“Tak ada apa.”

            “Rell, angkat dia.” Ken sudah berdiri sambil mengarahkan Arell mengangkat tubuh Kaoru itu.

            “Kau bagi arahan kat aku? What the...” Arell mengetap giginya cuba menerpa ke arah Ken.

            Ken senyum senget, “Awek kau kan?”

            Arell menjeling Ken tajam. Tak guna. Matanya menjeling tubuh Kaoru kemudian dia mengangkat masuk ke dalam mansionnya kembali. Tubuh Kaoru diletakkan perlahan ke atas katil miliknya. Comforter tebal ditarik sehingga menutupi paras dada Kaoru.

             Selepas memastikan keadaan Kaoru selesa, Arell mengambil langkah untuk turun ke bawah. Ada satu perkara dia harus selesaikan.

***

KEN koyak sengih selebar-lebarnya. Wajah Shawn dan Gabriel yang pucat lesi tidak berdarah itu dipandang dengan geli hati. Itulah, masa buat benda gila tak pernah fikir, sekarang dah rasakan amarah King.

            “Buka baju dan berjemur kat luar sana sampai petang.” Suara berbaur tegas itu menuju ke arah Gabriel dan Shawn.

            “Hell no! Kulit aku yang cantik ni akan terbakar tahu tak? Fuck off! Aku tak nak kulit aku hangus!” Shawn membantah. Dia begitu sayangkan kulitnya dan dia lebih rela dipukul dari membakar kulitnya dengan sinaran matahari.

           Ken ketawa mengekek. “Padan muka.” Kemudian, punggungnya dilabuhkan ke atas sofa.

           “Pergi sebelum kepala kau... aku gantung kat siling.”

           Gabriel memandang Shawn sekilas sebelum mengeluh. Kepala Shawn ditarik. “Jom la. Ni semua salah kau juga.” Shawn mendengus kasar sebelum mengikut langkah Gabriel. Ah, dia tak sangka gurauan itu menyebabkan Kaoru pengsan.

            “Kaoru macam mana?”

            “She is fine.”

            “She is weak person. King, do you still want to keep her? She may be your...”

            Arell memintas laju, “She is mine. Whatever is, i will make sure she will be a strong person. She must.”

            Ken hela nafas. Tiada guna dia memberi cadangan mahupun nasihat kerana kepala King ini sangat keras seperti batu kerikil. Degil. Namun, dia masih bimbang akan sesuatu. Kaoru.

            King yang baru sahaja menyandarkan tubuhnya ke belakang terkejut debgan kemunculan Shawn dan Gabriel. Amarahnya hendak meledak terpadam apabila melihat wajah kedua-dua lelaki itu berubah menjadi tegang dan serius.

             “What's going on?” tanya Ken bernada serius.

             “Its really damn! King, our warehouse full of drugs was attacked. Twenty people are dead and fifteen people are badly injured. We need to go now!” Suara Shawn bergema.

             King berdiri tegang. Wajahnya berubah tegang. Mulutnya tidak berhenti mencarut. “Who?”

             Kali ini Gabriel pula membuka mulut. “Someone who want to play with you.”

             Berlapis-lapis dahi King sebelum bibirnya mengoyakkan satu senyuman yang agak sinis. Smirk. “Arahkan orang-orang kita untuk bergerak sekarang. Cari sampai ke lubang cacing orang yang nak bermain dengan aku.”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 06, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DEADLY ROMANCEWhere stories live. Discover now