"Duduklah makan, Rauf baca doa". Arah Aulia kepada Rauf apabila Rykal tidak menjawab soalannya itu tadi. Rauf membaca doa makan selepas Rykal dan perempuan itu mengambil tempat duduk mereka.
Mereka makan dengan penuh tertib dan beradab. Selesai sahaja makan, seorang demi seorang bangun membasuh pinggan dan cawan yang digunakan tadi kecuali untuk Danish dan tetamu perempuan tersebut.
Aulia membuatkan air panas untuk diminum selepas makanan di dapur manakala yang lain sudah berada di ruang tamu duduk berbual dan berborak di antara mereka. Selesai sahaja Aulia membancuh air panas iaitu teh O, dia memuangkan ke dalam cawan dan di bawa ke depan untuk di agihkan kepada mereka semua.
"Lia nak keluar kejap, ada benda nak kena settlekan". Kata Aulia kepada semua ahli keluarganya berada di ruang tamu itu. Tanpa menunggu balas dari sesiapa pun Aulia terus melangkah keluar meninggalkan rumah tersebut.
"Tak apa Faiq ikut dia, nanti apa-apa Faiq bagitahu". Kata Faiq kepada Rykal dan Aryan yang masih melihat pintu masuk tempat Aulia keluar tadi.
"Iya la, kalau ada apa-apa call abang terus". Kata Aryan kepada Faiq dan Faiq hanya membalas dengan mengangguk dan keluar bersama Danish untuk mengikuti Aulia.
~~~~~~
Aulia menghentikan kereta yang dipandu di sebuah kawasan tasik yang dipenuhi dengan pengunjung pada malam itu. Sedang Aulia memejamkan matanya, dia dikejutkan dengan ketukan cermin kereta di bahagian pemadu.
"FAIQ!!!!". Jerit Aulia apabila melihat gerangan orang yang mengetuk tingkap keretanya itu tadi sehingga membuatkan dia terkejut. Lalu, Aulia membuka lock pintu keretanya dan membenarkan Faiq serta Danish masuk ke dalam keretanya.
"Siapa suruh ikut?". Tanya Aulia kepada Faiq setelah lelaki itu masuk ke dalam kereta tersebut bersama Danish.
"Aku yang nak ikut. Aku tengok abang macam risau je kau tiba-tiba nak keluar, tu yang aku cakap dekat abang aku ikut kau". Kata Faiq kepada Aulia yang sudah memejamkan semula matanya dan turut bersandar di penyandar tempat duduknya.
"Yang belakang ni ikut sekali kenapa?". Tanya Aulia sekali lagi apabila dia melihat Danish juga ikut masuk ke dalam keretanya dan duduk di kerusi penumpang dibelakang.
"Aku nak suruh kau clearkan benda tadi". Kata Faiq setelah dia memandang ke arah Danish dan Aulia silih berganti lalu Faiq terus keluar dari kereta untuk memberi ruang kepada Aulia dan Danish berbual.
"Kenapa tak bagitahu yang You dah kahwin?". Tanya Danish kepada Aulia yang masih memejamkan mata dan hanya berdiam diri semenjak Faiq keluar dari kereta tersebut tadi.
"Dah kau tak pernah tanya". Kata Aulia dengan nada yang sama dia bercakap dengan Faiq dan masih dalam keadaan yang sama seperti dia memberhentikan keretanya.
"Erm kalau macam tu aku gerak dulu". Kata Danish lalu menuju ke arah pintu untuk keluar, namun tindakannya itu disekat oleh Aulia yang mengunci pintu kereta.
"Memang kau ada mata dengan telinga. Tapi sayang tak reti nak menilai guna kedua-duanya". Kata Aulia lalu dia memusingkan badannya ke belakang menghadap Danish yang berada di pintu kereta sebelah kirinya.
"What you mean?". Tanya Danish kepada Aulia dengan pandang tajam. Aulia hanya tersenyum mendengar persoalan dari Danish lalu menggelengkan kepalanya.
"Kalau aku dah kahwin, tak adanya si Faiq ada dengan aku 24 jam". Kata Aulia kepada Danish yang seperti hendak meletup dek menahan amarahnya kepada Aulia.
"Orang yang aku panggil sayang tadi, abang aku yang nombor dua". Kata Aulia lalu memusingkan semula badannya ke hadapan dan membuka semula lock pintu kereta yang ditekan tadi untuk menghalang Danish keluar dari keretanya.
"Maksudnya?". Tanya Danish lalu dia melangkah ke depan dan duduk di site penumpang disebelah pemandu untuk kepastian terhadap apa yang dikatakan Aulia itu tadi.
"Dia abang aku, Aryan Iskandar". Kata Aulia kepada Danish. "Kalau tak percaya juga boleh tanya Faiq pasal lelaki tu siapa dia dengan aku". Jelas Aulia lagi kepada Danish agar lelaki itu tidak membuat sebarang tindakan yang akan memeningkan kepala Faiq nanti.
"Aulia". Panggil Danish apabila melihat Aulia yang sedang menutup matanya bagi menenangkan fikirannya yang sedang bercelaru ketika itu dengan kerja university, kerja pejabatnya dan pembunuh ayahnya.
"Cakap je la, bukan aku tidur pun". Kata Aulia sambil mata masih terpejam manakala Danish pula hanya diam tidak tahu mahu mula dari mana apabila Aulia berkata demikian.
Aulia yang tidak mendengar apa-apa perkataan yang keluar dari mulut Danish mencelikkan matanya untuk melihat ke arah kirinya. Danish yang seperti memikirkan sesuatu membuatkan Aulia mengerutkan dahi melihat Danish.
"Nak cakap apa?". Tanya Aulia lalu memusingkan badannya menghadap Danish yang berada di sebelah kirinya begitu juga Danish juga memusingkan badannya ke arah kanan iaitu menghadap Aulia yang berada di tempat pemandu.
"Aku... Aku suka kau". Kata Danish sambil memejamkan matanya namun masih menghadap ke arah Aulia. Aulia hanya tersenyum kerana dia sudah sedia maklum tentang perasaan lelaki di hadapannya ketika ini.
"Kau tak suka aku ke?". Tanya Danish setelah tidak mendengar jawapan atau apa-apa dari Aulia selepas dia mengatakan perasaannya malah, Aulia hanya memandangnya sahaja.
ANDA SEDANG MEMBACA
Not Expected The Killer's
RandomTengku Aulia Isma yang sedang mencari dan memburu orang yang merancang untuk membunuh ayahnya dan yang telah menculik adik kembarnya sehingga mengakibatkan kematian ibunya pada usianya yang muda dan tanpa di sisi keluarga. Perkara yang tidak dapat d...
PART 10 || NETK
Mula dari awal
