Aisera Arsalan: Bermulanya Ke...

Door KudinaKufazly

37K 5.8K 205

Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemi... Meer

Blurb
Bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 7
bab 8
bab 9: Permulaan Segala-galanya
Bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15.
bab 16: Royal Simple Wedding.
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20: Palestine Talk.
bab 21: Mariam pain
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31: Realiti Akhir Zaman.
bab 32
bab 33: Perang Badar
bab 34
bab 35: Matinya seorang pemimpin yang berpengaruh.
bab 36
bab 37
bab 38: Era Pemerintahan Generasi Baharu
bab 39: Razia Sultan
bab 40
bab 41
bab 42
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 49
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
Buy British Last: Boikot Terbesar Malaysia.
Bab 58
bab 59: Dawn Raid
Bab 60
Epilog: Buy British Last, Dawn Raid, Palestine Topics in PBB.

bab 6

884 159 1
Door KudinaKufazly

MALIK bangun dari duduknya, pakaian yang sudahpun diseterika semalam diambil dan di pakai. Kaki mula melangkah menuju ke meja makan, figura Raja Muhammad Arsalan menyapa pandangan mata. Malik tersenyum sebaik sahaja duduk di atas kerusi.

"Kamu tak pergi kerja hari ni?" soal Raja Muhammad Arsalan. Malik cuma mengangguk sahaja. Dengan bacaan bismillah, Malik meneguk air teh panas yang dituang oleh pembantu istana.

"Bagus lah. Sebenarnya tengah hari nanti, bonda dengan ayahanda rancang nak pergi berjumpa dengan Raja Arshan Imtiyas dan Permaisuri Aishah Qhairina. Kalau kamu tak pergi kerja hari ni, ayah rancang nak kamu ikut sekali. Kamu nak ikut tak?" soal Raja Muhammad Arsalan. Perlahan lahan Malik mengangguk.

"Ayah, kalau ayah tak keberatan boleh tak kalau Malik nak tanya ayah satu soalan?" pinta Malik. Raja Muhammad Arsalan hanya mengangguk sahaja.

"Kamu nak tanya apa?"

"Tak silap Malik, Raja Amsyar Imtiyaz dan Permaisuri Aishah Qhairina ada seorang anak perempuan. Betul tak? Tapi apa yang Malik dengar daripada mulut bonda, anak perempuan mereka hilang semasa perang?" soal Malik ingin tahu. Sekali Raja Muhammad Arsalan mengangguk.

"Kehilangan anak perempuan mereka sebenarnya satu benda yang dunia tidak tahu. Benda ni terlalu sulit, lagipun bukannya diorang tak cari anak perempuan. Tapi tak jumpa, sampaikan Raja Arshan Imtiyaz pujuk Permaisuri untuk anggap yang anak diorang dah meninggal..."

"... Tapi naluri seorang ibu, Permaisuri bertegas untuk anggap yang anak dia masih lagi hidup. Dan tujuan kami berjumpa nanti pun fasal anak dia jugalah. Permaisuri sendiri cakap, kalau misi mencari anaknya kali ini tak berhasil dia sendiri yang akan anggap anaknya dah mati. Tapi bezanya kali ini dia akan cari anak dia di Alwaritzi." terang Raja Muhammad Arsalan. Malik mengangguk tanda faham.

"Kadang kadang, kesian ayah dengan bonda kamu tengok. Permaisuri Aishah Qhairina setiap malam teringatkan anak dia."

"Malik, tangan kamu macam mana? Dah sembuh dah?" soal Raja Muhammad Arsalan. Malik mengangguk lalu menunjukkan tapak tangannya kepada Raja Muhammad Arsalan.

"Alhamdulillah, dah sembuh dah."

"Baguslah tu Malik, kamu sakit pun sebab kamu selamatkan nyawa seseorang. Perempuan pula tu. Haish, tak faham betullah ayah dengan lelaki zaman sekarang." luah Raja Muhammad Arsalan.

"Itu bukan lelaki ayah. Tapi jantan. Kalau dia lelaki dia akan lindungi perempuan bukannya merosakkan perempuan. Sama juga dengan betina dan perempuan. Perempuan dia menjaga maruah, aurat dan kehormatannya, tetapi betina dia menunjukkan apa yang tidak sepatutnya dia tunjukkan." tutur Malik dengan penuh bermakna. Air teh diteguk dengan penuh perlahan lahan.

"Ini lagi satu ayah nak tanya kamu, macam mana setakat ni, kamu memang tak ada calon ke, Malik? Ish, risaulah ayah dengan kamu ni!" ujar Raja Muhammad Arsalan. Malik cuma tertawa kecil.

Kalau dah tertawa kecil tu faham fahan sajalah.
.

.

AISERA bangun dari baringnya apabila rasa bosan mula menguasai dirinya. Seperti biasa, Aisera menuju ke arah dapur. Sambil berjalan Aisera memandang sekeliling. Lagipun sekarang ni masih pagi lagi dan Puan Atul pun masih berniaga. Mana lah tahu kalau Puan Atul ada tertinggal barang.

Kan?

"Bosanlah." ujar Aisera lalu melangkah menuju ke ruang tamu. Remote TV diambil. Sekali lagi, Aisera melepaskan nafas berat apabila rancangan yang ditayangkan sangatlah bosan.

Aisera melangkah masuk ke dalam biliknya semula. Duduk sahaja di atas katil, fikiran Aisera mula teringat akan perkara seminggu lepas.

Malik Arsalan.

Seperti pernah dengar nama itu, tapi siapa dia? Bahkan sewaktu dia menceritakan tentang Malik Arsalan kepada Puan Atul, Puan Atul seolah olah terkejut dan terkedu.

Malik seorang artis?

Ataupun seorang yang amat terkenal?

Entahlah.

Tapi kehadiran Malik seolah olah satu cahaya yang menyinari kehidupannya. Bukannya cahaya cinta, tetapi cahaya yang lebih ke arah agama. Tipulah kalau dia sendiri tidak tersentap apabila Malik mengajaknya ke masjid untuk sembahyang dan sanggup membelikan tudung untuknya.

Boleh dikatakan, jarang dan susah untuk dia berjumpa dengan lelaki seperti Malik. Kebanyakkan lelaki sekarang ini cuma mahu mengambil kesempatan ke atas wanita, bukannya mahu melindungi.

Mata Aisera beralih memandang tudung sarung berwarna hitam yang dilipat dan diletakkan atas katilnya. Tangan mula mengambil tudung tersebut, dibelek tudung itu sehinggakan Aisera tersenyum sendiri.

"Aisera!" panggil Puan Atul. Aisera bangun dari duduknya, tudung tersebut diletakkan kembali di tempat asalnya. Kaki mula melangkah menuju ke hadapan rumah.

Bakul yang berisi dengan sambal nasi lemak, ikan bilis, telur rebus dan bahan bahan nasi lemak yang lain diangkat dan dibaca masuk ke dalam rumah.

"Nasi habis tak harini?" soal Aisera. Puan Atul mengangguk sambil tersenyum tipis.

"Alhamdulillah. Harini nasi habis, nanti Ira tolong urut badan umi tau."

"Okay umi!"

.

.

SEPANJANG perjalanan, Malik cuma memandang ke luar tingkap sahaja. Cuma dia dan Darian sahaja yang ada dalam kereta ini memandangkan umi dan ayahandanya naik kereta yang berlainan.

"Tuan, boleh tak kalau saya nak tanya satu soalan, about Islam. Boleh tak?" soal Darian yang sedang memandu itu. Lamunan Malik serta merta terhenti.

"Kau nak tanya apa?"

"Kenapa dalam Islam, orang perempuan tak dibenarkan untuk bersentuhan dengan orang yang haram baginya dan kenapa juga orang perempuan wajib menutup aurat. Kenapa, tuan?"

"Sebab, orang perempuan dalam agama Islam ibarat ratu yang perlu dijaga dengan rapi. Bahkan sehelai rambut pun tak dibenarkan untuk diperlihatkan di khalayak ramai. Sewaktu zaman jahiliyyah iaitu sebelum datangnya agama Islam, orang perempuan sangat rendah martabatnya bahkan dianggap sebagai hamba..."

"... Tetapi apabila datangnya Islam, Islam mengangkat martabat orang perempuan dan istimewanya orang perempuan ini sehinggakan dalam Al-Quran ada surah yang khas untuk orang perempuan ni iaitu surah An-Nissa sebanyak 176 ayat. Setiap lelaki harus menghormati orang perempuan kerana mereka lahir daripada seorang perempuan yang mengandungkan mereka selama 9 bulan, dan banyak lagi sebab sebabnya." Terang Malik panjangnya. Darian mengangguk tanda faham.

"Orang perempuan ibarat anggur. Ada yang diproses menjadi kismis dan ada juga yang diproses menjadi arak. Begitu juga dengan orang perempuan, kalau dididik dengan ilmu agamanya InshaAllah kelak nanti, sempurnalah akhlaknya. Kalau tidak dididik dengan ilmu agama, akhlak dan peribadi yang sempurna maka buruklah yang terjadi. Namun, mereka masih lagi ada peluang untuk berubah selagi pintu taubat masih terbuka." tambah Malik lagi.

"Darian, kalau saya nak minta awak tolong carikan maklumat tentang seorang perempuan boleh tak?" soal Malik dengan nada yang agak perlahan.

Memang perlahanlah sebab sepanjang Darian kerja dengan Malik, Malik memang jarang sebut tentang perempuan. Memang peliklak Darian bila tiba tiba Malik minta carikan maklumat.

"Cari maklumat tentang?" soal Darian. Bukannya dia tak dengar tapi sama buat buat tak dengar. Lagipun, kalau Tuan Malik dah minta carikan itu memang beruntung habislah perempuan itu.

"Fasal seorang perempuan."

"Nama dia Aisera Qafiyya."

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

495K 37.2K 68
Akademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pad...
44.7K 5.9K 40
Melody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu...
984 15 1
Cuma cerita pendek dari seseorang :) Heal Love a.k.a 'يا جميلات العيون' '𝚆𝚊𝚑𝚊𝚒 𝙼𝚊𝚝𝚊 𝙲𝚊𝚗𝚝𝚒𝚔' • 𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪 𝓭𝓪𝓻�...
125K 9.5K 41
Orang psiko masih waras, tahu apa yang difikirkan? Tapi biasanya, hati yang kawal tingkah lakunya, bukannya akal fikiran. ... ©psycohn2016 Sebuah ko...