Stay With Me

By naika_iasf

1.2M 93.8K 8.2K

Menjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, s... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 87
BAB 88
BAB 89
BAB 90
BAB 91
BAB 92
BAB 93
EPILOG
Review and comment

BAB 70

11.8K 878 44
By naika_iasf






"I hope, falling in love with you is not a mistake,"






*****

Afrina terjaga dari tidurnya. Dia memerhatikan wajah Adrian yang sedang nyenyak tidur sambil memeluk dirinya.

Kepala Afrina terasa pening. Namun sedikit berkurang berbanding 3 hari lepas. Bebannya juga seolah-olah berkurang.

"Adrian, bangun," kejut Afrina.

"Hmm?"

"Sahur. Awak bangunlah," kejut Afrina.

"Awak?" Adrian terjaga. Tangannya diletakkan di dahi Afrina.

"Wah! Syukurlah kau dah baik dari demam," keluh Adrian lega.

"Hmm? Saya demam?" tanya Afrina.

"Haah, kau demam," jawab Adrian yang sudah segar.

"Saya tak ingat apa-apa pun," gumam Afrina. Situasi di mana dia menangis meminta agar semua orang setia di sisinya pun dia tidak ingat. Dia hanya rasakan itu adalah mimpinya.

"Kau pergilah masak sahur. Masak banyak sikit tau," kata Adrian.

"Banyak? Habis ke nanti?" tanya Afrina. Sudahlah dia jenis diet. Buatnya Adrian tak habis, membazirlah jawabnya.

"Habis. Aku yakin," jawab Adrian yakin. Dia mengatur langkah ke bilik air.

Afrina masak lauk ayam masak kicap untuk sahur mereka. Dia membuka peti ais.

Terkejut dia apabila melihat lebihan makanan semalam, iaitu makanan yang dipesan Farin, personaliti keduanya yang muncul hanya ketika dia demam atau terlampau stres.

"Apahal susu kotak pun ada ni? Adrian minum susu ke?" monolognya sendirian. Ada sedikit chicken chop dan  beef lasagna.

"Panaskan jelah," Afrina hiraukan pertanyaan yang disoal kepada dirinya sendiri.
Ketika hendak memanaskan kedua makanan itu barulah dia sedar ada plaster yang tertampal di jari telunjuk kirinya.

"Hmm? Mana datang plaster ni?" Afrina menyoal dirinya sendiri. Kemudian bahu diangkat lalu meneruskan kerjanya.

"Adrian! Sahur dah siap!" panggil Adrian. Lain yang dipanggil, lain yang turun.

"Eh? 5A'Prince? Princesz? Apa korang buat kat sini?" tanya Afrina pelik.

"Afrina! Kau dah sihat ke?" tanya Ziya teruja.

Tangan Ayana melekap di dahi Afrina.

"Weh, Afrina dah tak demam duh," kata Ayana gembira. Farha memeluk tubuh Afrina.

"Hueaaaaaa, nasib baik kau dah sembuh. Sumpah aku benci bila Farin kurung aku kat sangkar ular kau tu," Farha menangis gembira.

"Baguslah kau dah sihat. Aku ibarat dibuli, kau tau?" kata Afiq tak puas hati. Masih bengang bila diugut dengan cerita hantu.

"Farin panggil aku pendek! Tak guna betul," rungut Aariz.

"Wait? Farin?" tanya Afrina pelik. Semua mengangguk laju.

Adrian turun ketika itu.

"Eh, korang semua dah turun ke? Jomlah sahur," ajak Adrian. Semua bergerak ke meja makan, kecuali Afrina yang masih terkaku.

"Adrian," panggil Afrina yang masih berdiri di tempatnya tadi.

"Ya?"

"Did I do something crazy,  unnecessary, and unbelievable yesterday?"

"Kau cuma kurung Afiq si penakut sewaktu filem seram ditayangkan, kurung Farha si ofidiofobia dalam sangkar ular kau. Terhiris jari sendiri. Kurung dorang semua termasuk Danisya dan Karl yang datang nak jagakan kau semalam. Apa lagi eh? Sepahkan rumah, minta couple dengan semua lelaki yang ada semalam, pecahkan gitar sendiri, buka api dapur tapi tak padamkan semula, panggil Afiq abang mulut celupar. Panggil Aariz abang pendek lagikan gedik. Ada lagi tak? Aku rasa tak ada dah kot," kata Adrian, menerangkan satu persatu.

Afrina terteguk air liurnya.

'Mak ai, banyaknya salah aku?'

"Tak ada benda lain kan?" tanya Afrina meminta kepastian. Mereka semua menggeleng. Afrina mengeluh lega.

Personaliti Farin boleh berubah-ubah karakter. Dari si kanak-kanak kecil yang periang, kepada pembunuh yang kejam ataupun seorang yang asyik menangis setiap minit, pasrah asyik mengalah. Bergantung kepada punca Afrina stres dan demam.

Syukurlah personaliti Farin yang keluar semalam adalah karakter kanak-kanak kecil yang periang, kalau pembunuh yang kejam mungkin dia takkan jumpa mereka semua pada pagi ini.

 "Oh okay,"

.

.

.

.

.

Afrina berguling di katil milik Adani. Dia sudah meminta kebenaran daripada Adrian untuk berjumpa dengan kawan lamanya

"Dorang pergi mana Aisy?" tanya Afrina kepada Danisya.

"Uhm? Hana dating, Lia dating, Reen dengan Adani outing," jawab Danisya yang sedang bermain dengan telefonnya.

"Danisyaaaaa," panggil Afrina meleret.

"What?" tanya Danisya malas.

"Kalau kau pandang seseorang, jantung kau selalu berdegup laju, macam kau baru lepas lari, pastu muka kau rasa macam panas, membahang je. Lepas tu, kau asyik teringatkan dia. Kau rasa nak naik gila disebabkan dia. Bila dekat kau rasa selamat, kau taknak jauh daripada dia, kau nak dia terus ada kat sisi kau. Bila jauh kau rasa rindu. Kau asyik terbayangkan dia setiap saat. Tak pernah satu saat pun kau terlepas tentang dia. Apa maksudnya ya?" tanya Afrina. Dia masih tidak mengerti mengapa dia boleh jadi begitu.

Terduduk Danisya dari pembaringannya. Matanya terus menikam wajah Afrina.

"Kau rasa macam tu dengan siapa?" tanya Danisya serius.

"Adrian, suami aku," jawab Afrina. Sekarang pun dia masih teringatkan Adrian. Tak boleh jadi ni! Lepas ni nak pergi mana-mana kena pastikan dia ada kat sebelah je!

"Huwaaa Afrina," Danisya menangis terharu. Terharu mungkin sahabatnya itu sudah jatuh cinta.

"Kenapa kau nangis Sya?" tanya Afrina pelik. Entah-entah, memang ajal dia dah nak dekat. Tu yang Danisya menangis, kan?

"Kau memang sahabat aku yang paling baik pernah aku ada! Tu maksudnya malaikat maut dah mengintai kau," tangis Danisya.

"Haahlah kan, aku pun rasa macam tu," Afrina mengiyakan kata-kata Danisya.

"Bulu roma aku menegak ah sekarang," kata Danisya yang sudah berhenti menangis.

"Aku pun. Entah-entah ajal aku dah sampai kot," bisik Afrina.

"Ni malaikat maut kau datang!"

PANG! 

PANG! 

BUK! 

BUK!

"Aduh, kenapa pukul aku?" tanya Danisya sambil mengusap kepalanya yang baru sahaja menjadi mangsa dera Hana dan Lia.

"Kepala hangguk kau malaikat maut tengah mengintai. Nak sangat mati awal?" tanya Adani sinis.

"Habis tu, kalau bukan malaikat maut mengintai, apa maksudnya?" tanya Afrina dan Danisya serentak.

"Tu maksudnya kau dah gila," jawab Reen yakin.

PANG!

BUK!

KLIK!

Adani dan Hana memandang Lia geram.

"Apa? Aku cuma tangkap gambar Reen kena pukul je. Bukannya buat apa-apa pun," kata Lia tanpa serba salah.

"Okay, now, time to be serious," ujar Hana serius. Dia mengambil tempat di hadapan Afrina. Tiba-tiba, tubuhnya ditolak oleh Adani.

"The heck?" tanya Hana tak sangka. Namun dia diam apabila melihat wajah Adani yang putih melepak itu kemerahan.

"Afrina, kau memang minta mati. SINI KAU!" Adani mengejar Afrina dengan pedang milik Danisya di tangan.

"Ampunkan aku!" jerit Afrina. Mereka berlari sekadar di dalam rumah.

"APAHAL KAU DUDUK KAT KATIL AKU HAH?! KAU TAHU TAK AKU AMBIL MASA SATU JAM DUA PULUH SEMBILAN MINIT SEMATA-MATA NAK BAGI CADAR AKU NAMPAK PERFECT!" marah Adani.

"MAAF AKU TAK SENGAJA! PATUTLAH CANTIK JE KATIL KAU. DIA YANG PANGGIL AKU SUPAYA DUDUK KAT SITU. JA-- ARGH SAKITLAH!" Afrina merengek sakit apabila telinganya dipulas Hana.

"Afrina, can you sit down quietly and pay your attention just for me, for a while?" tanya Hana dengan nada menyeramkan. Terus Afrina mengangguk laju.

"Pft, nak attention. Dasar kurang kasih sa-- ARGH MAAF MAAF!" Adani menarik telinga Danisya kuat.

"Sebelum aku hantar kau jadi maid kat rumah keluarga Uwais, baik kau duduk diam dan dengar. Aku dengar cerita mak Uwais tengah cari maid," ugut Adani. Terus Danisya duduk dan memberi perhatian seperti yang diminta.

"Afrina," panggil Hana.

"Saya,"

"Pft, macam akad nika-- OKAY OKAY AKU DIAM!" Danisya menjauh apabila Reen membawa kucing milik Uwais ke arahnya.

"Bagus Reen. Kita teruskan semula sesi perbincangan kita. Eh jap, apahal aku formal sangat ni?" Hana menyoal. Afrina mengangkat bahu. Manakala Danisya menutup mulut menggunakan tangannya bagi mengelakkan sebarang suara keluar.

Adani menepuk dahinya.

"Hana, kalau kau nak tengok mayat Karl petang ni silalah buat hal lagi ya," kata Adani mudah. Hana menggeleng. Terus dia memandang Afrina serius.

"Kau rasa berdebar tak kalau Uwais flirt dengan kau?" tanya Hana.

"Jap, maaf mencelah, tapi apa kaitan Uwais?" tanya Lia.

"Eh haahlah. Kau rasa berdebar tak kalau Adrian flirt dengan kau?" 

Angguk

"Kau rasa jantung kau berdegup laju sangat bila dia dekat dengan kau?"

Angguk

"Kau rasa happy bila dia ada dengan kau?"

Angguk.

"Kau rasa muka kau panas macam membahang bila dia keluarkan ayat manis dia?" 

Angguk.

"Dia nampak sentiasa hensem atau comel di mata kau, tak kira apa pun yang dia buat?"

Angguk.

"Kau selalu teringatkan dia bila dia tak ada depan mata kau?"

Angguk.

"Kau selalu rindu dia walaupun baru sekejap kau jauh dengan dia?"

Angguk.

"Kau rasa selamat bila dekat dengan dia?"

Angguk.

"Kau rasa nak gila sebab asyik teringatkan dia?"

Angguk.

"Kau asyik terbayangkan dia bila dia tak ada depan mata kau, bukan lagi terbayangkan music or art things?"

Jeda. Lalu Afrina mengangguk.

Adani dan Hana bertepuk tangan. Manakala Reen pula mengesat air mata palsunya.

"Sah! Memang sah!" jerit Hana.

"Apa yang sah?" tanya Danisya apabila Reen tidak lagi memegang kucing Uwais.

"OUR EXPRESSIONLESS PSYCHO PRINCESS ALREADY FALL IN LOVE WITH HER HUSBAND!" jerit mereka yang sudah berpunya.

"WHAT?!"











Vote and comment!

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 70.1K 65
Aku Danish Izmeer.Headprefect sekolah ni" Danish Izmeer? Seorang jejaka di SMK Damai yang digilai ramai kerana ketampanan dan populariti yang dimilik...
1.4M 63.7K 75
Ish,semak ah kau ni! Mana aku pergi mesti ada muka kau-Alisya Aryana- Suka hati aku la. Kau tu pun semak juga. Macam tak ada tempat lain nak pergi...
629K 32.4K 54
" I've told you .Touch my girl , you dead. " - Ayyen Kaage ft Naila Afreen - " Without you, the dark night, the cold world, it's too hard for me...
185K 8.9K 60
[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima r...