R A Y N I L H A M - 3 4 💕

Start from the beginning
                                    

"bro, jom la. Esok Affan nak sekolah. "kata Syakir

Tadi, Fitra dah pesan kat Syakir. Affan sekolah, jadi tetap kena pergi sekolah.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

3 hari Rayn di dalam hospital dan si kembar di dalam wad NICU.

Esok pagi, mereka bertiga dah boleh keluar dari hospital. Si kembar pun, sudah boleh keluar dari wad NICU dan ditempatkan di wad biasa.

Si kembar bukan pramatang tetapi hanya mengalami komplikasi sewaktu pembedahan. Jadi sekejap sahaja. Kalau pramatang, lebih kurang 1 bulan.

"nama dia siapa?? "soal Dilla teruja. Bayi lelaki yang didukungnya dilihat. Pipi tembam bayi itu diusik.

"Uzayr. "kata Rayn

"Uzayr je?? "soal Nani pulak

"tak payah la panjang-panjang. Belit lidah nak sebut. "sampuk Atok.

Rayn tersenyum.

"Muhammad Raiyan Uzayr bin Umar Al-Khalid. "sampuk satu suara.

Rayn berpaling ke arah pintu. Umar sedang berdiri disitu.

"yang perempuan, Nur Raisha Ufaira bt Umar Al-Khalid. "sambung Umar

Satu sampul surat besar diletakkan di atas meja katil Rayn.

"nah, ambil Raisha. "kata Rayn kepada Nani. Namun, satu tangan segera menghulur untuk mengambil bayi kecil itu.

Rayn memandang Umar.

Umar mengangguk tanda menyuruh Rayn untuk menyerahkan Raisha kepadanya.

Teragak-agak Rayn untuk melepaskan Raisha namun akhirnya Raisha selamat berada di dalam dukungan Umar.

Sampul surat berwarna coklat itu di ambil.

Isi di dalamnya dikeluarkan. 2 surat beranak.

Rayn membaca surat beranak milik Raiyan.

Nama : Muhamad Raiyan Uzayr

Lahir : 22 Januari

Jam : 4:58 p.m.

Ibu : Rayn Ilham bt Muhd Razif

Umur : 26 tahun

Bapa : Umar Al-Khalid bin Ahmad Malik

Umur : 31 tahun

Beralih pula ke pada surat beranak milik Raisha.

Nama : Nur Raisha Ufaira

Lahir : 22 Januari

Jam : 5:02 p.m.

Ibu : Rayn Ilham bt Muhd Razif

Umur : 26 tahun

Bapa : Umar Al-Khalid bin Ahmad Malik

Umur : 31 tahun

Rayn kembali memasukkan 2 surat beranak itu. Umar dipandang.

"thanks daftarkan. "kata Rayn

"tanggungjawab abang. "kata Umar

Rayn mengangguk.

Sejak dia sedar, dia tak banyak cakap dengan Umar.

Hanya thanks, angguk dan geleng. Umar juga tidak banyak bercakap.

Keluarga Rayn sudah datang dari semalam lagi. Mereka duduk di rumah Rayn.

Perkara berkenaan penceraian mereka, belum diceritakan. Nantilah, kalau Rayn sudah sihat sepenuhnya dia akan ceritakan.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now