ARABELLA

By dewihera_

109K 9.5K 1.3K

Hanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupny... More

𝟏.
𝟐.
𝟑.
𝟒.
𝟓.
𝟔.
𝟖.
𝟗.
𝟏𝟎.
𝟏𝟏.
𝟏𝟐.
𝟏𝟑.
𝟏𝟒.
𝟏𝟓.
𝟏𝟔.
𝟏𝟕.
𝟏𝟖.
𝟏𝟗.
𝟐𝟎.
𝟐𝟏.
𝟐𝟐.
𝟐𝟑.
𝟐𝟒.
𝟐𝟓.
𝟐𝟔.
𝟐𝟕.
𝟐𝟖.
𝟐𝟗.
𝟑𝟎.
𝟑𝟏.
𝟑𝟐.
𝟑𝟑.
𝟑𝟒.

𝟕.

2.3K 246 20
By dewihera_

SELEPAS seminggu di rumah Amelia, Arabella akhirnya melangkah keluar dari rumah itu dengan penuh rasa gembira. Dia berlari anak bersama bagasinya menuju ke arah Hayden yang sedang menunggunya di luar pagar.

"Hayden! Hai! Hai! Hai, Ace!" Sapa Arabella teruja. Tangannya melambai-lambai kepada Hayden dan Ace. Ace tersenyum kepada Arabella dan mendekati wanita itu untuk membantunya meletakkan bagasi ke dalam kereta. Hayden yang berdiri di sisi kereta, hanya berpeluk tubuh merenung Arabella. Matanya tajam naik turun, mengimbas isterinya itu.

"Kaki tu kenapa lebam? Dahi tu pun sama. Ni? Dekat pipi ni? Kenapa lebam-lebam semua ni?" Jari panjang Hayden menunding ke arah setiap lebam yang terdapat pada tubuh Arabella. Arabella menyentuh dahi dan pipinya. Tak cukup ke concealer yang dia pakai tadi?

"Erm...aaa—"

"Love ni cuai orangnya, Hayden. Kalau boleh semua dinding, semua bucu dalam rumah ni nak dilanggar. Penat dah mulut mama ni nak nasihatkan dia." Sampuk Amelia yang tiba-tiba muncul di belakang Arabella. Tangannya memaut bahu Arabella dan mencengkamnya kuat sebagai tanda amaran.

Wajah Arabella berkerut menahan sakit kerana cengkaman Amelia di bahunya tetapi kepalanya tetap mengangguk, mengiyakan kata-kata ibunya.

Hayden diam. Matanya masih merenung wajah Arabella yang terlihat pucat itu. Pipi wanita itu juga tampak cengkung sedikit, tidak seperti semasa kali terakhir dia melihat wajah itu.

"Nanti dekat rumah, jangan lupa letak minyak dekat lebam-lebam tu." Pesan Amelia sambil tersenyum palsu. Tangannya membelai rambut Arabella. Arabella mengangguk lagi. "Love datanglah selalu temankan mama dekat rumah ni. Hayden pun, rajin-rajinlah bermalam dekat sini sekali-sekala, ya?"

Pandangan Hayden teralih kepada Amelia. "Kalau Hayden tak sibuk, Hayden datang." Ujar Hayden kemudian menarik hujung lengan baju Arabella, mengajak wanita itu masuk ke dalam kereta.

"Kitorang minta diri dulu, ma."

"Okay, hati-hati."

Hayden melambai ke arah Amelia sejurus sahaja kereta bergerak manakala Arabella cuma diam, dia menyibukkan diri dengan memasang tali pinggang keledar.

"Peliklah awak ni." Tutur Hayden tiba-tiba. Arabella menoleh. Keningnya diangkat. "Dekat rumah saya tak ada pula nampak awak terjatuh, ke terlanggar bucu dinding, ke apa." Sambung Hayden sambil menompang dagu, memandang Arabella di sebelahnya.

Arabella sudah menggigit bibir. Kepalanya ligat mencipta alasan. "Sebab rumah awak besar." Balas Arabella selamba membuatkan Hayden mencebik. Dia kembali memandang ke hadapan.

Arabella membuang pandangan ke luar tingkap dan baru dia perasan, jalan yang diambil sekarang tidak sama dengan jalan pulang ke rumah. "Hayden, kita nak pergi mana?" Tanya Arabella. Matanya melilau memandang sekeliling.

"Hospital." Jawab Hayden ringkas. Arabella mengangguk.

"Oh, Lucia dah stabil, kan? Kita dah boleh masuk wad. Boleh kita singgah beli bunga sekejap?"

Hayden mengerling Arabella sekilas dan mengangguk. "Ace, berhenti dekat kedai ni." Arah Hayden sambil menunding ke arah sebuah kedai bunga yang terletak di pinggir jalan. Berhenti sahaja kereta, Arabella orang pertama yang berjalan keluar dahulu dan masuk ke dalam kedai bunga itu tanpa menunggu Hayden.

Dia berjalan di sekeliling kedai, mencari bunga kesukaan Lucia sehingga sepasang mata biru langit itu terhenti pada jambangan segar bunga matahari. Senyumannya terukir. Hujung jari dibawa menyentuh perlahan kelopak kecil bunga matahari itu.

"Lucia suka bunga matahari?" Tanya Hayden aneh. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Rasanya Lucia paling sukakan bunga ros. Arabella mendongak dan tersenyum kepada Hayden di sisinya.

"Tak. Lucia suka bunga ros." Arabella berpaling dan berlari anak ke arah jambangan bunga ros pula. Hayden terkebil-kebil. Bunga matahari di hadapannya dipandang lama.

"Hayden, jom." Panggil Arabella sambil menunjukkan beberapa kuntum bunga ros merah di tangannya. Hayden berjalan mendekati wanita itu. "Cukup tak?" Tanya Arabella. Hayden mengangguk.

"Siapa yang nak bayar ni?"

Arabella tersengih. "Awaklah. Saya mana ada duit."

Hayden menggulingkan mata. Bunga ros di tangan Arabella diambil. "Pergi tunggu dalam kereta." Kata Hayden kemudian bergerak ke arah kaunter pembayaran. Arabella menurut dan berlalu keluar dari kedai bunga itu, masuk ke dalam kereta.

"Tolong, bungkuskan sekali ya?" Pinta Hayden kepada gadis di kaunter itu. Dia mengerling sekilas kepada Arabella yang sudah berada di dalam keretanya.

"Bungkuskan bunga matahari tu sekali. Tiga kuntum."






















































ARABELLA duduk di tempat menunggu sambil bermain dengan jarinya sementara menunggu Hayden keluar dari wad Lucia. Sudah hampir satu jam juga dia menunggu di situ tapi tak mengapalah, dia faham yang Hayden sedang rindukan Lucia.

Selepas beberapa minit, pintu wad Lucia terbuka dan Hayden keluar dari situ. Arabella bangun mendapatkan Hayden. "Awak dah nak balik?" Tanya Arabella. Hayden menggeleng.

"Saya nak duduk sini sekejap lagi. Awak baliklah dulu dengan Ace."

"Oh, okay." Arabella berpaling dan mahu mencapai beg galas arnab mininya di atas kerusi tetapi tangan Hayden lebih cepat mengambil beg tu daripadanya. Wajah Arabella berkerut.

"Sebelum balik. Ubatkan lebam awak tu dulu. Jom, ikut saya." Hayden menggalas beg mini milik Arabella di bahunya dan jalan mendahului wanita itu. Arabella di belakang sudah tertawa halus melihat gaya Hayden ketika itu. Tak kena betul tema arnab dengan lelaki dingin itu. Langsung tak masuk.

Hayden terus berjalan diikuti Arabella sehingga lelaki itu berhenti di hadapan sebuah bilik yang tertulis Doktor Noah di pintu masuknya. Arabella terpinga-pinga. "Kita buat apa dekat sini?"

"Ubatkan lebam awak." Balas Hayden bersahaja dan terus membuka pintu tanpa mengetuk dahulu.

Doktor Noah mengangkat kepala memandang Hayden dan Arabella yang sudah tercegat di muka pintunya. "Oh, Arabella. Sini, duduk." Doktor Noah menepuk kerusi di sebelah mejanya. "Hayden cakap muka awak lebam-lebam sebab alergi. Sini, saya tengokkan." Ujar Doktor Noah. Arabella pula semakin keliru di situ. Dia menjeling Hayden dan Doktor Noah bergilir.

Bila masa pula dia ada alergi?

Riak Doktor Noah berubah saat sedar bahawa lebam dan bengkak pada wajah Arabella bukan disebabkan oleh alergi. Dia mengerling Hayden yang sedang berpeluk tubuh memerhati dia dan Arabella.

"Arabella." Panggil Doktor Noah lembut.

"Ya?"

"Macaroon baby?"

"Hm?"

Doktor Noah menghantar isyarat menunjuk ke arah Hayden dengan hujung matanya. "Macaroon baby?" Ulang Doktor Noah untuk kali kedua. Arabella yang faham akan maksud Doktor Noah pantas menggeleng. Dia mencapai pen dan kertas di atas meja Doktor Noah. Dia menulis sesuatu dia atas helaian kertas itu.

Mama.

Doktor Noah membaca apa yang ditulis oleh Arabella kemudian kertas itu dironyokkan lalu dibuang ke dalam tong sampah.

Hayden di belakang sudah berkerut dahi melihat gaya perbualan dua manusia di hadapannya ketika ini.

Macaroon baby? Apa bendanya pula tu.

Selepas perbualan aneh itu, bilik Doktor Noah bertukar jeda. Doktor muda itu terus membuat kerjanya merawat Arabella. Bahagian lebam pada betis dibalut manakala pada wajah Arabella pula diletakkan plaster.

"Okay, siap. Nah, tengok saya pilih plaster corak beruang untuk awak." Ujar Doktor Noah sambil menghulurkan sebuah cermin kepada Arabella.

Arabella tersenyum lebar. Plaster berwarna kuning bercorak beruang yang berada di dahinya disentuh. "Comelnya. Terima kasih, Noah." Ucap Arabella kemudian berdiri dan pergi mendapatkan Hayden. "Tengok, dekat dahi saya ada beruang." Plaster di dahinya ditunjuk pula kepada Hayden. Hayden tersenyum kecil.

"Ya, comel beruang tu. Jom, balik."

"Bye, Noah."

"Bye, Arabella."

Hayden dan Arabella jalan beriringan keluar dari bilik Doktor Noah. "Macaroon baby tu maksudnya apa?" Tanya Hayden sebaik sahaja mereka sudah beberapa langkah jauh dari bilik Doktor Noah.

"My safe word."

"Safe word?" Soal Hayden aneh.

Arabella mengangguk. "Noah selalu guna safe word kalau benda macam ni jadi dekat saya, kalau saya dalam bahaya. Dan tadi dia ingat lebam-lebam ni sebab awak pukul saya."

Kaki Hayden berhenti melangkah. Dia memandang Arabella yang sudah ke hadapan itu dengan pandangan yang penuh tanda tanya. "Apa maksud awak, kalau benda macam ni jadi? Kenapa 'benda macam ni' tu, macam benda biasa yang jadi? Mama cakap tadi awak terjatuh. Kenapa Noah nak fikir yang saya pukul awak pula kalau biasanya awak lebam sebab terjatuh?"

Arabella tergamam tatkala mendengar pertanyaan Hayden. Dia berpaling ke arah lelaki itu. Lama dia membisu sebelum lambat-lambat menjawab. "Sebab...sebelum ni Adam yang pukul saya." Tutur Arabella perlahan kemudian kembali mengatur langkahnya. Kini, giliran Hayden pula yang terkedu. Belakang tubuh Arabella direnung lama.

Selepas beberapa ketika, barulah dia menyambung langkah yang terhenti tadi, mengejar Arabella yang sudah jauh di hadapan. Mereka terus berjalan tanpa bicara lagi. Hayden tidak tahu mahu berkata apa. Arabella pula lebih selesa berdiam diri daripada dia terus bercakap dan meluahkan tanpa dia sedar.

Mereka berdua berhenti di hadapan wad Lucia. Hayden memberi semula beg galas arnab milik Arabella.

"Saya balik du—"

"Bella, jap."

Arabella memerhati Hayden yang masuk ke dalam wad Lucia dan keluar semula selepas beberapa saat bersama-sama sejambak bunga matahari yang dibalut cantik di tangannya. Bibir Arabella automatis menarik senyuman manis. Wajah mendung itu sudah kembali ceria.

"Untuk saya?" Tanya Arabella yang sudah mula teruja. Hayden mengangguk dan menghulurkan bunga matahari tadi kepada Arabella. Arabella menyambut huluran Hayden dan membawa jambangan bunga matahari itu rapat ke dada. Dia gembira. Tersangat gembira.

"Terima kasih!" Ucapnya bersama dengan mata yang bersinar-sinar. Hayden tersenyum.

"Sama-sama."

"I love you."

Mata Hayden membulat. Wajah polos Arabella dipandang tidak percaya. "A—apa dia?" Tanya Hayden tersangkut-sangkut. Jantungnya bagaikan mahu meletup selepas mendengar bicara Arabella tadi.

Arabella memandang Hayden. "Awak bagi tiga kuntum bunga. I. Love. You. Itu kan maksudnya?" Jari runcingnya menunjuk ke setiap kuntum bunga matahari. Hayden berdehem. Belakang leher digosok perlahan.

"Bu—bukanlah! Itu bukan maksud dia! Perasanlah awak ni."

"Hm? Habis tu?"

"Get well soon."

Arabella terkebil-kebil. "Get well soon?"

"Ini." Hayden mencucuk perlahan lebam yang ditampal plaster beruang di dahi Arabella. Arabella tertawa halus.

"Oh. Hehe. Kalau I love you pula, berapa kuntum selalunya?" Soal Arabella. Dia sudah duduk di kerusi menunggu, tidak jadi mahu pulang. Hayden pula tanpa sedar suka melayan sikap kanak-kanak fanta Arabella. Dia juga sudah mengambil tempat di sebelah wanita itu.

Hayden diam. Dia berfikir. Tidak pernah pula dia mengungkapkan kata cinta menggunakan bunga. Idea baru ni. Bolehlah dia guna untuk Lucia nanti. "Hm...lima." Jawab Hayden sambil mengeluarkan sebelah tapak tangannya menunjukkan lima kuntum bunga.

"Maksudnya?"

"I love you so much."

Mendengar jawapan Hayden, Arabella sudah mengemam bibir menahan tawa. Hayden yang perasan riak Arabella itu terus berpeluk tubuh. Wajahnya bertukar cemberut.

"Kenapa?"

"Awak ni muka je beku tapi dalam hati ada arnab. Hahahaha." Tawa Arabella terhambur. Kening Hayden berkerut mendengar peribahasa Arabella itu sebelum dia ikut sama tergelak.

"Dalam hati ada taman lah. Arnab tu beg awak."

"Oh? Yeke? Tapi arnab lagi comel."

"Ikut suka awaklah, Bella."

"Puan, boleh kita balik sekarang?"

Hayden dan Arabella serentak menoleh ke arah Ace yang sudah berdiri di situ, menunggu Arabella. Arabella segera bangun dari kerusi, nampaknya dia perlu pulang. Bunga matahari pemberian Hayden didakap rapat ke dada dan beg arnabnya digalas di bahu.

"Jumpa awak dekat rumah, Hayden." Arabella melambaikan tangan buat Hayden kemudian pergi mengikut langkah Ace.

"Hayden, bagi. Cantik, kan?" Jambangan bunga matahari ditunjukkan kepada Ace. Ace mengangguk laju, bersetuju akan kecantikan bunga itu. Wajah ceria Arabella dipandang sekilas. Wanita itu terus tersenyum sambil membawa kelopak bunga matahari ke hidungnya.

Bunga matahari? Fikir Ace sebelum mengangguk perlahan. Dia baru mengerti sesuatu.


































































"LETAK CCTV? Dalam rumah mama Puan Love?" Tanya Ace semula. Dia sedikit kaget mendengar permintaan aneh majikannya itu. "Ada apa-apa jadi ke, tuan? Ada orang follow Puan Love sampai ke sana ke?" Ace masih lagi sibuk ingin tahu tetapi melihat Hayden yang cuma membisu di tempat duduk belakang, dia terus menutup mulut.

"Pastikan tak ada siapa tahu." Pesan Hayden mendatar. Ace mengangguk. Tanpa bertanya lagi, dia terus fokus dengan jalan raya di hadapan. Sesekali Hayden yang sedang sibuk dengan telefon bimbitnya, dipandang melalui cermin pandang belakang.

Apalah yang sedang bermain di dalam fikiran majikannya itu sehingga mahu memasang kamera litar tertutup di setiap penjuru rumah Datin Amelia. Ace tidak berani bertanya lagi. Dia mengunci mulut dan hanya fokus pada pemanduannya di dalam hujan lebat pada malam itu.

Sampai di perkarangan rumah, wajah Hayden berkerut saat melihat Ibu Lily bersama dengan doktor peribadi keluarganya, Doktor Deanna sedang berbual di muka pintu rumah.

"Ibu Lily sakit ke?" Soal Hayden.

"Saya tak pasti, tuan."

Hayden keluar dari keretanya dan menghampiri dua wanita itu. Ibu Lily dan Doktor Deanna yang melihat kehadiran Hayden di situ sudah mengukir senyuman lebar. Mereka berpandangan sesama sendiri dengan pandangan penuh makna.

"Ada sesiapa yang sakit ke, Ibu Lily?" Tanya Hayden kepada Ibu Lily pula. Ibu Lily sudah tersenyum simpul mendengar pertanyaan Hayden.

"Tak ada siapa yang sakit. Love, dia—"

"Bella, sakit? Teruk ke? Kenapa tak call saya?" Pintas Hayden. Riaknya sudah berubah risau. Laju dia membuka kasut, bersedia untuk masuk ke dalam rumah. Senyuman Ibu Lily semakin melebar.

"Teruk juga tu, Hayden. Sampai muntah-muntah. Kesian, Ibu Lily tengok. Tapi orang mengandung, biasalah kan, Doktor Deanna?" Ibu Lily mengenyit sebelah mata kepada Doktor Deanna sebelum kedua-dua mereka ketawa bersama. Hayden terpinga-pinga, tidak mengerti apa yang sedang Ibu Lily bicarakan tadi. Kenapa mereka ketawa? Jadi, sakit Arabella itu teruk atau tak sebenarnya ni?

"Tahniah, Hayden. Jaga isteri elok-elok, ya? Doktor minta diri dulu. Nanti, doktor datang lagi untuk pemeriksaan seterusnya." Ucap Doktor Deanna sebelum berlalu pergi. Hayden masih keliru. Dia memandang Ibu Lily.

"Ibu Lily, Bella kenapa sebenarnya?"

Ibu Lily tertawa halus. Terhibur pula dia melihat Hayden yang masih tidak mengerti itu. "Love, mengandung, Hayden. Hayden dah jadi ayah." Jawab Ibu Lily lebih jelas dan terperinci menyebabkan Hayden terbungkam.

"Bella...mengandung...?" Soal Hayden. Matanya membesar kerana terkejut. Tanpa menunggu jawapan lagi, kakinya terus membuka langkah seribu, naik ke tingkat atas tanpa mempedulikan pandangan aneh Ibu Lily.

Bilik Arabella dituju. Pintu bilik itu terus dibuka dan Hayden terkaku di muka pintu.

Arabella yang sedang duduk memeluk lutut di balkoni itu direnung lama. Nafas berat dihela. Dia melangkah menghampiri Arabella sambil blazer di tubuhnya dibuka dan dengan penuh berhati-hati diletakkan pada kedua-dua bahu Arabella.

Arabella yang sudah lama perasan akan kehadiran Hayden, hanya mendiamkan diri. Matanya cuma terarah kepada langit yang sedang menangis pada malam itu. Hayden melabuhkan duduk di sebelah Arabella. Dia juga tidak bersuara. Hanya membiarkan melodrama air hujan yang membasahi tanah mengambil alih.

Selepas beberapa minit, hanya rintik-rintik hujan sahaja yang memeriahkan suasana, Hayden menarik nafas dalam.

"Itu...anak Adam?" Tanya Hayden perlahan.

Tiada balasan daripada Arabella, hanya sepi.

"Saya tak kisah itu anak siapa, Bella. Saya tetap terima." Sambung Hayden. Dia menoleh menatap sisi wajah Arabella tatkala wanita itu masih menyepi. Dia terkedu saat melihat pipi Arabella yang sudah dibasahi air mata.

"Bella—"

"Saya minta maaf..." Ucap Arabella lemah.

Hayden membalikkan tubuhnya, menghadap Arabella. "Hei, kenapa nak minta maaf pula? Awak tak ada buat salah." Tegur Hayden. Tangannya diangkat, mahu membelai rambut Arabella sebelum dia teringat akan kata-kata wanita itu tentang betapa dia tidak sukakan sentuhan. Tangan digenggam dan dijatuhkan semula. Hayden melepaskan keluhan.

"Saya dah malukan awak..." Rintih Arabella. Mukanya ditekup tatkala air matanya kembali jatuh.

Hayden tersenyum nipis. "Tak ada benda yang saya nak malukan pun. Awak patut tengok muka Ibu Lily tadi. Dia seronok sangat bila dapat tahu yang awak mengandung tau." Cerita Hayden. Jarak duduknya dengan Arabella didekatkan. Dia mahu menenangkan wanita itu tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya. Tangannya sekarang terasa ringan sahaja mahu mengelus rambut ikal itu.

"Bella, pandang saya." Pinta Hayden. Lambat-lambat Arabella mengangkat wajah. Hayden yang sedang mengukir senyuman manis di hadapannya direnung dengan mata yang berkaca.

Hayden terpaku sesaat apabila menatap wajah sayu itu. Baru pertama kali dia melihat Arabella seperti ini dan dia sudah mula rindukan senyuman serta gelak tawa wanita itu.

"Izikan saya..." Dengan penuh berhati-hati, ibu jari Hayden menyapu sisa air mata di tubir mata Arabella. Arabella tergamam dengan perbuatan Hayden. Jantungnya mula berdegup tidak senada saat jari itu menyentuh kulitnya. Hayden kembali menjatuhkan tangan tetapi mata itu masih tidak teralih daripada terus menatap sepasang mata biru milik Arabella.

"Kita jaga anak ni sama-sama, okay?" Pujuk Hayden lembut. Perlahan-lahan Arabella mengangguk. Senyuman di bibirnya kembali terukir walaupun masih terlihat hambar. Hayden ikut sama tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

"Macaroon baby?" Tanya Hayden ingin tahu jika Arabella masih terasa dirinya di dalam bahaya.

Arabella tertawa halus dan menggeleng laju. "Not anymore. Terima kasih, Hayden."

"Sama-sama, Bella."

Hayden membetulkan duduknya di sisi Arabella. Mereka berdua mendongak, menatap air hujan yang turun pada malam itu. Arabella menggenggam erat blazer milik Hayden yang masih tersarung pada tubuhnya. Dia tersenyum ketika mencium bau haruman pada blazer itu. Dia rasa tenang.

Terlalu tenang sehingga dia terlupa bahawa satu hari nanti dia akan kecewa kerana lelaki itu masih bukan miliknya.

Tidak akan pernah pun menjadi miliknya.

10 April.

Hujan tu tersangat menenangkan, kan?

Love, Arabella.

Continue Reading

You'll Also Like

66.6K 3.7K 61
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
659K 25.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
58.4K 3.8K 49
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
499K 5K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...