🍁 •BAB 30•

73.7K 4.1K 969
                                    

"APA kau buat kat sini?"

Suara garau itu buatkan tubuh Nuri Nafeesa terkaku. Lambat-lambat dia pusingkan tubuh. Mencari wajah pemilik suara itu.

Pandangan gelap mata lelaki itu memandang jauh ke dalam anak matanya.

Tengku Rafael.

"Encik boss? Ma... maksud saya Tengku. Tengku... dari mana?" Tanya Nuri perlahan. Bimbang jika lelaki itu marah kerana dia menceroboh masuk ke dalam bilik kecil ini.

Tengku Rafael diam. Matanya meliar memandang sekeliling bilik ini bersama langkah yang diatur kemas mendekati Nuri.

Sepi seketika suasana.

"Aku baru balik dari warung depan sana. Beli sarapan." Balas Tengku Rafael tenang. Satu tangan naik menggosok bingkai kaca disebelahnya yang berhabuk sedikit sebelum dia angkat kepala memandang Nuri Nafeesa.

"Macam mana kau masuk bilik ni?" Tanya Tengku Rafael. Agak beku nada suaranya.

"Oh saya guna... err kunci." Nuri mengangkat kunci di tangannya.

Tengku Rafael menjatuhkan kepala sebelum mengambil kunci itu dari tangan Nuri.

"They are my piece of artwork. Not that pretty. But you looked so immersed into it. Why?" Tanya Tengku Rafael. Bukan dia tak nampak cara Nuri memandang lukisan-lukisannya tadi.

Nuri Nafeesa membisu. Sepi matanya memandang wajah tenang Tengku Rafael.

"Your art looks beautiful. Majestic. And gorgeous." Komen Nuri Nafeesa. Ringkas. Tapi ikhlas dari hati.

Tengku Rafael tersenyum nipis mendengarnya. Ya. Selalu dia dengar pujian seperti itu. Tapi rasa lain pula bila keluarnya  dari bibir Nuri.

Diam seketika.

"Jadi... Tengku lah lelaki tu."

Senyuman di bibir Tengku Rafael mati. Perlahan-lahan dia menjeling Nuri disebelah. Sepasang mata hazel milik Nuri Nafeesa bersatu dengan pandangannya.

Saat itu, masa bagai terhenti berdetik.

NURI NAFEESA senyum nipis mendengar kisah Tengku Rafael. Kisah yang banyak pahit dan luka. Dhiah sudah banyak membantu lelaki itu ketika di sekolah seni dulu. Padanlah Tengku Rafael jatuh suka akan penyelamatnya. Dia mengerti.

Kerana dia juga sama.

"Bermula dari saat itu, aku rasa macam... aku sukakan dia. Aku suka cara dia tolong aku. Walaupun cara dia tak mesra alam, tapi sekurang-kurangnya dia ikhlas tolong aku masa tu." Tengku Rafael diam duduk bersandar di dinding. Mata jauh melempar pandang ke hadapan sana. Kosong.

Nuri Nafeesa yang duduk menghadap Tengku Rafael menukar posisinya kepada bersandar ke dinding. Tangan naik menarik lutut merapat ke dada.

Sunyi.

"Tengku... betul-betul sukakan Dhiah ke?" Tanya Nuri Nafeesa. Bibirnya tersenyum nipis.

Tapi perit.

"Jangan cakap pasal ni boleh? Aku tak selesa." Ujar Tengku Rafael. Mahu mengalih topik.

"Saya tanya je. Lagipun melihatkan usaha awak beri hadiah kepada Dhiah walaupun asyik ditolak sahaja cukup membuktikan yang awak suka kan dia. Cuma cara awak tu salah." Komen Nuri Nafeesa selamba.

"Salah?" Berkerut dahi Tengku Rafael. Pantas dia menoleh memandang Nuri Nafeesa. Apa maksud budak ni?

"Hmm. Salah. Kalau Tengku betul sukakan Dhiah, Tengku sepatutnya berterus terang. Jujur. Jadi lelaki gentleman. Ataupun emm... Tengku sendiri yang beri lukisan-lukisan tu kepada Dhiah. Bukan dengan menyuruh orang lain. Itu kan lebih baik." Nuri Nafeesa menyengih. Dia sendiri rasa kagum dengan diri yang boleh berlakon sejauh ini. Lagipun selama ini jarang sekali dia menunjukkan kesedihannya. Sekalipun hatinya terluka, dia tetap berpura-pura.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHDove le storie prendono vita. Scoprilo ora