[S1] TRF: Slice Of Love • Par...

By loveydescent

3.5K 562 52

[enhypen's malay fanfiction] This girl gets a hereditary curse, love spell. In which all men will be attracte... More

1. Beginning
Cast
2. Senior
3. Rumor
4. Suspicious
5. Weird
6. Dodge
7. Winter
9. Being Extra
10. Our Day
11. Beautiful View In The World: Someone You Love
12. The Curse Of Descent
13. In The Soop
14. Everland
15. Lacy and Seohyun First Met
16. (っ.❛ ᴗ ❛.)っ
trf cast random tweet
17. Speak Now
18. Blood
19. The Blooming Sakura
20. Palace

8. Her Husband?

175 29 2
By loveydescent

"Lacy. Lacy!!"

Suara yang nyaring menyerpa gegendang telinga Lacy. Tidurnya mula terusik. Sinar cahaya matahari mengganggu lenanya. Perlahan-lahan matanya dibuka.

"JAKE?!!" Lacy duduk dan memeriksa dalam selimut. Syukurlah, pakainnya masih terpasang sempurna. Lacy menghembus nafas lega.

"Kau buat apa kat bilik aku?!"

"Tunggu kau bangun."

Lacy mengemas katilnya. "Keluar. Aku nak mandi. Nak ikut ke?"

"Ouh boleh ke? Jom." Jake menarik tangan Lacy.

"EHH!!" Lacy memukul bahu Jake.

"Tadi ajak,"

"Salah orang nak ajak bergurau."

Jake ketawa geli. "Cepat bersiap. Winter dah tunggu tu." Jake menutup pintu bilik Lacy.

Tidak mengambil masa yang panjang, Lacy telah pun siap membersihkan diri dan berpakaian seragam. Kini, dia duduk didepan meja rias.

Lacy berjalan mengambil beg, dan matanya tertuju pada kotak Iphone yang berada di meja sebelah katil. Dia menghampiri meja dan mengambil kotak tersebut. "Tch! Si sombong tu."

Lacy perlahan menuruni satu persatu anak tangga rumahnya. Dari atas sudah kelihatan Winter yang duduk di sofa sambil memainkan telefon pintarnya begitu juga dengan Jake.

"Jom." Ucap Lacy setelah sampai di bawah.

Winter dan Jake memberhentikan aktiviti mereka dan fokus kearah Lacy. Winter bangun dan memeluk lengan Lacy. "Eungg, jom."

Mereka berjalan ke pintu keluar. "Lacy, siapa punya Iphone?" Tanya Winter.

"Ouh ni err...had-"

"Lacy campak Iphone orang dari tingkat 4." Sahut Jake.

"Aku terlanggar je tau. Jake buat cerita."























•••••

"Winter, kita terpisah lagi," Lacy memasang muka sedih.

"It's okay. Aku kat blok sebelah je. Kita jumpa waktu rehat nanti. Lagipun aku dengan Jake. Jangan risau lah!"

Lacy dan Winter melepaskan tangan. Fokus Lacy tertuju pada Jake. "Jake! Jaga Winter elok-elok."

"Aku lebih rela jaga kau untuk seumur hidup aku."

"Jake!"

"Iya iya. Jom Winter." Seperti biasa Jake mesti akan jalan terlebih dahulu.

"Bye, Lacy." Ucap Winter dan Lacy membalasnya dengan anggukkan dan senyum.

Lacy menghembus nafas perlahan-lahan dan berjalan menuju ke kelasnya.

"Urhm Park Sunghoon tu kelas sebelah kan?" Bicara Lacy pada dirinya sendiri.

Lacy jalan melepasi kelasnya. Sampai dikelas sebelah dia berdiri di pintu kelas mencari Sunghoon. Dia mengamati satu persatu orang. "Tak ada pun, sttt salah kelas kot?" Lacy memusingkan badannya dan terlanggar seseorang.

Dia mendongakkan kepala dan mendapati itu Park Sunghoon. "A-akkk" Lacy meringis sambil memegang dahinya. Pura-pura.

"Jangan nak pura-pura. Siapa yang langgar dulu?" Ujar Sunghoon.

Baiklah Lacy mengalah.

"Nah," Lacy memberi kotak iphone pada Sunghoon.

Sunghoon memandang Lacy sejenak. Dan dengan itu juga, Lacy mendengar bicara-bicara dari sekelilingnya.

"Beraninya dia beri hadiah pada Sunghoon,"

"Haah, berani betul. Tak tau apa jadi kalau Wonyoung dapat tahu perkara ni,"

"Habislah dia."

Wonyoung? Perempuan yang kejar Sunghoon semalam? Kenapa dengan dia? Sunghoon suami dia ke?

Lacy memandang Sunghoon dari atas ke bawah.

Kring~~~!!!

Loceng telah berbunyi, Lacy mengambil tangan Sunghoon dan menyerahkan kotak iphone yang berada di tangannya tadi.

"Bye-bye!!" Lacy berlari memasuki kelasnya.

Lacy duduk di tempatnya dan mengatur nafasnya yang masih tidak teratur.

"Lacy! Aku ingat kau tak datang tadi." Tegur Yeeun yang meja nya berada di sebelah Lacy.

"Kau yang tak datang semalam. Aku risau kau tinggalkan aku je." Ucap Lacy tanpa memandang Yeeseun yang disebelahnya.

"Hehe, mak aku nak bawa adik aku sorang. Nak buat macam mana, kan? Aku tak boleh lawan,"

"Hm. Btw kan, nanti aku nak kenalkan kau pada seseorang," Lacy menghadap Yeeun.

"Lelaki? Hensem tak? Baik ke tak?" Yeeun memegang kedua tangan Lacy dengan tersenyum lebar.

"Perempuan."

"Alaa,"

Dengan itu juga, bertepatan dengan guru mereka masuk dan pembelajaran di mulakan.

Dari kelas bermula tadi Lacy tak habis-habis memerhatikan jam dinding. Dia menunggu waktu rehat tiba. Rasanya ingin cepat-cepat keluar saja dari kelas itu.

Lacy mula hitung undur melihat jam sudah mahu menunjukkan waktu rehat.

"10,9,8,7,6,5,4,3,2,1!" Sebut Lacy satu persatu. Dengan itu juga loceng berbunyi. Dia bersorak dalam hati.

Gurunya berlalu keluar. Lacy menarik tangan Yeeun keluar dari kelas. "Jom cepat!"

Di tengah perjalanan Lacy teringat sesuatu. "Mana Sunoo?" Tanya Lacy.

"Kau tinggal dia tadi..." Ibu jari tertuju ke belakang.

"Lacy!! Yeeun!!" Suara Sunoo dari belakang.

Sunoo berlari menghampiri mereka. "Korang ni! Tunggu lah aku nak kemas meja dulu. Tunggu sekejap pun tak nak."

"Sowwrry hehe. Cepatlah jom!" Lacy menarik tangan Sunoo sekali.

Mereka terus berlari sampailah Lacy melihat kelibat Jake dan Winter. Lacy melepaskan tangan Sunoo dan Yeeun. Dia berlari menghampiri Winter.

"Winter!!"

"Lacy!!"

"Kosong je rasa tak ada kau dengan aku. Bosan," Lacy pout.

Winter hanya ketawa kecil. "Peluk??"
Tanya Winter dan membuka lengannya.

Lacy ingin memeluk Winter tetapi Jake sudah memeluknya dahulu. "Eyy! Jake!" Jerit Lacy.

"Kenapa? Dari semalam asyik Winter je kau layan special, aku nak jugak!" Jake mengeratkan lagi pelukan.

"Jake lepas dulu, aku tak boleh bernafas, lagipun ramai orang tengok!" Lacy menepuk-nepuk badan Jake.

Ya, mereka menjadi perhatian dari awal mereka jumpa kerana Winter, pelajar baru. Dia cantik, berambut blonde panjang, berkulit putih mulus. Beritanya tentang dia seorang Princess of New Zealand juga sudah tersebar satu sekolah. Semestinya dia menjadi perhatian ramai.

"Lacy! Kau tinggal kitorang." Ucap Yeeun yang baru sampai.

Jake melepaskan pelukannya. "Yeeun, Sunoo. Aku kenalkan ni Winter. Winter, Yeeun dan ni Sunoo," Ucap Lacy.

"Ouh Winter yang Princess of New Zealand tu kan?!! Damn! Aku dapat jumpa dia reality!!" Teruja Sunoo dan melihat Winter dari atas kebawah, masih tak percaya dengan apa yang dia lihat. "Lacy, tak sia-sia aku kawan dengan kau," Sambungnya lagi.

"Tch!"

"Cepat ambil makanan nanti waktu rehat tamat!" Ujar Jake.

Mereka pun beratur mengambil makanan dan berjalan mencari tempat duduk. Semasa mereka sedang berjalan menuju meja mereka, Lacy melihat seseorang yang dia kenal. "Korang duduk lah dulu nak pergi sana sekejap." Mereka mengiyakan.

Lacy berjalan menuju ke meja depan.
"Park Sunghoon!" Lacy duduk dihadapan Sunghoon dengan senyuman yang masih terlekat pada bibirnya.

Sunghoon melihat Lacy sekilas dan menyambung aktiviti makannya.

'tch! Si sombong ni,' Ujar Lacy dalam hati.

Lacy menoleh kekiri, meja sebelah. Sekumpulan 4 orang perempuan sedang 'mengata' dia.

"Dia ni dari tadi aku tengok berkepit dengan Sunghoon," -Girl 2

"Kita pun berani duduk sebelah je, kalau boleh, dah duduk semeja dengan Sunghoon. Berani betul dia." -Girl 1

"Wonyoung seorang je yang boleh duduk dengan Sunghoon, kan?" -Girl 4

"Jangan-jangan dia girlfriend Sunghoon ntah?" Girl 2

"Wonyoung kalah la kalau macam tu, HAHAHA." -Girl 3

"Girlfriend si ais batu ni? Memang tak lah!" Bicara Lacy dalam hati.

"Sunghoon! Awak suami Wonyoung eh?" Spontan Lacy. Lacy memandang sekelilingnya kerana kantin tiba-tiba menjadi hening.

Sunghoon juga memberhentikan makannya dan memandang Lacy.

Jake ketawa melihat panik wajah Lacy. Suasana kantin menjadi riuh seperti biasa.

"Dengar dari mana?" Sunghoon pada akhirnya.

'akhirnya buka mulut jugak ais batu ni.' Lacy dalam hati.

"Ouh, tak dengar dari siapa-siapa pun. Cuma kalau dekat dengan awak sikit, mesti ada dengar nama Wonyoung. Siapa Wonyoung tu sebenarnya? Curious tau. Yang awak nak mengelak semalam tu, eh? Kalau korang suami isteri, kenapa mengelak dari dia semalam?" Lacy meletakkan siku dimeja untuk menampung pipi dengan jari-jarinya.

"Ha-" Sunghoon menyuap nugget ke dalam mulut Lacy.

"Eummm ada cheese!!" Lacy mengambil chopstick nya dan mula makan dengan tenang. Sunghoon juga mula makan dengan tenang.

Tangan Sunghoon terhulur untuk mengambil nugget yang masih tersisa di pinggannya tetapi tangannya ditahan oleh Lacy. "Give it to me, pleasee?" Sunghoon pun mengiyakannya.

Sunghoon menunggu Lacy sehingga dia habis makan. "Dah selesai?" Tanya Sunghoon selepas melihat pinggan Lacy kosong dan sedang minum air. Lacy mengangguk laju.

Sunghoon mengambil tisu untuk mengelap mulut Lacy.

"Huh?" Lacy menjauhkan dirinya sedikit kebelakang. Terkejut.

Sunghoon menjadi kaku.

"Uhm tu, ni," Sunghoon menyerahkan tisunya, yang berniat untuk mengelap mulut Lacy tadi kepadanya.

"Ouhh," Lacy mengambil tisu itu dan mengelapnya sendiri.

"Lacy, jom?" Itu Winter dan lainnya.

"Ouh ehee, jom. Bye Sunghoon!" Lacy dan kawan-kawannya berlalu pergi.

"Kau makan dengan dia?"

"Ehe sorry, tak perasan pulak,"

"Seronok ye, bersuap dengan si dia?"

"Ishh Jake!"

Sunghoon melihat mereka berlalu pergi. Setelah itu, Sunghoon menyatukan pinggannya dengan pinggan Lacy dan membawanya ke tempat letak pinggan setelah digunakan.



















•••••

Sunoo dan Yeeun melanjutkan jalan sementara Lacy membetulkan tali kasutnya yang terbuka. Setelah selesai mengikatnya kembali, Lacy ingin melanjutkan jalannya tetapi dia ditarik oleh seseorang ke sebalik dinding.

"Heeseung Sunbae-nim?" Ucap Lacy dan matanya tertuju pada benda yang terayun ditangan Heeseung.

To Be Continued...

Continue Reading

You'll Also Like

76.8K 396 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
133K 11.3K 46
"Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan Gempa? Hiks.. G-Gempa tak nak ikut atok. Gempa nak.. hiks... bersama dengan ibu dan ayah...
67.4K 5.5K 41
9.7K 742 49
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...