ARABELLA

By dewihera_

114K 9.7K 1.3K

Hanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupny... More

𝟏.
𝟐.
𝟑.
𝟓.
𝟔.
𝟕.
𝟖.
𝟗.
𝟏𝟎.
𝟏𝟏.
𝟏𝟐.
𝟏𝟑.
𝟏𝟒.
𝟏𝟓.
𝟏𝟔.
𝟏𝟕.
𝟏𝟖.
𝟏𝟗.
𝟐𝟎.
𝟐𝟏.
𝟐𝟐.
𝟐𝟑.
𝟐𝟒.
𝟐𝟓.
𝟐𝟔.
𝟐𝟕.
𝟐𝟖.
𝟐𝟗.
𝟑𝟎.
𝟑𝟏.
𝟑𝟐.
𝟑𝟑.
𝟑𝟒.

𝟒.

2.7K 222 21
By dewihera_

CERMIN kaca yang memisahkan Lucia dengan dunia luar disentuh. Arabella merenung tubuh kakaknya yang sedang terlantar lemah di atas katil itu. Dengan berkaki ayam, dia berlari keluar dari wadnya untuk mendapatkan Lucia selepas mendapat berita tentang kemalangan yang menimpa kakanya.

Air matanya yang berjuraian jatuh, dikesat kasar. "Kakak, Love minta maaf..." Rintih Arabella. Dia mahu mendakap tubuh Lucia tetapi wanita itu masih dalam keadaan kritikal. Tiada ahli keluarga yang boleh melawat buat masa itu. Hanya di cermin kaca sahaja mereka boleh melihat keadaan Lucia yang masih dirawat oleh doktor di dalam sana.

"Ini semua salah kau! Perempuan sial! Semua salah kau tau tak! Tak puas kau bunuh Adam! Kau nak bunuh Lucia pula! Lepas ni siapa yang kau nak bunuh lagi?! Aku?!" Jerkah Amelia, ibu kepada Arabella dan Lucia yang tiba-tiba muncul. Tangan Arabella ditarik ke tempat sunyi kemudian kepala wanita itu yang sedang teresak-esak menangis itu ditunjal kasar sehingga dia jatuh terduduk di lantai.

"Love minta maaf..." Tutur Arabella sayu. Tangannya cuba memaut kaki Amelia. Amelia tersenyum senget. Tangan Arabella disepak dan rambut panjang Arabella ditarik kasar sehingga wanita itu terdongak ke belakang.

"Maaf? Kau punya maaf dari dulu sampai sekarang, memang tak boleh pakai! Kau fikir air mata kau! Maaf kau! Boleh betulkan semuanya balik ke?! Boleh buat Lucia sedar balik?! Ha?!"

"Mama, sakit..."

"Jangan panggil aku mama! Kau bukan anak aku! Aku dah haramkan panggilan tu keluar dari mulut kau, lima tahun lepas! Aku tak ada anak jalang macam kau!" Tengking Amelia dan menguatkan genggamannya pada rambut Arabella. Arabella terus merintih kesakitan.

"Kau patutnya yang kena semua ni, Love! Bukan Lucia! Yang patutnya tengah nazak dekat situ, kau! Bukan Lucia!" Kini, pipi Arabella ditampar sekuat hati dengan rambut wanita itu masih ditariknya.

"Sekarang, habis angan-angan aku nak bermenantukan orang kaya! Jahanam business aku! Aku tak kira, aku masih nak Hayden yang jadi menantu aku! Kau nak ke tak, kau kena kahwin dengan Hayden esok! Ganti tempat Lucia! Faham?!"

"Tapi, mama—"

Pang!

"Jangan panggil aku mama! Aku jijik!"

Arabella tersedu-sedan. Pipinya yang kebas disentuh perlahan. "Tapi...Hayden takkan setuju."

Amelia tertawa sinis. "Hei, Love! Kau memang tak kenal aku kan? Hayden tu dah anggap aku ni macam mak dia. Dia lebih percayakan aku daripada orang lain dalam dunia ni. Jangan pandang rendah dekat aku." Dia tersenyum sarkastik. Genggaman pada rambut Arabella dilepaskan dan kepala Arabella ditolak kasar.

"Arabella!" Doktor Noah yang kebetulan bertugas di bahagian itu, melihat Arabella diperlaku kejam oleh Amelia segera mendapatkan wanita itu. Tubuh Arabella yang masih lemah itu dicempung.

"Aunty! Kenapa buat Arabella macam ni?! Badan dia tak kuat lagi!" Tegur Doktor Noah. Rambut Arabella yang sudah serabai dikerjakan oleh Amelia dibetulkan.

"Aunty, aunty! Hei, sejak bila aku jadi mak cik kau?! Kau tak payah sibuklah hal keluarga aku! Buat aje kerja kau tu!" Tengking Amelia. Doktor Noah sudah mengetap rahang geram dengan sikap ibu Arabella itu.

"Love! Aku nak kau balik petang ni juga! Jumpa Hayden! Kau kena setuju dengan semua rancangan aku! Kau dengar tak?!"

"Tak boleh. Arabella masuh bawah pantauan saya. Dia tak boleh balik selagi dia tak sihat sepenuhnya. Lepas apa yang puan buat tadi, makin sakitlah Arabella." Pintas Doktor Noah. Amelia sudah mula naik bengang. Matanya dijegilkan.

"Aku tak cakap dengan kau lah! Love! Kau dengar ke tak?!"

"De...dengar..." Jawab Arabella lemah.

"Bagus. Aku tak nampak muka kau petang nanti, mampus kau aku kerjakan." Ugut Amelia kemudian berlalu pergi dari situ dengan langkah angkuhnya. Doktor Noah sudah menggeleng-gelengkan kepala melihat perangai Amelia yang tidak serupa umur itu.

"Awak, okay? Saya bawa awak masuk bilik tau?" Ajak Doktor Noah. Arabella mengangguk perlahan. Doktor Noah memaut tubuh Arabella erat dan membawa wanita itu kembali ke wadnya. Dengan penuh berhati-hati, Arabella dibaringkan di atas katil.

"Maaf, saya sentuh awak." Ucap Doktor Noah selepas melepaskan tubuh Arabella. Arabella tersenyum pahit.

"Tak apa."

"Awak betul-betul nak balik petang ni?"

Arabella mengangguk lagi. Doktor Noah melepaskan keluhan berat. Simpati akan nasib Arabella.

"Nanti saya uruskan semuanya. Awak rehat dulu, okay?" Pesan Doktor Noah sebelum membawa diri keluar dari bilik Arabella.

Arabella merenung kosong kaca televisyen yang biar terbuka di biliknya itu dan diletakkan dalam mod senyap. Tajuk utama berita di televisyen itu dibaca satu per satu dengan hati yang remuk.

Puteri Kedua Amelia Lorea, Pemilik Kosmetik Berjenama Apocalips, Love Arabella Masih Dalam Keadaan Kritikal Selepas Serangan Penyamun Pada Pagi Tadi.

Alat kawalan jauh diambil dan televisyen ditutup. Hela nafas dilepas lemah. Cerita diputar belit, mangsa sebenar diganti dan yang sedang terlantar di hospital adalah dia, Love Arabella bukannya Lucia Aralyn.

Mata dipejam rapat, berharap semuanya hanyalah satu mimpi buruk. Kalaulah dia tak lari daripada Adam, semua ini takkan berlaku. Kalaulah dia biarkan sahaja dirinya terus terseksa di dalam neraka itu, Lucia tak akan koma. Kalaulah dia tidak bunuh Adam, pekerja Adam tidak akan datang membalas dendam.

Kalaulah...kalaulah...kalaulah...


























































"KAHWIN dengan Bella?" Hayden terkedu mendengar rancangan Amelia. Dia mengerling Arabella yang cuma duduk termenung di sebelah bakal ibu mertuanya itu. "Tapi...Lucia..." Suaranya bertukar perlahan. Pandangannya dijatuhkan ke lantai. Sudah tentu lelaki itu tidak bersetuju akan rancangan Amelia kerana dia tidak cintakan Love Arabella sama sekali. Hatinya cuma milik Lucia Aralyn.

"Esok dah majlis, Hayden. Takkan kita nak batalkan macam tu je? Mana mama nak letak muka ni? Ramai yang datang esok. Dah banyak duit mama habis dekat majlis tu je." Amelia cuba memujuk membuatkan Hayden berasa serba salah.

"Tapi, kahwin dengan Bella...?" Soal Hayden buat kesekian kalinya. Amelia mula terasa jengkel dengan sikap Hayden itu. Kalau tidak disebabkan bakal menantunya itu kaya raya, tidak adanya dia mahu melutut, merayu di sini.

"Hayden, mama minta Hayden kahwin dengan Love sampai Lucia sedar je. Waktu Lucia sedar tu, Hayden cepat-cepat ceraikan Love lepas tu kahwin dengan Lucia pula." Provok Amelia menyebabkan Hayden terbungkam.

Hayden merenung Arabella yang terus membisu. Dia kaget mendengar rancangan Amelia yang sudah pergi terlalu jauh itu. Tetapi melihat Arabella yang hanya mendiamkan diri, dia menganggap bahawa wanita itu juga tidak kisah akan rancangan mamanya. Lagipula, dia hampir kehilangan Lucia disebabkan Arabella. Itu satu realiti yang Hayden takkan lupa sampai bila-bila. Setiap kali terfikir tentang Lucia, rasa marah, dendam dan kesal buat Arabella semakin membuak-buak.

"Lama-lama nanti, dorang dapat tahu juga yang Bella tu bukannya Lucia." Fikir Hayden masih berat hati untuk bersetuju dengan rancangan Amelia.

"Hayden, Hayden jangan peningkan kepala fikir benda yang belum jadi. Mama akan pastikan, sebelum dorang dapat tahu yang Love ni bukan Lucia waktu tu Lucia dah sedar dan kahwin dengan Hayden. Okay?"

Hayden diam. Lama dia berfikir. Kahwin dengan Arabella, sama sahaja seperti dia curang. Dengan adik kembar Lucia pula tu.

Amelia pula sudah panas punggung mahu menunggu jawapan Hayden. Bukannya susah sangat permintaan dia itu. "Kalau Hayden tak nak tak apalah. Anggap je Hayden dengan Lucia memang tak ada jodoh. Ramai lagi tu, yang beratur nak dekat Lucia."

Mata Hayden terbutang luas mendengar ugutan Amelia. "Okay, okay! Hayden setuju. Tapi, Hayden buat ni untuk Lucia. Hayden nak Lucia seorang je." Putus Hayden pada akhirnya. Arabella memandang Hayden tidak percaya. Hayden melepaskan nafas berat. Dia menatap Arabella tanpa perasaan dan berlalu keluar ke halaman rumah.

Amelia tersenyum puas. "Bagus. Satu rancangan aku dah boleh jalan. Lepas ni, aku serahkan dekat kau untuk kikis harta si Hayden tu untuk aku. Kau jangan makan seorang pula. Berterima kasih sikit dekat aku sebab masih ada lelaki yang nak dekat kau. Walaupun sekejap." Bisiknya selepas kelibat Hayden menghilang. Dia kemudian, berdiri dan berjalan pergi bersama dengan gelak sarkastiknya, meninggalkan Arabella di situ sendirian.

Hayden yang berdiri di luar, hanya memerhati Arabella dari cermin yang memisahkan mereka berdua. Arabella yang perasan akan dirinya sedang dipandang oleh seseorang, segera menoleh ke arah Hayden. Pandangan mereka bertembung buat seketika sebelum Hayden melarikan matanya ke arah lain.

Arabella tersenyum tipis dan mengambil keputusan untuk mendapatkan Hayden. Dia keluar ke halaman rumah lalu menghampiri Hayden yang sedang termenung menghadap taman bunga milik Lucia di halaman itu. Kakinya berhenti di sisi Hayden.

"Saya minta maaf." Ucap Arabella perlahan. Hayden cuma diam. Arabella di sisinya sedikit pun tidak dipandang.

"Bukan salah awak. Tak perlu minta maaf." Balas Hayden dingin walaupun sejak tadi hatinya terus-menerus menyalahkan Arabella atas apa yang terjadi kepada Lucia. Disebabkan Arabella, keadaan Lucia sekarang perlu dirahsiakan. Disebabkan Arabella, dia hanya boleh memandang Lucia dari jauh. Dan disebabkan Arabella, dia hampir kehilangan satu-satunya cinta hatinya.

"Hayden." Panggil Arabella lembut. Hayden tersedar dari lamunan dan akhirnya menoleh memandang wajah yang masih pucat itu. "Saya...tak nak kahwin dengan awak." Tuturnya jujur. Hayden merenung Arabella lama.

"Maksud saya..." Arabella menelan liur, tidak mahu Hayden salah faham akan bicaranya tadi. "Kalau Lucia dapat tahu pasal ni, mesti dia kecewa. Lagipun, saya tak ada apa-apa, Hayden." Jelas Arabella. Hayden hanya mendiamkan diri. Matanya tidak berhenti menatap seraut wajah bak patung porselin itu.

"Dan saya tak minta apa-apa daripada awak." Balas Hayden mendatar. Arabella terbungkam sekejap.

"Awak betul-betul nak kahwin dengan saya?" Tanya Arabella masih penuh dengan ragu-ragu. Sepasang mata biru langit itu merenung dalam mata hazel milik Hayden. Hayden membalas renungan Arabella hangat. Nafas ditarik dalam.

"Dengar, Bella. Saya buat semua ni untuk Lucia. Saya tak nak orang lain yang dapat miliki Lucia. Saya cintakan dia sampai bila-bila. Cuma dia seorang. Jadi, jangan persoalkan keputusan saya. Semua yang saya buat sekarang ni, sebab Lucia." Tegas Hayden bersuara sebelum suasana di halaman itu bertukar sunyi.

"Is it okay if I fall for you?" Tanya Arabella polos selepas beberapa minit mereka mendiamkan diri. Mata biru itu mendongak menatap sepasang mata tajam yang sedang merenungnya.

"I'm afraid, I can't return those feelings." Balas Hayden dingin membuatkan Arabella tersenyum kecil.

"You don't have to."

Riak Hayden berubah mendung. "Don't fall for me, Bella. Saya hanya akan cintakan Lucia sahaja. Titik." Lembut tetapi tegas amaran yang diberi. Arabella masih terus tersenyum manis.

"Saya tahu hati awak cuma milik Lucia, but still, I want to cherish my husband." Tutur Arabella lembut kemudian melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang tenang, meninggalkan Hayden yang sedang berperang dengan perasaannya di luar.

Buku lima dikepal kuat. "Tak faham bahasa, ke?" Desis Hayden geram dengan rahang yang diketap rapat.

"Aaa...Hayden!" Panggil Arabella dari muka pintu. Hayden perlahan-lahan menoleh. Dengan pandangan dingin, Arabella yang sedang tersenyum itu ditatap lama.

"Apa dia?"

"Awak masih nak jadi kawan baik saya?" Tanya Arabella ceria. Dia benar-benar menaruh harapan tinggi kepada tali persahabatan yang dihulurkan oleh Hayden pagi tadi. 

Hayden tidak menjawab. Soalan Arabella ditinggal sepi. Dia kembali memalingkan wajahnya menghadap taman bunga Lucia. Senyuman Arabella memudar. Belakang tubuh Hayden direnung seketika sebelum dia menyambung semula langkah masuk ke dalam rumah.

Tidak. Itu jawapan sebenar Hayden.

"Tak apalah. Dah biasa." Gumam Arabella sambil mengangkat bahu. Senyuman kembali diukir untuk menghiburkan hati sendiri.








































GAUN pengantin yang tersarung sempurna di tubuhnya, disentuh dengan hujung jari. Gaun ini cantik. Tersangat cantik. Cuma bukan cita rasanya. Punggung dilabuhkan di atas kerusi sambil melihat pantulannya di dalam cermin. Cincin yang sudah terletak di jari manisnya, dipusing-pusingkan. Malam tadi selepas sumpah ikrar di gereja, Hayden terus menghilangkan diri, begitu juga ibunya seperti pernikahan itu tidak membawa makna apa-apa kepada mereka. Padahal, bagi Arabella, pernikahan itu membawa seribu makna dalam hidupnya.

"Nah!"

Terhinjut bahu Arabella ketika pintu biliknya dibuka kasar oleh seseorang. Figura Amelia bersama seorang wanita di belakangnya dipandang kemudian pandangannya jatuh kepada rambut palsu yang dilempar ke kakinya oleh Amelia tadi.

"Pakai rambut palsu tu! Tutup mata buruk kau tu pakai kanta lekap! Hari ini kau bukan Love Arabella! Kau Lucia Aralyn! Ingat!" Kasar Amelia memberi arahan dibalas anggukan daripada Arabella.

"Kau pun! Aku dah bayar mahal-mahal! Pandai makan, pandai simpan!" Wanita di belakangnya juga diberi amaran. Wanita itu hanya mengangguk-angguk dan masuk ke dalam bilik Arabella. Amelia menjeling mereka berdua tajam sebelum melangkah pergi.

Arabella mengutip rambut palsu di kakinya dan digenggam erat. Pantulannya di dalam cermin kembali ditatap. Wanita yang merupakan pendandannya pada hari itu mengambil tempat di belakang Arabella dan mula membuat kerjanya.

"Dah siap." Bahu Arabella ditepuk perlahan membuatkan Arabella mengangkat wajah untuk melihat lagi dirinya di dalam cermin. Warna iris matanya sudah berubah, begitu juga rambutnya. Sekarang, tiada lagi Love Arabella, hanya Lucia Aralyn. Arabella tersenyum pahit. Dia mula letih.

"Terima kasih." Ucapnya perlahan. Wanita itu mengukir senyuman sambil mengemas alat soleknya.

"Dah siap ke? Apa yang lama sangat?" Amelia kembali untuk menjenguk Arabella. Wajah tegangnya setiap kali berdepan dengan Arabella berubah lembut. Bibirnya menarik satu senyuman lebar apabila memandang imej baharu Arabella hari ini.

"Lucia." Seru Amelia. Kakinya laju mendekati Arabella. Pipinya disentuh lembut oleh Amelia. Arabella hanya duduk diam bak boneka di atas kerusi kerana dia sememangnya dianggap sebagai sebuah boneka oleh ibunya.

"Jom, sayang. Hayden dah lama tunggu Lucia dekat bawah tu. Semua orang tak sabar-sabar nak jumpa Lucia." Lengan Arabella dipaut, mengajak wanita itu berdiri untuk berjalan beriringan bersamanya. Arabella tersenyum tipis dan mengikut langkah Amelia menuju ke ruang tamu, di mana majlis perkahwinannya diadakan.

Arabella menundukkan pandangannya ke lantai sepanjang perjalanan mereka berdua ke pelamin. Segala pujian yang diterima seperti angin lalu sahaja di telinganya.

"Cantiknya, Lucia."

"Wah, macam bidadari."

"Lucia makin cantiklah."

Bibirnya sedaya upaya menarik senyuman manis buat tetamu yang hadir walaupun jelas senyumannya tampak palsu.

Sampai di hadapan pelamin, di mana Hayden sedang berdiri menunggunya, Arabella mengangkat wajah dan serentak itu pandangannya dan Hayden bertembung. Lelaki itu terkedu tatkala matanya jatuh pada penampilan Arabella yang persis Lucia itu. Lama pandangan mereka bertaut sebelum Hayden dengan tiba-tiba meluru dan menarik tubuh Arabella ke dalam pelukannya.

"Lucia..." Bisik Hayden. Pelukannya dikemaskan bagai tidak mahu melepaskan Arabella yang dianggap Lucia. Arabella tidak membalas pelukan itu. Wanita itu tergamam.

"Uih, Hayden! Tak sabar-sabar!" Usik satu suara, disahut dengan gelak tawa dan siulan nakal daripada tetamu yang lain.

Hayden yang baru perasan akan keterlanjurannya, segera meleraikan pelukan. Air matanya yang bergenang, diseka pantas. Dia tertawa halus tetapi saat pandangannya teralih kepada wajah kaget Arabella, tawanya mati. Dia baru tersedar, di hadapannya itu ialah Arabella bukannya Lucia.

"Sorry." Ucap Hayden serba salah. Dia berdehem perlahan. Arabella mendongak.

"Tak apa." Balas wanita itu bersama dengan senyuman yang diukir manis buat Hayden menyebabkan lelaki itu terpaku seketika. Jantungnya mula berdegup tidak tentu arah.

"Hayden." Panggil Arabella ketika melihat Hayden cuma tergamam merenung ke arahnya yang sudah jalan mendahului lelaki itu ke pelamin.

"Ah, ya!" Hayden cepat-cepat menyaingi Arabella. Dada di mana jantungnya masih berdetak laju, diusap perlahan. Hujung matanya melirik ke arah Arabella yang sedang melemparkan senyuman kepada tetamu lain.

Nafas berat dihembus kasar dan pandangan terus dialihkan ke hadapan.

"Noah." Tutur Arabella perlahan tetapi dapat didengari oleh Hayden. Hayden menoleh semula ke arah Arabella yang sedang melambaikan tangannya kepada seseorang di dalam kelompok ratusan tetamu di situ. Matanya mengecil saat melihat seorang lelaki sedang berjalan mendekati pelamin.

Arabella sudah mengangkat sedikit gaunnya untuk bangun tetapi pantas dihalang oleh Hayden. Lengan Arabella digenggam erat.

"Upacara bersanding belum habis lagi." Tegur Hayden dengan suara yang sedikit meninggi. Arabella tersentak dan kembali mengambil tempat duduknya di sisi Hayden. Dia terpaksa menunggu sehingga majlis bersanding itu tamat. Sesekali Hayden akan menyikunya kerana wajah cemberut yang jelas terpamer pada wajah wanita itu. Cepat-cepat Arabella mengukir senyuman semula sehingga kejang otot wajahnya.

"Baiklah, sekarang kita persilakan pengantin untuk turun pentas dan beramah mesra bersama-sama para tetamu." Ucap pengacara majlis. Pandangan Arabella sudah tertacap kepada Doktor Noah yang sedang mengambil makanan. Tidak sabar betul wanita itu mahu menegur satu-satunya kawannya itu.

Hayden yang perasan akan di mana mata wanita itu berada, terus merangkul pinggang ramping Arabella. Arabella terkedu. Dia memandang Hayden yang sedang tersenyum senget. Hayden mendekatkan bibirnya ke telinga Arabella.

"Sebelum nak pergi menggatal tu, boleh tak tegur kawan-kawan awak yang lain dulu?" Kata Hayden dalam nada sarkastik. Wajah Arabella sudah berkerut tetapi kakinya tetap mengikut ke mana Hayden menariknya.

"Hayden, saya ada kawan satu je. Noah tu. Dia dekat sana." Jari runcing Arabella menunding ke arah Doktor Noah di tempat buffet. "Sebelum awak terlupa, saya ni Arabella bukannya Lucia." Sambung Arabella kemudian menepis tangan Hayden di pinggangnya lalu pergi mendapatkan Doktor Noah. Hayden terkebil-kebil. Nasib baik sahajalah tetamu lain sedang sibuk menjamu selera tidaklah mereka perasan drama sebabak tadi.

"Ish, budak ni!" Desis Hayden geram dan terus mengejar langkah Arabella.

"Noah, hai." Tegur Arabella ceria. Doktor Noah tersenyum lebar saat matanya menangkap wajah manis milik Arabella. Makanannya diletakkan ke tepi dahulu.

"Arabella...wow." Mata Doktor Noah turun naik mengimbas penampilan Arabella yang sangat berbeza itu. Senyumannya berubah kekok. Riak ceria Arabella juga ikut berubah ketika melihat ekspresi Doktor Noah itu.

"Ke—kenapa?" Tanya Arabella tersangkut-sangkut.

Doktor Noah mengemam bibir. Belakang lehernya diusap. "Awak nampak lain sangat. Rasa macam tengah bercakap dengan orang lain." Balas Doktor Noah. Arabella tersenyum pahit. Kain gaunnya digenggam. "Tiba-tiba saya rindu nak tengok mata biru awak." Sambung Doktor Noah diikuti dia yang tertawa halus. Senyuman Arabella kembali mekar mendengar usikan Doktor Noah. Dia ikut sama tergelak.

"Esok awak free? Saya nak tunjuk lukisan baru saya. Saya ada lukis kucing—"

"Ehem!"

Perbualan Arabella dan Doktor Noah terhenti. Mereka berdua menoleh ke arah Hayden yang tiba-tiba muncul di antara tempat mereka berdua sedang berdiri. Masing-masing membisu. Hayden merenung Arabella yang mendiamkan diri. Kening diangkat sebagai isyarat kepada isterinya itu untuk mengenalkan dirinya kepada Doktor Noah tetapi Arabella yang tidak mengerti akan isyarat itu, turut mengangkat kening. Hayden menggulingkan mata.

"Hayden Raphael." Hayden mengeluarkan tangannya untuk bersalaman dengan Doktor Noah. Dengan senang hati, Doktor Noah menyambut salam itu.

"Noah William, doktor peribadi Arabella."

"Kawan baik saya." Tambah Arabella membuatkan Doktor Noah tertawa kecil. Hayden pula sudah membuat muka. Doktor Noah yang perasan dengan riak wajah Hayden yang tidak suka akan kehadirannya di situ, berdehem perlahan.

"Esok awak rehat je lah. Saya jumpa awak lusa, okay?" Doktor Noah mengambil makanannya dan meminta diri. Arabella mengangguk perlahan.

"Jumpa lusa? Siapa yang izinkan dia untuk jumpa awak?" Hayden mengerling ke arah Arabella yang masih memandang ke arah jalan yang diambil oleh Doktor Noah tadi. Arabella menoleh. Keluhan dilepaskan.

"Hayden, for the last time. Saya bukan Lucia." Tegas Arabella. Ekspresi Hayden berubah. Wajahnya semakin tegang. Lengan Arabella dicengkam kuat dan menarik kasar wanita itu rapat ke tubuhnya.

"Hayden..." Muka Arabella berkerut menahan sakit. Dia tidak berani untuk mendongak memandang wajah Hayden yang cuma jarak seinci sahaja dari wajahnya.

Bibir Hayden menyentuh telinga Arabella. Nafas hangatnya berhembus di situ. "You're my wife, Love Arabella! What's mine is mine! End of story!" Bisik Hayden keras.

Lengan Arabella dilepaskan. Mata helangnya merenung Arabella seperti mahu dimakan sahaja wanita itu hidup-hidup. "Dan jangan risau, Bella. Saya tak akan samakan awak dengan Lucia. Sampai bila-bila pun awak dengan Lucia tak akan setaraf. Sedar diri awak tu dekat mana. Cuma Lucia Aralyn yang layak jadi isteri sebenar saya dan awak, Love Arabella cuma isteri simpanan." Sinis Hayden.

Bersama dengan senyuman sarkastik di bibir, dia menjeling tajam Arabella yang sudah tersandar di dinding sebelum berlalu pergi dengan dada yang berombak kencang, menahan amarah yang masih bersisa.

Arabella memerhati Hayden yang semakin menjauh. Lengan kanannya yang sakit, diurut perlahan.

Continue Reading

You'll Also Like

212K 9K 82
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
1M 36.7K 69
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
37.3K 1.2K 45
Kebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict...
710K 41.1K 59
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab...