Stay With Me

By naika_iasf

1.2M 93.8K 8.2K

Menjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, s... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 87
BAB 88
BAB 89
BAB 90
BAB 91
BAB 92
BAB 93
EPILOG
Review and comment

BAB 51

11.7K 898 26
By naika_iasf






"You'll never have a positive life if you keep your negative minded,"






*****

Para ibubapa bersarapan di meja manakala anak-anak mereka bersarapan di gazebo.

"Riez! Jangan curi ayam aku lah!" marah Ariq.

"Wek, ayam sedap ni aku punya!" Kane tergelak jahat sebelum melahap ayam milik Ariq.

"Ayam aku..." rintih Ariq.

"Lek lah, ayam bukannya seekor. Kau nak lagi pergi ambil kat dapur," celah Hafiz.

"Memanglah ayam bukan seekor, tapi masalahnya ayam tu dah jatuh tergolek masuk longkang tadi. Aku ambil nak pergi buang, boleh pulak si Riez ni makan," seloroh Ariq. Tersedak Kane dibuatnya.

"Apahal tak bagitahu awal-awal?!" marah Kane.

"Awak tak tanya," jawab Afrina bersahaja.

"Af, kau tak sokong aku ke?" Kane mencebik.

"Awak yang salah, buat apa saya nak sokong awak?"

"Sampai hati kau Af," Kane berlari masuk ke dalam rumah.

Adrian, Ariq dan Ayana tercengang. 

"Hiraukan je budak tu, nanti dia okay sendiri," kata Kris. Mereka mengangguk faham.

"Kak Rin, nak ayam," pinta Rish.

"Nak ayam yang mana?" tanya Afrina.

"Nak yang tu," Rish menunjuk ke pinggan Adam.

"Rish nak yang tu ke?" tanya Afrina. Rish mengangguk yakin. Adam dengan rela hati menghulurkan ayam tersebut kepada Afrina.

"Yeay! Terima kasih abang!" ujar Rish. Riel turut berkongsi makanan dengan adik kembarnya itu.

"Adrian! Afrina!" panggil Tengku Adelisha.

"Ye mummy!" sahut kedua-duanya.

"Korang dah siap makan ke belum?" 

"Dah!"

"Masuk dalam, kitorang ada benda nak bagitahu ni," 

"Rish, Riel. Korang duduk dengan kakak korang dulu tau," kata Afrina kepada pasangan kembar itu.

"Nak ikut boleh?" tanya Rish berharap.

Afrina menggoyangkan jari telunjuknya.

"No no no. Ni perbincangan orang tua. Budak kecil tak boleh dengar, nanti sakit," kata Afrina.

"Ha sakit? Ah tak apa lah. Rish dah cukup sakit dah sekarang, kak Rin pergilah sorang," kata Rish. 

"Riel nak ikut ke?" Riel menggeleng.

"Memandai kau je sakit," kata Zakuan.

"Ya, sakit otak nak faham. Af pun kadang-kadang tak faham, apa yang orang dewasa ni nakkan sebenarnya. Mula-mula cakap macam tu, tiba-tiba cakap macam ni. Entah apa-apa je," seloroh Afrina. Mereka semua tergelak. Afrina dan Adrian melangkah masuk.

"Ya papa, mama, mummy, daddy. Nak bincang apa?" tanya Afrina sebaik sahaja mengambil tempat bersebelahan suami sahnya.

"So, memandangkan Afrina dan Adrian dah berkahwin, mummy and mama ada hadiah untuk korang," kata Tengku Adelisha. Kedua-dua mereka menayang wajah pelik.

"Hadiah apa lagi mummy? Mama?" tanya Afrina pelik.

"Mama and mummy dah belikan korang satu rumah untuk korang tinggal sama-sama," kata mama teruja. Afrina dan Adrian melopong.

"Ha?! Tinggal sama-sama?!" tanya mereka serentak.

Mama mengangguk.

"Habis tu korang ingat kahwin macam mana? Kenalah tinggal sekali. Ingat sekarang tengah main pondok-pondok ke?" tanya Tengku Adelisha meluat melihat reaksi spontan anaknya.

"Alaaa... Nak dengan mama," rengek Afrina. Papa hanya menjeling, dan terus Afrina terdiam.

"Ah takde takde. Mama and mummy dah belikan rumah tu untuk kamu. Lengkap ada master room, banyak bilik kalau ada yang datang melawat, mini studio, gym, laman landskap, movie room," kata mama. Afrina melopong.

"Serius? Ada mini studio?" tanya Afrina tak sangka.

Tengku Adelisha mengangguk. Mama tersengih.

"Mini studio rumah tu lagi besar daripada bilik Afrina sekarang. Afrina boleh letak semua alat muzik Af, tak kisahlah piano ke gitar ke violin ke. Nak letak lukisan Af yang besar gedabak tu pun boleh. Luas~" hasut mama. Mata Afrina bersinar.

"Okay! Af setuju!" kata Afrina riang. Dalam fikirannya terbayang-bayang dekorasi yang bakal dibuat ke atas mini studionya. 

"Adrian tak nak," kata Adrian tegas. Wajah Afrina masam mencuka sebelum kembali tersenyum.

"Alaa bolehlah Shah. Bolehlah bolehlah. Please..." rayu Afrina. Lengan Adrian digoncangkan. Wajahnya sengaja dicomelkan, sambil matanya dikedipkan beberapa kali. Tanpa sengaja, nama Shah terluncur dari bibirnya, iaitu nama yang tidak pernah digunakan sesiapa.

Adrian bagaikan terpaku, hanya mengangguk mengiyakan.

"Yeay! Mama, mummy. Adrian setuju! Hari ni jugak kitorang pindah sana!" sorak Afrina. Adrian tersedar. Tetapi persetujuannya tadi tidak boleh ditarik balik, apabila Tengku Fairuz sudahpun menghulurkan kunci rumah kepadanya.

"Rumah tu area sekolah kamu je. Dekat sikit nak datang sekolah," kata Tengku Fairuz. Adrian mencapai kunci itu pasrah.

"Adrian baliklah dulu. Kemas barang kamu," kata mama. Belum sempat Adrian bangun, Afrina terlebih dahulu bangun.

"Mini studio, I'm coming~ Tak sabarnya! Ah kemas barang cepat!" Afrina berlari naik ke biliknya,

"Hehe, maafkanlah Afrina tu. Dia memang gila seni. Tak kisah muzik atau art, dua-dua dia gila. Nasib je dia tak gila sekali," kata mama.

"Eh tak apalah, biasalah tu. Budak-budak," kata Tengku Adelisha. Tengku Fairuz mengangguk mengiyakan.

.

.

.

.

.

Mata Afrina terbuntang luas saat melihat keluasan studio yang masih kosong itu. Masuk sahaja ke perkarangan rumah barunya, dia terus berlari mencari mini studio yang dimaksudkan mamanya.

"Argh! Luasnya! Studio ni Af punya seorang! Adrian tak boleh pakai!" Afrina masuk ke dalam mini studio itu. Diteroka segala sudut yang ada.

"Afrina! Kemas dulu barang kamu ni!" laung mama. Afrina menurut.

"Nah, ni bilik kamu berdua. Jangan memadai-madai nak tukar bilik. Pastikan sebilik! Kalau tak mama kunci semula studio kamu tu!" ugut mama. Afrina menabik hormat.

"Aye aye captain! Segala perintahmu akan kuturut!" kata Afrina sebelum mengangkat begnya masuk ke bilik utama.

Dilihatnya barang Adrian sudah pun siap dikemas dan berada di tempat sepatutnya.

"Hmm, dia dah sampai lagi awal. Tapi mana dia? Erh, not my business. Baik kemas cepat, bolehlah deko studio nanti," monolog Afrina sendirian. Barangnya dikemas sepantas kilat.

Adrian masuk ke bilik tepat ketika Afrina siap mengemas barangnya,

"Afrina," panggil Adrian. 

"Hmm?"

"Aku nak tanya something,"

"Apa?"

"Kau reti masak tak?" Afrina tayang wajah jengkel namun cepat-cepat dimaniskan.

"Reti, kenapa?"

"Masak makan malam. Kau sedar tak sekarang dah malam?" balas Adrian.

"Wah serius?" Afrina buang pandang ke luar tingkap. Dah gelap. Oh, kupikirkan sekejap aja aku kemas barang.

"Ya, lama gila kau kemas barang kau. Parents kita dah balik dah," kata Adrian.

"Oh ok, awak tunggu. Saya pergi masak kejap," Afrina turun ke dapur. Peti dibuka. Dia disapa dengan perasaan geram. 

"Adrian, bahan tak ada. Tak beli lagi. Kita makan luar jom," ajak Afrina.

"Ish yelah,"






Vote and comment!


Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
1.4M 70.1K 65
Aku Danish Izmeer.Headprefect sekolah ni" Danish Izmeer? Seorang jejaka di SMK Damai yang digilai ramai kerana ketampanan dan populariti yang dimilik...
4 PRINCE By meDina

Teen Fiction

2.2M 137K 75
Puteri Ayreen , hari pertamanya bersekolah di Empire Gold tidak semudah yang disangkakan. Dia terpaksa berdepan dengan Tengku Ryan Irfan pada hari pe...
4.7M 181K 52
[ COMPLETED ] 1. Kejar kau. 2. Cium kau. 3. Rogol kau. 4. Kahwin dengan kau. 5. Happy Ever After. Aku cuma sayang kau. Hanya kau. Lebih dari diri ak...