Marry You | Terbit

By iamlucyanaf

1.7K 101 103

NOVEL KEEMPAT 2022 Menyimpan perasaan suka dan cinta terhadap seseorang telah menyebabkan nasib seorang gadis... More

MY ¦ 2
MY ¦ 3
UPDATE : 1
UPDATE : 2 (pre-order)
UPDATE : 3 (full cover)

MY ¦ 1

381 42 31
By iamlucyanaf

SUASANA dini di pagi hari tidak menganggu Puan Isma Sofia memeriksa bagasi pakaian serta barangan di dalam beg tangan. Jam tepat menunjukkan pukul 6:30 pagi dan dia sudah bersiap sedia untuk berangkat keluar dari rumah. Tetapi ada sesuatu yang menghalang dirinya daripada terus bergerak meninggalkan ruang dalaman rumah itu. Pandangan menoleh ke arah sebuah pintu bilik yang masih tertutup rapat, perlahan-lahan dia menghampiri pintu tersebut.

"Imna! Kenapa lambat sangat nak bangun ni? Mama dah kata kan semalam jangan tidur lambat. Esok nak bangun susah." Laungan Puan Isma di hadapan pintu bilik anak gadisnya yang bernama Imna Safira tiada sahutan. Dia mula melekapkan telinga ke daun pintu sambil tangan mengetuk-getuk daun itu menantikan jawapan. Namun sudah beberapa minit berlalu tetap juga sama.

"Terlepas pesawat nanti. Imna! Ya Tuhan, budak ini." Puan Isma mula mahu membuka bebelan sehingga bernanah telinga. Baju blouse di bahagian tangan turut ditarik sehingga ke lengan. Bersiap sedia untuk menghamburkan bebelan sehingga boleh menyebabkan telinga anaknya bernanah sakit.

"Mama kira sampai tiga! Kamu tak bangun juga mama tinggal kamu! Biar kamu tinggal sorang," ugut Puan Isma. Sudah berbuih mulutnya memberi amaran kepada anak gadis seorang itu. Namun satu pun tak diambil endah. Sakit kepala dia dibuatnya!

"Imna Safira!"

"Ya...." Baru terdengar suara gadis itu menyahut sambil pintu bilik di kuak seluas alam dari dalam.

"Kenapa lambat sangat nak buka pintu? Mama dah cakap kan jangan tidur lambat?" Terus peluru berpandu daripada Puan Isma menjengah halwa telinga. Sakit! Tetapi, Imna hanya menayang muka toya.

"Imna dah bangunlah ma. Sakit perut, duduk dalam toilet. Itu sebab Imna lambat buka pintu."

"Kamu makan apa semalam sampai sakit-sakit perut ni? Jangan nak buat hal Imna, mama nak kejar masa ni. Kalau kita terlepas flight. Kamu ganti balik duit mama beli tiket baru."

Imna masih menayang muka toya, dia tahu ibunya itu perangai bagaimana. Lebih suka membebel sambil kerja tetap bergerak. Sambil berjalan pun mulutnya boleh membebel sampai ke hujung dunia, inikan pula kalau berdiri statik tanpa buat apa-apa. Bahkan, sikap ibunya sangat bertegas dalam urusan menepati masa. Kalau lambat seminit, terus ditinggal tanpa rasa bersalah. Apabila merungut mulalah ayat bebelan menjengah halwa telinga.

Beg baju ditarik keluar dari bilik, malas hendak mendengar bebelan Puan Isma atau lebih tepat sudah lali dengan omelan wanita 40-an yang berkerjaya sepenuh masa itu.

"Dahlah ma, tadi mama juga yang cakap nanti terlepas flight." Jelas kelihatan Imna bersikap acuh tidak acuh dengan bebelan ibunya. Bertambah jelingan Puan Isma selepas dengar jawapan anak tunggalnya itu.

"Bawa beg mama tu keluar sekali. Mama nak kunci pintu," arah Puan Isma sebelum dia bergerak ke tepi pintu untuk mengapai mangga berserta anak kunci. Rumah teres satu tingkat yang menjadi kediaman mereka di Malaysia ini akan ditinggalkan agak lama, jadi sebelum keluar dia perlu cek banyak perkara dan pastikan tiada apa-apa yang tertinggal termasuklah kepala gas serta barangan elektrik di bahagian dapur.

Imna hanya menurut sambil melepaskan keluhan berat sebelum menarik beg pakaian mereka keluar dari rumah dan mendekati sebuah teksi yang sudah pun menunggu mereka sejak tadi.

MEREKA tiba di lapangan terbang tepat jam 8:00 pagi dan terus bergegas masuk ke laluan menuju ke pintu gerbang untuk menaiki pesawat. Sejak dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang Imna hanya mendiamkan diri. Dia tidak suka dengan perkara yang sedang dia hadapi ketika ini. Tiada angin dan tiada ribut tiba-tiba saja ibunya dikhabarkan dapat berkhidmat semula di Korea Selatan sebaik saja dia berjaya menamatkan pembelajaran STPM di sebuah sekolah menengah swasta.

Mujur saja dia sudah menamatkan pengajian. Tidak perlu dia mengisi borang untuk perpindahan tempat belajar pula. Dia baru juga selesai menjawab peperiksaan akhir bagi tahun terakhir belajar di sekolah menengah tersebut. Hanya perlu tunggu masa untuk mendapatkan keputusan dan melangkah masuk ke alam universiti pula.

"Kenapa diam aje?" tanya Puan Isma selepas pulang dari tandas dalam pesawat.

Imna yang duduk di tepi tingkap pesawat hanya memandang ibunya sekilas sebelum beralih pandang ke luar tingkap sambil memeluk tubuh. Bibirnya perlahan-lahan berubah muncung sedepa.

"Marahkan mama ke sebab mama bagi tahu last minute?"

Imna masih tidak bersuara. Bukan itu yang dia hiraukan sangat. Ada seperkara lain yang menyebabkan mood dia berubah-ubah tidak kena waktu. Pertemuan dia dan sahabat baiknya ketika belajar dahulu mula diimbas semula.

"Kau nak sambung mana lepas ni?" Suara rakan karib Imna menyapa halwa telinga. Ketika ini mereka berdua berada di hadapan laluan bangunan Pavilion Kuala Lumpur. Tempat di mana Imna sedang membeli-belah barang keperluan seorang diri sebelum berangkat ke negara. Kebetulan pula dia bertembung dengan rakannya itu dan secara sukarela kawannya mahu menemani dia di situ.

"Aku kena ikut mama aku pergi Korea, dia dapat sambung kerja dekat sana balik. Maybe, aku akan sambung belajar dekat sana juga nanti." Wajah Imna langsung tidak mempamerkan perasaan teruja sejak dia tahu yang keluarganya akan berpindah semula ke Korea Selatan atas urusan kerja ibunya.

"Lama ke?" Kening rakannya terangkat, ada sedikit riak terkejut terpeta di wajahnya.

"Tak tahulah, mama aku pun cakap last minute. Mood aku betul-betul ke laut sekarang ni."

"Tak apalah Imna, dah rezeki kau dapat sambung belajar luar negara tu teruskan ajelah. Kalau aku jadi kau, perkara tu paling aku tunggu-tunggu sebab ramai anak muda sekarang lebih suka sambung pengajian dekat luar negara berbanding dalam negara sendiri ni." Rakannya tersenyum manis. Senyuman yang paling Imna suka lihat sepanjang mereka berkenalan.

"Kau pula nak sambung mana ke kau balik Korea juga?" Imna turut menyoal tentang rakannya itu gara-gara mahu mengubah topik perbualan, tidak mahu keadaan mereka berubah kekok selepas Imna melihat senyuman itu.

"Tak tahu lagi, masih dalam proses untuk apply mana-mana universiti yang sesuai dengan keputusan aku. Balik Korea tu pun tengoklah nanti macam mana." Rakannya menanggalkan topi di kepala dan mengusap rambut ke belakang. Beberapa saat kemudian, dia menyarung semula topi itu.

Setiap inci perbuatan rakannya itu, Imna perhatikan. Memang benar dia mempunyai perasaan suka yang amat mendalam terhadap rakannya itu. Sehingga setiap pergerakan yang dilakukan, Imna mahu perhati. Wajah rakannya yang putih bersih, bak oppa Korea benar-benar buat hati Imna rawan.

"Baguslah, goodluck...." Setelah leka memerhati, akhirnya Imna bersuara untuk mengelakkan daripada rakannya perasan akan kelakuan dia sebentar tadi. Kalau kantoi malu tujuh keturunan agaknya. Pandangan segera beralih ke arah lain mahu menutup rasa gugup yang tiba-tiba bertandang.

"Okeylah, aku nak balik dulu. Thanks sebab sudi teman aku cari barang untuk pergi Korea nanti. Kalau kau balik sana, roger-rogerlah aku tau." Imna meminta diri terlebih dahulu. Jauh di sudut hati, dia benar-benar berharap rakan baiknya ini turut pulang ke Korea bolehlah mereka bertemu di sana pula nanti. Apabila hati mula jatuh suka, setiap masa dia mahu melihat wajah sahabat lelakinya itu. Tidak boleh tidak memandang, rasa rindu di hati mula membuak-buak.

Usai itu, Imna segera membawa barangan yang dibeli tadi seorang diri menuju ke perhentian bas. Memandangkan ibunya seorang wanita yang berkerjaya dan tiada waktu untuk meluangkan masa bersama-sama. Maka Imna terpaksa hidup berdikari dan belajar semua perkara sendiri, termasuklah menaiki bas awam ketika hendak pergi ke mana-mana. Bukannya dia tidak pandai memandu dan tidak mempunyai lesen memandu, tetapi sebagai seorang gadis muda yang sukakan cabaran dia lebih selesa menaiki pengangkutan awam begitu.

"Nak aku hantarkan balik tak?"

Imna menoleh, tangan yang penuh dengan beg barangan menyukarkan dia bergerak. Ada juga di antara beg pakaian itu terlucut dari tangan dan jatuh ke lantai. Melihatkan perkara itu rakannya hanya tersengih lalu menghampiri Imna untuk memberi bantuan.

"Kenapalah cuai sangat kau ni, lain kali mintalah tolong kan aku ada je lagi dekat sini. Dah jom aku hantar kau balik. Barang tu bagi aku bawa sikit."

Mahu atau tidak, Imna terpaksa akur. Dia memang tak cukup tangan nak bawa barangan yang dibeli. Barangan itu bukan saja kepunyaan sendiri, tetapi ada juga kepunyaan Puan Isma. Memandangkan ibunya keluar pagi balik malam hanya untuk mencari sesuap nasi. Imnalah yang kena uruskan semua perkara di rumah mereka termasuklah membeli-belah barangan sebegitu.

"Thanks."

"No biggie. Dah, jom."

Imna melepaskan keluhan berat, perasaannya memberat. Dia terpaksa pergi ke Korea mengikut ibunya dan meninggalkan seorang rakan baik yang sudah boleh dikatakan kawan istimewanya.

Imna sudah lama meminati rakan karibnya sendiri, dia juga turut memendam perasaan sejak mereka berkenalan untuk pertama kali. Namun, apakan daya yang dia ada? Sikap Imna yang takut dengan sebuah perhubungan percintaan membuatkan dia hanya cuba berkawan rapat dengan crushnya sendiri.

"Imna, mama tanya ni? Eh! Mengelamun pula budak ni. Fikir apa?" Suara Puan Isma membawa Imna kembali ke dunia realiti. Keluhan berat dilepaskan setelah dia tersedar dari lamunan. Walaupun beberapa minit dia membawa fikiran ke dalam sebuah ingatan yang penuh dengan perasaan, pesawat yang dinaiki masih lagi belum bergerak meninggalkan lapangan terbang.

Matanya dipejamkan sesaat. Benarlah, selama ini Imna takut cinta yang tumbuh mekar di hati akan ditolak oleh rakannya sendiri. Dia tahu, dia tidaklah selawa perempuan-perempuan lain. Dalam perjalanan hidupnya juga lebih banyak gambaran tentang kesedihan. Bahkan dia seorang anak tunggal, ibu dan bapanya sudah bercerai mati sejak dia masih dalam kandungan lagi. Kini, Imna hanya tinggal dengan ibunya sahaja yang merupakan seorang ibu tunggal dan bekerja sebagai pereka busana fesyen. Istimewanya gadis seperti dia hanya kerana dia membesar dengan cara tersendiri. Nampak gembira namun dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

"Imna nak pergi toilet kejap, sakit perutlah ma. Macam nak period. Rasa mual-mual pun ada."

"Kamu biar betul ni Imna? Kita dah nak naik atas awan ni, jangan nak buat hal pula."

Dia mengendahkan kata-kata Puan Isma. Laju langkah dibuka bergerak ke tandas sambil menahan mulutnya dari mengeluarkan isi perut yang berada di hujung-hujung kerongkong. Namun tidak sempat dia tiba di tandas. Mulutnya terus memuntahkan isi perut yang dijamah sebentar tadi. Paling memalukan lagi muntahannya terkena pula tempat duduk seseorang yang berada berdekatan dengan kabin dalam pesawat. Jaraknya, hanya selang sebaris saja dari tempat duduk dia dan ibunya.

Mata orang itu terpejam rapat selepas sisa muntahan Imna terkena wajah.

"Cik! Cik! Cik tak apa-apa ke?" Salah seorang pramugari datang mendekati Imna yang terbongkok-bongkok memuntahkan isi perutnya.

Imna cuba mengangkat kepala dan matanya bertembung dengan wajah orang yang terkena sisa muntahannya. Terbuntang seketika mata Imna selepas melihat wajah orang itu.

Continue Reading

You'll Also Like

14.3K 238 4
BOOK #2 of 𝕱𝖗𝖎𝖊𝖓𝖉𝖘𝖍𝖎𝖕 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (Sambungan Pada Subuh Yang Membawaku Pergi - Yaya Samad) Bismillah Satu kemalangan ngeri merampas kes...
3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
307K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
887 278 70
"Kau akan berdepan dengan cabaran yang sebenar." Mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja telah menjalinkan ikatan persahabatan di ala...