"Rauf dengan yang lain pergi masuk dalam masjid dulu, Arya, Hanis dengan Auleen korang pergi naik atas bawa mommy sekali". Arah Rykal kepada mereka semua untuk bersedia beberapa minit dari sekarang.
Beberapa minit kemudian, Danish telah pun tiba di perkarangan masjid KLCC bersama keluarganya dan beberapa lagi rombongan pihaknya. Di dalam masjid ketika itu sudah penuh dengan ahli keluarga pihak perempuan dan pihak lelaki dan turut ada juga tok kadi bersama dua orang pengikutnya.
"Acik". Sapa Rykal yang setia berdiri di pintu masuk masjid bersama Ridwan untuk menghalang beberapa orang lagi wartawan yang cuba masuk tanpa keizinan dari mereka ahli keluarga.
"Sorry ya mak cik lambat sampai, nak keluar rumah itu ini jadinya". Kata Puan Diana kepada Rykal seraya meminta maaf kerana lambat tiba di masjid tersebut.
"Eh tak mengapa mak cik, lagi pun tok kadi dengan yang lain pun baru sahaja sampai tadi. Marilah kita msuk ke dalam". Kata Rykal kepada umi Danish dan ke semua ahli keluarga Danish.
Pada pagi itu, majlis akad nikah yang dilangsungkan di masjid KLCC hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Semua di dalam masjid itu mengenakan busana berwarna putih bagi memberkati majlis pada pagi itu. Aulia turun dari atas diiringi oleh Tengku Kamariah bersama tiga orang sepupunya yang turut berada di belakang mereka berdua.
"Wey kau tak pernah cakap pun yang kawan korang ni berpangkat Tengku". Kata Aiman yang turut berada di situ kepada Qis yang ketika itu memnag duduk di sebelahnya.
"Ish kau ni, kau ingat kita orang bertiga ni tahu ke Aulia tu siapa. Baru hari ni juga tau yang dia tu ada kaitan dengan pangkat-pangkat ni semua". Kata Qis dalam separa berbisik sambil itu nadanya seperti geram dengan Aiman yang menganggunya untuk merakam moment bahagia sahabatnya itu.
Setibanya Aulia di dalam ruangan tersebut, Aulia dan para pengiring mengambil tempat di belakang pengatin lelaki dan jarak antara mereka tidak jauh hanya boleh diselangi oleh lima atau enam orang. Mereka berdua perlu memanda tangan beberapa borang dan menjawab beberapa soalan yang diberikan oleh tok kadi tersebut.
"Semua sudah siap dan bersedia? Pegantin lelaki? Pegantin perempuan? Saksi? Wali?". Setiap dari orang yang perlu ada disitu tok kadi itu menyoal dan setiap dari mereka menjawab dengan anggukkan dan berkata sudah bersedia.
"Baiklah kalau semua dah bersedia, wali boleh mulakan lafaznya terlebih dahulu kemudian diikuti oleh pegantin lelaki". Kata tok kadi itu menerangkan situasi yang akan berlaku sekejap lagi.
"Muhammad Danish Amsyar Bin Dato Prof. Ibrahim?". Seru Rykal yang menjadi wali kepada adik perempuannya selepas kematian ayah dan kedua atok di dua belah pihak.
"Ya saya". Nyahut Danish tanpa rasa gentar dan ragu dalam jiwanya.
"Aku sebagai wali kepadanya, menikahkan dikau bersama adik perempuanku bernama Tengku Aulia Isma Binti Tengku Affendi Ismail dengan mas kahwin sebanyak RM3000.00 dibayar tunai berserta seutas gelang emas". Kata Rykal dalam sekali nafas dan lafaz, kini tiba masanya untuk Danish sebagai pegantin lelaki untuk menerima akad tersebut.
"Saya Muhammad Danish Amsyar Bin Dato Prof. Ibrahim menerima Tengku Aulia Isma Binti Tengku Affendi Ismail dengan mas kahwin sebanyak RM3000.00 dan seutas gelang emas". Balas Danish ringkas dan padat dengan syarat seperti yang diberitahu oleh tok kadi itu tadi.
"Sah?". Tanya tok kadi kepada kedua orang saksi yang sudah disediakan oleh pihak perempuan.
"Sah tok". Balas mereka berdua dan tok kadi tersebut terus membacakan doa bagi menyempurnakan lagi majlis suci tersebut.
Danish tidak terus pergi menuju ke arah Aulia yang berada di belakangnya, malah dia menuju ke satu ruangan kosong untuk melakukan solat sunat nikah sebelum ia melakukan sesi pembatalan air wuduk bersama Aulia sekejap lagi.
Selesai sahaja Danish melakukan solat sunat nikah tadi, dia terus menghampiri Aulia yang ketika itu duduk di antara uminya dan juga ibu saudaranya yang dipanggil mommy.
Sesi pembatalan air wuduk berjalan dengan lancar walaupun Aulia kelihatan agak kekok apabila tangannya perlu disentuh oleh lelaki bukan muhrimnya dan juga perlu mencium tangan lelaki tersebut yang telah sah menjadi suaminya sebentar tadi.
"Aulia dengan Danish balik hotel terus, mommy nak balik rumah kejap. Ada benda nak kena ambil". Kata mommy lalu mereka semua beredar dari perkarangan masjid KLCC itu.
Aulia terus berjalan meninggalkan perkarangan masjid selepas kereta milik mommy dan ahli keluarganya yang lain beredar dari situ.
"Aulia!". Panggil Danish sedikit lantang yang ketika itu sedang berdiri statik di satu tempat jauh di belakang Aulia.
Aulia hanya memusingkan badannya dan pandang ke arah Danish yang jauh dari temp0at ia berhenti untuk menoleh ke arah lelaki yang sudah bergelar suaminya sebentar tadi. Aulia mengangkat sedikit keningnya bagi mewakili persoalannya tentang kehendak lelaki itu.
"Mana awak pergi selama ni?". Tanya Danish kepada Aulia lalu dia berjalan mendekati Aulia yang berada di jauh darinya itu tadi. Selangkah demi selangkah diambil Danish mendekati Aulia sambil menanti jawapan yang akan diberikan oleh gadis itu.
"Pergi mana? Ada je dekat sini sampai habis majlis". Kata Aulia bersahaja membalas soalan dari Danish itu tadi.
"Bukan itu maksud saya. Sebelum majlis kita dilangsungkan dan hari-hari sebelum ni, mana awak? Kenapa saya tak boleh ada dengan awak sampai hari majlis kita? Kenapa berbulan-bulan awak mengelak dan tak nak jumpa saya langsung?". Tanya Danish kepada Aulia dengan bertalu – talu dengan penuh perasaan dan emosi yang sedih.
"Saya akan jawab tapi bukan sekarang. Nanti awak akan tahu juga saya pergi mana selama ni dan kenapa saya buat macam tu". Kata Aulia dengan tenang kemudian dia berpusing semula dari memandang ke arah Danish untuk melangkah pergi meninggalkan masjid tersebut.
"Awak nak pergi mana?". Tanya Danish satelah dia menarik tangan Aulia untuk berhenti melangkah meninggalkannya di situ lalu dia menggenggam erat tangan yang ia sentuh itu.
"Saya nak pergi dekat kereta, kejap lagi ada majlis sanding kita dekat hotel. Kita ada beberapa jam sahaja lagi nak siap, ke awak tak nak teruskan". Kata Aulia membuatkan Danish sedikit terkejut dan tersedar dari perbuatan dan persoalannya itu tadi.
"Oh okay, boleh juga kalau tak nak teruskan majlis. Kita balik rumah je terus saya pun dah penat plus ngantuk sebab berdebar and excited nak kahwin dengan awak dari semalam". Kata Danish mengubah suasana diantara mereka.
"Banyaklah awak punya cekadak, semua orang dah tunggu kita dekat sana". Kata Aulia kepada Danish lalu ingin melepaskan genggaman di tangannya itu.
"Okay jom kita gerak". Kata Danish lalu menarik tangan yang digenggam olehnya dari tadi untuk menuju ke arah kereta miliknya manakala kereta Aulia pula sudah di bawa oleh Aryan untuk dibawa pulang ke rumah keluarganya terlebih dahulu.
YOU ARE READING
Not Expected The Killer's
RandomTengku Aulia Isma yang sedang mencari dan memburu orang yang merancang untuk membunuh ayahnya dan yang telah menculik adik kembarnya sehingga mengakibatkan kematian ibunya pada usianya yang muda dan tanpa di sisi keluarga. Perkara yang tidak dapat d...
PART 24 || NETK
Start from the beginning
