Faliq membawa masuk Aulia ke dalam sebuah bilik yang sudah ditempah olehnya dan diikuti Faiq secara senyap-senyap apabila pintu yang ditolak oleh Faliq itu tadi tidak tertutup dengan rapat. Faiq bersembunyi di sebuah ruang yang agak sempit namun boleh menampakkan lagi situasi yang berlaku ketika itu.
"Malam ni kau akan jadi milik aku". Kata Faliq lalu melepaskan tawanya besar dan mengerunkan sambil melihat ke arah Aulia yang sudah dia baringkan di atas katil hotel tersebut.
Faiq mengeluarkan handphonenya dan merakam segala percakapan dan perbuatan Faliq ketika itu namun, Faliq yang tidak sedar akan kehadiran Faiq dalam bilik berkenaan. Faliq menghubungi seseorang untuk naik ke bilik itu dalam satu panggilan sahaja.
"Dah boleh naik". Kata Faliq kepada si pemanggil dalam satu talian sahaja. Kemudiannya, dia meletakkan panggilan dan terus menghampiri Aulia yang masih dalam keadaan pengsan itu.
"Just wait for something fun, Honey". Kata Faliq sambil mengusap wajah Aulia dan membelai rambut Aulia yang sudah ia uraikan tadi lalu dia bangun dari duduknya setelah mendengar ketukan pintu yang dibuat dari luar menandakan orang yang dia hubungi tadi sudah datang.
"Kita nak buat apa dengan dia daddy?". Tanya Faliq apabila seorang lelaki yang dipanggil daddy itu masuk dan orang yang dipanggil daddy itu ialah Dato Johar.
"Kau buat je la apa pun, pastikan dia setuju nak kahwin dengan kau nanti". Kata Dato Johar kepada anaknya itu sambil memasangkan kamera tidak jauh dari katil tersebut untuk merakam segala aksi anaknya.
"Dah settle nanti jangan lupa ambil kamera ni, jangan lama sangat pula kau buat projek dengan dia. Make sure video tu kita boleh guna untuk ugut dia nanti". Pesan Dato Johar kepada Faliq yang tidak lepas matanya memandang ke arah Aulia.
Faiq mengeluarkan handphonenya dan membuka aplikasi WhatsApp untuk menghubugi Danish yang masih menunggunya di kereta.
Danish Amsyar (Online)
Faiq Kamarul
Kau cari sorang perempuan dekat bawah tu, cakap dengan dia kau bayar dia mahal malam ni.
Danish Amsyar
Kau gila, aku tak buat kerja macam tu.
Faiq Kamarul
Bukan nak suruh kau yang buat benda alah tu.
~
Cari je sorang cepat, lepas tu bawa naik atas terus.
Danish Amsyar
No bilik.
Faiq Kamarul
103
Faiq menutup telefonnya dan terus menjalankan rancangannya untuk menyelamatkan Aulia terlebih dahulu sebelum dia memulakan rancangan kedua sementara menunggu Danish. Faliq membuka bajunya dan duduk berhampiran di sisi Aulia.
"Bagus rancangan kau ni". Kata Faiq manakala Faliq pula terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Faliq berdiri di sebelah Aulia yang kni keadaan Faliq yang tinggal seluar sahaja.
"Kau siapa? Macam mana kau masuk dalam bilik aku ni?". Tanya Faliq lalu mengacukan pisau yang berada di dalam poket seluarnya ke arah Faiq.
"Rilex la bro. Benda boleh bincang, kau nak main pisau apahal". Kata Faiq lalu menendang tangan Faliq yang memegang pisau itu. Pisau tersebut jatuh ke lantai apabila Faliq terlepas dari tangannya. Faliq berjalan mengundur ke belakang manakala Faiq berjalan menghampiri Faliq.
"Kalau kau nak perempuan tu ambil, tapi aku nak kau buat hasil yang baik". Kata Faliq dalam keadaan gentar namun, masih memberanikan diri menyebut perkara itu.
Faiq hanya tersenyum sinis dan dia mula membelasah Faliq sehingga lelaki itu pengsan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, Danish sampai di bilik bersama seorang wanita yang diminta oleh Faiq tadi.
"Kau nampak kamera dekat sana tu?". Tanya Faiq kepada wanita itu lalu wanita itu hanya mengangguk dan faham dengan maksud yang ingin di sampaikan Faiq. Faiq sudah menutup mukannya terlebih dahulu begitu juga Danish. Bahagian muka Aulia telah Faiq tutup agar wanita itu tidak dapat mengecam mereka bertiga.
"Ni bayaran kau, aku bagi kau sampai pukul 1. Lepas tu serahkan kamera tu dekat aku. Dah serah nanti kau nak sambung balik suka hati kau". Kata Faiq lalu mengeluarkan beberapa keping noted RM100 dan diberikan kepada wanita itu.
Wanita itu senyum kepuasan apabila mendapat duit yang begitu banyak dari Faiq lalu Faiq dan Danish membantu wanita itu mengangkat Faliq sebelum semuanya berjalan dengan lancar.
Endflashback.
"Past apa bendanya kau ni, benda baru berlaku dua minggu lepas". Kata Rykal dengan nada yang naik seoktaf apabila Aryan dan yang lain tidak mahu mengikut saranannya untuk berada di hotel tersebut dalam masa seminggu.
"Kalau tak ada Faiq time tu, entah apa yang jadi dekat Aulia sekarang ni". Sambung Rykal apabila dia melihat ke semua adiknya berdiam diri dan tidak membalas percakapannya itu tadi.
"Dah la abang, Lia tak kisah pun ada dekat mana. Benda tu pun dah jadi, Lia tak salahkan abang pun dalam hal ni". Kata Aulia apabila dia melihat muka Rykal sudah merah menahan marah. "Dah semua pergi naik atas kemas beg untuk seminggu. Esok semua gerak pergi hotel". Sambung Aulia lagi dan ditujukan kepada Aryan dan dua adiknya.
Rykal dan Aryan masih tidak tahu siapa perlakunya, mereka hanya mengetahui kejadian yang berlaku di hotel itu sahaja. Perlakunya hanya diketahui oleh Faiq, Aulia dan juga Danish yang ketika itu mengikuti mereka.
Semenjak kejadian tersebut, kemana sahaja Aulia ingin pergi harus mengajak Faiq untuk menemaninya atas arahan Faiq. Jika Faiq tidak dapat menemaninya Aulia perlu mengajak Danish untuk menjaganya. Dalam masa yang sama, hubungan Aulia dan Danish semakin rapat dan mesra. Namun, masih tidak sama dengan cara layanan Aulia terhadap Faiq dan layanan Aulia terhadap Danish.
YOU ARE READING
Not Expected The Killer's
RandomTengku Aulia Isma yang sedang mencari dan memburu orang yang merancang untuk membunuh ayahnya dan yang telah menculik adik kembarnya sehingga mengakibatkan kematian ibunya pada usianya yang muda dan tanpa di sisi keluarga. Perkara yang tidak dapat d...
PART 13 || NETK
Start from the beginning
