🐰 20

1.2K 185 7
                                    

Loceng penthouse Jaemin kedengaran. Siapa pulak yang datang ni. Kalau reporter memang mati dia. Tak pasal ada gosip baru.

Tapi aku gagahkan jugak untuk buka pintu. Sebaik saja bukan pintu, wajah Hyunjin muncul. Lega aku. At least bukan reporter.

"Oh you dah ada kat sini. Jadi tak perlulah I masuk sebab I dah tahu bidadari dia tengah jaga dia sekarang ni"

Bidadari? Apa maksud dia?

"You dah datang kan. Masuk jelah. Sahabat you tengah tidur lagi"

Kami melangkah masuk sama sama. Aku tutup pintu.

"Amboi selalunya susah dia nak tidur time time macam ni. Pukul 2 atau 3 pagi baru dia tidur"

Lewatnya. Hish!

"Iya? Apa je yang dia buat time tu"

Hyunjin mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Entahlah. Maybe dia fikir something kot"

Okey yang ni aku pelik. Aku dah start curious.

"Maksud you?"

"You nak tahu something?"

Aku mengangguk.

"Sebenarnya susah dia nak demam macam ni sebab Jaemin tu orangnya kuat. Selalu exercise dekat gym. Pemakanan dia pun jaga. So ada satu je sebab kalau dia demam"

"Apa dia?"

"Bila terlampau fikir macam macam dan dia start stres. Dan bila dia stres, dia akan demam teruk macam ni"

Kesiannya.

"Tapi dia fikir apa sampai dia stres macam tu"

Hyunjin pandang aku. Hish! Lagi curious aku.

"Dia fikir pasal you lah kot. Eh bye the way you ada masak something tak? I lapar lah"

Kenapa aku rasa macam dia nak lari daripada topik eh. Tapi aku sempat tangkap ayat first tu.

Dia fikir pasal aku? Tapi kenapa? Damn kenapa semuanya semakin complicated ni.

"Fine! Ada tu ha. Pergilah makan. I nak pergi check kawan you kejap. Dari tadi belum makan"

"Patutlah kawan I suka you. Bebel pun nampak hot"

Aku terus tampar belakang bahu dia.

"Tapi you jangan lama lama sangat pergi check dia. Teman I makan kat sini. Boring lah kalau makan sorang"

"Iye" jawabku dengan malas.

Aku melangkah ke bilik Jaemin. Dia masih tidur dengan nyenyak. Tak ada tanda tanda nak bangun. So aku pergi ke dapur semula. Ada bagusnya aku sambung gosip dengan Hyunjin.

"Sedaplah you masak" puji Hyunjin.

"Tengok kaki lah"

Dia ketawa dengan lawak bodoh aku.

"Eh by the way I teringin nak kenal kenal dengan you punya girlfriend"

Dia stop makan. Muka dia terus lain.

"You jangan cakap dekat I yang you tak ada girlfriend. You nak tipu orang lain boleh but not me"

Aku senyum sinis.

"Dia dah meninggal. Accident"

Senyum sinisku terus hilang. Aku rasa bersalah sebab tanya soalan macam tu. Niatku tadi cuma untuk bergurau. Tak tahu pula dia memang ada girlfriend dan girlfriend dia sudah meninggal.

"Don't trust him lil bunny"

Satu suara menganggu kami. Yes Jaemin sudah bangun. Elok aje dia duduk sebelah aku. Siap landing kepala dia atas bahu aku lagi.

"Kau ni dah la datang makan dekat rumah aku. Pastu kau double kill tipu lil bunny aku. Kau memang cari nahas ke macam mana ni?"

Aku pandang Hyunjin dengan muka geram. Jadi dia tipu aku hidup hidup tadi. Sumpah aku cakap yang aku percaya dia tadi.

"Is that true Mr Hyunjin?"

Aku masih boleh kawal diri aku untuk tak pukul pukul dia. Dia pula macam tengah tahan tawa.

"I'm sorry" kata dia.

Dan selepas itu aku terus bangun dan pukul pukul dia. Eii geram tau.

"Sampai hati you tipu I"

Aku duduk di tempat aku semula.

"Dia memang macam ni lil bunny. Sebab tu sampai sekarang belum ada girlfriend"

Jaemin kutuk Hyunjin selamba.

"Eleh kau pun apa kurangnya. Sanggup single sebab tunggu perempuan tu"

Senyumanku terus hilang. Siapakah perempuan yang bertuah itu?

...

Son Of Evil | NA JAEMINWhere stories live. Discover now