R A Y N I L H A M - 3 1 💕

Start from the beginning
                                    

"kakak. Kakak okay?? Mana abang?? "soal Affan

"tutup pintu Affan. "kata Rayn

"tapi kakak. "

"tutup pintu tu!!! "

Terus kelam kabut Affan menutup pintu bilik kakaknya.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"lagi 3 hari. "

"serius la!!! Weh!! Kau kena halang dia. "

"tak de apa yang nak di halang, semalam dia balik. Aku cuba pujuk dia.  Tapi nampaknya, keputusan dia muktamad. "

Betul, dia dah cuba pujuk Umar

"abang, Rayn minta maaf. "kata Rayn pada Umar yang sedang memasukkan bajunya ke dalam beg.

"abang, tolong tarik balik apa yang abang kata kat Rayn tengahari tadi. "

Umar berdiri menghadap Rayn.

"aku, takkan tarik balik apa aku kata. Itu yang kau nak kan Rayn?? Jadi, terima je la. "kata Umar lalu melangkah keluar dari bilik.

"abang!! Rayn minta maaf. Rayn sayangkan abang. "

"tapi aku tak sayangkan kau. Aku cinta kan Zahra. Kau faham tak?? "

Rayn terdiam.

"tak payah kejar aku. Duduk je dalam bilik itu. Jatuh nanti, menyusahkan aku. "kata Umar

Rayn hanya memandang belakang Umar yang semakin menjauh.

"aku harap kau kuat Rayn. "kata Fitra.

"aku tak tahu aku kuat ataupun tak weh. Dia suami aku. Aku sayangkan dia. Cintakan dia. "

Fitra mengeluh. Dia pun tak de jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kawannya ini.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Pintu rumah dibuka dari luar, Rayn terus berpaling.

Umar melangkah masuk ke dalam bilik.

"abang. "

"nah, aku nak kau pakai dress ni nanti. "kata Umar lalu mencampak dress yang berbalut plastik di atas sofa.

"abang betul-betul nak kahwin dengan Zahra?? "

"nampak aku macam main-main ke?? Itu yang kau nak kan Rayn?? Aku hanya buat benda yang kau minta jadi kenyataan. "kata Umar tenang.

"tapi abang.. "

"aku nikah pukul 2 petang. Aku siap dekat sini. Aku nikah kat masjid depan. Sebelum kau pergi masjid tu, kau boleh la pergi check up. Aku tak ikut, busy. "kata Umar dan terus melangkah keluar dari rumah.

Tak sempat Rayn berkata apa-apa.

Rayn terus mengambil dress yang dibawa Umar tadi. Cantik, warna putih. Memang dress untuk ibu mengandung.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Rayn melangkah masuk ke dalam sebuah bilik. Bilik itu berkunci. Tak nak bagi Umar masuk. Ingat nak buat suprise kat Umar. Tapi lain pula yang jadi

Di dalam bilik itu, terbahagi kepada 2. Dinding sebelah kiri dicat warna biru lembut dan sebelah kanan dicat warna pink lembut.

Di dinding kanan dan kiri ada tulisan yang dilekatkan.

Disebelah kiri, tertera tulisan Raiyan Uzayr. Sebelah kanan pula, Raisha Ufaira. Nama anak-anak mereka.

Rayn sudah berbincang berkenaan nama dengan Umar.

"kalau anak kita lelaki, abang nak nama apa?? "soal Rayn

"nama ek?? Uzayr. Abang suka nama tu. "kata Umar

"Rayn pulak, nak Raiyan. So digabungkan jadi Raiyan Uzayr. "

"Raiyan Uzayr bin Umar Al-Khalid. "kata Umar

Rayn tersenyum.

"kalau perempuan?? "soal Umar tiba-tiba.

"Rayn nak letak nama, Raisha. Maksud Raisha tu adalah pemimpin, puteri. Cantik kan?? "

Umar mengangguk setuju.

"lepas tu, tambah Ufaira. Raisha Ufaira binti Umar Al-Khalid. "

"cantik-cantik!! Rayn suka!! "kata Rayn

Rayn mengeluh mengenangkan pergaduhan yang terjadi antara mereka. Katil yang berada di tengah bilik itu dituju.

Katil itu besar, muat 4 orang baby. Katil itu pun seperti terpisah. Ada 2 ruangan. Bahagian kiri berwarna biru dan kanan pink. Terdapat juga 2 bantal peluk disetiap satu ruang. Bantal kepala dan selimut.

Rayn bergerak pula ke arah almari yang berada di ruang sebelah kiri. Almari dibuka dan di ambil sehelai gaun berwarna pink cair. Comel sangat.

Setelah itu, dia bergerak pula ke almari di ruang sebelah kiri.

Buka sahaja almari, pelbagai pakaian ada di dalam itu. Dari baju tidur, ke baju biasa dan baju jalan-jalan. Stokin dan sarung tangan. Topi dan bermacam.

Satu lagi almari yang terletak dihujung bilik. Disebelah tingkap. Almari itu penuh dengan pampers, bedak, tisu basah dan pelbagai lagi barang baby.

"oi!! Aku punya tawaf cari kau satu rumah. Kat sini rupanya. "tegur satu suara.

Rayn berpaling. Fitra sedang berdiri dihadapan pintu bilil itu.

Fitra tahu kewujudan bilik itu. Kerana dia, Arif dan Akmal la volunteer nak hias dan cat bilik itu.

Rayn hanya duduk goyang kaki je. Hahah

"kenapa?? "

"saja je datang. Nak sembang dengan kau. "

"tak de kerja ke?? "soal Rayn

Fitra menggeleng lalu melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"excited nak tunggu twin keluar?? "soal Fitra

"of course la excited. "

"Umar dah tahu?? "

Rayn menggeleng.

"aku tak sempat nak bagitahu dia. Masa dia balik tu, kau nak bagitahu dia. Entah macam mana aku lupa. Esoknya pulak, pagi tu aku nak bagitahu. Dia pergi jumpa Zahra. Then tengahari, baru dia balik. Lepas tu gaduh. Macam mana aku nak bagitahu dia?? "

"hmm, ye tak ye jugak ek. "kata Fitra

"jom. "ajak Rayn

"pergi mana?? "

"amik Affan. Lepas tu jalan-jalan la. "

Fitra hanya mengangguk.

"kau dah sarat pun nak jalan lagi ek?? "

"exercise ."

"ye la. "

Fitra akur

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Hmmm, Umar kahwin dengan Zahra. Comment and like.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now