R A Y N I L H A M - 2 9 💕

Start from the beginning
                                    

"Zahra, kan saya minta 5 bulan. "

"bulan tu, saya tak de. Ada khursus. Jadi, saya nak percepatkan. "

Umar mengeluh.

"saya... "

"please Umar. "rayu Zahra.

Sekali lagi, Umar mengeluh.

"okay, kita cepatkan. 21/1. "kata Umar

"okay!! Saya suka tarikh tu. "kata Rayn

Tarikh tu, genap 8 bulan usia kandungan Rayn dan 4/4, tarikh yang sangat sempurna. Genap setahun perkahwinan mereka dan masa itu, anak mereka mungkin dah 2 bulan.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"bye, jaga diri elok-elok tau. "kata Rayn. Seragam Umar dibetulkan sedikit.

"Rayn tu, lagilah kena jaga diri. Jangan buat kerja-kerja berat. Apa-apa, panggil je Fitra tu. Jangan banyak bergerak. "

"iye, Rayn tahu lah. Baby baru 5 bulan. Bukan 9 bulan. "

"ye, abang tahu. Tapi 5 bulan pun perutnya dah macam 9 bulan. "kata Umar

Tak dapat dinafikan, bulan ni saja banyak perubahan pada perut Rayn. Dah jadi makin besar. Rayn nak jalan pun terkedek-kedek. Padahal baru 5 bulan.

"okay la, abang kena gerak ni. Affan, jaga diri elok-elok. Jangan susahkan kakak. "

Affan mengangguk.

Tangan Umar disalam.

Rayn menghulurkan tangan kepada Umar. Huluran disambut.

Tangan Umar dikucup dan selepas itu, Umar pula mengucup dahi Rayn.

"jaga diri, abang pergi dulu. "

Rayn mengangguk.

"bye!! Balik jangan bawak luka baru. Sayang abang!! "

Umar yang berada di sebelah kereta tersengih. Dia tahu apa maksud balik jangan bawak luka baru.

Masa dia balik haritu, Rayn bebel. Asyik ada luka baru saja ditangannya. Masa dia balik haritu, luka di tangan.

Lepas tu, sebelumnya luka di lengan. Rupanya, Rayn ni bagus dalam pemerhatian.

"bye!! Love you, assalamualaikum. "

"lobe you to, waalaikummussalam. "kata Rayn

Kereta Umar mula bergerak keluar dari halaman rumah.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

2 minggu berlalu,

Rayn melangkah keluar dari rumah.

"cepat Affan. Lambat dah ni. "kata Rayn

Hari ini, dia ada check up untuk ke 6 bulan. Dia memang nak sangat pergi check up ni. Sebab pelik, perutnya makin lama makin besar. Memang la normal kan, tapi tu la. Dalam masa sebulan banyak sangat perubahan. Rayn pun kalau bergerak dari ruang tamu ke dapur dah mengah. Macam buat maraton.

"jangan nakal-nakal. Belajar elok-elok. "pesan Rayn kepada Affan.

Affan mengangguk. Ye, Affan dah darjah 1. Tak perasan tertinggal umur Affan.

Setelah melihat Affan selamat masuk ke dalam kawan sekolah, Rayn terus menuju ke arah klinik.

Dia memang gerak awal. Appointment pukul 8.30 tapi sekarang baru 7.30.

Ada lagi sejam. Rayn memang suka keluar awal sebab dia tahu akan sesak di kawan sekolah. Dia dah biasa, kekadang sampai 2 jam dia tersekat dalam jem.

Masa bulan puasa lagi lah, dia siap boleh berbuka dalam kereta lagi. Lagipun, rumah Rayn dan sekolah mengambil masa 15 minit untuk sampai.

Tepat jam 8 pagi, Rayn sampai di hadapan klinik. Dia dah tempuh 4 jem. Jem di sekolah agama, jem di sekolah kebangsaan, jem kat sekolah agama dan jem di sekolah cina. Semuanya sekolah.

Rayn melangkah masuk ke dalam klinik. Setelah mendaftar, dia diminta duduk.

Dalam 5 minit menunggu, namanya di panggil.

"assalamualaikum. "kata Rayn sambil melangkah masuk ke dalam bilik doktor Najiha.

"waalaikummussalam. "jawab doktor Najiha.

Rayn dijemput duduk.

"check up 6 bulan kan?? "soal doktor Najiha

Rayn mengangguk

"saya tengok, perut makin besar ek?? "

"haah, dalam sebulan je banyak perubahan doktor. Semua tanya ingat dah 7 8 bulan. "kata Rayn

"baby besar ni. Jom, kita pergi scan. "kata doktor Najiha.

Rayn merebahkan tubuhnya di atas katil. Bajunya diselak sedikit.

Doktor Najiha tekun memandang ke arah skrin yang memaparkan bayi di dalam perut Rayn.

"ada dua kemungkinan, antara baby besar atau kembar. "kata Rayn

"mana awak tahu?? "

"saya doktor juga. Saya belajar kat Sydney dulu. Obstetrics and Gynecology. Saya pernah bekerja kat hospita di Ipoh tapi beberapa bulan je. "

"la ye ke?? "

Rayn tersenyum.

Mereka berdua memandang tepat ke arah skrin itu.

"ada dua ke tu?? "soal Rayn bila dia dapat menangkap sesuatu.

Doktor Najiha mendekatkan wajahnya ke arah skrin.

"eh!! Ada dua la!!! Ada dua degupan!! "kata doktor Najiha

Rayn tersenyum. 2 degupan??

Selesai scan, menimbang berat badan dan sebagainya. Rayn kembali duduk bersama doktor Najiha.

"macam ni la, saya bagi surat. Saya cadangkan awak pergi hospital. Untuk make sure betul-betul kembar atau pun tidak. "

Rayn mengangguk faham.

"terima kasih ye doktor. "

Doktor Najiha mengangguk.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Kembar ke tuuu??? Comment and like

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now