。 •́ ✿ ( 12 ) ✿ •̀ 。

Start bij het begin
                                    

Sudah mahu masuk 2 minggu sejak kejadian dia meragut mahkota Gina di rumah Naqib hari itu dan sejak dari itu jugalah dia langsung tidak nampak kelibat Gina sehingga Naqib yang membuka mulut bahawa Gina sudah seminggu berkurung di dalam bilik. Tidak keluar, tidak makan, langsung tidak mahu bercakap dengan orang lain dan setiap malam Gina akan meraung dan menangis dengan tiba - tiba. Tidak tahu apa puncanya. Sehingga ibu bapa Gina pulang ke Malaysia kerana risau dengan keadaan Gina.

Disebabkan hal itu, Amri mengambil keputusan untuk singgah ke rumah sini. Dia dapat tahu yang Gina sekarang sudah menetap dengan keluarganya memandangkan ibubapanya sudah pulang.

Amri mendekati Gina yang sedang memandangnya di sofa.

Gina melihat langkah Amri yang sedang menuju ke arahnya.

Punggung dilabuh disebelah Gina. Tanpa kata terus Amri menarik Gina ke dalam pelukan. Tubuh Gina diusapnya, Gina diam di dalam pelukannya tapi bibirnya sudah mencebik menahan rasa sebak yang tiba – tib datang. Tubuh Amri turut dibalas.

Amri tidak tahu, tapi terdetik hatinya untuk datang ke sini untuk melihat sendiri keadaan Gina. Entah kenapa, disudut hatinya mengatakan bahawa Gina jadi sebegini disebabkan dia.

"What happen?" Sekian lama baru Amri membuka mulut.

Tiba – tiba tubuh Gina seakan mengeras, Gina mengcengkam belakang baju kemeja Amri. Gina mengetap bibir. Dia tidak tahu apa yang berlaku sekarang. Kenapa dia jadi begini dan apa puncanya. Tapi yang dia tahu, ini semua disebabkan Amri.

Sejak dia dapat tahu bahawa Amri sudah bertunang dan akan bernikah pada hujung minggu ini. Lagi 5 hari. Gina mengetap bibir. Dia tak tahu, sejak hari Amri meragut kesuciannya. Fikirannya asyik tertumpu pada Amri saja. Benar dia tidak suka lelaki itu, namun bukan sehingga tahap benci. Masih terselit perasaan suka di dalam hatinya pada Amri sejak di bangku sekolah walaupun lelaki itu sering sangat menyakitkan hatinya.

Dan sejak dia dapat tahu yang Amri sudah menjadi milik orang buatkan dia jadi tidak tentu hara. Hidupnya jadi tak terurus, dia tak dapat bayangkan jika Amri bukan miliknya. Bagaimana dia mahu melepaskan lelaki ini kalau perasaan sayang mula muncul dalam hatinya. Dia sendiri tidak tahu bila perasaan ini muncul sedangkan dia baru berjumpa dengan lelaki ini dan lelaki ini juga yang meragut kesuciannya.

Wajah Gina didongak sedikit dan diusap pipi gadis itu. Sebelah tangannya pula merangkul pinggang Gina rapat ke tubuhnya.

"It is because of me?" Suara Amri berbisik. Bibirnya turun menyentuh leher Gina. Dikucupnya lama leher Gina.

"It is true that you will get married soon?" Gina menolak tubuh Amri, matanya naik memandang wajah Amri. Dia mahu mendengar sendiri dari mulut Amri. Dan dia berharap sangat itu hanya berita palsu.

"Hmm," Amri tidak menjawab malah bermain dengan tali halus lingerine di bahu Gina. Mata nakalnya turun ke lurah buah dada Gina yang tersembul kemudian turun ke sepasang kaki panjang yang seksi.

Dada Amri ditumbuk geram, "Jawablahhh,"

Terlepas ketawa kecil Amri, "Ya, hujung minggu ni majlisnya. Official husband orang," Selamba saja dia berkata sebegitu. Padahal sebenar – benarnya, dia sudah memutuskan pertunangannya bersama Zara. Jadi tiada majlis yang akan berlangsung. Namun sengaja dia mahu melihat reaksi gadis seksi ini.

Bagai ada sesuatu yang mencucuk dadanya mendengar pengakuan Amri, "Oh,"

"What happen to you?" Giliran Gina pula disoal.

Gina menunduk, jarinya bermain dengan butang kemeja Amri. Fikirannya menerawang, bayangannya adalah melihat Amri bersama gadis lain. Bayangan Amri bersanding dengan perempuan yang sudah menjadi sah isterinya.

TEASEWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu