🌹Bahagian 14🌹

ابدأ من البداية
                                    

"Tapikan Mel, kecantikan awak tak boleh kalah dengan bintang sebabnya awak lebih terang dari bintang. Kalau awak tak ada mesti hidup saya tak akan seindah..." Faliq mati kata bila Melati sudah merebahkan tubuhnya baring di atas katil. Gebar ditarik membungkus seluruh tubuhnya.

"Kalau dah habis cakap tolong matikan lampu. Terima kasih," arah Melati sebelum dia tersenyum. Bibir diketap sebelum dia pejam mata. Seronok betul hati Melati mengenakan Faliq.

Faliq di belakang sudah terkebil-kebil dengan kedinginan Melati itu. Tak apa, esok hari ada lagi. Pastinya dia akan tambahkan lagi usaha nak pujuk Melati terima dia semula. Rindunya dia pada telatah Melati usah dikata.

BERKERUT dahi Melati bila enjin keretanya tak nak hidup dari tadi. Jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Dia sudah mati akal saat ini. Minta bantuan Tina tapi sahabatnya itu ada shift petang. Nasib ada kawan jururawat kerja ikut shift macam Tina. Jadinya, dengan siapalah dia nak minta tolong? Takkan nak minta tolong dengan Faliq pula? Dia kan tengah buat drama merajuk dengan Faliq sekarang ni.

Ketukan pintu dari luar mematikan lamunan panjangnya. Terkebil-kebil dia pandang wajah manis Faliq yang sudah berada di luar pintu Toyota Viosnya itu. Pintu keretanya juga sudah dibuka oleh Faliq. "Ada yang boleh saya bantu?"

Melati terus buang pandangannya dari terus menatap wajah Faliq. Gila. Memang senyuman manis Faliq itulah yang buat dia gilakan lelaki ini.

TERSENGGUK-SENGGUK kepala Melati bila mereka tak sampai lagi ke tempat yang dituju. Dia sudah terlelap di tempat duduk bahagian penumpang. Seketika, Faliq berhenti di bahu jalan sebelum ditanggalkan hoodie yang membungkus tubuhnya. Diletak hoodie tersebut pada tubuh Melati yang kedinginan. Comel. Tidur pun macam budak-budak lagi lagak Melati ni. Tubuh kecil itu dipandangnya tanpa berkedip. Andai ditakdirkan mereka dikurniakan rezeki mesti dia tak akan perasan perubahan Melati memandangkan tubuh Melati yang kecil itu. Terus tangannya merayap pada perut Melati yang kempis itu. Seolah-olah ada kandungan sedang membesar. Entahlah kenapa, tapi dia teragak nak sentuh aje. Akhirnya, kucupan hangat diberikan pada pipi merah Melati. Lama. Faliq tersenyum sendiri.

'Maafkan saya Mel.'

Setibanya mereka di tempat yang dituju, Melati sudah tergamam. Dia terpinga-pinga bila Faliq sudah keluar dari kereta sambil mengeluarkan bagasi di dalam bonet kereta. Sungguhlah baru dia dapat cerna di mana keberadaannya saat ini. Di KLIA dan apalah yang dia orang buat dekat sini? Katanya tadi nak balik. Biarkan kereta Melati tersidai sebelum telefon mekanik.

"Sayang," panggil Faliq yang sudah berdiri di sisi kereta.

Berkerut dahi Melati bila Faliq sudah bukakan pintu kereta untuk dia. Meminta beribu penjelasan daripada suaminya itu.

"SAYA nak balik Faliq Ridhwan! Saya penat. Saya tak ada masa nak layankan perangai mental awak ni." Melati sudah menolak-nolak tubuh Faliq, cuba melepaskan dirinya dari rangkulan lelaki itu. Tapi semakin dia berdegil semakin ketat rangkulan Faliq sampailah akhirnya mereka masuk ke balai pelepasan antarabangsa. Berkerut dahi Melati minta penjelasan daripada Faliq. Tapi lelaki itu hanya berdiam diri.

Di dalam pesawat juga, Faliq masih diam tanpa menjawab semua soalan Melati. Dipakaikan tali pinggang keselamatan pada isterinya itu sebelum dia sengih kelat dengan pandangan tajam Melati. Sungguhlah Melati rasa nak buang Faliq dekat laut biar tak muncul-muncul lagi. Suka sangat buat sesuatu tanpa pengetahuan dia.

"Sayang, senyumlah sikit. Kita nak pergi honeymoon buat kali kedua tau."

"Honeymoonlah awak sesorang. Kita dah sampai nanti apa yang saya tahu saya nak tidur aje. Pergi layankan mental awak tu sesorang. Ha bawa sekali perempuan tak cukup kain tu." Dingin sebelum Melati kembali terlelap. Sungguhlah dia penat. Malas nak fikirkan perangai mental Faliq itu. Tawa kecil Faliq terhambur juga. Geli hati dengan marah-marah manja Melati itu.

Nasib baik tak ada orang duduk di sebelah dia saat ini. Boleh juga dia nak teruskan misi pikat hati Melati. Ha baru padan muka kau Faliq Ridhwan. Selama ni asyik Melati aje yang terhegeh-hegeh dengan kau. Sekarang ni tak pasal-pasal semuanya tunggang terbalik. Sempat lagi tu Faliq marah dengan diri sendiri.

Hampir sejam penerbangan mereka, keduanya hanya sepi. Sesekali kepala Melati terlentok di bahu Faliq sekejap-sekejap terlentok di sisi tingkap. Terus Faliq tarik lembut tubuh Melati lalu dilentoknya kepala Melati di bahunya. Melihat Melati sudah nyenyak dibuai mimpi buat hatinya yang bersalah dengan Melati beransur tenang. Sejuk saja hatinya di saat Melati berada di sisi. Baru saja tangannya mahu mengenggam erat tangan Melati, perempuan itu sudah memeluk erat lengannya. Sekali lagi Faliq tersenyum nipis. Hailah Melati ni, tak boleh kalau tak manja dengan dia.

'Saya harap, tempat ni boleh redakan kemarahan awak dekat saya, sayang. Saya cintakan awak Mel' gumamnya sebelum dia turut terlena di sisi Melati. 

Bersambung...

Thanks guys sudi baca karya Syaf ni ☺ suka tak? Ke stress dengan Melati? hahaha

Ada satu bahagian lagi sebelum kita ucapkan selamat  tinggal dengan Melati dan Faliq🌹

TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن