18

468 67 30
                                    

(Hana p.o.v)



Sedang nyenyak aku tidur mimpi kan Jungkook bts melamar aku, tiba2 ada sesuatu cubit hidung mancung aku kuat.

Wah! Aku dahlah sensitif kat hidung! Anjey!

Terus aku bangun ke posisi duduk dan paksa mata aku buka. Terus mata aku mencerlung tajam ke arah Jimin yang tersengih pada aku.

Apa kau ingat sengih2 centu hensem ah? Ee sikit je lagi aku nak tempah batu nisan untuk mamat ni

Aku mendengus geram dan menolak tubuh Jimin jauh dari aku.






"Tak sangka tidur atas sofa pun boleh nyenyak sampai berdengkur eh? " Sindir Jimin sambil pandang ke arah aku yang tak berapa bangun. Mamai lah gile! Kau takde kerja ke cubit hidung orang? Ha ni nak marah ni-







"Suka hati orang lah.. bukan kacau hidup dia pun! Hmph sana lah-- ACHOO! " terus aku terbersin kuat di depan muka Jimin. Jimin pejam mata nya rapat dan berdiri bangun. Aku gosok hidung aku yang mula memerah. Ha padan muke-







"Yah! Bersin toleh belah lain lah!! Tak belajar ke ha?! Ish.. habis mercik air liur basi kau! " Marah Jimin geram dan lap muka nya jijik. Eleh, macam lah air liur dia tu suci sangat! Puih . Aku abaikan bebelan Jimin dan bangun.







"Siapa suruh cubit hidung orang? Dahlah suruh orang tidur atas sofa dia sedap je tidur atas katil tu.. heh nasib kau lah! " Balas aku dengan selitan sindir pada Jimin yang sudah pandang aku tidak puas hati. Aku sempat flip hair sambil berjalan lenggok ke tandas. Hoho







"Kau.. kau.. ergh! Biarlah aku nak tidur atas katil ke tak! Bilik aku-- "







"Ehem! Bilik kita. Ingat sikit ek, aku ni isteri kau! Bilik kau, bilik aku jugak! Kita seri kan? Haha " laju aku potong ayat Jimin dan ketawa menyindir. Padan muka! Semalam bukan main sakat aku macam nak mati, biar harini aku sakat kau pulak! Heh ni Jung Hana lah, tak pernah mengalah!







"Tch.. fine. "






Aku hanya abaikan Jimin dan berlalu ke tandas untuk bersihkan diri.

Hm agaknya, orang istana memang bangun pagi buta ke apa? Yelah aku tengok jam tadi baru pukul 7 pagi.. ngeh

Aku je kut yang bangun pukul 10 HAHAHA JANGAN CONTOHI HANA YE ANAK2-

Sementara Jimin kat luar, duduk atas katil sambil berpeluk tubuh tidak puas hati dengan sindiran aku tadi, aku biarkan. Suka hati kau lah, jeman.. aku malas nak ambik tahu

Usai mandi, aku terus bersiap siap untuk turun. Fuh! Neves pulak nak jumpa keluarga mertua aku ni- dahlah Raja pulak tu! Aaa-

Okey Hana, okey.. Jimin ada! Takpe, kalau kau takut, sorok je belakang Jimin. No hal ah! Hoho

Baru aku perasan kelibat Jimin dah hilang dari bilik.

Ceh!

Aku baru nak pujuk dia suruh teman aku turun, tengok2 dah lenyap dulu. Pigidah-

Aku mendengus tidak puas hati dan baru sahaja aku nak pusingkan badan aku, aku terlanggar sesuatu yang keras.

Woh hidung aku beb!






"Akh! Sejak bila pulak ada dinding kat sini? Aduh hidung aku.. " rungut aku sambil gosok2 hidung aku. Ha ni rasa nak bersin kuat2 ni! Cukuplah jeman je buat aku terseksa tadi-







"Hah.. boleh tahan buta jugak kau ni sampaikan aku dengan tiang pun tak boleh beza? Tch cepatlah turun, ayahnda dengan bonda dah tunggu kau " kata Jimin sebaik sahaja aku pandang mata nya. Eh jap! Ayahnda? Bonda?







"Mak bapak siapa pulak tu? Eh! Takde apa, jom2 aku memang tunggu kau pun tadi! Hehe jom? " Ujarku dengan nada suara sengaja dicomelkan. Alahh! Sekali ni je! Lepasni takde makna aku nak comel2 dengan jeman ni! Heh. Tiba2 Jimin ketawa kecil.







"Laju je eh kau bila nak mintak tolong aku.. tch.. mengada " kata Jimin sambil tersenyum senget. Aku mencebik perlahan dan berkepit dengan dirinya. Jimin pandang aku terkebil kebil.







"Ah! Jangan salah faham ye.. aku cuma takut nak jumpa mertua aku! Sebab tu aku nak jalan dengan kau! Ehem.. boleh kan? " Minta aku dengan sedikit kekok. Malu sebenarnya sebab Jimin macam dah tahu je aku takut so dia pandang je aku lain macam. Tch! Beruk bethol-






Jimin hanya mengangkat bahu tanda tidak kisah dan biarkan aku jalan di sebelah nya rapat.

Aku apa lagi, senyum bukan main lah. Eh kau kenapa Hana? Uhuk








...








Usai je makan pagi tadi, terus aku dan Jimin naik ke atas.

Huh! Aku ingat kan apa lah tadi, masa aku makan tadi bising bukan main! Macam pasar pagi weh-

Aku pulak yang awkward kat situ sorang2. Tapi lega aku bila tahu Raja dengan permaisuri takde masa makan tu!

Aku tanya Jimin, tapi dia pulau aku. Ceh! Mangkuk betul

Aku keluar ke koridor dan menghayati setiap hembusan angin pagi yang segar itu. Wah feeling macam titanic duh.. cuma kalini watak dia, Jung Hana the Loner.

Hoho sedih nya hidup aku-

Tiba2 aku dapat rasakan ada seseorang duduk belakang aku. Rapat.

Baru aku nak toleh belakang, tangan kasar Jimin terlebih dahulu tahan muka aku dari pusing belakang.

Okey, aku malu. Ya tuhan! Kenapa dia suka sangat duduk dekat gila dengan aku ni?? Eee selamat kan Hana!

Aku menelan air liur kesat dan berdehem kecil.

Jimin hulurkan sebuah kotak kepada aku. Aku pandang nya pelik.






"Apa ni? " Soal aku hairan. Jimin berdehem kecil dan suruh aku ambil dulu kotak tersebut. Ele, malu2 anjey pulak jeman ni- pikir suwit ke?







"Tu phone kau. Aku beli baru. " Kata Jimin sambil pandang ke luar koridor. Angin sepoi2 lembut meniup ke arah Jimin membuatkan Jimin nampak.. handsome dan macho. Omo! Hana kau kenapa nyah? No! Aku menggeleng kepala perlahan dan ambil kotak itu selamba.







"Oh ingatkan tak tahu nak ganti barang orang.. berhati perut jugak kau ni rupanya! Hihi gumawo " ucap aku sambil tersengih mengejek. Lah, at least aku reti jugaklah cakap terima kasih ke apa! Dari jeman ni, cakap maaf pun tidak! Tapi takpe lah dia ganti phone aku,so aku maafkan je lah. Ye, aku baik aku tahu-







"Tch.. aku memang baik, kau je tak tahu! Hm Jungkook ajak makan kat tempat haritu. Kau nak ikut ke? " Soalan Jimin membuatkan aku tersenyum lebar. Ha! Aku memang nak jumpa dengan jenguk tu! Banyak benda aku nak tanya dia! Cis- Jimin pandang aku atas bawah.







"Eh aku mestilah nak ikut! Aku nak tanya dia pasal Seonhyu.. lep-- " belum sempat aku habis, Jimin berdecit tidak puas hati dan tinggalkan aku sorang2 di luar koridor. Lah kenapa pulak dia ni?? Aku terus masuk ke dalam juga.







"Yah Jimin! Kau ke--- "







"Cepatlah bersiap! Aku malas nak tunggu kau siap lama2. Tch sikit2 senyum.. ergh " ujar Jimin dingin dan menjeling aku tajam. Aku terkebil kebil pandang jelingan maut Jimin yang tetiber tu.






Aku menggaru kepala tidak gatal dan penuh tanda tanya.

Dia ni, asal mention si Jungkook tu ada je nak marah tetiba! Dahlah TIBA TIBA-

Nak kata dia cemburu, memang tak lah nak.. dia suka aku pun tidak! Tenang2, aku pun tak suka dia. Adil kan tu? Hoho

Aku biarkan masalah Jimin dan terus bersiap sedia untuk tembak Jungkook dengan bazooka aku!

Yaho!!








...tbc...

Enyeny! Jeman jeles ah.. takpe, Boss bini dia, boleh pujuk! Hana boleh ketepi ye. K gurau siyes-

*Boss dilempar ke laut china oleh Hana*

[✓] Crazy Prince + PjmWhere stories live. Discover now