Stay With Me

By naika_iasf

1.2M 93.8K 8.2K

Menjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, s... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 87
BAB 88
BAB 89
BAB 90
BAB 91
BAB 92
BAB 93
EPILOG
Review and comment

BAB 69

10.9K 915 66
By naika_iasf






"Could you, stay with me?"






*****

"Kenapa kau tak habis-habis menyakitkan hati aku hah?!" tengking Elly sambil menarik rambut Afrina kuat.

"Lle...Lepaslah," Afrina cuba melawan namun Elly lebih kuat menarik rambut Afrina.

"Kau ni suka sangat menyusahkan orang!"

BUK!

Dengan sekali tumbukan, rambut Afrina terlepas daripada cengkaman Elly.

"Kau okay tak?" tanya Az risau. Afrina hanya mengangguk perlahan.

"Kau tak habis-habis tak puas hati dengan Af tu kenapa hah?!" marah Az.

"Dan kau pulak apahal nak semak? Ni antara aku dengan Af jelah! Kau kawan aku kan asal back up perempuan bodoh ni?!" balas Elly.

"Sebab dia kawan aku juga lah aku kena semak hal ni!" marah Az.

"Sebab dialah aku break dengan boyfriend aku! Kalau tak sebab perangai gedik plus jalang dia tu, aku takkan break dengan boyfriend aku lah!" marah Elly lalu meluru ke arah Afrina.

BAM!

"AF!!"

"AZ!!"

Elly sempat memeluk tubuh Afrina sebelum Kasyila sempat menolaknya ke tengah jalan. Akibatnya, tolakan Kasyila tersasar ke arah Azrina lalu Azrina dilanggar oleh kereta.

"AZRINA!" jerit Afrina. Dadanya berombak laju. Pelukan Elly ditepis lalu dia berlari ke arah tubuh Azrina yang terdampar di tengah jalan. Kepala Azrina dipangkunya.

"Az aku minta maaf! Janganlah tinggalkan aku! Azrina! Aku sayang kau! Please, bertahan!" Afrina menangis semahu-mahunya.

Air mata Afrina menitik ke wajah Azrina yang dibasahi dengan darahnya sendiri.

"Az bertahan! Aku call ambulans sekejap!" sempat Elly menitipkan pesanan dengan air mata yang berjuraian. Dia sedih, dia mahu menangis. Namun ketika situasi ini, dia perlu pastikan Azrina selamat!

Azrina cuba mengangkat tangannya untuk menyapu air mata Afrina. Sungguh, sakit mana pun badannya ketika ini, lagi sakit hatinya melihat kembarnya menangis kerananya.

"Aa..Aku...Aku minta...Maaf. Ss..Sebab... Rahsiakan... Daripada kau... Kau... Berhak tahu. Aku...yang salah," ujar Azrina tersekat-sekat.

"Tak! Aku tak kisah! Aku faham kau tak nak aku sedih! Tapi tolong jangan tinggalkan aku! Kau akan buat aku lagi sedih!" rayu Afrina. Orang ramai yang berkerumun di sekelilingnya dihiraukan.

"Maafkan... Aku," tubuh Azrina didakap erat.

"Tolong... Jangan tinggalkan aku," lirih Afrina berbisik. Air mata Azrina mengalir. Air mata yang bersih jernih bercampur dengan darah di mukanya menampakkan seolah-olah dia menangis air mata darah.

"Ambulans dah sampai!" jerit Elly. Para petugas meletakkan tubuh Azrina di atas pengusung. 

Elly memapah tubuh Afrina.

"Kau kena kuat Af. Jiwa kau, jiwa dia. Kuatnya kau, kuat jugaklah dia. Kau lemah, dia ikut lemah. She need your strength," ujar Elly.

"Jom, kita ikut ambulans," Elly hiraukan tubuh Afrina yang dilumuri darah Azrina.

.

.

.

.

.

PANG!

"Tak cukup kau buat Elly break up, kenapa kau bunuh kembar kau sendiri?! Kau tak puas hati pasal kitorang rahsiakan perkara tu ke?!" jerkah Hana.

Afrina diam membisu, manakala Elly menjadi pelik. Setahunya, tiada sesiapa pun yang tahu tentang dia sudah putus hubungan dengan Adrian. Jadi, macam mana RBHS boleh tahu? Melainkan...

"Kasyila," nama itu digumam perlahan.

"Manusia macam kau ni memang tak layak hidup, kau tahu tak?!" marah RBHS. Hinaan demi hinaan diterima Afrina yang masih diam, tidak mahu bersuara. 

"Kau ni!" tangan Karl naik hendak menampar wajah Afrina, terhenti taktala Elly menahan.

"Hoi! Azrina kat dalam sana tu! Sepatutnya kita semua doakan yang baik-baik untuk dia! Az kembar Af, Af sendiri rasa terseksa bila kembar dia bertarung nyawa kat dalam tu! Kenapa korang tak henti-henti salahkan Afrina hah?!" marah Elly. 

"Dia buat kau break up kot! Dia cuba bunuh kembar dia sendiri! Kau rasa kitorang tak salahkan dia ke hah?" tanya Karl sinis.

"Yang break up nya aku, bukan kau. Tak ada kena mengena dengan korang! Sekarang ni, aku sendiri jadi saksi! Bukan Afrina yang tolak Az, tapi--"

"Maafkan saya," suara doktor mencelah.

Afrina terus menghampiri doktor.

"Macam mana dengan kembar saya doktor?" tanya Afrina. Ada nada mengharap di sebalik pertanyaannya itu.

"Tak payah mengaku kembar kalau kembar sendiri pun kau sanggup bunuh," sindir Hana.

"Maafkan kami. Tapi kami dah cuba sebaik yang boleh. Cik Azrina tak dapat diselamatkan. Allah lebih sayangkannya," ujar doktor itu kesal. Semua tergamam.

"Tak... Tak mungkin... Dok, doktor tipu je kan?" tanya Afrina. 

"Ini semua memang yang kau nak kan?! Mulai hari ni, kitorang dah tak ada apa-apa dengan kau!" RBHS meninggalkan Afrina yang masih tergamam dan Elly yang menangis sendirian.

.

.

.

.

.

"Elly," lirih suara Afrina memanggil sahabat sejak kecilnya itu.

"Yy.. Ya?"  jawab Elly dengan suara seraknya. Bagaimana dia sedih sekalipun, Afrina lebih merasai kehilangan Azrina.

"Kau... Akan tinggalkan aku jugak ke?" tanya Afrina. Dia menatap gambar di tangannya itu. Gambarnya bersama Azrina.

Elly tergamam. Sungguh, dia tak pernah terfikir untuk tinggalkan sahabat sehidup semati sejak zaman kecilnya itu! Entah apa yang merasuknya pagi tadi sehingga dia berani memarahi Afrina.

"Aku... Dah tak ada sesiapa lagi... Semua orang bencikan aku. Semua orang nak tinggalkan aku. Kau pun nak tinggalkan aku ke?" tanya Afrina. Luahannya membuatkan air mata Elly mengalir deras.

"Boleh tak, aku nak minta sesuatu?" tanya Afrina. Elly mengangguk laju.

"Could you... Stay with me?" tanya Afrina. Tubuh Afrina disambar Elly. 

"Kau tak minta pun aku akan tetap ada dengan kau. Aku yang bodoh salahkan kau pagi tadi! Sumpah, aku tak maksudkannya pun! Aku akan tetap ada dengan kau, selagi Allah izinkan kita bersama," ujar Ellysha dalam tangisan. Afrina tersenyum lemah. Seketika, esakan kecil terbit dari bibirnya.

"Bukan aku yang bagitahu Aidin tentang kau dan Adrian. Sumpah, bukan aku. Percayakanlah aku," rintih Afrina. 

"Aku percaya kau! Aku tahu kau tak buat!" kata Elly.

"Terima kasih Elly,"

.

.

"Kau punca semuanya!"

"Kau bunuh keluarga kau sendiri. Kembar jenis apa kau ni?" 

"I said it before. Don't play with me sayang,"

"Aku dah kata, kau takkan bahagia,"

"Diam! Aku kata diam!" Afrina menjerit. Layaran memori dahulunya sudah terpadam. Kini yang tinggal hanyalah kelam. Hitam.

"Semua orang akan tinggalkan kau Afrina~" bisik satu suara.

"Tak!" jerit Afrina.

"5A'Prince dan Princesz pun takkan terima kau dah lepas ni," bisiknya lagi.

"Tak, dorang akan ada dengan aku," ujar Afrina yakin.

"Yakin? Cuba kau tengok depan," Afrina mengangkat wajahnya.

Dapat dilihat 5A'Prince dan Princesz memandangnya dengan pandangan skeptikal.

"Kau memang jalang,"

"Pelacur,"

"Adik kau sendiri kau berani bunuh, apatahlagi kitorang kan?"

"Pergilah! Kau tak layak duduk sekolah ni!"

"Aku menyesal setuju dengan pernikahan ni,"

Afrina menutup telinganya. Kepalanya digeleng, menghilangkan bisikan suara itu.

"Tak... Tak mungkin... TAK MUNGKIN!"




"TAK MUNGKIN!" Afrina terjaga dari tidurnya. Tubuh Adrian yang tadi ingin mengejutnya dipeluk erat.

Afrina menangis semahu-mahunya. Sumpah, dia tak nak tinggalkan mereka semua.

"Afrina? Kenapa ni?" tanya Adrian cemas.

5A'Prince dan Princesz menerjah masuk ke bilik Afrina dan Adrian.

"Kenapa ni?" tanya Ayana.

"Kau... Takkan tinggalkan aku kan? Korang... Takkan tinggalkan aku kan? Janji?" kata Afrina dalam tangisnya. Hilang terus penggunaan saya-awak yang selalu digunakan.

"Apa kau merepek ni Afrina?" tanya Afif.

"Janjilah, korang akan stay dengan aku... Sampai bila-bila kan? Korang takkan tinggalkan aku seorang kan? Janjilah dengan aku..." desak Afrina.

"Ya aku janji, aku takkan tinggalkan kau," kata Adrian, menabur janji yang belum  tentu  ditepati.

"Kitorang pun! Kitorang takkan tinggalkan kau!" kata Ziya pula, semangat.

"Terima kasih... Terima kasih! Jangan tinggalkan aku! Aku perlukan korang," tangis Afrina lagi. Dia cuba meyakinkan dirinya, mereka akan tepati janji itu. Dia yakin! 

Lama-kelamaan, dia tertidur dengan air matanya.



Malam itu, termeterailah janji di antara mereka sembilan.

Janji yang belum tentu ditepati.










Vote and comment!


Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 66K 58
Sharifah Qairina Anbella, seorang gadis yang menghidap penyakit Autisme yang menjadikan dirinya menjadi seorang yang berbeza. Gadis berumur 25 tahun...
422K 22.8K 50
❝ protecting you from behind is the hardest thing that i've ever done ❞ The Collosal. Merupakan satu group yang terdiri daripada 5 orang. Ya ya aku...
6.7M 333K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
628K 32.3K 54
" I've told you .Touch my girl , you dead. " - Ayyen Kaage ft Naila Afreen - " Without you, the dark night, the cold world, it's too hard for me...