"Dorang tak makan dengan kita malam ni?"

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.

"Mungkin sibuk?"

"Kamu ada apa-apa dengan Seonghwa?"

Mataku membesar.

"Eh ibu ni! Baru kenal dah ada apa-apa"

Ibuku tergelak kecil.

"Mana tahu. Ibu tak marah kalau kamu suka dengan orang macam dia"

"Hmm"

Sebenarnya aku masih tidak tahu apa perasaanku sehingga kini. Aku masih keliru.

Setelah selesai, kami pun makan bersama-sama dan berbual tentang prestasi pelajaran aku dan Yeona.

Aku menuju ke bilik semula selepas sahaja menolong ibuku mengemas meja makan tadi.

"Kakak~"

"Hmmmmm"

"Apa pendapat kakak dengan Renjun?"

Aku memandangnya pelik.

"Kenapa?"

Adikku mencuit lembut lenganku.

"Eh eh budak ni pelik"

"Alahh bagitaulahh"

"Hmmmmmmmmmmm"

Aku cuba untuk mengeluarkan idea-idea untuk menjawab soalan tadi tapi satu pun aku tak tertarik dengan lelaki sombong tu.

"Entahlah, aku tak kesah"

"Kalau Seonghwa mesti-"

"Seonghwa baik, kacak, comel, tinggi, talented hmm apa lagii~"

Yeona melihatku dengan pandangan yang tajam.

"HAAHAHAHAAHAHAH"

"Ish!"

"Ah bagus-bagus, belajar ulangkaji bukan nak ajak membawang je HAHAHAHAA"

"Diamlah!"

"Dahlah kakak nak buat jus oren, kau nak?"

"Hmm"

Aku tersengih ke arahnya dan menuju ke dapur.

"..jangan dekat dengan anak aku lagi"

Aku tersentak dengan penyataan daripada suara itu. Ibu?

Aku secara perlahan mencuri dengar sedikit perbualan yang sedang berlangsung di antara ibuku dan seseorang.

"..jauhkan diri dengan Yeona selagi boleh"

Jantungku berdegup kencang.

"..jangan lupa apa yang kau dah buat dengan anak aku dulu, semua yang dia hadapi dulu salah kau"

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Where stories live. Discover now