"ARGH TAK GUNA PUNYA KAIN"

Aku mengambil kain biru pastel itu dan menutup semula kotak-kotak itu tetapi ada satu yang menghalang.

"Barang apa juga kat dalam kotak-kotak ni"

Perasaan ingin tahuku membuak-buak tetapi dalam masa yang sama aku berfikir kenapalah baru sekarang aku nak ambil tahu tentang kotak-kotak ni.

Yelah, aku dah biasa dah nampak kotak ni setiap kali aku masuk kat dalam bilik ni tapi kali ni perasaan ingin tahuku pula baru nak menjadi-jadi huhuhuu

"Hmm"

Aku menyelongkar barang-barang yang ada di dalam kotak itu.

"Hm biasa je takde apa pun yang menarik"

Baru sahaja aku mahu memasukkan kembali barangan tadi, aku ternampak kunci yang terselit di tepi kotak itu.

"Fuhhhh~"

Aku meniup dan menepuk debu-debu yang terlekat di kunci itu.

"Kejap ni bukan kunci.."

Aku pantas mencapai kotak seniku dan mengeluarkan buku diary lama ku.

"Harap-harap dapat buka FUH!"

Setelah membaca jampi-jampi yang diyakini berjaya aku mencuba membuka buku diary itu.

Klik!

Mataku membulat dan bersorak gembira melihat buku diary itu terbuka. Aku meregang-regangkan jari tanganku sebelum membuka buku itu.

"Hm"

Aku membaca setiap halaman muka surat di dalam buku diaryku itu. Isi maklumat di dalam buku itu semuanya berkenaan dengan hari-hari yang ku lalui sepanjang aku berumur 13 tahun sebelum aku menghidap amnesia dan perkara buruk yang telah terjadi kepada diriku.

"Bahagianya aku dulu"

Sesekali ada gambar-gambar keluargaku dan mungkin rakan-rakanku dahulu yang kulekatkan. Aku tersenyum membaca luahan hatiku suatu ketika dahulu.

"Hm? Kenapa ada kesan koyakan ni?"

Aku yang menyedari halaman bahagian belakang buku itu semakin banyak kesan koyakan terus membuka halaman-halaman yang seterusnya.

Heyyo dear diary!

Tahu tak hari ni Eunji berkenalan dengan sorang lelaki kat kedai buku! Walaupun kitorang beza 2 tahun, dia senior yang baik~

Sebenarnya, Eunji memang selalu terserempak dengan dia setiap kali Eunji pergi nak beli majalah kat kedai buku tu tapi Eunji takut nak tegur dia huhuhuu
Hari ni Eunji tertekan sikit sebab hubungan ayah dengan ibu Eunji tak berapa baik sejak ni. Tapi takpe sekurang-kurangnya dia belanja Eunji makan tadi hehehe lupa kejap masalah tadi.

Alah lupalah pula nak tanya nama dia siapa takpe esok kalau jumpa lagi Eunji tanya hehehe

Alah lupalah pula nak tanya nama dia siapa takpe esok kalau jumpa lagi Eunji tanya hehehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Where stories live. Discover now