PEWARIS SEBENAR IRIS

By Ustaz_Ruzi

6.7K 430 183

Cover Book Make By @Alquransyabila Sinopsis Selepas Ejen Ali telah disahkan tidak dibenarkan lagi menjadi pem... More

BAB 1: DJIN KEMBALI
BAB 3:DEMONSTRASI
BAB 4: CURIGA
BAB 5:EKORI
BAB 6:ISI TERSIRAT
BAB 7: KE TEMPAT TUGASAN
BAB 8: DOKTOR QARZONE
BAB 9: PERGELUTAN KECIL
BAB 10: ORGANISASI BARU?
BAB 11: MISTERI WASIAT
BAB 12: PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA
BAB 13: BOM MASA
BAB 14: BERTEMU TAN SRI
BAB 15: PERCANGGAHAN PENDAPAT
BAB 16: RUDY MENYERANG KETUA-KETUA TERAS
BAB 17: SUASANA GETING
BAB 18: OPERASI BERMULA
BAB 19: SERANGAN MENGEJUT
BAB 20 : APA KAITAN M.A.T.A DAN BLACK HEART?
BAB 21 : WASIAT HILANG?
BAB 22 : BLACK HEART SEMAKIN AKTIF
BAB 23 : WAKIL GENG M.A.R.A MENJELMA
BAB 24 : PENYAMARAN?
BAB 25: HELAH
BAB 26: TIBA DI A.P.D.A

BAB 2: UNDERCOVER FRIEND

503 31 7
By Ustaz_Ruzi

Di Akademi M.A.T.A, Djin sibuk menceritakan pengembaraan dan cabarannya dalam menyelamatkan nyawa Ejen Zain kepada Rizwan, walaupun mereka pernah ada percanggahan sebelum ini, namun, Rizwan masih lagi membuka hatinya demi menerima Djin semula sebagai sebahagian daripada keluarga M.A.T.A. Sedar tak Sedar, dah dekat tiga jam mereka berbual di Kafeteria M.A.T.A. Mereka tidak perasan bahawa terdapat mata-mata yang sedang giat memerhatikan mereka dari jarak jauh iaitu Ejen Bobby dan Ejen Karya. Mereka berdua memang suka menyibuk hal orang lain. Ditambah pula lagi seorang, Ejen Fit. Disebabkan Ejen Fit sudah terlalu lama berkawan dengan Ejen Bobby, jadi penyakit Ejen Bobby yang suka menyibuk jam orang lain telah menjangkiti Ejen Fit walaupun dari luaran Ejen Fit kelihatan seperti seorang yang amarah dan tegas.

"Karya, Fit, korang rasa kan, Betul ke si Djin tu dah bertaubat?" Tanya Ejen Bobby sambil matanya tidak lepas memandang perbualan dua susuk tubuh manusia itu.

"Entahlah, aku rasa si Djin tu mesti ada agenda lain." Balas Ejen Fit sambil memerhatikan mereka sebagai seorang tukang sapu sampah kafeteria, Ejen Bobby sebagai Pak Cik Kantin dan Ejen Karya sebagai pelayan pelanggan.

"Tak baik buruk sangka, tau. Sepatutnya korang berdua contohi aku sebagai seorang Ejen paling kacak di sini." Kata Ejen Karya sambil membuka kaca mata coklatnya lalu memandang wajah Ejen Bobby dan Ejen Fit dengan pandang lelaki gatal. Terus mereka berdua terasa tekak mereka loya dan mahu termuntah melihat gelagat sahabat mereka itu. Selalu mahu bersikap gentleman lah sangat sedangkan hakikatnya perangainya tidaklah seperti itu dihadapan mereka. Hanya dihadapan Ejen-ejen muda yang lain sahaja dia akan bersikap seperti lelaki Melayu Terakhir.

"Tak baik buruk sangka? Haih, habistu, yang kau join kitorang menghendap si Djin tu dah kenapa?" Tanya Ejen Bobby sambil menjeling dengan senyuman sinis kepada Ejen Karya.

"Siapa? Kau? Ejen paling kacak? Di mana?" Tanya Ejen Fit dengan suara mahu memerli Ejen Karya. "Urgh, tolonglah. Kau balik asrama kau, ada cermin, kan? Hah, tengok diri kau dekat cermin tu, nampak apa."

"Nampak apa lagi? Nampak diriku yang semakin kacak dan popular dari hari ke harilah.." Balas Ejen Karya, dia langsung tidak tersinggung dengan perlian daripada dua sahabatnya itu. Ejen Bobby dan Ejen Fit membuat muka menyampah melihat Ejen Karya yang sedang khayal dalam dunianya sendiri.

"Ya Allah, Kau tolonglah pulihkan penyakit sahabat aku ni sorang, dia semakin hari semakin menjengkelkan." Kata Ejen Bobby sambil menadah tangannya ke atas seperti mahu berdoa. Ejen Fit yang terlihat gelagat junior nya itu terus tergelak kecil sambil menerkup mulutnya dengan telapak tangan kanannya. Ejen Karya yang terasa malu itu terus membaling kad terbangnya itu ke arah Ejen Bobby, terus Ejen Bobby melompat ke belakang dan serangan Ejen Karya terbantut. " Huh! Itu sahaja?" Kata Ejen Bobby, kemudian dia Pula yng membuat serangan kepada Ejen Karya dengan membaling boomerang nya ke arah Ejen Karya, Ejen Karya juga melakukan lompatan ke hadapan lalu menyerang Ejen Bobby dari jarak dekat dengan hanya menggunakan tangan kosong sahaja. Mereka berdua pun berbalah sesama mereka. Ejen Fit yang melihat itu terus masuk ke dalam gelanggang untuk memberhentikan mereka berdua, malangnya, Ejen Fit Pula terlibat sekali dalam pertempuran mereka. Boomerang Ejen Bobby membuat pusingan balik u turn ke arah Ejen Karya, Ejen Karya perasan akan hal itu lalu dia menundukkan kepalanya, boomerang itu terus terbang melepasi atas kepala sipi-sipi Ejen Karya dan tepat ke arah tangan Ejen Bobby. Ejen Bobby segera membaling sekali lagi ke atas udara, Ejen Fit menyerang bertubi-tubi ke arah Ejen Bobby dan Ejen Karya, tumbukannya sangat kuat sehinggalah pihak lawan tidak dapat bangun semula kerana berada senak pada bahagian yang ditumbuknya itu. Ejen Karya berlawan dengan mengeluarkan kad-kad terbangnya ke arah Ejen Bobby dan Ejen Fit. Ejen Fit menghalang setiap kad yang terbang ke arahnya manakala Ejen Bobby melompat ke udara sambil mencapai semula boomerang nya lalu dilibas-libas kesemua kad-kad terbang Ejen Karya seperti melibas lalang. Serangan bertubi-tubi yang sangat hebat daripada mereka bertiga sehinggakan kad-kad iti semua tertepis terbang ke arah Ejen-ejen lain yang berada di sekitar itu. Tiba-tiba, Ejen Djin datang melompat beroutar-putar gaya ahli gimnastik lalu masuk ke gelanggang mereka bertiga sambil mengeluarkan pedangnya. Dji terus menepis kesemua kad daripada tepisan serangan tiga sahabat itu. Pegang Djin diacukan sehingga membuatkan ketiga-tiga mereka berundur kebelakang lima langkah lalu berhenti dengan nafas tercungap-cungap. Rizwan datang ke arah mereka berempat sambil memakan lolipop berperisa coklat susu caremel. Pasangan Rizwan kepada tiga orang rakan satu Agensi itu sungguh dingin sekali. Wajahnya seperti orang tiada perasaan, setibanya kakinya di sana, Rizwan menjeling ke arah tiga orang itu sambil tersenyum sinis.

"Apa yang korang buat ni?" Tanya Rizwan sambil mengeluarkan batang lolipop dari mulutnya. Ketiga-tiga orang Ejen itu tidak tahu mahu membalas apa, terkial-kial mereka mahu membalas. Djin berdiri di hadapan mereka sambil menyimpan semula pedangnya di dalam poket seluar sebelah kanannya. 'Aduhh, kantoi dah..." Bisik Ejen Fit seorang diri.

"Err, Tak ada apalah! Kami Saja nak berlatih berlawan bersama. Kan? Kan? Kan?" Kata Ejen Bobby dengan senyuman manis terukir di bibirnya. Ejen-ejen lain juga turut menganggukkan kepala mereka tanda ya.

"Berlatih berlawan? Hmmp! Korang dah hilang akal ke? Sini tempat makan, rehat dan bersantai. Bukannya tempat berlatih melawan siapa lagi hebat atau kacak." Kata-kata Rizwan membuatkan tiga itng sahabat itu terkejut. Rupa-tupanya, Rizwan telah mengetahui akan niat dan kehadiran mereka ke sini dari tdi cuma mereka sahaja yang tidak perasan. Sungguh! Dia mewarisi bakar terpendam seorang Super Ejen INVISO seperti Djin. Muka ketiga-tiga Ejen itu mulai merah pendam. Mereka Malu mahu berkata apa-apa kerana mereka tidak sepatutnya mendedahkan identiti kehadiran mereka sewaktu menghendap orang lain.

"Kamu semua tahu tak? Perbuatan kamu semua ini hanya akan membahayakan Ejen-ejen lain di sini. Cuba lihat sekeliling kamu." Arah Djin kepada tiga orang Ejen itu. Mereka bertiga memalingkan pandangan mereka untuk melihat sekeliling kawasan kafeteria itu. Benar katanya, kafeteria uti sudah menjadi porak peranda, kacau bilau, huru-hara akibat perbuatan mereka bertiga, serangan mereka telah menyebabkan ramai Ejen tercedera ringan, kelengkapan-kelengkapan di Kafeteria juga banyak yang telah rosak, meja terbelah 10, kerusi terbelah 7, pinggan mangkuk susu garfu terbelah 6 dan papan tanda kafeteria terbelah 20. Memang patut pun Djin campur tangan tadi kalau tak, lagi teruk dianaiyanya kafeteria M.A.T.A itu.

"Maafkan kami..." Kata Ejen Karya tersipu Malu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tiba-tiba, satu pengumuman dibuat dan telah mengejutkan mereka semua.

"Pengumuman, diminta nama-nama Ejen yang disebut untuk terus datang ke belakang pentas Dataran Puspa Ilmu manakala Ejen-ejen yang lain WAJIB berada di Dataran itu sebelum jam 8.00 pagi." Kata seseorang yang bertugas bagi mengendalikan taklinat info Ejen M.A.T.A. "Ejen Djin, Ejen Rizwan, Ejen Karya, Ejen Bobby dan Ejen Rudy, sila berada di belakang pentas pada jam 7.50 pagi ini. Saya ulang..."

"Hah, korang dengar tu! Mesti diorang nak umumkan fasal kita berlima." Kata Ejen Bobby, sedikit riak kepada rakan-rakannya itu.

"Aku gerak dulu, apa-apa roger." Kata Ejen Fit, dia membuat pergerakan bersalam rahsia dengan junior nya, Ejen Bobby sebelum berjalan pergi meninggalkan mereka berempat Ejen INVISO.

"Sekian.." Tamatlah sudah pengumuman itu.

"Kejab, mana Rudy? Dah lama Aku tak jumpa budak tu." Kata Djin sambil memandang wajah tiga orang Ejen INVISO dihadapannya itu. Bobby dan Karya terpinga-pinga mahu menjawab kepada Djin kecuali Rizwan yang tampak kelihatan tenang dari tadi. Dia mengeluarkan lolipop daripada mulutnya kemudian muka berbicara.

"Ada masalah sikit tadi. Pihak hospital bergelut dengan Rudy tadi. Mereka mahu merawat budak tu tapi dia degil nak juga rawatan tradisional di pinggiran. Jadi, kami membiarkannya pergi merawat lukanya di situ." Balas Rizwan dengan tenang kemudian memasukkan kembali lolipopnya ke dalam mulutnya.

"Macam tu..." Kata Djin dengan keluhan panjang. Dia berasa sedikit terkilan kerana dia tidak mengendahkan Rudy pada beberapa Hari yang lalu. Rudy mahu menegurnya tetapi dia menyerangnya Pula. Kesian Pula apabila difikirkan semula nasib budak itu.

"Jadi budak tu tak datanglah nanti?" Tanya Ejen Karya kepada rakan-rakannya.

"Entahlah." Balas Bobby.

"Tak. Dia akan datang. Aku pasti." Kata Ejen Rizwan kepada Bobby dan Karya.

"Macam Mana kau boleh yakin sangat?" Tanya Bobby sambil menjeling dengan senyuman sinis ke arah Rizwan.

"Aku tahu! Mesti kau tidur serumah dengan dia, kan?! " Teka Karya kepada Rizwan.

"Tak." Balas Rizwan sepatah.

"Hah! Kalau bukan serumah, mesti kau ada hantarkan drone untuk jejakinya bukan?" Teka Bobby Pula. Rizwan hanya Menggeleng kepalanya.

"Errmmm, kau hantar penyiasat Persendirian untuk pastikan Rudy selamat?"

"Buang duit Aku je upah orang macam tu."

"Kau Ada hantar robot untuk stalker dia?"

"Huh, tak kuasa Aku."

"Kau tanya Mak ayah dia?"

"Merepek apa kau ni? Rudy tu anak yatim."

"Oops! Sorry..."

"Haih, habistu? Cakap je lah!" Marah Bobby kepada Rizwan. Rizwan menyeluk tangan kanannya ke dalam poket seluar kanannya lalu mengeluarkan Telefon bimbitnya yng berjenama a phone Z2003, keluaran terbaru syarikat terkemuka di dunia itu. Rizwan menekan-nekan butang kekunci di skrin telefonnya kemudian menunjukkan kepada Bobby dan Karya. Djin juga turut melihatnya. Kelihatan Rudy yang menghantar mesej kepada Ejen Rizwan secara massage persenol (pm), Rudy menaip bahawa dia akan datang ke AKADEMI M.A.T.A sebelum majlis itu bermula dan akan terus berjumpa mereka berempat di belakang pentas. Mulut Bobby dan Karya terlopong luas seperti pintu gua Hirak.

Mesej Perbualan Rizwan dan Rudy di applikasi 'What's Up Bro'

Selepaa habis dibacanya mesej Rudy kepada Rizwan di telefonnya, Rizwan menyimpan semula telefonnya ke dalam poket seluar kanan. "Dia mesej aku tadi."

"Peliknya budak seorang tu." Kata Karya kepada rakan-rakannya. Sedang mereka berbual, tiba-tiba mereka terdengar bunyi sekumpulan orang terjatuh di belakang ting berdekatan dengan kedudukan mereka. 5erus mereka memalingkan muka ke arah bunyi tersebut. Tak disangka-sangka, rupa-rupanya, mereka yang sedang mencuri dengar perbualan mereka adalah sekumpulan Ejen-ejen remaja M.A.T.A iaitu Ali, Khai, Jet, Bulat, Chris, Alicia, Moon, Iman, Mika, Roza dan Zass. Kesemua mereka telah berumur 18 tahun masuk tahun ini. Umur Rudy sama seperti Umur mereka semua cuba wajahnya kelihatan sedikit sudah matang.

"Aduhh, kenapa dengan kau ni Ali?! Habis kita semua terjatuh!" Marah Jet kepada Ali yang terjatuh di bahagian bawah sekali antara mereka semua.

"Erk! Sorry. Aku tak sengaja." Kata Ali sambil menunjukkan muka seposennya kepada semua rakan-rakannya. Alicia meluat melihat gelagat Ali itu lalu menghadiahkan penumbuk padu ke arah Bahu kiri Ali. "Ish! Aku dah katakan yang Aku tak sengaja?!" Marah Ali kepada pasangannya Alicia.

"Apa yang kamu semua buat di sini, hah?" Tanya Djin kepada mereka semua. Keempat-empat Ejen INVISO itu berbaris mengelilingi kawasan tempat terjatuhnya Ejen-ejen M.A.T.A sambil memandang wajah mereka semua dengan pandangan yang rakan dan menakutkan.

"Gulp!" Kesemua Ejen muda menelan air liur mereka akibat melihat pandangan yang amat mengerikan daripada Ejen terhebat INVISO itu semua. Cepat-cepat mereka bangun, dan meminta maaf lalu berlari pergi.

Continue Reading

You'll Also Like

407K 12.3K 94
Theresa Murphy, singer-songwriter and rising film star, best friends with Conan Gray and Olivia Rodrigo. Charles Leclerc, Formula 1 driver for Ferrar...
850K 52.1K 116
Kira Kokoa was a completely normal girl... At least that's what she wants you to believe. A brilliant mind-reader that's been masquerading as quirkle...
562K 20.4K 95
The story is about the little girl who has 7 older brothers, honestly, 7 overprotective brothers!! It's a series by the way!!! 😂💜 my first fanfic...
165K 4.9K 51
matilda styles, will you be my valentine? (please reject me so i can move on) ⋆ ˚。⋆୨💌୧⋆ ˚。⋆ IN WHICH christopher sturniolo falls for nepo baby or...