R A Y N I L H A M - 4 7 💕

Start from the beginning
                                    

Nani melabuhkan punggung disebelah Rayn.

"betul jugak tu. Melamar lelaki, bukan teruk mana pun. Macam perigi cari timba. "kata Nani

"kau nak support ke nak kutuk ni?? "

"eh, support support. "kata Nani

Rayn menjeling.

"so, apa plan kau?? "

"aku nak buat makan-makan la. "

"motif buat makan makan?? "

"nanti aku jemput la dia datang sini. So, ada la reason nya. "kata Rayn

Nani mengangkat bahu.

"buat je la. "kata Nani

"tapi, makan-makan untuk apa?? Untuk siapa?? "

"makan-makan untuk aku?? Cun. "

"buat apa untuk kau?? "

"saja. "

"kau ni, tak berfungsi la Nani. "kata Rayn

"hek eleh. "

"kenapa kau datang sini?? Lari?? "

Nani mengangguk.

"aku nak benti kerja la weh. Stress yal kerja ngan bapak aku. Tu tak boleh, ni tak boleh. Eeeeeee. "rungut Nani

"suka hati engkau la. "kata Rayn.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"eeee, Rayn ni pun. Otak letak lutut. Nama je doktor, otak tu simpan kat mana tak tau la. "bebel Nani.

Memang bebel la cik Hannah ni. Boleh pulak Rayn tinggalkan twin dengan Affan dengan dia.

Dah la Raiyan dengan Raisha baru dapat kaki.

Memang tak reti duk diam. Affan pula dari tadi duk merengek nak pergi kedai mainan.

"menyesal aku ajak kau keluar Rayn. "kata Nani sambil menarik Raiyan supaya tidak pergi jauh darinya.

Tarik Raiyan, Raisha terlepas. Tarik Raisha, Raiyan terlepas. Penat kat situ je.

Tiba-tiba, tanpa sedar Raiyan sudah pergi jauh dari Nani yang sibuk dengan Raisha.

"kak Nani. Raiyan. "kata Affan

Nani berpaling.

Keluhan terbit dibibirnya.

"Raiyan Uzayr!!! "

Dengan Raisha di dukungan, Nani berlari mendapatkan Raiyan. Setelah mendapatkan budak kecil itu, dia berpaling.

Baru sahaja hendak jalan, tubuhnya dilanggar sesuatu.

Eh, bukan. Dia yang langgar.

"sorry sorry sorry. "kata Nani.

Dukungan 2 beradik itu dibetulkan.

"eh, Raisha. "tegur suara garau itu.

Nani memandang gerangan dihadapannya.

Syakir.

Syakir tersenyum memandang Raisha. Bukan tersenyum memandang Nani. Nani frust jap.

Tangan Syakir hulur untuk mendukung Raisha.

Dia kesian sebenarnya tengok Nani dukung Raiyan dengan Raisha. Kalau kecik tak pe la. Ni dua-dua montel.

"lama tak jumpa. "kata Nani

Syakir hanya memberikan senyuman sekilas kemudian berlalu ke arah bangku yang diduduki Affan.

"eh, uncle Syakir. "tegur Affan.

"hai Affan. "

"cuuu. "kata Raiyan sambil meraba beg.

"nak susu ke sayang?? "soal Nani.

Beg barangan twin dibuka. 2 botol susu dijumpai.

Warna pink diberikan kepada Syakir.

"Raisha nak susu. "kata Nani

Syakir terus menyambut huluran itu.

Beberapa minit kemudian,

"eh!! Syakir!! Awak buat apa kat sini?? "soal Rayn yang baru muncul.

"macam awak boleh tengok sekarang. Saya tengah bagi anak awak minum susu. "kata Syakir

Nani menjeling Rayn.

Perasan akan jelingan Nani, Rayn tersengih.

"sorry doh Nis. Tak sengaja. Terlambat. "

"boleh tak panggil satu je nama aku. Kejap Nani, kejap Hannah, kejap Nis. "kata Nani. Sebenarnya, mood dia tak baik. Ditinggalkan dengan 3 orang budak. Bukan senang ooii.

"dah nama kau banyak. Ikut suka aku la. "kata Rayn

"okay, Raisha dah habis minum. "kata Syakir.

"thanks Syakir. Kalau awak tak de tak tau la apa jadi kat anak-anak saya, Affan dengan Nani. Mahu terbaring Nani kat tengah-tengah mall ni. "kata Rayn.

Syakir hanya mengangguk.

"saya pergi dulu. "kata Syakir.

"erkk, Syakir. Boleh kita bercakap sekejap. "kata Nani.

Syakir mengangguk.

"erk, aku pergi kedai mainan tu dulu tau. "kata Rayn dan beredar dari situ setelah twin di masukkan ke dalam stroller.

"awak naik pangkat?? "soal Nani.

"kenapa awak nak tahu?? "

"kan awak cakap, kalau... "

"lupakan pasal tu. "kata Syakir

Terkebil-kebil Nani memandang Syakir.

"lupakan?? "

Syakir mengangguk.

"lupakan pasal benda bodoh yang saya pernah cakap dekat awak dulu. Saya tahu, awak dah ada someone yang special. Lagipun, saya takkan masuk meminang awak. Saya tak naik pangkat. "kata Syakir dan terus bangun dari duduknya.

"tapi.. "

"saya pergi dulu. Assalamualaikum. "

Nani hanya melihat pemergian Syakir.

"waalaikummussalam. Jap, siapa yang special??? Apa yang special?? Siapa?? Apa ni?? "Omel Nani seorang diri.

Kepalanya yang tidak gatal itu digaru.

"special?? Siapa dohhh. "soalnya lagi.

"special ek?? Laki?? Bapak aku?? Eh, tu memang special terlajak. Adik laki aku?? Izzudin?? Kash?? Ke abang aku?? Saiful?? "omel Nani.

"siapa lagi lelaki?? Umar?? Tak tak. Affan?? Adik sedara aku kot. Raiyan?? Natang apa nak jeles ngan budak setahun tu?? Siapa nyahhh. "

"Wafiy!!! Serius ah?? Wafiy?? Serius ah dia putus asa sebab jantan playboy tu?? Hahaha, buat lawak ke apo?? "gelak Nani

"nyahh, kau gelak sorang-sorang kenapa?? Macam orang gile tau tak?? "tegur Rayn.

"haik, kejapnya beli mainan?? "

"tak beli pun. Kena turun bawah, kedai yang jual mainan yang Affan nak tu ada kat bawah. "

Nani mengangguk.

"mana Syakir?? "

"goneee. "kata Nani.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Hihi, comment and like okay?? Betul ke, Rayn nak lamar Umar??

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now