Árulás [Betrayal]

De smokymokivicococo

15.6K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... Mais

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B46

160 27 32
De smokymokivicococo

SEPI.

Kedua-duanya hanya diam merenung air kolam yang jernih tanpa sebarang kotoran. Kocakan kecil terhasil apabila angin menyapa perlahan permukaan kolam itu.

"Kau nak cakap apa dengan aku?" soal Alvin, mendatar.

Anna meneguk kasar air liurnya. Sejujurnya ini kali pertama dia mendengar nada dingin seorang Alvin ketika berbual dengannya. Tiada lagi suara ceria dan mengada yang menerobos ke telinga. Apatah lagi kata-kata manis yang selalu cuba mencuri hatinya. Atau lebih tepat,

Telah berjaya mencuri hatinya.

"Aku..." Anna menarik nafas dalam, cuba menenangkan hatinya yang sejak tadi berdegup kencang. "Aku nak mintak maaf."

"Huh, untuk apa?" soal Alvin pula. Sebelah keningnya terjungkit pelik memandang Anna.

Namun melihatkan wajah kacak tanpa secalit senyuman itu sedikit-sebanyak menghancurkan hati si gadis. Keyakinan yang sudah berhari-hari dibina bagai roboh begitu sahaja apabila tatapan dingin lelaki itu menjamah wajahnya. Senyuman manis dipalsukan sekadar menutup rasa gundah yang kian menggila.

"Pasal hari tu. Aku tahu aku melampau. Aku tuduh kau macam-macam tapi aku tak mak–"

"Tak apa." potong Alvin laju. Matanya dilarikan ke arah awan yang mula mendung. Mungkin akan hujan tidak lama lagi. "Aku suka perempuan jujur."

Sakit.

Entah kenapa kata-kata itu bagai menyiat hatinya sendiri. Alvin menggengam erat tangannya, cuba untuk tidak menonjolkan sebarang reaksi di hadapan Anna.

"Sss... Suka?" Tergagap-gagap Anna menyebut satu perkataan itu. Adakah ini bermakna Alvin masih menyimpan perasaan padanya? Mujurlah! Mujur sahaja dia sempat membaiki hubungan mereka sebelum dia kehilangan seperti kata-kata Scarlet. Sungguh dia tidak dapat bayang jika benar-benar kehilangan itu terjadi.

Sepi.

Kedua-duanya bagai hanyut sendiri dalam dunia masing-masing. Anna yang asyik tersenyum-senyum memandang kaki sendiri. Terasa bahagia dan bebas selepas meluahkan maafnya. Sekarang hanya tinggal satu perkara sahaja lagi yang perlu diluah.

"Alvin..." seru Anna perlahan namun cukup untuk membuatkan Alvin berpusing memandangnya. "Aku sebenarnya..."

"Sebenarnya aku pun suka kau."

DANG!

Bagai ingin menangis Alvin apabila sebaris ayat yang selama ini ditunggu akhirnya keluar dari seulas bibir merah jambu itu. Lebih setahun dia menunggu, lebih setahun dia berusaha untuk menawan hati gadis itu. Dan akhirnya, hari ini menjadi bukti bahawa usahanya tidak sia-sia.

Namun mengapa baru sekarang? Mengapa perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk menyeksa dirinya? Tidak layakkah dia untuk gadis itu? Mengapa takdir bagai sengaja ingin membuatkan dirinya jatuh melutut menahan kecewa?

"Maaf, aku dah tak sukakan kau."

Pantas Anna mengangkat mukanya. Lututnya terasa lemah untuk menampung berat badannya sendiri. Bagai tidak percaya dia menatap dalam anak mata Alvin, namun kosong. Dia tidak dapat merasa sebarang emosi dalam diri Alvin. Segalanya kosong, tidak seperti dulu.

"Aku dah ada calon isteri. Tak lama lagi aku akan kahwin." sambung Alvin lagi.

"Tt... Tapi–"

"Stop it, Anna! Aku dah tak sukakan kau. Jangan jadi perempuan murah terkejar-kejarkan aku. Lepas ni aku akan kahwin, jadi aku harap kau faham. Tolong jauhkan diri kau daripada aku." ujar Alvin lagi. Nadanya mendatar bersama wajah tegang tanpa sebarang emosi. Bagai tidak bersalah sahaja dia menatap mata Anna yang sudah berkaca-kaca.

"Maknanya, kau abaikan aku, kau tak layan aku sejak dua minggu lepas bukan sebab kau terasa dengan aku. Tapi sebab kau dah jumpa perempuan lain yang kau betul-betul nak jadikan isteri?" Bergetar suara Anna. Sakit, sungguh dia sakit.

"Obviously! Kau fikir aku nak jadikan kau isteri aku ke? Huh, sorry tapi ciri-ciri isteri yang aku nak tak serendah tahap kau." jawab Alvin sinis.

Anna yang mendengar sudah menunduk. Air matanya perlahan-lahan mengalir ke pipi. Tidak dapat lagi dia menahan rasa sakit dengan setiap tusukan kata-kata kejam dari Alvin. Selama ini, Alvin hanya mempermainkan perasaannya? Kenapa dia membuka hati pada orang yang salah? Kenapa cinta pertamanya hanya sia-sia diinjak-injak oleh lelaki sekejam Alvin?

"Kau binatang, Alvin! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau! Kau runtuhkan tembok hati aku, cuma untuk hancurkan aku? Apa salah aku, Alvin! Apa salah aku sampai kau jadikan aku mangsa kau!" hambur Anna.

"Macam yang kau cakap, aku ni playboy. Perempuan naif macam kau ni, cuma jadi mainan aku je. Mujur aku tak jadikan kau mainan sampai ke katil."

PANG!

Alvin hanya tergelak sinis menerima tamparan dari Anna. Isi pipinya ditolak dari dalam menggunakan lidah, cuba menghilangkan rasa kebas di bahagian itu. Riak sinis masih menghias wajahnya. "I guess it's the end of us, my toy. Kau boleh balik, atau kau nak terkejarkan aku macam perempuan-perempuan yang lain? Melutut merayu untuk aku terima kau?"

"Bullshit!" Serentak itu Anna terus melangkah pergi. Hatinya sakit. Terlampau sakit apabila ditampar realiti. Terasa dikhianati, dipijak-pijak dan disia-siakan.

Alvin masih tergelak melihat langkah Anna sehinggalah tubuh itu benar-benar hilang. Perlahan-lahan tawanya terhenti lalu dia tersenyum pahit. Setitik air hangat mula mengalir dari mata kirinya.

Sakit.

Derita.

Hancur.

Segalanya terasa di hati kini. Mungkin betul apa yang Anna kata, dia memang tidak layak untuk memiliki gadis itu. Dia terlalu rendah, dan jika dia membuat keputusan untuk bersama Anna, mungkin gadis itu yang akan menyesal suatu hari nanti. Jadi biarlah sedikit kekecewaan dirasai gadis itu kini, berbanding terseksa seumur hidup dengannya.

Cinta tak semestinya memiliki. Namun mengapa cintanya terlekat pada jodoh orang lain? Sakitnya terlalu dalam bagai lumat hancur seluruh perasaannya kini.

Dan apabila cintanya berbalas, takdir pula tidak berpihak padanya.

.
.
.
.
.
.

MATA tiga gadis itu menatap tepat ke arah Anna yang tampak tidak terurus. Setelah dipaksa turun oleh Scarlet, barulah figura itu kelihatan keluar dari biliknya. Sekali-sekala, Evel, Scarlet dan Lia saling menukar pandang. Lia terus sahaja mengikut Evel dan Anna balik apabila melihat Anna yang teresak-esak menangis setelah berbincang dengan Alvin di tepi kolam. Kyle pula hanya memberikan ruang pada isterinya.

"Babe, kau okay?" soal Lia lembut. Tangannya mengelus perlahan rambut blonde Anna yang panjang sampai ke pinggang itu.

"Okay." jawab Anna sepatah. Matanya merenung tepat pinggan berisi nasi di depan mata. Habis hilang seleranya hari ini, langsung tidak terasa ingin menjamah apa-apa makanan.

"You know, it's okay to cry sometimes. You're a human afterall, tak salah pun kau menangis." Evel pula bersuara lembut.

Anna menggeleng lemah. Betullah, sejak menjejakkan kaki ke rumah, tiada lagi walau setitik pun air matanya keluar untuk menangisi kata-kata Alvin tadi. "Orang lemah je yang menangis."

"Tapi orang yang tak dapat terima kekecewaan lagi lemah daripada orang yang menangis. Kau tak nak menangis sebab kau lari dari realiti, Anna. Kau paksa diri kau untuk tunjuk kuat, sedangkan kau tahu kitorang semua akan sokong kau. There's no need to cover yourself in front of us. We're family, right?" ujar Scarlet. Suaranya mendatar sahaja namun sebaik sahaja dia tahu Anna dikecewakan oleh Alvin petang tadi, hampir-hampir sahaja dia menyerang lelaki itu.

"Anna, kitorang tahu kau tak okay." ujar Evel pula. Tangannya mengusap lembut bahu Anna.

Tanpa kata, Anna pantas melabuhkan wajahnya ke bahu Evel. Perlahan-lahan air matanya mula membasahi baju Evel. Evel hanya mengusap perlahan rambut Anna, membiarkan gadis itu bertenang sendiri. Lia pula menepuk-nepuk lembut bahu temannya itu.

Scarlet hanya memerhati. Dia bukanlah reti sangat untuk memujuk orang yang sedang menangis kerana sepanjang hidupnya hanya dipenuhi kekejaman. Tapi dia cukup faham dengan kasih sayang, dan kasihnya buat Anna sudah menggunung. Sesiapa yang menyakiti gadis itu sudah semestinya menempah nama dalam senarai mautnya.

"Kenapa dia mainkan aku? Kenapa dia buat baik dengan aku, kalau dia cuma nak hancurkan aku?" luah Anna, kesal. Kesal dengan diri sendiri kerana jatuh cinta pada lelaki itu. "Bodohkan aku?"

"No, kau tak bodoh. Jantan tu yang bodoh sebab mainkan kau." pujuk Evel. Belakang tubuh Anna ditepuk-tepuk lembut.

"Tak, aku bodoh sebab tak dapat bezakan orang baik dan jahat. Aku bodoh sebab masuk dalam permainan dia. Aku bodoh sebab tak jaga hati aku betul-betul. Aku sakit sebab kebodohan aku sendiri, Evel. Aku benci diri aku! Kenapa aku mesti sebodoh ni!" luah Anna lagi.

Evel diam. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dikatakan. Dia faham betapa sakitnya salah jatuh cinta itu, namun dia sendiri tidak mampu menanganinya. Dia sendiri tersungkur dalam menguruskan hatinya, apatah lagi untuk memulihkan Anna. Satu-satunya perkara yang mampu dia lakukan adalah kekal di sisi gadis itu. Tidak kira seteruk mana pun keadaannya, dia tetap takkan biarkan Anna sendiri. Jika sakit, biarlah mereka sakit bersama.

_____________________

~29/03/21~

Continue lendo

Você também vai gostar

21.2K 1.3K 6
Selepas setahun dititahkan untuk kembali ke United Kingdom, Qirana mula sebati dengan kehidupannya sebaik seorang puteri diraja. Teringat kembali ka...
174K 11.7K 15
Qaib Naufal, bukanlah seorang lelaki yang tahu untuk mencairkan hati wanita kecuali mummynya. Dia yang bakal menjadi seorang doktor pakar bedah adala...
1.2M 56.2K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
1M 35.2K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...