🔶begin pt.2 :: Jinyoung YooIn🔶

20 4 59
                                    

Jinyoung  mengacau air yang dibuatnya

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Jinyoung mengacau air yang dibuatnya. Sesekali dia bersiul dan bernyanyi. Nasiblah muka kau hensem pastu suara kau sedap kalah artis. Kalau tidak, sudah lama kau kena buang kerja. Mengganggu ketenteraman pelanggan nak menghirup air dengan tenang betul.

"Yahh, Park Jinyoung! Kau buat apa lagi tu? Pelanggan dah tunggu lama dah."Jinyoung tersentak. Alamak, terberangan lagi hawa.

Jinyoung mengangkat tangan isyarat sekejap. Dia mengacau air dengan kelajuan maksimum dan segera menghantar ke meja pelanggan. Jinyoung menunduk memohon maaf atas proses buat minuman yang agak lama.

Eh, kau seorang je yang buat air lama. Orang lain, time tu order, time juga sampai. Entah apa yang kau berangan tak tahulah.

"Jinyoung!"jerit Jaebum dari meja kaunter.

"Nak apa?"soal Jinyoung. Adalah tu yang jantan ni nak suruh dia buat.

Jaebum tersengih sengih pandang Jinyoung. Dia memegang bahu Jinyoung lalu berkata, "Boleh tolong ganti aku kejap tak? Sekejap je. Aku nak gi buang hajat jap."

Jinyoung membuat muka jijik. Euww, nak gi tandas pun bagi tahu orang ke?

"Ha, ye la. Jangan lama lama. Takut juga aku kau mati dalam tandas tu."perli Jinyoung. Jaebum menjeling.

"Sudah lah. Ahhh, aku tak tahan!"terus hilang Jaebum dari pandangan Jinyoung. Jinyoung hanya menggeleng kepala.

"Youngjae! Kau ganti jap aku buat air boleh? Si Jaebum ni nak buang hajat, pastu suruh aku jagakan kaunter pula. Aku takut aku takleh nak handle. Kau boleh tolong kan?"Jinyoung menegur Youngjae yang baru sahaja masuk ke dalam Cafe.

Youngjae mengangguk. Dah faham sangat dengan perangai kawan dia Jaebum tu.

"Tapi sekejap ajelah. Nanti pelanggan mengadu pulak bila air yang biasa diorang minum rasa lain. Kau tahukan maksud aku?"Jinyoung membuat muka. Nak puji ke perli tu? Memanglah dia pembuat air tetap kat Cafe tu, tapi bagilah dia berehat.

"Yelah. Aku tahu aku ni diperlukan dimana mana sahaja. Hahaha."seloroh Jinyoung

"Eh dahlah, tu ada pelanggan nak buat bayaran tu. Aku gi dapur dulu eh. Tata"Youngjae melambai Jinyoung. Ceh, macamlah jauh sangat dapur tu.

Jinyoung mula fokus dengan tugasnya. Mukanya automatik tersenyum manis. Tak senyum kang kena cop sombong. Mati dia kalau Cafe ni tak laku huhu.

"Ya cik. Boleh sebutkan no meja cik? Saya nak buat semakan."Jinyoung menekan skrin yang ada di kaunter itu.

"Meja 10."jawab pelanggan tersebut. Jinyoung mengangguk.

"Semuanya sepuluh ringgit cik."Jinyoung menyambut duit yang di hulur pelanggan.

"Terima kasih. Sila datang lagi."Jinyoung tersenyum.

✨✨✨

YooIn memandang sekeliling. Hampir ternganga dia melihat betapa cantiknya perempuan kat situ. Tapi tulah, make up tebal sangat. Kalah hantu haha.

Guardian | AF (Slow Update)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz