Feel Special 9💘(Flashback)

186 34 1
                                    

(College)

-Rumah Kediaman Kim-

"So kamulah Song Ji hyo,right?"

Soal Tuan Kim ingin tahu adakah betul Song Ji hyo ni adalah kawan Rowoon?

Song Ji hyo dengan takut mengangguk kepala perlahan

"Hahaha...kamu jangan risau saya tak marah punlah"

Gelak Tuan Kim melihat reaksi Song Ji hyo yang takut dengannya

"Tuan tak marah pada saya ke?" - Song Ji hyo

"Buat apa saya nak marah sedangkan saya nak berterima kasih sangat-sangat" - Tuan Kim

Song Ji hyo tidak faham apa maksud Tuan Kim

"Sebab?" - Song Ji hyo

"Sebab kamu dah buat Rowoon senyum kembali"

Cerita Tuan Kim dimana dia mendengar gelak tawa Rowoon di dalam bilik

Song Ji hyo mampu tersenyum sahaja

"Jom Song Ji hyo kita gerak sekarang"

Rowoon dengan wajah masam terus keluar dari rumah

Song Ji hyo dengan sopan meminta izin untuk pergi

Sedang mereka berjalan Rowoon memulakan bicara

"Asal kau sembang dengan appa aku?" - Rowoon

"Kenapa salah ke?" - Song Ji hyo

Soalan dibalas dengan soalan

"Kau tahukan hubungan aku dengan appa aku tu macam mana?"

Rowoon tidak terlalu bengang cuma dia tidak suka

"Saya minta maaf...kalau saya buat awak tak selesa bila saya sembang dengan appa awak"

Ucap Song Ji hyo menundukkan kepala

"So kau dah buat kesalahan yang amat besar...aku nak kau teman aku jalan sampai aku puas"

Ujar Rowoon saja ingin denda Song Ji hyo

Terbutang mata Song Ji hyo...adakah kesalahan yang dia lakukan itu amat besar?

"Besar sangat ke kesalahan yang saya buat?"

Soal Song Ji hyo ingin tahu...Rowoon merapatkan mukanya ke muka Ji hyo agar mata mereka bertentangan

"Yup...sayang"

Ucap Rowoon seperti berbisik...Muka Song Ji hyo sudah mula naik merah apabila Rowoon memanggil 'sayang'

"Kenapa muka kau merah?"

Rowoon saja tanya padahal dia sudah tahu kenapa muka Song Ji hyo merah

"Ma---mana ada merahlah"

Song Ji hyo sudah tergagap-gagap bercakap sambil memegang kedua belah pipinya

Lalu dia menolak badan Rowoon lembut apabila mereka terlalu dekat

"Jo---jom kita pergi"

Kata Song Ji hyo tanpa memandang Rowoon lalu dia berjalan kehadapan

Rowoon mampu tersenyum melihat kerenah Song Ji hyo yang malu dengannya

❣❣❣❣❣❣❣

-Street Mall-

Mereka agak bahagia apabila mereka sedang berjalan bersama-sama tanpa gangguan

"Kau nak pergi mana dulu?"

Soal Rowoon hanya ikut sahaja perintah Song Ji hyo

"Pergi je mana-mana"

Song Ji hyo tidak kesah mahu hendak ke mana dan juga dia tidak cerewet seperti wanita lain

Rowoon tidak tahu hendak ke mana jadi dia membawa Song Ji hyo ketempat arcade dan di situ bermacam game boleh main

Song Ji hyo teruja melihat arcade disitu

"Kau suka tak?" - Rowoon

Song Ji hyo tidak tahu hendak berkata apa lagi lalu dia memberi senyuman yang mengatakan dia suka

Rowoon juga ikut tersenyum lalu dia mengelus kepala Song Ji hyo lembut

"Ni first time ke kau pergi?" - Rowoon

Song Ji hyo mengangguk kepala

"Eomma dan appa tak pernah bawa saya pergi tempat macam ni...yang mereka tahu saya ni seorang murid dan harus belajar sepanjang masa"

Cerita Song Ji hyo mengingat kenangan lama

"So kali ni aku yang bawa kau datang sini...kajja kita main dekat sana" - Rowoon (tarik tangan Song Ji hyo)

To be continue❣

©Feel Special✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang