R A Y N I L H A M - 2 5 💕

Start from the beginning
                                    

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Pagi itu, Umar sudah bersiap untuk membawa Rayn pulang. Baju, barang-barang milik Rayn dan miliknya sudah di kemas.

2 beg di bawa keluar dari bilik ward itu. Tangan kiri menjinjit beg dan tangan kanan memegang lengan Rayn untuk membantu wanita itu berjalan.

Di dalam kereta,

"abang. "

"hmm. "

"boleh tak Rayn nak request something?? "

"request apa?? Kau mengidam nak makan apa-apa ke?? "

Rayn menggeleng.

Umar menoleh sekilas ke arah Rayn.

"boleh tak jangan berkau aku dengan Rayn?? Hmm, panggil Rayn, sayang. "kata Rayn

Umar diam. Tidak menjawab.

"tengok lah nanti. "

Rayn hanya mengangguk. Tengoklah nanti.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"Rayn!! Aku dah kata kan, duduk je. Nak apa-apa panggil je la aku. "marah Umar bila terlihat Rayn sedang memunggah sesuatu di dalam peti ais.

"Rayn nak coklat. "

"mana ada coklat dalam ni. "

"haritu Rayn beli. 2 bar lagi. Siapa yang makan?? "soal Rayn

"abang Umar yang makan kakak. "celah Affan

Umar membesarkan matanya dan mengeluh.

"abang habiskan coklat Rayn?!! "

"erkk, aku ingat ke kau tak nak dah. Lagipun Rayn, tak elok makan coklat banyak sangat. "

Rayn memandang tajam ke arah Umar.

"tak nak kawan abang!!! Jangan cakap dengan Rayn!! "kata Rayn dan berlalu pergi dari dapur.

"hey Rayn!! Jalan slow-slow la!! "kata Umar. Dia mengikuti langkah Rayn ke tingkat atas.

Sampai sahaja di bilik, Rayn sedang duduk di beranda biliknya. Di atas buaian.

"Rayn. "seru Umar. Lembut.

"tak dengar!! "

"Rayn. Aku minta maaf. "kata Umar lalu duduk di tempat kosong, bersebelahan Rayn.

"siapa suruh duduk sini?? "soal Rayn.

"sayang. "lembut sahaja seruan dari Umar

Rayn berpaling memandang Umar.

Umar mengangkat keningnya beberapa kali.

"abang minta maaf ek?? "kata Umar

Rayn ingin senyum, namun senyumannya di tahan.

"eleh, nak senyum tu senyum je la. "kata Umar.

Rayn tergelak kecil.

"suka hati Rayn la. "

"lembut juga hati kau ni kan?? Tak de la susah mana nak pujuk. "

"kau balik??? Nak sayang. "

Umar memejamkan matanya.

"ye sayang. "

"lagi. "pinta Rayn. Best pulak dengar Umar sebut sayang.

"sayang. "kata Umar

"lagi lagi lagi. "

"abang sayang, sayang. "kata Umar

Rayn memandang wajah Umar. Matanya tepat memandang mata Umar.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now