Makmal Sains

20 4 0
                                        

Azreen ialah seorang pelajar terpintar didalam sekolahnya
Azreen seorang yang pendiam
Oleh sebab itu, dia selalu dipinggirkan oleh semua orang dan selalu bersendirian

Tidak sampai suatu hari itu dia berkenalan dengan seorang pelajar perempuan yang sekelas denganya
Nama pelajar perempuan itu ialah julia Azreen dan Julia mula menjadi rapat
Hari demi hari, mereka sentiasa meluangkan masa bersama
Tidak sehingga suatu hari, julia mengajak azreen untuk pergi ke suatu tempat

Azreen merasa tidak senang hati
Namun dia memilih untuk mengendahkan perasaannya itu, dan mengikuti Julia
Mereka pun berjalan beriringan menuju ke tempat yang ingin dituju oleh julia
Mereka pun tiba disebuah makmal sains yang terlihat seperti sudah lama di tinggalkan
Dengan perasaan pelik azreen pun bertanya kepada julia

"Kita buat ape kat sini julia"
Namun julia berdiam sahaja
Julia pun membuka pintu makmal sains yang tidak berkunci itu dan memasuki makmal sains itu
Azreen pun ikuti sahaja julia memasuki makmal sains tersebut, meskipun hatinya merasakan sesuatu yang pelik
Dengan tiba-tiba julia memberhentikan  langkahnya yang turut membuatkan langkah azreen juga terhenti

Azreen mula merasa tidak selesa dengan persekitaran yang sunyi itu
Namun azreen tetap mendiamkan diri
Tidak sehingga ketika azreen mula melihat bahu julia yang mula terenjut-enjut dan suara tangisan julia pun perlahan-lahan kedengaran
Azreen pun mendekati julia dan perlahan-lahan menyentuh bahu julia
"Julia?, kau ok tak?"
Dengan mengejut, julia pun berpaling kearah azreen
Alangkah terkejutnya Azreen disaat melihat muka julia yang dipenuhi dengan darah

Azreen merasa ketakutan dan ingin berlari keluar dari makmal sains tersebut
Namun pintu makmal sains tersebut tiba tiba tertutup lalu terkunci
Azreen mengetuk pintu tersebut berkali-kali, namun sudah pasti tiada yang mendengarnya

Julia terus mendekati azreen
Dengan perasaan cemas, Azreen pun berlari menuju ke satu bilik kecil, mengunci pintu tersebut dan bersembunyi di bawah meja
Namun ketakutan azreen tidak berakhir disitu
Tatkala pintu yang telah dikuncinya tadi, mula terbuka dengan perlahan-lahan
Tubuh badan azreen semakin bergetar melihat julia yang semakin mendekati nya
Disaat itu julia pun berkata
"tolong aku azreen, jangan tinggalkan aku azreen"

"Apa yang kau nak?, k-kenapa aku?"
Julia terus mendekati azreen tanpa mempedulikan ketakutan yang dirasai Azreen
"Sebab kau je boleh tolong aku azreen"
ujar julia yang sudah mencangkung dihadapan azreen
Dengan wajah yang pucat dan mata putih nya, julia terus menatap azreen dan begitu juga dengan Azreen
Dengan tiba-tiba, azreen mula melihat perkara sebenar yang terjadi kepada julia

Azreen melihat sekumpulan pelajar perempuan sedang membuli julia
Mereka terus membuli julia tanpa belas kasihan
Julia dipukul, dan disepak berkali-kali sehingga sampai di tahap dimana julia mulai tidak menyedarkan diri
Sekumpulan pelajar itu pun mula berasa cemas dan menjadi kelam kabut
Mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan

Pada akhirnya sekumpulan pelajar itu membuat keputusan untuk meletakkan julia di dalam almari berbentuk empat segi yang terletak di bawah tingkap
Berfikir bahawa julia telah mati, mereka pun mengunci almari tersebut dan berlalu pergi
Setelah tersedar dari pengsan nya, julia mendapati dirinya terkunci di dalam almari kecil itu

Julia mencuba mengetuk pintu almari tersebut, berharap sesiapa bisa mendengar nya
Namun tiada sesiapa yang datang dan disebabkan itu
Julia pun mati kelemasan di dalam almari tersebut

Azreen tersedar tatkala seseorang sedang mengocang tubuh nya dan memanggil nama nya
Ternyata orang itu ialah cikgu yang mengajar nya
"Azreen! Kamu ok tak ni?, kenapa kamu tidur di sini?"
soal cikgu itu dengan riak risau di wajah nya
Azreen tidak dapat menahan airmata nya lagi
"Cikgu, julia cikgu"
ujar azreen dengan tangisannya yang sepenuhnya membuatkan cikgunya terkejut kerana julia merupakan pelajaran yang telah hilang setahun yang lalu, 'bagaimana azreen boleh mengetahui tentang julia' soal cikgu itu di dalam fikiran nya

"saya nampak julia cikgu, dia minta saya tolong dia cikgu, dia tunjukkan semua nya pada saya cikgu"
ujar azreen dengan tangisannya yang tak bisa dikawal lagi
cikgu itu pun memeluk azreen untuk menenangkan dirinya
Tatkala itu cikgu tersebut melihat julia yang sedang melihat mereka dari luar bilik kecil itu dengan raut wajah yang sedih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa para medik sedang mengeluarkan mayat julia yang dijumpai terduduk di dalam almari tersebut
perlahan-lahan mereka mengeluarkan mayat tersebut dan meletakkan nya di dalam beg mayat
Azreen melihat perkara itu ditemani dengan cikgu nya yang berada disisinya

Manakala keadaan diluar makmal sains pula kecoh dengan pelbagai kata kata dari murid dan spekulasi dari wartawan
Sekumpulan pelajar yang didapati bersalah tersebut dibawa ke balai polis untuk siasatan penuh

Manakala azreen pula terus melihat beg mayat julia yang mula diangkat dan dibawa keluar dari makmal tersebut
Segala kenangan nya dengan julia mula terlintas membuatkan diri azreen berasa sebak
perlahan-lahan cikgu mengosok bahu azreen dan berkata
"Kalau julia boleh katakan sesuatu, dia pasti tak nak kamu sedih dan dia pasti bangga dengan kamu"
ujar cikgu itu mencuba menceriakan azreen meskipun hanya sedikit

Azreen hanya tersenyum kecil
Mereka pun bergerak keluar dari makmal sains mengikuti para medik yang membawa mayat julia ke ambulance
Sesampainya disana, azreen melihat julia dari kejauhan sedang tersenyum ke arah nya
Mata azreen mula berair dan dirinya mulai berasa sebak
Perlahan-lahan, julia mengangkat tangannya, lalu melambai kearahnya
Menandakan bahawa dia akan pergi saat itu
Sebelum dirinya perlahan-lahan menghilang

                                       Tamat

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Makmal SainsWhere stories live. Discover now