R A Y N I L H A M - 2 0 💕

Start from the beginning
                                    

Rayn melangkah keluar dari bikik air di dalam biliknya.

Affan setia menunggu di luar.

"kakak okay?? Nak Affan urut kan?? "soal Affan. Risau melihat kakaknya muntah-muntah.

Rayn menggeleng. Dia merebahkan badan di atas katil. Penat.

"Affan pergi la...."belum sempat menghabiskan ayatnya, Rayn terus menekup mulut sambil berlari semula ke arah bilik mandi.

Segala makanan yang ditelan tadi di keluarkan. Haih, sia-sia je makan.

Rayn makin lemah, kakinya tidak mampu menampung berat badannya. Dia jatuh terjelepok di atas lantai.

Mata dipejam rapat dan badan disandarkan ke dinding.

Setelah lega, Rayn melangkah keluar dari bilik. Affan masih setia menunggu Rayn di luar bilik mandi.

Tak sanggup dia nak tengok kakaknya muntah. Kang tak pasal-pasal dia muntah sekali.

Rayn terus merebahkan badan di atas tilam. Entah bila, dia pun tak sedar. Dia tertidur.

Bangun sahaja, jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Fuh, lama betul dia tidur. Dari pukul 9 sampai pukul 2.

Kelibat Affan cuba dicari. Pening kepalanya sudah reda. Tiada lagi rasa ingin muntah.

"kakak!! "jerit Affan bila terlihat Rayn yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

Rayn duduk di sofa twin. Phone dicheck. Pelik, selalunya 2 minggu lepas dia datang period. Tapi sampai sekarang tak datang.

"mengandung?? "perkataan itu tiba-tiba muncul di bibirnya.

"tak mungkin. "nafinya.

"tapi, boleh je jadi. "katanya lagi.

"kakak cakap dengan siapa?? "

Rayn tersengih lalu menggeleng.

"jom Affan, kita keluar. Kakak nak beli barang. "

"jom!!! Affan nak coklat tau!! "

"coklat je tau. "kata Rayn.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"dia pinang Zahra, untuk kau?? "soal Syakir

Umar mengangguk.

"kau patut gembira bro. "

Umar mendiamkan diri.

"tapi, aku nampak kau macam tak happy. Pahal?? "

"aku tak tahu. Hati aku, berbelah bagi. Antara Rayn dan Zahra. "

"apa susah, solat istikharah je. "

"dah. "

"dapat jawapan?? "

Umar menggeleng.

"belum lagi. "katanya.

"aku nak tanya ni. "

"apa?? "

"berat kau berapa?? "

"84. Kenapa?? "

"last timbang bila?? "

"minggu lepas. "

"aku rasa kau kena timbang lagi. Maklumlah, raya kan. Lepas tu, aku tengok tadi kau makan macam orang tak jumpa makanan setahun. "

"entah la, sampai je sini. Aku cepat rasa lapar. Maybe dah tua kot. "

"apa kena mengena?? "

"entah, aku pun tak tahu. "kata Umar

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now