5

864 66 3
                                    

SEMINGGU telah pun berlalu dan seminggu itu juga dia menetap secara rasmi di mansion milik King. Sepanjang dia duduk disitu dia dapat layanan baik dari tiga jejaka kacak namun layanan Arell terhadapnya masih dingin dan beku.

Kaoru menutup api di dapur lalu menghidangkan beberapa jenis makanan tengah hari ke atas meja makan di ruangan makan. Tak lama kemudian, dia tersenyum lebar bila berjaya menyiapkan hidangan buat penghuni mansion ini. Walau tanpa disuruh, dia ikhlas masak kerana dia sedar dia tak boleh duduk goyang kaki tanpa membuat apa-apa.

Kakinya menapak ke ruang tamu seraya mulutnya dibuka, "Shawn! Gab! Ken! Lunch time!" Tak sampai beberapa saat kedengaran bunyi derapan tapak kaki yang laju berlari anak. Kelihatan Shawn dan Gabriel berlumba lari ke arahnya manakala Ken di belakang hanya tenang mengatur langkah.

"Kau masak apa hari ni?" soal Shawn sambil melangkah ke ruang makan.

Kaoru senyum lebar, "Beef lasagna, Cotoletta and Risotto Milanese." Ternganga mulut ketiga-tiga lelaki itu apabila hari ini dapat makan hidangan Italian. Hebat!

Laju mereka bertiga duduk di tempat masing-masing namun belum sempat mereka mahu menjamah, Kaoru menghalang. "Aip! Tunggu Arell." Shawn mengeluh.

"Ala nanti dia turunlah tu. Aku lapar sangat dah ni, Kaoru." Tangannya mula mencapai sudu lalu dengan sekelip mata juga tangannya diketuk dengan senduk.

"No, Shawn. Sabar eh, saya pergi panggil Arell. Kalau awak makan dulu, saya takkan bagi awak makan seminggu." Kelibat Kaoru mula hilang naik ke tingkat atas. Gabriel hanya ketawa kecil melihat muka muram Shawn apabila ditegur oleh Kaoru.

Baru beberapa anak tangga dinaiki Kaoru, dia bertembung dengan figura Arell yang berpakaian serba hitam. "Awak." Satu senyuman manis dihadiahkan buat Arell namun langsung tidak dibalas oleh lelaki itu.

"Jom, makan. Semua tengah tunggu awak."

"I'm going out."

Pantas Kaoru menghalang, "Alaa, saya dah masak makanan Itali untuk awak tau. Makanlah dulu sebelum keluar. Awak..." Di hujung ayat Kaoru meleretkan nama lelaki itu. Arell menghela nafas.

"Fine."

"Hah macam tulah. Jom, dah lama diorang tunggu tu." Kaoru menarik lengan Arell dengan senyuman lebar. Gembira kerana dapat memujuk lelaki itu agar makan tengah hari bersama-sama.

Shawn yang melihat Arell berjalan seiring dengan Kaoru terus berkata, "Kau ni lambat tahu tak? Aku dha kebulur gila."

Berkerut wajah Arell lalu berkata, "Makan jelah." Shawn menggulingkan matanya ke atas, "Selagi kau tak ada, selagi tu Kaoru tak bagi kitaorang makan tahu tak?"

Kaoru hanya tersengih sambil menyeduk makanan ke dalam pinggannya. Arell merenung Shawn. Lama. "Since when you scared with a girl? Sejak bila kau ikut arahan Kaoru?" soal Arell dengan sinis menyebabkan Shawn mendengus.

"Diamlah. Makan."

Arell tergelak sinis lalu muka menjamah makanannya manakala Kaoru hanya memerhatikan semua disitu makan dengan berselera. Dia tersenyum nipis. Walau mereka sekumpulan mafia namun persahabatan mereka mesra sekali. Kaoru cemburu dengan Arell dan yang lain, mereka boleh hidup dengan mewah dan boleh dapatkan apa saja yang mereka mahukan tetapi dia tidak. Hidupnya bagai telur di hujung tanduk. Dia sebatang kera dan tidak punya sesiapa dalam hidupnya. Serta merta air mata mula menitis dari tubir mata Kaoru tanpa dia sedari.

DEADLY ROMANCEWhere stories live. Discover now