。 •́ ✿ ( 11 ) ✿ •̀ 。

Start from the beginning
                                    

Berkerut dahi Naufal dengan nada suara Amri yang seakan sedih. Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Amri. Tidak pernah dia melihat Amri serabut sebegini, biasanya lelaki itu menutup segalanya dengan senyumannya.

"Kenapa?"

Amri mengeleng kepalanya, "Aku tak pernah cintakan dia, korang tahukan,"

Naqib mengeluh, dia juga tahu Amri tak pernah cintakan Zara. Sangat ketara, tiada langsung ada vibe mereka bercinta. Dia lihat Amri melayan Zara seperti kawan saja. Dia nampak benda itu.

"Sepatutnya kau dah buat dari awal lagi, sebelum kau dengan Zara bertunang. Kalau kau bertegas dari awal dengan Zara pasal perasaan kau. Kau tak akan buat benda last minute macam ni," Naufal sudah berpeluk tubuh. Dia bukan marah, tapi beb lagi 3 minggu kot!

Mereka berdua bertunang pun sebab keluarga Amri sudah berkenan sangat dengan Zara dan nak Zara jadi menantu mereka. Keluarga Amri sendiri yang pergi merisik Zara tapi bukan tanpa persetujuan Amri. Sudah tentu Amri setuju walaupun lelaki itu tidak mempunyai perasaan langsung dengan Zara. Itu silap Amri, dari mula lagi dia sudah tersalah langkah. Now? Sekarang sudah jadi macam ni, macam mana nak settlekan?

Amri termenung, "Aku ingat... aku tak akan jumpa dia lagi,"

Naufal dan Naqib saling berpandangan. Dia? Siapa yang dimaksudkan oleh Amri?

"Siapa?" Terus Naufal menyoal.

Amri mengangkat kepalanya dan memandang kedua kawan baiknya. Bibirnya mengukir senyuman kecil.

"Gina... Gina Irene,"

💋💋💋

Gina mengigit jari sambil memandang jam di telefonnya. Ada 20 minit.

Ketukan pintu menyentakkan Gina. Nervous sangat ni!

Pintu bilik dibuka dan terjenguk kepala Azra dan Mardiah.

"Oh my god!" Gina sudah menjerit kecil, bibirnya mengukir senyuman lebar melihat kedua kawannya ada di sini.

"Ginaaa cantiknya youuuuuu!" Mardiah sudah melekapkan kedua tangannya di pipinya.

Gina sudah tersenyum gedik, "Really?" Dia mengerling wajahnya ke cermin. Dirinya memakai sepasang baju kurung songket berwarna krim dan buat pertama kalinya dia memakai hijab untuk menutup rambutnya. Disebabkan pagi ini majlis akad, jadi dia mahu menjadi perempuan melayu terakhir gitu.

Azra sudah menangkap gambar Gina dengan telefonnya untuk kenangan, hehe.

"You look beautiful dengan tudung ni, seriuosly you nampak lain sangat!"

Gina ketawa besar dengan komen yang dibuat oleh Mardiah.

Ok dia mengaku dia nampak cantik jika dia berhijab, but you know. Dia belum ready lagi. Belum sedia untuk mengikut jejak langkah Mardiah yang sudah berhijab, dia dengan Azra saja yang masih seperti dulu. Masih selesa dengan dirinya sekarang. Hatinya belum terbuka untuk berhijab.

💋💋💋

Amri menarik nafas dalam, wajah Dato Zefry di pandang.

"Aku terima nikahnya Gina Irene binti Zefry dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai,"

Dan dengan sekali nafas mereka sah menjadi suami isteri.

Amri mengerling Gina yang duduk di atas pelamin yang berpelukan di bersama ibunya. Bibirnya cuba menahan dari tersenyum lebar.

Dah kahwin!

TEASEWhere stories live. Discover now