🐰 02

2.1K 257 15
                                    

Dari semalam aku bekerja sampailah hari ni. Lagi dua jam majlis bermula, baru siap semua. Dan aku harap client aku tak complain. Karina juga bertungkus lumus seperti aku. Dan akhirnya siap semua.

Sekarang kami ke bilik masing masing untuk berehat. Aku bercadang mahu pejamkan mata sekejap, tapi aku tak sedar aku sudah sampai ke bulan. Maybe letih sangat sampai tertidur. Aku terjaga pun sebab Karina call aku. Lagi 30 minit majlis hendak bermula. Dan aku terpaksa bagitahu Karina yang aku lambat sikit.

Aku bangun bersihkan diri. Touch up muka sikit sikit. Just tak nak bagi nampak yang aku baru bangun tidur. Dress paras lutut aku sarung ke tubuh. Rambut pula aku gayakan biasa biasa je. Telefon diambil dan heel aku sarung ke kaki.

Dengan tergesa aku keluar. Sebaik saja tutup pintu, aku rasa badan aku terhempap something. Sakit bahu aku dibuatnya.

"Eii jalan punya besar, nak jugak langgar saya"

Aku dongak untuk pandang muka manusia depan aku ni. Segak dengan tuxedo hitam nya. Hensem tapi sayang, tak senyum. Menyampah pulak aku tengok.

"Excuse me. You yang tergesa gesa sampai tak sempat tengok kiri kanan"

Damn! Dia bebel pulak.

"Mana ada! Awak yang jalan tak pandang depan. Dasar lelaki!"

"Indeed a girl. Always nak menang"

Amboi! Kutuk aku pulak.

"Malaslah nak cakap dengan awak!"

Aku buka langkah untuk pergi tapi tangan dia lagi cepat merangkul pinggang aku dan buat aku terdorong ke belakang semula.

"Not too fast lil bunny"

Wait dia panggil aku little bunny.

"And what's wrong with you Mr Ice?" soal ku tak nak kalah.

"You dah langgar I bunny. You need to apologize for what you did"

Dia senyum sinis. Eii geramnya.

"Apa? Saya kena minta maaf? Hell no!"

"I'm waiting"

Dengan selamba dia silang tangan dia depan dada dia. Macam tengah tunggu order.

"No..."

"Heejin!"

Karina muncul. Muka dia risau semacam je. Maybe sebab aku belum muncul dekat dewan.

"Kau buat apa? Majlis dah mula dah pun. Client cari kau"

Karina pandang Jaemin dengan muka terkejut.

"Kau tunggu apa lagi beb. Cepat cakap terima kasih"

"Kat siapa? Lelaki ni ke?"

Karina mengangguk. What da hell. Tiber nak kena cakap terima kasih.

"Memang tak ah. Kenapa pulak kena cakap terima kasih"

Karina cubit lengan aku.

"Mamat ni yang selamatkan kau semalam. Cepatlah cakap terima kasih" bisik Karina.

Aku terkejut tapi aku kawal reaksi muka aku.

"Ekhm! Terima kasih" kataku dengan ikhlas.

"Pasal tadi. Tak nak minta maaf?"

"Fine i'm sorry!"

Aku terus tarik Karina pergi. Malas nak hadap lelaki ni lama lama.

Kami sampai di wedding hall. Ramai jugak tetamu. Aku berjumpa dengan client aku. Mereka cakap aku did a great job. Dan mereka puas hati. Lega aku dengar.

"Beb! Kau buat apa sampai kena minta maaf dekat lelaki tu tadi?"

Aku bet Karina mesti tertanya tanya sangat. Dan sekarang ni dia baru ada masa nak tanya aku.

"Aku tergesa gesa tadi. Aku terlanggar dia. Sakit bahu aku tahu!"

"Hmm patutlah. Itulah aku dah cakap jangan baring atas katil. Tengok, kau hampir hampir terlepas majlis ni"

Hmm dia dah start bebel dah.

"Fine aku salah. Tapi aku still survive kan. Aku ada je dalam majlis ni"

...

Son Of Evil | NA JAEMINWhere stories live. Discover now