Cinta Yang Hilang

By Sofea_Zayadi

1.3K 118 30

Nurul Amira Binti Saad... Seorang gadis yang mempunyai nasib yang tidak begitu baik. Keluarganya meninggal sa... More

Prolog
Bab 1
BAB 3
BAB 4
Bab 5
Bab 6

Bab 2

174 15 3
By Sofea_Zayadi

Puan Maznah membuka satu persatu helaian muka surat dari majalah yang baru dia beli tadi. Teh yang berada didekatnya diambil. Baru sahaja dia ingin meletakkan cawan yang berisi teh itu di bibir, tiba-tiba seseorang datang mengacaunya.

" Mama...".

Entah dari mana budak ini muncul. Dengan pakaian yang tidak cukup kain. Bibir yang berwarna merah. Umur baru 15 tahun tapi pakai baju yang tak semenggah.

"Syikin... Dah berapa kali mama nak tegur? Pakai baju yang tertutup sikit. Mama tak marah tapi... Papa dan abang kamu mesti tak suka." Asyikin membuat muka apabila Puan Maznah berkata begitu.

" Diorang itu siapa nak tentukan life i mama. I dah besar. I..." Mulut Asyikin dicubit.

" Bercakap tu biar ada adab sikit Syikin. Mama ni mama kamu bukan kawan kamu. Nak I U bagai. Kalau papa dengar lagi...bukan cubit je tau. Papa ikat kamu dengan pokok jambu yang pak ali tanam depan rumah." Asyikin segera menarik kain skirtnya agar menutupi lutut. Sejak bila lelaki ini balik pun dia tak tahu.

Dia memandang mamanya dengan perasaan takut. Puan Maznah melempar bantal kecil untuk Asyikin tutup lutut yang terdedah itu.

Puan Maznah melirikkan mata kepada Encik Fazmi. Muka bengis dan sifat tegas tidak berpisah dari diri lelaki itu. Bilalah dia dapat melihat wajah senyum dari lelaki itu.

Encik Fazmi menjeling isterinya. Apa anak-anak buat semua disokongnya. Tak kiralah buat salah ke baik ke semua dia sokong. Tapi dia berasa sedikit lega kerna Zhariff seorang yang penurut dan rajin untuk belajar. Seumur hidup lelaki itu, anak sulungnya tidak pernah atau terfikir untuk membuat perkara yang mendatangkan kemarahannya.

Cuma Si Asyikin ini saja yang pelik dari orang. Gadis lain sibuk menutup aurat, dia pula sibuk membuka aurat. Entah berapa kali dia nasihatkan anak gadis itu namun tiada satu pun yang didengarnya. Maknya pula tahu nak menyokong je. Itulah sebabnya budak ini makin menjadi.

" Asyikin... Papa perasan baju kamu. Naik atas tukar baju atau jangan keluar petang ni. Duit poket pun papa takkan bagi. Maznah, duit awak pun saya pegang..." Belum habis Encik Fazmi bercakap, Puan Maznah serta Asyikin sudah mencelah.

"Kenapa? Itu duit Maz abang ..."

"Buat sementara ni, kalau abang tak pegang, awak akan bagi anak duit poket kan..." Puan Maznqh menundukkan wajah.

Asyikin bangun dan berjalan menghentak kaki. Encik Fazmi memandang dengan bara di dada. Dia ingin bangun namun ditegah oleh Puan Maznah.

" Tengoklah anak awak tu. Hentak- hentak, saya potong kaki dia nanti." Puan Maznah mengurut dada suaminya untuk lelaki itu bawa bertenang.

Nek Minah menyiram air kedalam pasu bunga. Disitu ada beberape ekor kucing yang sedang mengelilingnya. Sesekali dia memandang rumah pusaka yang didudukinya kini. Sudah hampir 73 tahun dia tinggal disini. Dari kecil hinggalah tua sebegini.

Dia tersenyum nipis.

"Nenek..." Amira memeluk erat belakang wanita tua itu.

Nek Minah berpaling dan menampar bahu Amira perlahan. Geram sungguh dia, Nek Minah dahlah ada sakit jantung. Boleh pula bagi kejutan sebegitu.

" Auch...nenek, sakitlah." Amira mengosok perlahan bahunya. Sebenarnya tamparan Nek Minah tidak sakit mana tapi kesan jatuh di restorant yang memberi efek berlebihan.

Nek Minah menjeling.

Amira menutup paip air lalu memaut bahu Nek Minah. Dia membawa wanita tua itu duduk di pangkin tangga. Kepalanya diletakkan di bahu Nek Minah. Dia menghembus nafas dengan kasar hingga Nek Minah disebelah pun terdengar.

"Ada apa-apa jadi ke?" soal Nek Minah.

"Nothing special... Auch..." sekali lagi bahunya ditampar.

"Nek, nek memang suka tampar orang ke?" Nek Minah berkerut.

"Nenek tak tampar orang, nenek tampar kamu je." Nek Minah mengosok kepala Amira yang berlapik tudung.

"Amira bukan orang ke nek?" soalnya lagi. Nek Minah tergelak.

Amira mencebik. Nek Minah selalu saja ada bahan untuk kenakan cucunya. Tidak padan dengan umur. Suka sungguh dia kenakan orang.

Amira mengangkat wajah memandang Nek Minah. Neneknya itu seorang yang cukup kuat. Terimbau kenangan lama, saat ibu bapanya mengalami kemalangan dan tewas di tempat kejadian.

Dia waktu itu berada dia rumah Nek Minah kerna ibu bapanya ingin ke pasaraya membeli ikan untuk memasak makanan kegemarannya. Pesan ibu waktu itu tidak sama sekali dia lupa.

"Jaga nenek ya... Jangan sesekali menyusahkan nenek ya sayang. Kalau ibu lambat balik jangan marah tau, itu bukan kehendak ibu." Puan Yana mengelus pipi Amira.

Entah kenapa waktu itu, berat hatinya untuk melepaskan Puan Yana waktu itu. Tangan Puan Yana dipegang dengan begitu erat.

"Ibu jangan pergi ya. Mira dah tak rasa nak makan ikan kap tu."

Encik Saad tergelak kecil. Dia mendekati Amira lalu mengangkatnya.

"Aik... Ini betul ke anak ayah?" Amira mengangguk dengan laju.

"Yeke?" soalnya lagi.

"Ayah, kalau mira ni bukan anak ayah... Mira anak siapa?" makin kuat Encik Saad ketawa.

"Yeye... Mira anak ayah tapi ayah macam tak percaya yang mira dah taknak makan makanan favourite mira. Selalunya mira kalau tak dapat makan mesti mira mengamuk." Amira memuncungkan bibir.

Dia menolak ayahnya. Nak kata dia gemuk la tu. Tapi memang itu kenyataannya. Encik Saad menurunkan Amira. Dia masih lagi ketawa.

Puan Yana yang melihat, hanya tersenyum. Suka sungguhlah suaminya menyakat anak kecil itu.

Amira memeluk pinggang ibunya dan membenamkan muka di perut Puan Yana.

Dia mengangkat kepala keatas.
Sungguh ayu wajah Puan Yana.

"Ibu pergi dulu sayang..."

Pang...

Amira memandang neneknya sekali lagi. Entah-entah sudah bengkak bahunya akibat dipukul berturut-turut oleh Nek Minah.

"Berangan apa lagi? Dah nak maghrib. Jum masuk" Nek Minah bangun dan berlalu masuk kedalam rumah.

Amira hanya mengekori dari belakang.

Pintu ditutup dengan rapat. Lampu luar dibuka.

Cawan yang berada di meja dihadapan tv diangkat. Entah siapa yang datang ke rumah ini tadi.

Dia melihat Nek minah sudah masuk kedalam bilik. Mungkin hendak bersiap ke surau. Langkahnya diatur menuju ke dapur. Tudung disangkutkan di paku dinding.

Cawan yang tadi dia letakkan didalam singki. Dia mengikat rambut dengan tinggi hingga menampakkan leher putih miliknya. Lengan baju diselak. Amira membuka pili air.

Tetiba teringat pula dia akan lelaki tadi.

"Zharif.."
  

Rokok yang penuh dengan 1001 keburukkan dihisap. Kepala serabut. Perasaannya menjadi berkecamuk. Zafiq baring diatas motor sambil menunggu yang lain datang. Waktu maghrib begini memang mereka akan berkumpul.

"Betul ke apa yang aku buat?" soalnya pada diri sendiri.

Zafiq memejam mata.

Waktu dia bersama Amira tidak dia lupakan. Amira manis. Amira baik. Amira sangat peduli tentangnya. Kalau nak dibandingkan gadis itu dengan orang tuanya, Amira lah yang terbaik baginya. Kenangan waktu dia dan Amira ditepi sungai terimbau kembali.

"Weh... Mira, macam mana kita nak tahu yang kita suka seseorang?." soal Zafiq.

Amira terkedu. Dia memandang wajah mulus Zafiq.

"Kau suka sapa?" Zafiq menjeling.

"Boleh tak bila aku tanya tu jawab? Bukan bagi aku soalan. Sampai bila nak habis. "Amira mencebik.

"Jawablah... Macam mana nak tahu kalau kita sukakan someone tu." Zafiq mendekati Amira.

" Aku tak tahu sebab aku tak jatuh cinta. Tapi aku belajar dalam filem bollywood. Kalau kau nak tahu kau suka someone tu... Kau letak tangan kau dekat dada lepas pejam mata dan nyatakan kau suka dia. Kalau jantung kau berdegup laju maknanya kau suka dia.  Kalau tak berdegup tu...." Amira memberi isyarat untuk Zafiq mendekatkan wajah.

Zafi hanya menurut.

"Kalau tak berdegup maksudnya kau dah mati." Amira menghamburkan ketawanya. Dia menolak Zafiq jatuh kedalam sungai.

"Bodohlah kau ni" Zafiq turut ketawa.

Perlahan-lahan kenangan itu pergi dihanyutkan oleh masa.

Zafiq ingin mencuba.

Tangan kanan diletakkan di dada. Zafiq memejam mata dengan erat. Dia menarik nafas perlahan-lahan.

"Aku Suka Amira"

Jantungnya berdegup laju. Pikirannya hanya muka manis gadis itu. Zafiq bangun. Putung rokok dibuang. Kini dia sudah yakin. Dia amat menyukai gadis itu.  Iphone 11 dibuka. Dia mencari nama Amira di contact listnya.

Dia cuba menelefon gadis itu tapi sayangnya gadis itu sudah menyekat nombornya.

"Aku tak boleh hilang dia. Shit."

Dia menghidupkan enjin motor. Dan segera meninggalkan tempat itu.

Continue Reading

You'll Also Like

870K 35.2K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
602K 23.9K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
43.3K 3K 55
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
820K 84.2K 71
โš ๏ธBewareโš ๏ธ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...