PEWARIS SEBENAR IRIS

由 Ustaz_Ruzi

6.7K 430 183

Cover Book Make By @Alquransyabila Sinopsis Selepas Ejen Ali telah disahkan tidak dibenarkan lagi menjadi pem... 更多

BAB 1: DJIN KEMBALI
BAB 2: UNDERCOVER FRIEND
BAB 3:DEMONSTRASI
BAB 4: CURIGA
BAB 5:EKORI
BAB 7: KE TEMPAT TUGASAN
BAB 8: DOKTOR QARZONE
BAB 9: PERGELUTAN KECIL
BAB 10: ORGANISASI BARU?
BAB 11: MISTERI WASIAT
BAB 12: PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA
BAB 13: BOM MASA
BAB 14: BERTEMU TAN SRI
BAB 15: PERCANGGAHAN PENDAPAT
BAB 16: RUDY MENYERANG KETUA-KETUA TERAS
BAB 17: SUASANA GETING
BAB 18: OPERASI BERMULA
BAB 19: SERANGAN MENGEJUT
BAB 20 : APA KAITAN M.A.T.A DAN BLACK HEART?
BAB 21 : WASIAT HILANG?
BAB 22 : BLACK HEART SEMAKIN AKTIF
BAB 23 : WAKIL GENG M.A.R.A MENJELMA
BAB 24 : PENYAMARAN?
BAB 25: HELAH
BAB 26: TIBA DI A.P.D.A

BAB 6:ISI TERSIRAT

289 14 10
由 Ustaz_Ruzi

Keesokannya, Rudy pergi ke pejabat utama M.A.T.A untuk bertemu dengan Ketua Teras KOMBAT dan TEKNO. Rudy datang berseorangan kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan dalam kalangan Ejen-ejen remaja yang lain. Rudy menghembus nafas panjang sebelum Mula memasuki bilik itu. Disebabkan bilik utama pancaran gelombang hologram Ketua-ketua Teras telah rosak akibat dipukul oleh Rizwan pada tempoh hari, jadi tempat kedudukan Ketua-ketua Teras telah berubah buat sementara waktu sehingga pejabat mereka dibaik pulih. Apabila pintu dibuka, kelihatan dia telah berjaya mendapat perhatian mata dua Ketua Teras Itu.

"Selamat datang, Rudy. Apa boleh kami bantu kamu pagi-pagi, ini?" Tanya Ejen Dayang dengan nada sopan kepada Rudy yang sedang berdiri di muka pintu masuk. Ejen Dayang sedang duduk berbual dengan Ejen Ganz mengenai pertandingan pemilihan Ketua Teras INVISO dan NEURO serta pertandingan PEWARIS SEBENAR IRIS.

"Adakah Ejen Dayang dan Ejen Ganz merupakan juri yang memilih pencalonan untuk kedua-dua pertandingan itu?" Tanya Rudy dengan kata-kata sedikit dingin. Wajahnya masih lagi dingin seperti biasa.

"Ya. Kenapa?" Tanya Ejen Dayang kembali kepada Rudy.

"Saya mahu tarik diri daripada bertanding dan saya mahu Ali yang menggantikan tempat saya." Kata-kata Rudy telah mengejutkan Dua Ketua Teras Itu. Biar betul, ni? Rudy, Ejen paling dingin dan paling efisen di kalangan Ejen-ejen remaja yang lain akan berkata begitu? Selalunya, dia tidak akan menolak semua pelawaan untuk bertanding di mana-mana pertandingan. Mengapa sekarang lain? Yang paling pelik, dia memilih Ali untuk menggantikan tempat dia, dah mereng ke otak dia?

"Mengapa kamu mahu memilih Ali sebagai peganti kamu?" Tanya Dayang.

"Dia ejen yang paling berbakat untuk pertandingan ini. Lagipun, saya sendiri pun tak kisah kalau tempat saya digantikan untuk pertandingan ini." Balas Rudy. Ejen Dayang dan Ejen Ganz saling berpandangan.

"Rudy, you know the rule's, right?" Tanya Ejen Ganz sambil berdiri di hadapan Rudy dengan menunjukkan penumbuknya yang besar itu dihadapan Rudy. Rudy mengangguk kecil sambil memandang tepat ke mata Ketua Teras KOMBAT itu. Ejen Dayang menghembus nafas panjang memandang wajah kedua-dua Ejen dingin itu.

"Kamu berdua, bertenang." Ejen Dayang mulai berjalan ke hadapan dan berdiri di tengah-tengah diantara Rudy dan Ganz. "Memang selalunya peraturan Itu boleh digunakan, tetapi dalam Hal macam ni, peraturan mana pun kita ambil, memang Tak boleh digunapakai." Balas Dayang lagi. Mata kedua-dua Ejen Itu mulai membulat. Ejen Ganz mula tunduk tersipu malu. Dia terlupa bahawa pertandingan ini amat Penting untuk Masa depan Cyberaya. Ejen Ganz malu kerana dia kurang ilmu pengetahuan mengenai hal M.A.T.A walaupun dia merupakan Ketua Teras KOMBAT. Peraturan yang dimaksudkan oleh Ejen Ganz adalah peraturan di mana jika seorang Ejen mahu menarik diri dari sesuatu pertandingan ataupun operasi misi Ejen, dia perlu mencari Ejen yang mampu menggantikan tempatnya serta perlu mengalahkan seorang Ketua Teras dalam latihan yang dipilih Khas oleh Ketua Teras Itu sendiri. Jika orang yang mahu menarik diri itu menang, maka penarikan dirinya dari sesebuah pertandingan atau operasi misi Ejen akan dikabulkan, namun, jika Ketua Teras yang berlawan dengannya menang, dia tidak boleh menarik diri serta akan dikenakan denda Dua kali Ganda berat daripada sebelumnya seperti didenda melakukan latihan kesemua Teras Ejen selama Dua minggu Dan berehat hanya 15 minit sekali setiap hari.

"Kenapa Tak boleh?" Tanya Rudy sambil mecengkak pinggang sebelah kirinya.

"Sebab pertandingan kali ni istimewa sikit. Kamu tidak boleh menarik diri sehinggalah kita menjumpai pemenangnya." Balas Ejen Dayang.

"Tetapi....Urgh aku tak sangka aku akan cakap macam ni..." Kata Rudy perlahan sambil mengerutkan dahinya. Dia kembali memandang wajah Ejen Dayang semula, "Tetapi Ali lebih layak daripada saya." Akhirnya perkataan Itu terpacuk juga daripada mulut Rudy. Ejen Ganz tergelak kecil mendengar ayat yang baru sahaja diucapkan oleh Rudy. Inilah kali pertama mereka mendengar Rudy memuji Ali dihadapan orang lain. Ejen Dayang juga hampir tergelak namun sempat diterkup mulutnya dengan lengan baju kanannya. Ejen Dayang berjalan ke arah Rudy lalu diketakkannya tangan kanannya di atas bahu kiri Rudy.

"Rudy, kamu dah banyak berubah. Itu membuatkan kami berasa lega kerana keputusan kami untuk memilih kamu sebagai antara lima calon PEWARIS SEBENAR IRIS adalah keputusan yang paling tepat." Kata-kata Ejen Dayang telah membuatkan Rudy berasa serba salah kepada Ali. "Walau macam mana kamu cuba sekalipun, kamu tetap perlu bertanding di dalam pertandingan itu dengan sepenuh jiwa raga kamu. Jangan buat kami menyesal kerana masih membenarkan kamu bersama M.A.T.A. Ingatlah jasa Djin yang telah membawa kamu ke sini. Jangan hampakan dia."

"Kamu antara anak murid Djin yang paling disayanginya, kami masih bertahan dengannya disebabkan kamu dan Rizwan." Kata Ejen Ganz yang sedang berdiri menghadap cermin tingkap hadapan bilik Itu. Rudy dan Dayang memandang Ejen Ganz dengan riaksi terkejut. Ganz biasanya bersikap dingin setiap kali bercakap mengenai Djin, namun pada hari ni, dia telah menunjukkan sedikit sisi baik hatinya.

"Kamu boleh pergi sekarang, Rudy. Pasti kawan-kawan sepertandingan kamu sedang menunggu kehadiran kamu untuk memulakan misi pertama kamu berlima." Kata Ejen Dayang kepada Rudy. Rudy hanya memandang ke tanah dan tidak mengangkat wajahnya sehinggalah dia keluar daripada pintu bilik Itu. Dia berjalan tanpa henti ke padang arena Akademi M.A.T.A. Rudy sedang berfikir tanpa henti mengenai permintaan Ali pada tempoh hari. Apa yang patut dia Cakap pada Ali? Dia tidak mahu bermusuhan lagi dengan sesiapa, apa ayat paling sesuai untuk dia ucapkan supaya tidak mengguris hati Ali. Tanpa disedari, dia telah sampai ke arena tempat berkumpulnya Lima calon bagi pertandingan Itu.

"Sampai pun kau, kau lambat tiga minit." Kata Rizwan sambil berdiri dihadapan Rudy. "Mana kau pergi?" Rudy memandang wajah Rizwan dengan riaksi cool. Langsung tiada rasa serba salah kerana tiba lewat sedikit seperti yang dijanjikan. Dia menghela nafas panjang sebelum menjawab pertanyaan mentornya, Rizwan.

"Maaf, saya ada hal tadi. Tak penting." Balas Rudy. Dia tidak mahu orang lain tahu yang dia sebernanya pergi berjumpa dengan Ketua Teras untuk menarik diri daripada pertandingan Itu, nanti mesti jadi kecoh satu Agensi.

"Cill lah, Rizwan. Budak ni dah sampai pun, kan? Kita teruskan je misi kita ni. Okay?" Kata Karya sambil meletakkan tangan kanannya di atas bahu Rizwan dengan senyuman manis. Karya membuat wajah kacaknya dihadapan rakan-rakannya, Rizwan dan Rudy berasa mual melihat gelagat Karya lalu cepat-cepat mereka memalingkan muka ke tempat lain. "Eh, kenapa dengan korang berdua, ni? Tak cukup kacak ke aku, ni?"

"Tak, lagi kacak kalau kau buat perangai macam biasa, macam kau buat dekat depan budak-budak Ejen yang lain." Perli Rizwan sambil menepis lembut tangan Karya yang terletak pada bahunya tadi. Perangai Karya yang sentiasa mahu kelihatan seperti Prince Charming sudah dipengaruhi oleh BFF (Best Friend Forever) nya, Bakar.

"Kamu semua, sini." Panggil Djin yang sedang meneliti Surat serta gambar yang diterima oleh mereka pada tempoh hari. Kelima-lima mereka akhirnya berkumpul dalam satu bulatan kecil untuk berbincang mengenai pertandingan itu.

"Gambar pertama ni nampak macam dekat dalam bangunan kilang coklat di sebelah timur Cyberaya." Kata Rizwan dengan seriusnya.

1.Pelan Lantai Kilang Coklat Cyberaya.

"Gambar kedua pula seperti di bangunan pentadbiran Perdana Menteri." Kata Bobby sambil memegang gambar bangunan Itu ditangan kirinya.

2.Bangunan Perdana Menteri.

"Bangunan Syarikat CEO Syumuliyyah." Karya menunjuk jari telunjuknya pada gambar seterusnya.

3.Bangunan Syarikat CEO Syumuliyyah.

"Gambar ketiga, gambar Bank Cyberaya." Kata Rudy sambil meneliti dengan serius gambar itu.


4.Bank Cyberaya.

"Gambar terakhir, mahkamah tinggi Cyberaya." Kata Djin sambil memegang gambar itu di tangan kanannya.


5.Mahkamah Tinggi Cyberaya.

Kelima-lima mereka memandang sesama mereka, ada Lima tempat Penting yang sangat jauh lokasinya dengan tempat yang lain. Apa sebernanya yang perlu mereka buat di Lima tempat ini?

"Rudy, Cuba baca balik apa yang ditulis pada Surat semalam." Arah Djin kepada Rudy. Rudy mengangguk kecil kemudian mengeluarkan sekeping kertas yang dilipat kecil lalu dibacanya kembali.

"INVISO satu harapan,
Merpati, gagak satu wawasan,
Silap sekali sengsara hidupan,
Maju hadapan piala dijulang." Kata Rudy sambil meneliti tajam ke arah Surat kecil Itu.

"Macam Tak ada kena mengena je nota tu dengan gambar-gambar ni." Kata Karya sambil tergelak kecil bersama Bobby.

"Ha'ah, apa ke bendalah ni. Kalau tak ada kaitan, baik tak payah bagi terus!" Kata Bobby dengan kekehan kecil.

"Kan!" Karya dan Bobby ni memang sehati sejiwa ke apa?

"Kau memang best friend akulah." Kata Bobby sambil menepuk belakang badan Karya.

"Eh, bukan Fit ke BFF kau?" Tanya Karya semula.

"Apa kau ingat kita ni Tak boleh ada lebih dari satu best friend, ke?"

"Urm...Betul juga." Balas Karya. Rizwan dan Djin memandang gelagat Karya dan Bobby dengan pandangan aneh.

"Kita sedang bincang fasal misi pertama kita ni tau, bukan bincang fasal BFF." Kata Rizwan sambil menutup wajahnya dengan tapak tangan kanannya. Apa masalah dua orang ni? Umur dah berapa dah? Tetapi masih lagi berperangai seperti budak kecil. Aduhai... Nasiblah dapat kawan macam, ni. Tetapi walaupun perangai mereka macam tu, mereka baik, kerja pun selalu Tik Top! Sedang Rudy membelek Surat Itu, tiba-tiba dia terperasan di sebelah luar kanan sampul Surat Itu mengandungi beberapa perkataan kecil. Terus Rudy cepat-cepat melihat sampul Itu dengan lebih dekat untuk melihat dengan lebih teliti ayat yang tertera di situ.

"Ada sesuatu di sini." Kata Rudy kepada ahli kumpulannya. Semua mata-mata Mai tertumpu pada sampul Surat Rudy. "Lima gambar menjadi bukti, sepuluh mata menjadi saksi, sejarah M.A.T.A menjadi curi. Artifak lama mesti dicari."

Tulisan Kecil yang Tertera di belakang sampul Surat Itu.

"Saya rasa, ini mesti tugasan kita. Nota pertama yang kita dapat tadi mesti ayat untuk pengenalan tugasan ini." Kata Rudy sambil memandang wajah keempat-empat Ejen INVISO Itu.

"Mungkin. Atau mungkin ayat pertama tadi hanyalah ayat untuk mengelirukan kita." Kata Rizwan sambil memasukkan lolipop ke dalam mulutnya.

"Abaikan dulu ayat surat pertama tu, fokus pada ayat kedua ni. Cuba terjemahkan maksud tersirat di dalam Surat ini." Kata Djin memandang wajah Rudy. Rudy berfikir sejenak.

"Lima gambar menjadi bukti, mesti ayat rangkap pertama merujuk pada Lima gambar yang kita dapat tadi." Kata Karya cuba terjemahkan maksud ayat rangkap pertama.

"Sepuluh mata menjadi saksi. Sepuluh mata? Haiwan apa yang ada sepuluh mata?" Tanya Bobby sambil memandang wajah rakan-rakannya yang lain.

"Aku tak rasa rangkap kedua ni merujuk kepada haiwan." Kata Rizwan sambil memandang wajah Bobby.

"Aik? Kenapa pula?" Tanya Bobby.

"Kalau kau hayati betul-betul rangkap pertama sehingga rangkap kedua, ia langsung tak menunjukkan maksud tersirat kepada haiwan. Rangkap Pertama mengenai bahan bukti, gambar kedua mestilah mengenai manusia. Memandangkan nota ini diberikan kepada kita, mestilah semua benda yang diberikan kepada kita ada kena mengena dengan kita." Kata Rizwan dengan penuh telitinya. Semua mata tertumpu pada Rizwan. "Kalau tekaan aku tepat, rasanya rangkap ni merujuk kepada kita berlima. Seorang ada dua pasang mata, kita ada lima orang. Cuba tambahkan kesemua jumlah mata sesama kita."

"10?" Jawab Rudy sambil memandang wajah Rizwan. Rizwan mengangguk kecil. Ejen INVISO yang lain masih lagi sedang terpinga-pinga hendak menghadam apa yang cuba diterangkan oleh Rizwan, seminit kemudian barulah ejen-ejen INVISO yang lain faham lalu mereka mengangguk laju.

"Then problem slove." Balas Rizwan kepada rakan-rakannya.

"Sejarah M.A.T.A menjadi curi. Ada orang nak curi artifak M.A.T.A ke?" Soal Djin sendirian. "Artifak lama mesti dicari. Dua rangkap terakhir ini mesti berkait rapat. Ada seseorang mahu mencuri sesuatu benda penting daripada M.A.T.A." Djin berfikir sebentar, kemudian dia tersenyum sinis, kemudian tergelak kecil.

"Kenapa?" Tanya Rizwan kepada Djin diikuti dengan Persoalan dari Rudy.

"Apa yang lawaknya?" Tanya Rudy.

"Aku dah faham." Balas Rudy sambil menjeling ke arah empat rakannya itu.

"Apa yang kau faham?" Tanya Bobby dengan kebingungan sedikit.

"Tugasan pertama kita menyuruh kita untuk mencari dan menyelamatkan sebuah artifak M.A.T.A di setiap bangunan-bangunan di dalam lima gambar ini sebelum lima artifak ini jatuh ke tangan orang jahat." Kata Djin kepada rakan-rakannya. Mereka semua mula mengangguk laju. Selepas tamat perbincangan, barulah mereka faham akan kehendak tugasan pertama.

"Kita perlu cepat, seorang pergi ke sebuah bangunan, lepas jumpa artifak M.A.T.A, terus laporkan sesama kita kemudian kita berkumpul di sini semula." Arah Rizwan, kelima-lima mereka mulai menetapkan masa yang sama pada jam tangan masing-masing iaitu selama tiga jam tiga puluh minit. Jam tangan yang direka khas oleh Ejen Gheeta kepada mereka untuk memudahkan mereka berkomunikasi dan berbincang sesama mereka. Mereka semua mengangguk kecil, belum sempat kelima-lima mereka bergerak ke tempat masing-masing seperti yang berada di dalam gambar rajah itu, tiba-tiba Ali datang berlari ke arah tempat mereka berbincang dan menarik tangan kanan Rudy, terus badan Rudy tergerak ke suatu tempat. Kesemua Ejen INVISO yang berada di sana terkejut dengan tindakan Ali. Kenapa diculiknya Rudy? Bukankah merrka susah mahu bersahabat? Kacau daun sahaja si Ali ni.

"Aik? Kenapa, tu? Ada mesyuarat ahli mesyuarat tingkap ke?" Tanya Bobby sambil merenung ke arah Ali yang sedang menarik tangan Rudy ke suatu tempat itu.

"Kita dah nak mula tugasan, ni. Haih... Rizwan, pergi dapatkan anak buah kau, tu." Arah Karya kepada Rizwan. Rizwan memandang Karya kemudian mengangguk kecil. Dia berjalan perlahan mengekori Rudy dan Ali.

"Ish! Apasal kau, ni?! Tak nampak ke kitorang tengah busy sekarang, ni?!!" Marah Rudy sambil menepis tangan Ali dengan kasarnya.

"Alahh, sorry lah Rudy. Aku cuma nak tanya kau yang fasal haritu, macam mana? Bila aku boleh mulakan pertandingan dengan mereka semua?" Tanya Ali dengan cerianya. Ali tidak sabar-sabar mahu menyertai pertandingan PEWARIS SEBENAR IRIS bersama-sama dengan lagi empat Ejen INVISO TERBAIK M.A.T.A. Rudy mula menggaru kepalanya yang tidak gatal, air liurnya diteguk beberapa kali, matanya mulai sayu. Dia menarik nafas panjang sedalam-dalamnya kemudian dia memberanikan diri mahu memberitahu Ali akan kebenarannya.

"Urm... Ali. Sebernanyakan.."

"Kau tak perlu cakap lagi, dari riaksi wajah kau, aku dapat tahu yang permohonan kau dah diluluskan, kan? Masa pun kian suntuk, aku pergi dulu." Ali berjalan ke arah empat ejen INVISO yang sedang menunggu Rudy dengan lagak beraninya. Namun, belakang leher kolar baju uniform ejennya telah ditarik dengan kasar oleh Rudy lalu membuatkan Ali terkebelakang ke tempat dia berdiri tadi. "Ish, apa lagi? Aku dah lambat, ni." Tanya Ali dengan nada sedikit marah kepada Rudy. Rudy memegang kedua belah bahu Ali dengan kasar kemudian memberitahunya perkara yang sebenar, mata Rudy sedikit sayu, nadanya mulai tinggi. Badannya berdiri tegak.

"Kau tak boleh join! Ketua Teras tak benarkan mana-mana peserta pertandingan ini tarik diri sehinggalah diumumkan pemenang. Aku..... minta maaf Ali." Kata Rudy sambil memandang ke tanah. Ali terkaku sebentar. Rudy mula mengangkat mukanya ke atas apabila tidak mendengar apa-apa perkataan atau balasan daripada mulut Ali. "Ali?"

"Tak apa." Balas Ali dengan senyuman manisnya kepada Rudy. Rudy tergumam dengan balasan Ali Itu. Sungguh, dia tidak marah langsung? Dia ni Tak ada perasaan ke? "Aku pergi dulu, kejab lagi ada misi dengan  Ejen-ejen yang lain." Langkah Ali longlai sekali. Melihatkan gelagat Ali Itu terus membuatkan Rudy berasa serba salah. Aduhai, aku tersilap cakap ke tadi? Rudy mencapai bahu kanan Ali untuk memberhentikan langkahnya.

"Kau okay, Ali?" Tanya Rudy kepada Ali. Ali menepis lembut tangan Rudy Itu kemudian berkata, "Aku okay." Balasnya lembut. Akhirnya Ali pergi meninggalkan Rudy. Rudy akhirnya pasrah, dia menguatkan hatinya kemudian kembali ke kumpulannya. Dia tidak perasan bahawa Rizwan telah mendengar semua perbualan mereka dari 'a' sampailah 'z'. Rizwan mulai curiga dengan gelagat Ali terhadap Rudy.

"Aku mesti perhatikan Rudy." Katanya seorang kemudian berjalan ke arah kumpulannya semula. Kelima-lima mereka mulai berkumpul semula.

"Semua dah sedia?" Tanya Djin sambil memandang kesemua lima wajah Ejen INVISO Itu. Kesemua mereka melontarkan senyuman sinis tanda kesemua mereka sudah bersedia untuk memulakan tugasan pertama. "Okay, jumpa lagi tiga jam tiga puluh minit." Kata-kata Djin telah memulakan tugasan pertama mereka lalu mereka semua berlari mengikut haluan masing-masing bagi menyelesaikan tugasan masing-masing. Walaupun mereka semua berpecah, namun Rizwan akan memerhatikan Rudy dari jarak jauh. Apakah yang akan terjadi selepas ini? Adakah Ali baik-baik sahaja?

繼續閱讀

You'll Also Like

1.1M 19.1K 131
requests (open) walker scobell imagines AND preferences :) -- #1 - riordan (04.30.24) #1 - leenascobell (05.29.24) #2 - adamreed (04.30.24) #2 - momo...
418K 12.7K 94
Theresa Murphy, singer-songwriter and rising film star, best friends with Conan Gray and Olivia Rodrigo. Charles Leclerc, Formula 1 driver for Ferrar...
778K 17.5K 46
In wich a one night stand turns out to be a lot more than that.
141K 2.9K 44
"You brush past me in the hallway And you don't think I can see ya, do ya? I've been watchin' you for ages And I spend my time tryin' not to feel it"...