~~~~~~
Faiq dan Danish yang berada di belakang sudah menahan geram apabila melihat lelaki itu menahan Aulia dari pergi meninggalkan meja tersebut.
"Kau kenal mamat tak cukup umur tu?". Tanya Danish kepada Faiq tetapi matanya tetap memandang ke arah Aulia yang berada di hadapannya.
"Kenal. Tapi as klien Lia je la, yang selebihnya aku tak tahu". Kata Faiq menjawab soalan Danish tadi. Lalu dia menghubungi Rykal untuk memaklumkan perkara tersebut tanpa pengetahuan Aulia.
"Kenapa dia tak pernah cakap dekat aku pasal mamat tu? Aku ni siapa bagi dia?". Danish mula mempersoalkan tentang kehadiran dirinya pada Aulia. Faiq memandang ke arah Danish dengan pandang pelik lalu dia mengelengkan kepalanya melihat sikap kawannya itu yang sudah bertukar dari palyboy menjadi kuat cemburu apabila Aulia bersama lelaki lain termasuk dirinya sendiri.
"Aulia bukan jenis yang suka bercerita semua benda dekat orang, lagi-lagi berkaitan kerja dia". Kata Faiq kepada Danish, malah bukan mahu menenangkan lelaki itu kerana apa yang diperkatakan olehnya itu adalah kenyataan dari diri Aulia sendiri.
Sedang asyik Faliq menikmati makanannya, Aulia bangun sekali lagi dati tempat duduknya untuk ke tandas. Malah, Faliq juga turut bangun sekali apabila melihat Aulia sudah melangkah satu tapak ke hadapan untuk meniggalkan meja makan tersebut.
"You nak pergi mana?". Soalan Faliq tersebut membuatkan langkah Aulia terhenti lalu memusingkan badannya menghadap ke arah Faliq semula.
"Saya nak pergi toilet Encik Faliq. Tak boleh ke saya nak pergi toilet?". Tanya Aulia semula kepada Faliq yang kelihatan gelisah apabila dia bangun buat kali keduanya.
"Oh pergilah, tapi make sure nanti duduk balik sini. I tak habis makan lagi". Kata Faliq lalu dia duduk semula di tempatnya itu dan menyambung semula makan makanan yang dipesannya. Aulia hanya memandang dengan pandang tajam dan terus melangkah pergi meninggalkan meja tersebut.
Ketika Aulia pergi ke tandas, Faliq memasukkan sesuatu ke dalam air milik Aulia dan perbuatan tersebut dapat dilihat oleh Faiq dan Danish yang masih berada di dalam rastaurant itu. Faiq terus mengeluarkan handphonenya menghubungi Aulia untuk memaklumkan perkara tersebut. Namun, panggilannya tidak diangkat oleh Aulia dan Faiq dengan segera menghantar pesanan melalui WhatsApp.
Beberapa minit kemudian, Aulia kembali ke tempat duduknya dan menyedut airnya semula tanpa merasa curiga sedikit pun terhadap lelaki di hadapannya. Faliq sudah tersenyum kemenangan sekali lagi kerana berjaya memasukkan sesuatu ke dalam air Aulia dan rancangannya berjalan seperti yang dirancangankan olehnya.
"Are you okay?". Tanya Faliq apabila dia melihat Aulia memicit lembut dahinya selepas meminum air yang sudah dicampurkan dengan ubat tidur yang diberikan oleh ayahnya pada pagi tadi.
"Yeah, I'm o...". Tidak sempat Aulia menghabiskan ayatnya dia telah tertidur akibat ubat tidur yang dimasukkan ke dalam airnya. Faiq dan Danish turut bangun dari duduknya apabila melihat Aulia tidak sedarkan diri ketika itu.
Faliq yang tersenyum melihat Aulia sudah tidak sedarkan diri itu dengan cepat dia menuju ke tempat duduk Aulia dan memapah Aulia keluar dari rastaurant tersebut. Dia membawa Aulia ke sebuah hotel berhampiran rastaurant tersebut sambil mengendong Aulia. Faiq dan Danish turut mengikuti langkah Faliq yang membawa Aulia ke hotel berkenaan.
"Kau tunggu aku dekat kereta, kalau lepas 30 minit aku tak turun baru kau naik". Kata Faiq kepada Danish lalu menyerahkan kunci kereta miliknya. Faiq terus melangkah pergi mengikut jejak Faliq yang sudah mahu memasukki ke dalam lif.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
Not Expected The Killer's
RastgeleTengku Aulia Isma yang sedang mencari dan memburu orang yang merancang untuk membunuh ayahnya dan yang telah menculik adik kembarnya sehingga mengakibatkan kematian ibunya pada usianya yang muda dan tanpa di sisi keluarga. Perkara yang tidak dapat d...
PART 13 || NETK
En başından başla
