

  Diane diam tak bersuara sepanjang perjalanan. Lee Know tahu adiknya ini masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku tadi. Fikiran Diane masih bercelaru. Sebegitu sekali Wooyoung sanggup buat untuk mendapatkannya balik? Sudah gila ke apa?

  "Lepasni biar aku ambil kau dekat rumah, pergi office sama-sama. Balik pun biar aku hantarkan. Kalau tadi Seonghwa tak tertinggal barang, entah apa si Wooyoung tu buat." Lee Know geleng kepala.

  "Tak payahlah sampai macam tu sekali. Abang pun jarang masuk office kan?" 

  "Kau tak nampak ke apa dia buat tadi? Mamat tu memang dah gila, macam Hyunjin!" 

  Diane pandang Lee Know. Lama sudah abangnya ini sebut nama Hyunjin, tapi langsung dia tak kenal siapa Hyunjin. Di mata Lee Know, nampaknya Hyunjin ni jahat betul orangnya. Tak pernah ada benda baik keluar dari mulut abangnya itu kalau pasal Hyunjin.

  "Hyunjin tu siapa?" Diane menyoal.

  Lee Know tarik nafas dalam. "Kau ingat Yeji?"

  "Mestilah, ex abang kan?"

  Bukannya dia tak tahu hubungan Lee Know dan Yeji dulu. Pasangan sejoli.

  "Aku putus dengan Yeji sebab dia ada lelaki lain. Tapi Yeji cakap itu semua fitnah je, aku pun tak tahu nak percayakan dia atau tak. Jadi aku ambil keputusan untuk putus. Lepas dari tu Yeji tak pernah keluar rumah dah. Hyunjin salahkan aku, katanya aku punca adik dia jadi macam tu. Sampai sekarang dia bencikan aku. Dendam dia tu tak masuk akal. Dia tak tahu apa-apa, dia terus tuduh aku macam tu." terang Lee Know.

  "Tapi mana tahu betul apa yang Yeji cakap. Mungkin memang ada orang fitnah dia. Yeji kan popular dulu." 

  "Kalau memang betul fitnah sekalipun, apa aku boleh buat? Dah bertahun-tahun aku putus dengan dia, dia pun langsung tak keluar rumah. Apa je yang aku mampu buat selain teruskan hidup aku ni?"

  "Tapi abang sayang lagi kan dekat Yeji tu?"

  Lee Know diam. Biarlah dia yang tahu.

  Perlahan-lahan pintu bilik Yeji dibuka. Sama seperti selalu, Yeji hanya duduk di atas katil sambil memandang sinar matahari yang masuk melalui tingkap biliknya yang terbuka. Tingkap itu tak pernah tertutup, sentiasa terbuka. Harapannya hanya satu. Memori lama kembali menyapa mindanya.

  "Cepat.. hati-hati.."

  Terbisik-bisik Yeji dibuatnya, membantu Lee Know memanjat tingkap yang terbuka luas. Berjaya juga akhirnya. Lee Know senyum, ditariknya Yeji dalam dakapannya. Yeji senyum, tenang rasanya mendengar degup jantung Lee Know.

  "I miss you so much, sayang."

  "I miss you more. You pergi mana? Lama tak datang jumpa i."

  Lee Know kucup dahi Yeji. "I busy sikit, sayang."

  Dakapan dileraikan, Yeji tarik tangan Lee Know, duduk di atas katil bersama dengannya. Pada waktu ini, hubungan mereka baru saja bermula, masih tak ada siapa yang tahu termasuk Hyunjin. Masing-masing risau kalau Hyunjin tak merestui hubungan ini. Maklumlah, Lee Know dan Hyunjin bersahabat baik.

  "Bila kita nak bagitahu abang i pasal relationship ni? I tak suka tengok you masuk sorok-sorok macam ni. Macam penjenayah pula." Yeji cuba memujuk.

  "I tahu you tak selesa dengan relationship macam ni. I pun kalau boleh nak bagitahu sekarang juga, tapi i risau Hyunjin tak suka. Kalau dia suruh i tinggalkan you macam mana? I tak nak." rambut Yeji dibelai Lee Know. 

  "Kita masih boleh cuba kan? Atau you memang tak nak perjuangkan i?"

  "Sayang, jangan fikir macam tu. I janji i akan perjuangkan cinta kita. Dalam hidup i ni takkan ada perempuan lain selain daripada you. Itu janji i."

  Menitis air mata Yeji mengenangkan janji Lee Know. Masih boleh dipegang ke janji lelaki itu? Dia tak pernah menyalahkan Lee Know. Kalau dia ditempat Lee Know, dia pun akan buat perkara sama. Tak akan dia lupakan wajah manusia yang sanggup memasang perangkap supaya Lee Know benci dan tak percaya kepadanya lagi.

  "Jung Wooyoung.." nama itu keluar dari bibir Yeji.

Continue Reading

You'll Also Like

7.8K 1.3K 21
❀ㅡkisah bermula apabila dia mendapat surat cinta yang entah siapa pengirimnya. ❀❀❀ "siapa bagi surat ni?" - wen junhui. "alamak!!..dia dah tahu..maca...
803 42 5
Menceritakan keseharian pelajar-pelajar sekolah menengah yang sungguh tidak masuk akal dan di luar nurul. Saksikan segala kerandoman dan kemasuk aira...
9.5K 735 49
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
140K 12.3K 93
Sebab aku tersalah chat kau , kisah cinta kita pun bermula . " Aku sesekali takkan pernah tinggalkan kau sebab aku dah mula sayangkan kau walau siapa...