"Jemput duduk." Wanita itu mempersilakan mereka.

Setelah semuanya sedia duduk dengan selesa, seorang lelaki bersut hitam dan bertali leher datang berdiri di hadapan empat jejaka yang masih clueless itu.

"Pertama sekali, aku ucapkan tahniah kepada kamu berempat kerana telah berjaya terpilih daripada lebih 1,000 candidate yang telah mencuba nasib di audition yang kami anjurkan di seluruh pelosok negara sejak dua bulan lepas. Jadi di sini, aku ingin memperkenalkan diri aku kepada korang semua yang merupakan ahli baru kami. Aku adalah ketua untuk mission ini." Lelaki tersebut memulakan ucapannya.

"Mission?" Salah seorang daripada mereka bertanya dengan muka hairan. Tidak kurang juga dengan tiga lagi jejaka lain. Mereka berpandangan sesama mereka sebelum semua mata menghalakan seribu satu kemusykilan mereka kepada lelaki berusia lingkungan 50-an di hadapan mereka itu.

"Bertenang dulu semua. Aku akan jelaskan semuanya sampai korang faham from A to Z."

"Nama samaran aku yang kamu semua perlu tahu adalah KELAPA MUDA. Panggil aku, TUAN KELAPA MUDA! Nama sebenar aku korang tak perlu tahu. Di dalam markas dan di antara para agent, semua wajib panggil aku TUAN KELAPA MUDA!"

"Agent?" Persoalan seterusnya meluncur keluar dari bibir anak-anak muda yang kini merasakan diri mereka telah di-scam!"

"Sabar-sabar. Jangan panik dulu. Okeylah aku akan berterus terang kat korang semua. Audition yang korang pergi hari tu memang untuk mencari pelakon, tetapi bukan pelakon filem sepertimana yang korang diberitahu masa tu, tapi ini adalah REAL-LIFE ACTING. Walaupun bukan 100% sama, tapi jalan cerita lakonan korang nanti akan lebih kurang samalah jugak dengan skrip filem hari tu."

"Apa semua ni encik? Ini semua SCAM!" Seorang lagi mula memprotes.

"Betul tu encik. Encik tak boleh scam kitorang macam ni!" sokong lelaki di sebelahnya.

"Woah, relax relax... Apa scam-scam ni? Siapa yang scam? Korang bukan kena scam tapi ini adalah MISI RAHSIA atau nama glamornya, UNDERCOVER MISSION. Dan imbuhan yang korang akan dapat nanti adalah lebih berganda-ganda lagi daripada gaji pelakon filem tau."

Terus terdiam mulut budak-budak kecoh tadi. Terkunci dengan perkataan 'imbuhan berganda' nampaknya.

"Berapa bayaran yang kitorang akan dapat?" tanya jejaka tadi lagi.

"Ha, macam tulah. Bertenang. Benda boleh bincang kan?" Lelaki bersut itu berpuas hati melihat suasana kembali terkawal.

"Bayaran yang korang akan dapat ialah... 650,000 MYR PER MONTH. Kalau pencapaian korang memberangsangkan, korang jugak akan dapat bonus."

Terbeliak, ternganga, terlopong, tertelan air liur dan pelbagai reaksi tidak senonoh lain pula yang dapat disaksikan kini.

"Untuk misi undercover ini, aku akan membawa watak sebagai Profesor Tan Sri Ir. Ts. Dr. Halimin Yunus. Seorang Ketua Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Alamaya yang merupakan sebuah universiti swasta terkemuka di negara ini. Prof. Tan Sri Ir. Ts. Dr. Halimin baru saja dilantik sebagai Ketua Lembaga Pengarah dan baru saja pulang semula ke Malaysia setelah berpuluh tahun berhijrah mencipta nama di Amerika Syarikat. Dia merupakan seorang bujang TETAPI memiliki empat orang anak angkat yang kacak bergaya yang merupakan buaya darat atau orang putih cakap, PLAYBOY. Mereka semua juga turut berhijrah bersamanya dari Amerika dan melanjutkan pelajaran mereka di Universiti Teknologi Alamaya juga. Dan anak-anak yang dimaksudkan semestinya adalah kamu berempat yang di depan aku ni." Tuan Kelapa Muda bertepuk tangan sendiri.

Playboy Squad: The UndercoverWhere stories live. Discover now