ARABELLA

By dewihera_

114K 9.7K 1.3K

Hanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupny... More

𝟏.
𝟐.
𝟒.
𝟓.
𝟔.
𝟕.
𝟖.
𝟗.
𝟏𝟎.
𝟏𝟏.
𝟏𝟐.
𝟏𝟑.
𝟏𝟒.
𝟏𝟓.
𝟏𝟔.
𝟏𝟕.
𝟏𝟖.
𝟏𝟗.
𝟐𝟎.
𝟐𝟏.
𝟐𝟐.
𝟐𝟑.
𝟐𝟒.
𝟐𝟓.
𝟐𝟔.
𝟐𝟕.
𝟐𝟖.
𝟐𝟗.
𝟑𝟎.
𝟑𝟏.
𝟑𝟐.
𝟑𝟑.
𝟑𝟒.

𝟑.

2.8K 229 15
By dewihera_

HAYDEN merenung wajah yang penuh lebam di hadapannya. Matanya mengimbas sekujur tubuh yang sedang terbaring lemah di atas katil hospital dan berhenti semula pada wajah yang tidak terjejas cantiknya itu. Keluhan berat dilepaskan. Arabella sepatutnya dengar cakapnya dari awal untuk tidak berurusan dengan lelaki seperti Adam Trystan. Lihatlah keadaan wanita itu sekarang. Apa yang mahu dia beritahu Lucia jika kekasihnya tahu tentang hal ini.

Tangan disilangkan pada dada dengan kaki dihentak perlahan pada lantai. Mata hazel lelaki itu terus merenung wajah pucat milik Arabella sambil mindanya mempersoalkan keberadaan dia di sini. Entah kenapa dia masih mahu menunggu sehingga larut malam untuk wanita itu membuka mata, padahal boleh sahaja dia pulang beberapa jam lepas.

"Tak sampai hati nak tinggalkan dia sebab dia adik Lucia. Sebab tu je. Hm." Gumam Hayden sendiri cuba untuk menyedapkan hati. Matanya turun memandang jari Arabella yang bergerak-gerak, laju lelaki itu bangun dari kerusi dan menghampiri Arabella.

"Bella?" Panggil Hayden perlahan dan tanpa sedar, tangannya sedang menggenggam erat tangan Arabella.

Arabella yang mendengar namanya diseru, perlahan-lahan mencelikkan mata dan wajah adonis milik Hayden adalah perkara pertama yang menyapa pandangannya. Senyuman manis di bibir pucat itu terus terukir. Hayden yang melihat senyuman itu, automatis ikut tersenyum sama. Dia lega tanpa dia sendiri tahu sebabnya.

"Saya panggilkan doktor." Ujar Hayden dan berlalu keluar dari wad. Arabella cuma diam memerhati tangan Hayden yang lambat-lambat melepaskan genggaman pada tangannya. Jantung wanita itu mula berdegup hebat kerana perbuatan tanpa sengaja Hayden itu, membuatkan senyuman pada bibirnya memudar.

Dia tidak tahu perasaan apa yang melanda dia tadi tetapi yang penting, dia tidak suka rasa seperti itu.

Selepas beberapa minit, Hayden datang semula bersama dua orang doktor di belakangnya. Seorang lelaki dan seorang wanita. Arabella menghadiahkan senyuman kepada mereka berdua.

"Good evening, Miss Arabella. Saya Doktor Jasmin, doktor yang akan merawat Cik Arabella untuk dua hari ini."Ucap doktor wanita itu ceria. Doktor lelaki di belakangnya hanya melemparkan senyuman mesra kepada Arabella. Arabella yang mengenali doktor lelaki itu membalas dengan senyuman tipis.

"Oh, Cik Arabella mesti kenal dengan Doktor Noah, pakar psikiatri dekat sini, kan?" Doktor wanita itu menunjuk ke arah Doktor Noah yang sudah berdiri di sisinya. Arabella cuma mengangguk perlahan. Matanya mengerling sekilas ke arah Hayden yang menjadi pemerhati perbualan mereka bertiga. Lelaki itu memandang Arabella dan Doktor Noah bergilir, tiba-tiba dia rasa ingin tahu pula tentang hubungan kedua-dua mereka.

Doktor Noah yang perasan akan pandangan Arabella kepada Hayden yang masih berada di situ, segera berbisik sesuatu kepada Doktor Jasmin. Doktor Jasmin mengangguk. Pandangan dialihkan kepada Hayden.

"Encik Hayden boleh kita bercakap di luar sekejap?" Pinta Doktor Jasmin penuh lemah lembut. Hayden memandang Doktor Jasmin kemudian ke arah Arabella yang hanya membisu. Dia akhirnya mengangguk dan melangkah keluar diikuti oleh Doktor Jasmin.

Hilang sahaja kelibat Hayden dan Doktor Jasmin, Doktor Noah terus mengambil tempat di kerusi yang diduduki oleh Hayden tadi. "Awak ada nak cakap apa-apa dengan saya, Arabella?" Tanya Doktor Noah tanpa mengalihkan renungan daripada Arabella yang sedang menunduk bermain dengan jarinya.

"Saya...tak sengaja..." Tutur Arabella perlahan. Doktor Noah mendiamkan diri, setia mendengar luahan pesakitnya. "Dia...tak patut tipu saya." Sambung wanita itu lemah.

"Dan awak rasa, dia layak dapat semua tu?" Soal Doktor Noah dan dibalas anggukan laju daripada Arabella membuatkan doktor lelaki itu terbungkam sekejap.

"Dia cuba nak bunuh Sarah. Saya tak nak dia buat macam tu. She's still a child, she deserves more." Cerita Arabella dengan suara yang sudah bertukar lirih. Doktor Noah menatap lama wajah mendung milik Arabella. Kaca matanya ditolak perlahan ke atas.

"Siapa Sarah?"

"Sarah tu budak perempuan yang saya selamatkan. Adam nak jual dia dan saya selamatkan dia. Sarah...Sarah ada kan masa Hayden jumpa saya? Mesti dia yang beritahu saya dekat mana masa tu. Mana dia? Dia okay? Dia selamat?" Jelas Arabella ringkas disambung dengan soalan bertubi-tubi buat Doktor Noah. Sekali lagi, Doktor Noah terdiam. Kepalanya diangguk-anggukkan mendengar cerita Arabella, dia akhirnya faham di mana situasi minda Arabella tatkala ini.

"Arabella." Seru Doktor Noah lembut. "Masa Hayden jumpa awak, dia cuma jumpa awak seorang, terbaring tak sedarkan diri dekat atas jalan raya. Tak ada sesiapa dengan awak masa tu. Sarah—"

"Tak wujud." Pintas Arabella. Doktor Noah mengangguk lagi.

"Sarah ialah awak, Arabella. Macam mana awak berusaha untuk selamatkan dia, macam tu juga awak berharap seseorang untuk berusaha selamatkan awak. Awak nak lari, tapi tak boleh. Awak perlukan sebab yang kukuh untuk lepaskan diri dari Adam dan minda awak cipta Sarah. Sarah, seorang budak perempuan yang lemah, tak boleh berlawan, tak mampu berjuang sendiri, tak tahu apa-apa dan tak layak untuk berada di situ. Itu ialah awak, Arabella." Terang Doktor Noah satu per satu.

Kini, giliran Arabella yang membisu. "Dan Adam? Saya betul-betul bunuh dia?" Soal Arabella tanpa menoleh ke arah Doktor Noah. Mata biru langitnya hanya merenung kosong dinding putih di hadapan mata.

"Ya. Tapi awak jangan risau, doktor ada jumpa semen milik Adam pada badan awak dan perbuatan awak tu dikategorikan sebagai self-defense to protect
yourself from getting raped. Dan Hayden pun dah uruskan semuanya jadi, awak tak perlu buat apa-apa." Balas Doktor Noah. Arabella terus terkaku di atas katilnya. Renungannya kosong bahkan tiada lagi sinar di matanya.

Dengan suara dingin dan lemah, dia bertanya. "Penyakit ni...boleh bunuh saya juga?"

Sepi. Doktor Noah menghembus nafas berat. Dia tidak berani memberi jawapan. 'Sakit' yang dialami oleh Arabella semakin hari, semakin teruk sehingga setiap hari wanita itu perlu bergantung kepada ubat penenang untuk mengelakkannya daripada berhalusinasi dan melakukan sesuatu di luar jangkaan seperti semalam.

"Arabella, awak antara pesakit saya yang paling tabah. Saya tahu awak boleh lawan 'sakit' ni. Awak suka melukis? Awak masih melukis? Macam mana dengan jurnal yang saya suruh awak buat? Awak masih teruskan menulis dalam buku tu tak?" Tanya Doktor Noah, cuba untuk mengalihkan topik kepada bahagian yang paling digemari oleh Arabella, bercerita tentang hobinya.

Arabella mengangguk. "Tapi jurnal tu ada dekat rumah Adam."

"Tak apa. Nanti saya belikan yang baru untuk awak. Buku lukisan yang awak bagi kelmarin pun nanti saya bawakan sekali, ya? Esok kita buat sesi dekat sini sahaja. Saya akan cakap dengan Doktor Jasmin, yang mulai esok saya yang akan ambil alih untuk pantau kesihatan awak." Lembut nada yang digunakan oleh Doktor Noah untuk menarik perhatian pesakitnya itu membuatkan Arabella tersenyum tipis.

"Tapi Adam dah tak ada, awak masih nak jumpa saya lagi? Saya tak ada duit nak bayar—"

"Saya dah anggap awak macam kawan saya, Arabella. Saya nak tolong awak. Saya nak tengok awak sihat. Anggap ini permohonan maaf saya sebab tak mampu nak selamatkan awak daripada Adam sejak dari awal lagi. Saya minta maaf." Pintas Doktor Noah dengan kepala yang tertunduk ke bawah. Buku limanya dikepal erat. Dia kesal. Dia tahu sengsara yang perlu dilalui oleh Arabella setiap hari. Dia mempunyai sejuta peluang untuk menyelamatkan wanita itu tetapi dia pengecut. Mendengar ugutan Adam terhadap keluarganya sahaja sudah mampu membuatkan dia jatuh melutut di hadapan lelaki durjana itu.

"Saya faham, Noah dan terima kasih. Saya memang perlukan awak. Cuma awak yang sudi mendengar." Arabella menghadiahkan segaris senyuman manis. Doktor Noah mengangkat kepala dan ikut sama tersenyum.

"Itu memang kerja saya."

Klak!

Perbualan Doktor Noah dan Arabella terhenti saat pintu wad terbuka dan figura Hayden sedang berdiri di muka pintu. Segera Doktor Noah berdiri. Dia melukis senyuman untuk kali terakhir buat Arabella kemudian melangkah ke pintu keluar. Ketika sebelah kakinya sudah memijak lantai di luar wad, dia menoleh ke arah Arabella semula.

"Arabella." Panggil Doktor Noah.

"Ya?"

"Terima kasih." Ucap Doktor Noah sebelum menyambung langkahnya kembali.

Senyuman Arabella semakin mekar mendengar ucapan itu. 'Terima kasih sebab bebaskan saya daripada Adam.' Itu maksud sebenar di sebalik ucapan Doktor Noah tadi, cuma kehadiran Hayden di situ yang membuatkan ucapannya menjadi ringkas tetapi dia tahu Arabella faham akan maksudnya tadi.

Hayden memandang Arabella yang masih tersenyum-senyum walaupun kelibat Doktor Noah sudah lama menghilang.

Lelaki itu mengambil tempat di kerusi. Dia berpeluk tubuh tanpa mengalihkan renungan dari Arabella. "Dia cakap apa tadi?" Tanya Hayden ingin tahu. Arabella menoleh ke arah lelaki itu dan hanya menghadiahkan segaris senyuman.

"Lucia tak tahu kan yang saya dekat sini?" Arabella mengubah topik membuatkan Hayden menjulingkan mata ke atas. Dia mengeluh kemudian menggeleng.

"Saya tak nak Lucia risau. Lagipun, lusa dah majlis kahwin kitorang." Jawab Hayden separuh hati. Hujung matanya menjeling Arabella yang sedang mengangguk-anggukan kepala.

"Saya nak datang, boleh?"

Hayden diam seketika. "Suka hati." Balas lelaki itu mahu tidak mahu kemudian bilik itu diselubungi suasana sunyi. Masing-masing terus membisu. Hayden pula masih mencuri-curi pandang ke arah Arabella manakala wanita itu cuma merenung lama siling wadnya.

Hayden mengemam bibir. Sejak Arabella sedar tadi dia mahu bertanya pelbagai soalan kepada wanita itu tentang insiden yang berlaku sebelum dia menemui wanita itu terbaring di atas jalan raya tetapi mulutnya terasa berat.

Terkedu dia ketika melihat keadaan Arabella yang penuh luka, lebam dan berlumuran darah. Dia tahu Adam itu kejam tetapi dia tidak sangka lelaki itu menyeksa Arabella sebegitu sekali.

"Awak tak nak balik? Dah malam ni. Nanti Lucia cari awak." Suara lembut milik Arabella menyedarkan Hayden dari lamunan. Dia memandang sekejap jam di dinding dan teralih semula ke wajah wanita di hadapannya.

"Sekejap lagi saya balik."

Arabella mengangguk lagi. Matanya yang terasa semakin memberat perlahan-lahan dikatup rapat. Baru beberapa saat berlalu, wanita itu sudah hanyut ke alam mimpi. Hayden yang melihat Arabella dibuai lena, berdiri dari kerusi dan menghampiri katil. Selimut pada tubuh Arabella dibetulkan sebelum dia berlalu ke sofa yang berada di dalam wad itu. Badan direbahkan ke atas sofa.

Entah kenapa dia tidak mahu pulang. Entah kenapa dia terlalu risaukan Arabella. Entah kenapa hatinya terlalu mahu melindungi wanita itu padahal mereka baru bertemu beberapa kali sahaja.

"Takkanlah aku ada hati dekat dia? Haish! Merepek!" Bentak Hayden. Tangannya dikibas-kibaskan ke udara, menghalau segala sangkaan yang sedang bersarang di minda. Dia mencebik sendiri. Arabella yang sedang lena dijeling sekilas.

"Lucia lagi cantik." Cebiknya cuba untuk meyakinkan semula pendirian hati yang mula goyah, tetapi sepasang mata tajam itu masih sahaja nakal mahu melirik ke arah Arabella.

"Ish!" Hayden terus membalikkan tubuhnya membelakangkan Arabella. Kedua-dua tangan dibawa menutup mata.

'Fikir Lucia je, Hayden! Lucia! Grrr!'






































LAMBAT-LAMBAT mata dicelikkan. Suasana gelap dan suram di dalam wad itu diperhati lama. Arabella menoleh ke sisi. Hayden yang sedang tidur di sofa bersebelahannya ditatap.

'Kenapa dia tak balik?' Monolog hati Arabella. Dia bangun dan bersandar pada kepala katil. Dinding di hadapan direnung kosong. Jam baru menunjukkan 3. 14 pagi tetapi matanya segar walaupun tubuhnya masih terasa letih. Sudah menjadi kebiasaan untuk dia terbangun pada jam sebegini selepas mimpi buruk.

Lutut ditarik rapat ke dada dan dipeluk erat. Arabella terus mengelamun di situ. Matanya terkebil-kebil di dalam gelap sehingga matahari pagi terbit dan Hayden terjaga.

"Morning." Ucap Hayden dalam suara seraknya selepas bangun tidur. Arabella membalas dengan senyuman kecil. "Awak dah lama bangun ke?" Tanya Hayden selepas merenung wajah Arabella yang kelihatan segar itu.

"Saya baru lepas ambil darah." Arabella memberi alasan padahal yang akan menguruskan tentang kesihatan dia mulai hari ini ialah Doktor Noah.  Hayden mengangguk. Dia mengeliat kecil dan mengambil tempat di kerusi di sisi katil Arabella.

"Doktor Jasmin kata, awak boleh discharge petang ni. Saya hantar awak balik rumah mama awak, okay?" Ujar Hayden membuatkan Arabella terkedu. Dia terdiam sekejap. Hayden yang melihat Arabella yang cuma membisu itu, mengangkat kening.

"Tak—tak apa. Saya tak nak balik sana." Tutur Arabella takut-takut. Wajahnya dijatuhkan ke bawah.

Semakin berkerut wajah Hayden. "Kenapa?"

Arabella menggigit bibir. "Ka—kalau dia tengok muka saya macam ni...mesti dia tanya macam-macam." Sekali lagi, alasan dicipta. Arabella sedang menipu. Pandangannya terus ditundukkan, tidak mahu bertentangan mata dengan Hayden.

"Betul juga tu. Kalau macam tu, awak duduk dekat kondo saya. Kondo tu saya beli untuk pekerja saya tapi sekarang dah kosong. Kalau awak nak duduk situ, boleh je. Nanti saya bagi kunci. Erm...awak ada duit?"

"Aaa—"

"Kejap." Belum sempat Arabella mahu bersuara, Hayden sudah mengeluarkan dompetnya dahulu. "Nah." Sekeping kad kredit berwarna hitam diberikan kepada Arabella. Arabella tidak menyambut pemberian itu. Mata bulatnya terkebil-kebil memandang kad bank yang dihulurkan oleh Hayden.

"Hayden, saya bukan sesiapa—"

"Awak bakal adik ipar saya, bakal keluarga saya juga. Ambil jelah. Saya ada banyak lagi kad lain." Pintas Hayden kemudian mencapai tangan Arabella lalu menolak kad tadi ke dalam genggamannya. Arabella terpaksa menerima dan cepat-cepat menarik semula tangannya daripada pegangan Hayden.

"Terima kasih..."

"Sama-sama." Hayden tersenyum sekilas kepada Arabella. Jam berjenama Rolex di tangannya dipandang. "Saya kena balik. Saya dah suruh setiausaha saya belikan semua baju dengan barang-barang peribadi untuk awak. Malam nanti saya datang, okay?"

"Hayden, tak payahlah susah-susah."

"Tak susah pun. Senang je. Okay, bye! Lucia dah tunggu saya. Jumpa malam ni." Hayden melambai ceria. Arabella yang berasa kekok dengan perubahan personaliti Hayden yang tiba-tiba baik itu, membalas lemah lambaian Hayden.

"Erm, lagi satu." Hayden membalikkan semula badannya menghadap Arabella. "Saya nak minta maaf sebab setiap kali kita berjumpa saya akan cakap macam-macam pasal awak. Esok pun, saya akan jadi suami Lucia dan awak akan jadi adik ipar saya. Boleh tak mulai sekarang kita...jadi kawan baik? Saya selesa bila dengan awak, Bella." Satu senyuman gembira terukir lebar di bibir lelaki itu. Arabella tergamam mendengar bicara Hayden. Dia terharu, buat pertama kalinya ada seseorang yang membuatkan kewujudannya terasa penting selepas Doktor Noah.

"Mestilah boleh." Balas Arabella sambil mengangguk laju. Senyumannya terlukis manis. Hayden tertawa halus melihat mata biru langit milik Arabella itu yang bersinar-sinar.

"Okay. Bye, Bella."

"Bye, Hayden."

Pintu bilik wad dibuka dan ditutup. Hayden berjalan keluar dari hospital itu dengan langkah yang penuh bersemangat. Tidak lekang senyuman dari bibirnya selepas habis meluangkan masa bersama Arabella tadi. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang terjadi kepada dirinya.

Jika sebelum ini dia risau akan terjatuh cinta kepada Arabella, sekarang dia biarkan perasaan itu di situ. Dia yakin, dia cuma rasa sebegitu kerana wajah Arabella yang mirip dengan Lucia. Tetapi dia tidak boleh menipu tentang perasaan selesa yang dia alami setiap kali bersama dengan Arabella. Setiap kali dia berdekatan wanita itu, dia terasa hangat.

Belum pernah lagi hati seorang Hayden yang beku itu mencair dengan seseorang yang baru dia temui buat beberapa kali. Perasaan ini sama dengan perasaan ketika dia dan Lucia berjumpa buat kali pertama.

Tiba-tiba dia terasa deja vu. Senyuman Hayden memudar. Langkahnya menjadi perlahan sebelum terhenti di tengah-tengah jalan. Kepalanya ditoleh ke belakang, melihat semula bilik wad Arabella yang sudah jauh. Lama dia terpaku di situ. Baru sahaja kakinya mahu menapak kembali ke bilik Arabella, telefon bimbitnya berbunyi.

Telefon bimbit dikeluarkan dan panggilan daripada Lucia itu diangkat. "Hello, Lucia."

"Hayden, awak lama lagi ke? Kalau lama, saya nak pergi buat rambut sekejap. Awak dah sampai nanti, call okay?"

"Okay." Balas Hayden perlahan sebelum panggilan ditamatkan. Matanya terus tertacap kepada jalan menuju ke wad Arabella itu.

Keluhan dilepaskan. "Tak akanlah aku salah orang." Bisik Hayden sendiri kemudian menyambung semula langkahnya menuju ke kereta.





































HAMPIR satu jam lamanya dia duduk mengelamun di dalam kereta. Otaknya terus melayang memikirkan Arabella. Hatinya mula tertanya-tanya ada apa pada Arabella. Takkanlah wanita itu adalah gadis yang sama dia jumpa lima tahun lepas? Tapi gadis itu ialah Lucia. Tak mungkin dia salah orang. Kalau betul pun dia salah anggap, hatinya tetap milik Lucia dan dia akan cintakan wanita itu sehingga ke akhir hayat. Tiada salah faham, persoalan atau orang ketiga yang akan mengubah perasaannya terhadap kekasih hatinya itu.

Muktamad.

Fikiran tentang Arabella segera terhapus saat matanya menangkap figura Lucia yang baru keluar dari salun bersama dengan gaya rambut baharunya. Senyuman Hayden mekar. Terpukau dia tatkala melihat betapa anggunnya Lucia ketika itu. Dia segera keluar dari kereta untuk menyambut kekasihnya.

Lucia tersenyum. Tangan dilambaikan buat Hayden di seberang jalan. Hayden terasa bangga sekejap ketika terdapat banyak mata-mata yang sedang melihat ke arahnya dan Lucia yang anggun itu.

Sedang Lucia menunggu untuk melintas jalan, sebuah motor berkuasa tinggi tiba-tiba berhenti di belakang kereta Hayden.

"Love Arabella!" Jerit lelaki di atas motor itu. Lucia yang mendengar nama adiknya disebut, segera menoleh.

"Adam kirim salam!"

BANG!

"Lucia!"

Mata Hayden terbutang luas. Dia tidak sempat berbuat apa-apa. Selepas melepaskan tembakan, motor tadi terus ditunggang laju, lari daripada orang ramai yang mula berkerumun di situ.

"Lucia! Sayang!" Hayden berlari mendapat Lucia yang sudah terbaring di atas jalan dengan darah yang mengalir keluar dari perutnya yang ditembak tadi. "Sayang, buka mata, sayang. Jangan tinggalkan saya." Hayden menampar lembut wajah Lucia. Mata Lucia sudah separuh layu. Mulutnya tercungap-cungap mencari nafas.

"Sayang...no! No...no...no..." Rintih Hayden. Tubuh Lucia dibawa ke dalam pelukan. "Sayang, jangan pergi..." Lelaki itu mula teresak-esak. Tangisannya pecah tanpa mempedulikan pandangan orang ramai di situ. Pelukannya pada Lucia dieratkan.

"Saya sayangkan awak, Lucia. Tolong, jangan pergi..."

Continue Reading

You'll Also Like

41.2K 1.8K 28
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...
41.3K 4.3K 44
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perni...
5.6M 256K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
1M 36.7K 69
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...