o n e

77 11 20
                                        

HUSBAND.

__________

“ darkness cannot drive out darkness : only light can do that . hate cannot drive out hate : only love can do that . ”

Sepasang tangan kecil sedang menggenggam sikat berbentuk beruang. Ditatap pantulan dirinya yang berada di dalam cermin. Mukanya kelihatan marah. Keningnya berkerut dan tiada lansung senyuman di wajahnya. Sikat di tangan sedari tadi digunakan untuk merapikan rambutnya. Bukan semakin baik malah rambutnya masih lagi tidak rapi seperti mana yang dia mahu. Bibirnya dimuncungkan dan sesekali kakinya dihentak kecil di kerusi yang dia gunakan untuk melihat cermin yang lagi tinggi darinya itu. 

 " Haechannie~ Mari sini mama sikatkan rambut tu sayang. " Si pemilik nama memandang ibunya lalu dia menuruni kerusi itu dengan cepat lalu berlari kecil ke arah ibunya. Minhee tergelak kecil melihat gelagat anak bongsunya itu. Sedari tadi Minhee yang sedang santai di hadapan TV hanya memerhati anaknya yang cemberut hanya kerana rambutnya.

Haechan menghulurkan sikat kegemarannya itu sebelum memanjat sofa dan dudukkan  di pangkuan Minhee. Usapan lembut datang dari jemari lentik Minhee membuatkan si kecil di pangkuannya perlahan menutup mata. Haechan menguap lalu jari kecilnya menggosok matanya. Minhee tersenyum, Haechan selalu cepat mengantuk bila dimanjakan seperti ini. Seperti ayah Haechan juga yang selalu berhasil membuat Haechan tertidur hanya dengan mendukungnya sambil menyanyikan lagu untuk si manja. 

Seketika tangan Minhee berhenti membelai rambut Haechan. Di kepalanya sedang memutarkan lagu yang sering dinyanyikan oleh sang suami. Sangat merdu. Walaupun sudah 9 tahun berlalu tetapi suara merdu suami masih lekat di ingatannya. Membayangkan suami mendukung anak pertama mereka dan menyanyikan lagu Lullaby  sehingga anak sulung mereka tertidur di pelukkan ayahnya.

 Membayangkan suami mendukung anak pertama mereka dan menyanyikan lagu Lullaby  sehingga anak sulung mereka tertidur di pelukkan ayahnya

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Ya, itu lah Jung Jaehyun. Ayah kepada 2 orang putera dan suami tersayang Im Minhee. Di dalam dakapannya itu anak pertama mereka, Jung Minhyung atau sering kali Jaehyun memanggilnya dengan nama Mark agar hubungan mereka berasa seperti kawan. 

" Mama, Haechannie nak susu. " Minhee tersedar daripada lamunan oleh kerana Haechan menekup kedua pipi ibunya dengan tangan kecil itu. Itu lah kebiasaan Haechan setiap kali dia berasa seperti tidak dilayan. " Mama menangis? " Soal Haechan dengan nada risau mata bulat itu bersedia mengeluarkan air mata kerana melihat ibunya sedih begitu. Minhee dengan segera menyingkirkan air matanya yang mula mengalir di hujung mata. Minhee tersenyum lalu memeluk Haechan erat. 

" Okey! Jom kita buat susu untuk Haechan dengan hyung. " Ujar Minhee dengan ceria menutup segala kesedihan agar Haechan tak lagi merisaukannya. Dan itu berjaya. Mood Haechan kembali seperti biasa. Haechan melompat turun dari sofa dan menarik tangan ibunya untuk ke dapur. 

Kehidupan mereka bertiga di mansion besar ini agak sulit. Apa lagi bila Minhee memegang gelaran ibu tunggal sejak 3 tahun yang lalu. Bekerja menguruskan syarikat si suami dengan bantuan bapa saudaranya. Dia terpaksa mengambil alih syarikat sementara. Hanya sehingga umur Minhyung mencecah 20 tahun, syarikat ini serta merta akan berpindah ke atas nama Jung Minhyung sepenuhnya. Kadang-kadang dia akan pulang lewat malam kerana kerja yang begitu banyak perlu diuruskan. Pada usianya yang baru saja mencecah 28 tahun, dia terpaksa membesarkan kedua-dua anaknya dengan usahanya sendiri tanpa suami di sisi dengan kerja yang semakin hari semakin bertimbun amat melelahkan baginya. Walaupun begitu, Minhee tidak akan sesekali mengabaikkan mereka. Dia akan sedaya upaya untuk memberi sepenuh perhatian kepada Mark dan Haechan.  Dia tidak mahu anak-anaknya itu merasa kurang kasih sayang dan iri dengan kebahagian kawan-kawan mereka yang masih memiliki ibu bapa. Dia mahu buktikan seorang ibu tunggal juga boleh membesarkan anak dengan baik.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Jan 04, 2021 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Husband || JJHHistorias para obsesionarse. Descúbrelo ahora