"Faiq jumpa siapa malam-malam ni?". Tanya Aulia kepada dirinya sendiri, kemudian dia memakai seliparnya dan berjalan menuju ke arah Faiq yang berada di hadapan kereta milik kawannya itu.

"Faiq". Panggil Aulia setelah hampir tiba di belakang Faiq yang sedang berbual lalu dia melihat lelaki yang berada di hadapan Faiq.

"Oh Danish ke, kenapa tak ajak masuk dalam Faiq". Kata Aulia setelah melihat gerangan orang yang Faiq berjumpa pada ketika itu.

"Eh tak payah la, I sekejap je. Nak bagi benda ni dekat Faiq". Kata Danish lalu menunjukkan beberapa cd gaming di dalam plastik berwarna merah.

"Jom je la masuk, lagi pun dah langkah kanan". Kata Aulia kepada Danish dan terus beredar masuk ke dalam rumahnya semula.

"Jom la Danish, boleh kau kenal dengan family dia sekali". Kata Faiq lalu menarik lengan baju lelaki itu untuk mengikutnya masuk ke dalam rumah Aulia.

"Abang kita ada tetamu lagi seorang tau". Kata Aulia kepada Aryan yang menjadi pembantunya untuk memasak pada hari ini. Aryan mengangguk dan masuk semula ke dapur untuk mengambil satu set pinggan makan untuk dikeluarkan.

Beberapa minit kemudian, Faiq masuk ke dalam rumah diikuti oleh Danish di belakangnya. Arya dan Rauf yang berada di meja makan hanya tersenyum kepada tetamu yang berada di belakang Faiq itu manakala, Rykal masing bersama tetamu perempuan yang diundangnya itu.

"Mana abang, suruh panggil bakal kakak ipar pun lama sangat ke?". Soal Aulia apabila dia melihat meja makan itu telah dipenuhi oleh adik beradiknya, Faiq dan juga Danish hanya tiada Rykal dan tetamu perempuan.

"Sayang, apa kata sayang pergi panggil". Kata Aulia kepada Aryan, perkataan sayang yang keluar dari mulut Aulia membuatkan Danish tersentak dan pandangannya terus tertumpu kepada Aulia yang sedang berada di sisi lelaki yang dipanggil sayang itu tadi.

"Okay honey". Balas Aryan dengan bersahaja dan terus bangun dari duduknya untuk memanggil Rykal dan tetamu tersebut.

Faiq yang turut mendengar itu terus bangun dan menuju ke arah Aulia yang masih berdiri di tempat duduk Aryan tadi lalu dia menarik lengan Aulia untuk mengikut langkahnya menuju ke dapur.

"Kenapa kau dengan abang bersayang honey bagai?". Tanya Faiq separa berbisik supaya tidak didengari oleh Danish yang bersama Rauf dan Arya di meja makan.

"Apa? Salah ke, aku nak bersayang honey dengan abang aku?". Tanya Aulia semula kepada Faiq kerana baginya panggilan tersebut diberikan kepada abangnya bukan kepada orang lain yang tidak dikenali oleh Faiq.

"Bukan tak boleh. Tapi Danish ada dekat sini sekarang ni, and kau sendiri dah tahu yang dia suka dekat kau". Kata Faiq apabila teringat yang dia sudah memaklumkan kepada Aulia bahawa Danish menyimpan pereasaan kepada Aulia semenjak pertama kali mereka berjumpa di bilik Prof. Hanif.

"Benda dia sendiri tak nak luahkan, so padan muka dia la. Kalau dia nak percaya aku dengan abang ada hubungan selain adik beradik, lantak dia la". Kata Aulia kemudian dia melangkah keluar dari dapur selepas mengatakan ayat tersebut manakala Faiq sudah meraup wajahnya yang tidak tahu apa yang akan terjadi nanti apabila dia disoal oleh Danish.

Sedang mereka menunggu Rykal dan tetamu tersebut tiba di meja makan, Aulia sempat menoleh ke arah Danish yang berada di sebelah Faiq yang hanya senyap dari tadi tidak berkata apa-apa sepanjang adik beradiknya dan Faiq berbual.

"Sorry abang lambat sikit, abang teman dia pergi toilet atas tadi". Kata Rykal yang baru muncul bersama seorang gadis yang cantik dan manis di pandangan mata kasar mereka.

"Arya dengan Lia ada untuk bawa dia pergi toilet, kenapa tak minta tolong je dengan kita orang dua untuk teman?". Soal Aulia dengan nada yang mendatar apabila mendengar abangnya berkata demikian.

Not Expected The Killer'sWhere stories live. Discover now