Mi Esposa (TERBIT)

By Hudanajwa__

6.9M 193K 25.4K

Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka pal... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab14
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32

Bab 15

117K 6.1K 727
By Hudanajwa__

Lamborghini Vaneno itu bergerak laju membelah jalan raya yang agak sibuk tengah hari itu. Tengku Adrean hanya diam sepanjang perjalanan pulang ke villa miliknya.

Tengku Daniel diminta untuk menghantar mummynya pulang ke Mansion The Ruiz. Datin Roselle hanya menurut tanpa bantahan, sempat di peluk dan dicium pipi dan dahi menantu kesayangannya itu.

Arisa Rania yang terlelap di sebelahnya di pandang sekilas sebelum dia mengenggam erat stereng kereta mewah itu.

Iphone miliknya dicapai dan nombor Haider di dail.

"Bawa semua budak-budak itu ke markas sekarang, sekejap lagi aku sampai" tegas Tengku Adrean.

"Budak-budak?"

"Those bastard who are supposed to take care of my wife and mother" keras Tengku Adrean bersuara.

"Okay"

Manakala di Mansion keluarga The Ruiz, Datin Roselle bermundar-mandir dia ruang tamu mewah itu.

"Sepatutnya aku tarik biar tercabut terus rambut lelaki itu" geram dia rasakan apabila mengingat kejadian tadi, tak pasal-pasal Rania terlibat sekali.

"Argh, kesian menantu aku!"

Maid-maid yang bertugas hanya memandang hairan kearah Datin Roselle yang seperti menahan marah itu.

"Awak ni dah kenapa? Buang tabiat?"

Tengku Ashraf Ruiz yang baru saja pulang dari pejabat mengerutkan kening apabila melihat isterinya yang seperti orang hilang akal ditengah-tengah ruang tamu mewah itu.

"Ish abang ni dah kenapa? Tak reti bagi salam ke?" Marah Datin Roselle yang terkejut akibat di sergah suaminya itu. Entah muncul dari mana dia pun tak tahu.

"Orang dah bagi salam, dia yang mengelamun, teringatkan duda mana lah agaknya sampai suami sendiri balik pun tak perasan". Mata kelabu Tengku Ashraf memandang tajam kearah jari isterinya yang terdapat kesan darah.

"Ini awak pergi bertumbuk dengan siapa pula sampai luka macam ni?" Tangan isterinya ditarik lembut sebelum di perhati lama.

"Darah?" Datin Roselle melihat darah yang maksudkan oleh suaminya. Dia sendiri tidak perasan dengan luka itu, entah kena apa pun dia tak tahu.

"Ah biarkan, sekarang saya ada gosip terhangat abad ini" terus dia menarik tangan Tengku Ashraf menuju ke tingkat atas.

"Tadikan saya keluar beli barang dengan Rania, then ada seekor beruk jantan dengan beruk betina ini, entah dari mana datang buat kecoh, berani dia tampar Rania memang saya tariklah rambut dia, nasib baik Adrean sampai tepat pada masa kalau tak tak tahu lah apa akan jadi dengan menantu kita" Tengku Ashraf hanya tersenyum melihat belakang badan isterinya yang semangat bercerita sambil menarik tangannya ke tingkat atas.

"Masyaallah awak bawa menantu kita pergi shopping dekat mall ke dekat zoo sampai bergaduh dengan beruk ni", Tengku Ashraf masih dalam mood menyakat isterinya.

Sejujurnya dia juga risau akan menantunya itu tetapi apabila dikhabarkan bahawa Tengku Adrean sampai tepat pada masa dia berasa sedikit lega.

"Abang ni kan orang serius dia main-main pula".

"Rania dah okay ke?" Soal Tengku Daniel yang hanya berpakaian santai dengan t-shirt putih dan seluar jeans. Starbuck diatas meja di minum sedikit sebelum dia mengerling kearah wajah dingin sepupunya.

"Tengah rehat dekat rumah" beku saja suara garau itu sebelum dia duduk di sofa mewah yang terdapat di dalam bilik penyeksaan itu. Kepala dianggukkan sedikit kearah Kevin dan Haider.

Dua lelaki itu segera memahami maksud Tuan Muda mereka sebelum masing-masing melangkah keluar dari bilik itu.

"Budak itu semakin hodoh sekarang" kata Tengku Daniel selamba.

"Siapa?"

"Rayyan Evan" sudah lama dia tidak bertemu lelaki itu, kali terakhir rasanya semasa zaman belajar memandangkan mereka belajar di Universiti yang sama.

Tengku Adrean hanya diam memandang kearah sepupunya.

"Thanks"

"For what?" Hairan Tengku Daniel, tiba-tiba saja lelaki dingin itu mengucapkan terima kasih.

"Kalau kau tak ajak aku lunch dekat kawasan itu rasanya lebih teruk keadaan isteri dan mummy aku" seperti biasa Tengku Daniel akan menganggu ketenteramannya di pejabat, namun hari ini lelaki itu tiba-tiba saja ingin cuba restoran yang baru saja di buka di Mall yang sama.

"Kalau kau nak berterima kasih dekat aku, lunch esok belanja aku makan di secret recipe, aku dah lama tak merasa spaghetti dia" Tengku Daniel tersenyum lebar, sengaja dia mengusik sepupunya itu.

"Dasar perut belanga" kutuk Tengku Adrean.

"Young Master" pintu bilik itu dibuka sebelum lima orang lelaki masuk bersama Kevin dan Haider. Wajah dingin Tengku Adrean tadi bertukar tegang.

"Stand there" arah Tengku Adrean.

"Jauh sikit dari aku, aku tak nak apa-apa kesan darah terkena baju aku" tegas Tengku Daniel apabila lima lelaki itu berdiri agak dekat dengannya.

"You guys better give me the most reasonable reasons" Tengku Adrean memandang tajam satu per satu wajah anak-anak buahnya yang sedang menunduk itu.

"Korang berlima, nak jaga isteri dan ibu aku pun susah ke?" Soal Tengku Adrean dingin.

"Kit..kitaorang pergi ke toilet bos" jawab salah seorang dari mereka membuatkan Tengku Daniel tersenyum sinis.

"Jawapan paling bodoh" bisik Tengku Daniel.

"Kenapa? Korang semua share pundi kencing yang sama ke? Sampai semua ke tandas serentak?" Bidas Tengku Daniel selamba sebelum dia kembali menghirup starbuck ditangan.

Klak!

Mereka semua menelan liur mendengar bunyi itu.

"Kau, apa alasan kau?" Soal Tengku Adrean sekali lagi.

"Sa..saya ke tanda.."

Bang!

"Kau?"

Berpeluh dahi lelaki itu apabila melihat rakannya sudah rebah kelantai dengan kepala yang berlubang.

Bang!

"Aku tak suka tunggu lama, dan kau? Apa alasan kau?"

"Sa..saya.."

Bang!

Mata kelabu itu berubah kearah lelaki yang keempat.

"Tandas?" Soal Tengku Adrean sinis.

"Ma..maaf, saya minta ma.."

Bang!

"Saya jawab panggilan dari Tengku Daniel dekat luar" laju lelaki terakhir itu menjawab laju, risau jika kepala dia pula yang berlubang.

"Aku?" Soal Tengku Daniel sambil menunjuk kearah diri sendiri apabila namanya dipetik secara tiba-tiba. Mata coklat itu memandang keatas seketika seperti cuba mengingati sesuatu.

"Oh ya, betullah, kau yang suruh aku call dia untuk tanya keadaan isteri kau tadi" Tengku Daniel mengangguk perlahan.

"Sal" (Get out) halau Tengku Adrean tegas membuatkan lelaki itu terus berlari keluar. Nampaknya hari ini dia terselamat.

"Limpiar estos cadáveres" (Clean up these corpses) arah Tengku Adrean sebelum dia melangkah keluar bersama Tengku Daniel.

Kevin dan Haider mengangguk perlahan sebelum mereka mendekati mayat-mayat itu. Kevin membuka plastik hitam besar untuk meletakkan mayat.

"Dulu sebelum masuk Holy Dragon, inilah kerja aku, sekarang dah masuk Holy Dragon ini jugalah kerja aku" keluh Haider perlahan.

"Iya? Dulu kau kerja apa?" Soal Kevin dengan wajah terkejut.

"Tukang gali kubur" seloroh Haider membuatkan sahabatnya mengetap bibir.

Dengan rasa marah membuak-buak Kevin menyepak kuat punggung Haider sehingga lelaki itu tersungkur kehadapan.

"Main kasar nampak!"

"Korang jangan nak bising! Karang bangun mayat-mayat tu" usik Tengku Daniel dari luar membuatkan mereka terus menyambung tugas mereka dengan pantas.

Tengku Adrean menepuk tempat tidur sebelahnya tetapi kosong. Perlahan-lahan mata kelabu itu dibuka sebelum dia melihat jam di dinding. 7:05 AM.

Tengku Adrean terus bangun mencapai tualanya, baju kemeja dan kot yang sudah siap di gantung oleh Arisa Rania dipandang sekilas.

Selesai saja membersihkan diri dan bersiap, Tengku Adrean turun ke tingkat bawah untuk mencari bantal peluknya yang hilang sejak awal pagi. Senyuman nipis terukir di bibir merah jambu itu sebelum dia melangkah perlahan menuju ke meja makan.

"Wanginya, masak apa ni?" Bisik Tengku Adrean perlahan sebelum memeluk isterinya dari belakang. Arisa Rania yang sedang menyusun pinggan diatas meja itu tersenyum lebar sebelum berpusing menghadap suaminya.

"Masak nasi goreng, abang okay kan?" Soal Rania, risau juga kalau suaminya itu tidak mahu makan nasi pagi ini.

"Okay je, asalkan buka batu dan kayu semua abang makan" balas Tengku Adrean, kepala isterinya diusap lembut.

Rania melepaskan ketawa kecil sebelum menarik tangan suaminya untuk duduk.

Nasi goreng itu diletakkan kedalam pinggan Tengku Adrean sebelum milo panas di tuang keadalam cawan kaca itu. Arisa Rania berpuas hati melihat masakannya yang kena dengan selera tekak suaminya.

"Sayang tak makan ke?" Hairan dia melihat isterinya tidak mengisi nasi kedalam pinggan wanita itu.

"Rania dah makan roti sebelum masak tadi, kenyang lagi" lelaki dingin itu hanya mengangguk perlahan apabila mendengar kata-kata isterinya.

Tengku Adrean yang perasan bahawa dirinya sedang diperhatikan hanya mengangkat sebelah kening kepada Rania.

'Apa?'

Rania hanya tersengih kecil sebelum mengubah tempat duduknya dari di kerusi berpindah duduk di atas riba suaminya. Lelaki itu yang terkejut dengan perbuatan mengejut isterinya hanya memandang tajam kearah wanita itu.

Sudah lah dia tengah makan, buat nya tersedak lepastu mati? Memang jadi janda hot lah isterinya nanti.

"Abangggg" panggil Arisa Rania meleret. Kepala disandarkan pada dada bidang lelaki itu.

"Hm" gumam Tengku Adrean perlahan sebelum sesudu nasi goreng disuapkan ke dalam mulut.

Pelukan pada pinggang isterinya semakin di eratkan, risau nanti kalau-kalau terlepas pegangan nya memang tergolek macam nangka busuk lah wanita itu.

"Rania nak ikut abang pergi office boleh?"

"Uhuk uhukk" Arisa Rania segera menghulurkan air kepada suaminya yang tersedak secara tiba -tiba itu.

Merah muka Tengku Adrean menahan perit di tekaknya, sudahlah nasi goreng buatan Rania ini boleh tahan pedas.

" Apa.. apa dia sayang?" Soal Tengku Adrean, manalah tahu dia salah dengar.

"Rania. Nak. Ikut. Abang. Pergi. Office". Ulang Arisa Rania satu per satu di tepi telinga Tengku Adrean.

Tengku Adrean melihat muka Arisa Rania sebelum menggelengkan kepalanya laju.

"No"

"Abang pleaseee, i promise i won't disturb you" rayu Arisa Rania sambil merapatkan kedua tangan nya ke paras dada, mata juga dikerdipkan beberapa kali.

"No" balas Tengku Adrean sepatah, lansung tidak termakan dengan rayuan isterinya itu.

Gila ke bawa wanita itu ke Royal Airline, memang tak jalan lah kerja dia yang bertimbun di pejabat tu.

"Fine, then i want to go to the mall with Diana" dia yakin suaminya pasti tak akan mengizinkan dia keluar tanpa lelaki itu selepas apa yang berlaku semalam.

"Hell no Arisa Rania" tegas Tengku Adrean.

"Then the choice is yours, take me with you to Royal Airlane or i will go out with Diana" ugut Arisa Rania, dia berasa bosan jika hanya duduk dirumah.

"Ergh fine" Tengku Adrean mengalah, laju dia menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya dengan wajah masam.

'Karang ada juga aku bakar shopping mall tu sekali dengan si Diana' bisik Tengku Adrean tidak berpuas hati.

Continue Reading

You'll Also Like

2.9K 273 8
Why he the only one hate her ? Do you really hate her or - . get to know warm guys , Na Jaemin "Lagi kau benci ,lagi aku buat" - "Ye aku tak lama...
5.1K 380 37
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
686K 27.1K 24
Kisah Raja Haidar x Suria Andreana -- Seperti biasa, cerita tak akan habis di wattpad. Bacaan di sini adalah untuk tujuan promosi sebelum novel ini d...
662K 25.2K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...