AISARA (COMPLETED) ✔

By Syaf_Asriqa

168K 12.2K 7.8K

"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak... More

EPISOD 1
EPISOD 2
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7
EPISOD 8
EPISOD 9
EPISOD 10
EPISOD 11
EPISOD 12
EPISOD 13
EPISOD 14
EPISOD 16
EPISOD 17
EPISOD 18
EPISOD 19
EPISOD 20
EPISOD 21
EPISOD 22
EPISOD 23
EPISOD 24
EPISOD 25
EPISOD 26
EPISOD 27
EPISOD 28
EPISOD 29
|SURVEY
EPISOD 30
EPISOD 31
EPISOD 32
EPISOD 33
EPISOD 34
EPISOD 35
EPISOD 36
EPISOD 37
EPISOD 38
EPISOD 39
EPISOD 40
EPISOD 41
EPISOD 42
EPISOD 43
EPISOD AKHIR
AKHIR KATA
AISARA: KETIKA WAKTU BERBICARA (E-BOOK)

EPISOD 15

2.9K 271 206
By Syaf_Asriqa

MARISSA mengetuk pintu sebuah rumah tinggal yang terletak di ladang kelapa sawit bertalu-talu. Nafasnya sudah turun naik menahan amarah yang membenam di jiwa. Fikiran gadis berambut ikal itu semakin berselirat tatkala ingatannya mengimbas kejadian beberapa minit yang lalu.

"Mulut kau orang tu jaga sikit! Jangan nak pandai-pandai tuduh Aisar kalau tak ada bukti! Apa, kau orang ingat kawan kau orang yang berlagak perempuan Melayu terakhir ni, betul-betul kena rogol ke? Hah! Nak cakap bodoh, marah pula! Kau pula Marissa! Suatu hari nanti, kau betul-betul kena rogol baru padan muka kau!"

Aisar yang sedang menikmati cendol sudah tak keruan melihat amukan Inara. Seleranya sudah mati. Baru saja Aisar mahu memulakan hari baharu setelah kakinya sembuh, dia sudah dibantai sekali lagi dengan kata-kata nista penduduk kampung.

Lantas, Aisar bangun dari duduknya. Dia menghampiri Inara yang sudah berdiri di meja Marissa dan tiga orang rakannya yang lain. Melihat wajah Marissa saja cukup memberikan perit di hati Aisar. Namun, Aisar tidak mahu menanamkan kebencian di sudut hatinya.

"Nara, jangan buat kecoh dekat sini. Jom kita balik."

"Apa pula kecoh? Kita memang tak nak kecoh pun tadi! Tapi, tiga orang parasit termasuk perempuan gila ni yang buat kecoh. Eh, aku rasa nak cilikan..."

"Nama saja pelajar cemerlang tapi tak ada akal! Dah jelas malam tu Aisar ada dekat tempat kejadian. Rissa sendiri terus mengaku siapa pelakunya! Kau nak menangkan si perogol ni dah kenapa? Dah kena tebuk dengan Aisar ke apa?"

Tak semena-mena, Misha terjerit kecil tatkala semangkuk cendol disimbah ke wajahnya. Gadis berlipstik merah menyala itu lantas bangun dari duduknya. Kemarahan mula mendominasi mindanya tatkala Inara menyimbahnya sehingga melekit.

"Kau ni..."

"Hah kenapa? Nak gaduh? Marilah. Aku memang teringin sangat nak lumat muka kau dalam lumpur tu hah! Biar kena najis. Sebab mulut kau tu serupa macam najis! Busuk!" jerkah Inara. Lengan bajunya sudah disinsing hingga ke siku. Bersedia untuk menumbuk Misha yang sudah menimbulkan amarahnya.

Hampir saja Aisar tertawa dengan telatah Inara. Gadis itu benar-benar kelihatan comel ketika marah. Terasa sakit hatinya beransur hilang bila mendengar bait aksara di bibir Inara.

"Cukup Nara. Melebih dah tu. Kita balik dan kita sambung makan cendol dekat rumah. Aku bungkuskan cendol yang tak habis tu ya," pujuk Aisar seraya menarik lengan baju Inara. Menjauhkan diri sahabatnya dari si gadis bawang.

"Eloklah tu Aisar. Kejap lagi gerai ni makin banyak pula mak cik bawang muncul. Baik kamu ajak Nara makan cendol dekat rumah. Lagi aman dari hadap manusia tak bertamadun," ujar Mak Jemah. Buru-buru, wanita berbadan gempal itu membungkus dua mangkuk cendol buat Inara dan Aisar. Cendol istimewa turut diberikan untuk disedekahkan kepada dua sahabat itu.

"Benci betul! Nak makan cendol pun hilang mood! Kau tunggulah Rissa, bila pembalasan tu datang dekat kau. Baru kau tahu, langit itu tinggi ke rendah!"

"Hey baby... kenapa muka monyok? Cuba senyum sikit. Senyum itukan satu sedekah," ujar Thariq sebaik saja dia membuka pintu. Sesekali, pandangannya berpinar-pinar akibat khayal. Nikmat sungguh syabu yang baru saja menjadi santapannya.

"Aku tak puas hati dengan rancangan kau! Kau dah suruh aku fitnah Aisar supaya hubungan Aisar dan Inara terjejas. Tapi, kenapa aku tak tengok perubahan? Inara makin ganas adalah demi mempertahankan maruah Aisar!"

Thariq terkebil-kebil dengan lontaran amarah Marissa. Kepalanya dikalih memandang tiga orang rakannya yang sedang menikmati syabu. Ada juga yang sedang menyuntik dadah ke dalam tubuh. Bagaikan ada pesta dadah di rumah pekerja saja tika itu. Seketika, pemuda bermata kuyu itu tertawa sinis.

"Kau masuklah dulu. Nanti ada orang nampak yang kau jumpa aku, kau dah tak boleh pegang watak heroin teraniaya lagi," kata Thariq. Tangan Marissa lantas ditarik.

Namun, Marissa menolak. Kakinya diundurkan setapak ke belakang. Ada rasa gerun melihat mat gian yang sesekali memandangnya. Jijik!

"Rancangan kau dah gagal! Aku nak Aisar dan Inara terpisah! Aku nak Inara percaya yang Aisar rogol aku. Tapi, apa yang aku dapat? Tak ada apa-apa! Inara nak bunuh aku saja tidak! Aisar pula, nak pandang muka aku pun tak sanggup! Satu lagi... aku masih tak boleh nak terima bila kau buat orang kampung belasah Aisar sampai hampir mati. Kau tahu kan yang aku sayangkan dia! Kalau dia mati malam tu, apa aku nak buat!" jerkah Marissa seraya menolak kasar tubuh cekung Thariq.

Thariq tersenyum sinis dengan amarah Marissa. Jari telunjuk di letak di depan bibir. Bingit telinganya mendengar amarah Marissa. Tangannya sudah meliar di pipi mulus gadis itu. Nafsunya tiba-tiba bergelojak melihat leher jinjang Marissa.

"Inara akan terpisah juga dengan putera idaman kau. Tunggu sajalah masa itu tiba. Kau relaks sudahlah. Ala, nak buat macam mana dah aku bencikan Aisar sangat. Aku cuma nak puaskan hati aku. Seronok tengok dia kena tibai."

"Kau memang tak guna! Sebab kau, dia cedera parah lepas kena belasah malam tu? Kau..."

"Diamlah! Daripada kau marah-marah, baik kau layan aku! Aisar tu tak suka dekat kau. Jijik lagi adalah! Terima sajalah hakikatnya!" bentak Thariq seraya menarik kasar tangan Marissa masuk ke dalam teratak dadah miliknya.

"Lepaslah! Aku tak nak hadap muka kau lagi. Penagih dadah macam kau ni patut mampus!"

Serentak dengan omongan Marissa, tumbukan kuat dihenyak ke wajah gadis itu. Akibatnya, Marissa yang sedang melawan tersungkur di belakang dinding. Jantung Marissa mula berdegup kencang melihat mata-mata lelaki yang sudah tersenyum sinis ke arahnya.

Buru-buru, Marissa bangun. Ketakutan mula membaluti sukmanya. Intuisi gadis itu mula berasa tidak enak tatkala dia berada di dalam sarang penagih dadah. Malangnya, Thariq sudah menahan pintu.

"Thariq... aku nak balik," rayu Marissa.

"Boleh! Tapi... kau kena kenyangkan kita orang dulu. Dah alang-alang kita orang tengah lapar," kata Thariq seraya mengunci pintu. Omongannya disambut dengan tawa sinis penagih dadah yang lain.

Tatkala itu juga, Marissa mula menggigil ketakutan. Dunianya gelap serta-merta apabila keempat-empat penagih dadah mula mengepungnya.

Akal Marissa lantas mengarahkannya untuk menjerit meminta tolong. Malangnya, tumbukan yang menghenyak perutnya saja yang diterima. Gadis itu lantas tertunduk menahan sakit. Air mata Marissa serta mengalir ke pipi tatkala dia sudah terperangkap.

SLIP keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang baru sahaja diterima ditatap dengan pandangan sayu. Setiap gred yang terpampang di dalam slip membibitkan rasa sayu di sudut hati Nur Inara. Hailah, Inara sudah penat jadi gadis cengeng. Seharusnya, dia bangga mendapat keputusan cemerlang!

Klik!

Inara tersedar dari lamunan sebaik saja bunyi polaroid memecahkan kesunyiannya. Kepala dikalih memandang figura yang sudah melabuhkan duduk di atas batu pinggir sungai. Ada senyuman menghiasi wajah pemuda itu sehingga menimbulkan lekuk di pipi kanannya.

"Tambah lagi koleksi Nur Inara yang cengeng dalam album aku. Kredit palaroid dekat Jehan sebab sudi sewakan polaroid dia dekat aku," ujar Aisar seraya mengangkat foto Inara yang bermuram durja. Membiarkan sinaran mentari menerangi foto sahabatnya.

Inara mencebik. Dia tiada mood mahu melepaskan ketidakpuasan hatinya dengan sikap Aisar yang curi-curi mengambil gambarnya. Gemar betul Aisar mengambil gambarnya dalam diam.

"Come on, Nara! Kau dapat 8A 2A+ kut. Takkan itu pun kau nak menangis? Hailah, macam mana nak jadi doktor kalau cengeng? Cuba kau bayangkan. Kalau kau jadi doktor nanti... kalau pesakit buat kau stres, takkan kau nak menangis juga?" usik Aisar. Kakinya yang tak berkasut direndam ke dalam air sungai.

Terasa nyaman sekali suasana di kawasan sungai tika itu. Dengan cuaca yang redup. Kawasan sungai yang dikelilingi pepohon hijau. Bunyi air sungai yang mengalir. Semuanya bisa menjadi terapi stres.

"Ermm... tak lain dan tak bukan mesti kau fikirkan permintaan keluarga kau yang nak kau sambung medic dekat luar negara. Kan?" tambah Aisar lagi. Cuba menebak keresahan di sudut hati Inara.

Inara mengangguk lemah. Ada senyuman pahit terukir di bibir gadis itu. Sudah tentunya Inara susah hati. Bukannya dia tidak bersyukur dianugerahkan keputusan cemerlang, tetapi Inara tidak sanggup berjauhan dengan keluarganya dan Aisar.

"Pergilah Nara. Jauh pemandangan luas pengalaman. Peluang dah ada depan mata. Aku..."

"Kau tak sedih ke kalau aku berjauhan dengan kau?" pintas Inara. Ada getaran di sebalik nada suara gadis bertudung bawal hijau itu.

Mendengar soalan Inara membuatkan Aisar terus mengalihkan pandangannya. Lemah betul Aisar bila Inara bertanyakan soalan yang sedang bermain di sukma pemuda itu. Senyuman di bibir mula terasa pahit.

"Buat apa aku nak sedih kalau ini akan memberikan kebaikan kepada sahabat aku. Aku lebih gembira bila kau belajar sampai ke luar negara. Nanti, bolehlah kau travel sekali," jawab Aisar.

Mendengar jawapan Aisar membuatkan Inara semakin sebak. Lantas, gadis itu bangun dan mendapatkan basikalnya. Aisar suka bila dia pergi? Sungguh, itu menyakitkan!

"Lah, kau nak ke mana pula tu? Aku tak puas lagi nak dating dengan kau," ujar Aisar seraya membuntuti Inara dari belakang. Alahai, angin kus-kus Inara sudah datang.

Namun, Inara tidak mengendahkan omongan Aisar. Laju saja gadis itu berjalan dengan hati yang remuk.

"Nara! Okay, aku minta maaf kalau apa yang aku cakap tu buat kau sedih. Tapi, dah kau tanya... aku jawablah ikut kepala otak aku. Nara, janganlah merajuk. Kau tak sayangkan Aisara ke sampai nak merajuk lagi?" tambah Aisar lagi. Dia berlari anak sekali gus menahan langkah Inara.

"Aku tak nak bercakap dengan kau satu hari! Kau tahu tak... aku tak sanggup nak berjauhan dengan kau. Tapi, senang saja kau cakap yang kau gembira. Dahlah, ke tepi!" tegas Inara. Meluahkan isi yang terpendam di lubuk hatinya. Langkah kembali diatur keluar dari kawasan itu.

Mendengar omongan Inara membuatkan Aisar tersenyum sinis. Mengejek diri yang berura-ura mahu meninggalkan Inara. Walhal, gadis itu sendiri tidak tega berpisah jauh dari persahabatan mereka. Keluhan berat terlepas dari bibir Aisar.

Aisar mahu memujuk Inara. Mahu tidak mahu, Aisar perlu menghabiskan sisa waktunya bersama Inara. Selepas ini, Aisar sendiri tidak tahu apakah Aisara masih bersama atau remuk seremuk hatinya yang sudah dibenci oleh penduduk kampung.

Tak semena-mena, Aisar terduduk. Dahinya berkerut dengan tangan yang sudah menekup abdomen. Aisar mengadu kesakitan.

Melihat Aisar mula senyap membuatkan intuisi Inara mula tak sedap hati. Dia kalih ke belakang. Terasa kelat liur yang ditelan melihat Aisar yang sudah bertinggung menahan sakit. Lantas, Inara menghampiri. Dia risau.

"Kan aku dah cakap kau tak sihat lagi. Tulah, nak juga kau bawa aku ke sini lepas ambil result. Ni, kau sakit dekat mana?" omel Inara diselitkan dengan sikap prihatin. Gadis itu turut duduk bertinggung di sebelah Aisar.

Aisar memanggung kepalanya. Anak matanya mula tunak memandang raut wajah Inara. Jelas, ada keresahan di sebalik wajah sahabatnya. Akal Aisar semakin ligat berfikir untuk meredakan rajuknya Inara. Ini Aisar Mumtazlah! Dia boleh jinakkan Inara yang garang sekelip mata saja.

"Dekat sini. Rasa macam kena tikam dengan pisau," adu Aisar sambil meletakkan tangannya ke dada.

Mendengar aduan Aisar membuatkan dahi Inara semakin berkerut. Anak matanya mula melingas meminta bantuan. Beberapa orang pengunjung yang sedang bermandi-manda di sungai mendapat perhatiannya.

"Kau tunggu sini kejap. Aku nak..."

"Hebatnya aku. Boleh buat Inara kembali bersuara. Pakej dengan muka gelabah pula tu!"

Tak semena-mena, Aisar tertawa melihat Inara yang mula cuak. Polaroid yang digantung di leher lantas dihalakan ke laman wajah Inara. Gambar ditangkap. Sesaat kemudian, foto keluar. Terpampang wajah cemberut Inara yang membuatkan tawa Aisar semakin kuat.

"Kau memang sengaja nak cari pasal eh dengan aku? Seronok kenakan aku? Aku risaukan kaulah gila!" marah Inara seraya bangun dari duduknya. Wajahnya diraup kasar sebelum Inara melangkah ke titi. Tak betah mahu memandang wajah Aisar. Dia di sini sedang gusar, Aisar masih bisa berjenaka.

"Aku minta maaf sebab buat kau bengang. Tapi, aku tak boleh nak kawal diri aku dari kenakan kau. Mana tahu ini kali terakhir kita bertemu," ujar Aisar. Langkah diatur mendekati Inara. Pandangannya turut dihalakan ke arah sungai yang mengalir tenang.

"Kali terakhir? Maksud kau?" soal Inara. Wajah Aisar dipandang dengan penuh persoalan. Intuisi Inara mula merasakan ada yang tidak kena dengan bicara sahabatnya.

Aisar sedikit menunduk. Membalas pandangan Inara. Semakin dalam pandangan Inara, Aisar semakin tak keruan. Semakin Aisar meninggalkan usia remajanya, Aisar semakin sedar bahawa rasa suka kepada Inara semakin mekar dengan rasa cinta yang hanya mampu ditanam di sudut hati.

"Inara... dengarlah cakap ibu dan abang kau. Sambung belajar dekat luar negara dan berikan yang terbaik untuk keluarga kau. Kau bukan saja harapan keluarga, kau harapan sekolah dan kampung kita. Sayang kalau kau sia-siakan peluang yang ada depan mata," pesan Aisar. Tiada lagi riak wajahnya yang suka mengusik.

"Jangan fikirkan pasal Aisara. Selagi kau sayangkan persahabatan kita, selagi itu Aisara akan tetap ada dalam hati kau. Kenangan itu tak akan pernah pudar melainkan, Allah tarik ingatan kau pasal Aisara. Jangan risau pasal aku... aku dah ada hala tuju hidup aku sendiri," tambah Aisar lagi. Memujuk Inara untuk mengambil peluang yang diberikan.

"Tapi aku... tak sanggup nak berjauhan dengan kau. Aku..."

"Aku pun tak sanggup, Nara. Aku tak sanggup nak tinggalkan Aisara begitu saja. Aku tak sanggup..."

Aisar jeda.

Kedua belah tangan digenggam erat. Ada perih di sudut hatinya tatkala mengungkapkan aksara yang menyakiti hatinya sendiri. Lantas, Aisar menguntumkan senyumannya. Menyembunyikan kesedihannya.

"Aku tak sanggup nak tinggalkan orang yang aku sayang. Tapi..."

"Kau sendiri tak sanggup! Macam tu juga dengan aku. Luar negara tu terlalu jauh, Aisar! Lima tahun atau lebih dari itu kita akan terpisah. Aku sayangkan kau, Aisar Mumtaz! Aku sayangkan persahabatan kita. Dari kecil kita selalu bersama. Susah senang kita bersama! Aku tak boleh nak bayangkan hidup aku tanpa kau bila aku ada dekat sana nanti!" tegas Inara. Keluhan panjang terlepas dari bibirnya. Sukar benarkah Aisar mahu memahami bahawa dia amat menyayangi persahabatan mereka?

"Sudahlah Aisar! Jangan paksa aku lagi. Kau tahu kan kalau itu yang aku mahukan, tiada siapa boleh membantah. Kalau kau sayangkan persahabatan kita, jangan desak aku lagi. Dahlah. Aku nak balik. Keluarga aku tak tahu lagi pasal result aku," tambah Inara. Tatapan matanya sudah semakin diselaputi dengan kekecewaan. Langkah diatur mendapatkan basikalnya. Inara lelah.

"Dan aku sayangkan kau lebih dari seorang sahabat, Nur Inara! Aku sukakan kau bukan sebagai sahabat lagi! Aku ada perasaan istimewa buat kau seorang saja. Tapi, aku nak yang terbaik untuk kau. Sebab itu aku sedia berjauhan dengan orang yang aku sayang!" tegas Aisar. Nada suaranya yang penuh dengan autoriti membuatkan langkah Inara terbejat serta-merta.

Inara terus kalih memandang wajah sayu Aisar. Jantung Inara terus berdegup kencang dengan luahan sahabatnya. Kaget! Terasa sesak di dada dengan pengakuan Aisar itu. Apakah? Oh sungguh, Inara merasakan duniannya sudah tunggang terbalik.

Di saat Inara hanya mampu menyayangi Aisar sebagai sahabat, Aisar pula menyayangi Inara lebih dari itu. Sudah tentunya Inara kaget. Maka, tiada lagi diksi yang mampu diujarkan oleh gadis itu. Hanya sorotan mata Inara dan Aisar saja yang saling bersatu.

Bersambung...

Thanks korang sudi baca karya syaf 😊

Kalau sukakan karya ini, jangan lupa tekan butang vote ✌

Sedutan episod 16...

"Dengar sini, Aisar Mumtaz... tak akan jadi pelindung buat Inara lagi. Dia nak Nara maju ke hadapan. Kejar cita-cita Nara dan jangan fikirkan pasal dia. Dia pergi, demi kebaikan semua orang. Dia ada sebab yang mak cik tak boleh jelaskan kepada Nara. Maafkan mak cik."

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
282 53 1
Known as Dia Yang Sempurna "You're the one who gave me love and you're also the one who hurt me," [Cliche] Start : 15 | 09 | 2023 End :
3.5K 299 19
"Saya ikhlas cintakan awak Alauddin. Sejak dulu saya suka dan cintakan awak. Walaupun saya bukan yang pertama di dalam hati awak tapi awak yang perta...
10.1K 1.1K 14
ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu