" cis  , kau memang tak ada hati perut kan  .. Kau dah buat aku sensara dalam hospital dan bila dah bersua muka dengan aku  , kau buat-buat macam tak kenal pula  .. " sinis saja nada suara seunghun berkata  , dia ketawa melihat keadaan yoshi yang tengah menahan kesakitan tu  . Manakala sejambak bunga yang dibeli oleh yoshi terus terjatuh dan tak tahulah apa yang jadi  , rasanya dah rosak teruk  .

" aku dah cakap  , yang aku tak nak buat masalah dekat sini  .. Yang kau ni dah kenapa tiba-tiba tendang aku  .. " Mendengus Yoshi geram lalu dia cuba sedaya untuk menahan kesakitan pada bahagian perutnya  . Dia menikam tajam anak mata seunghun  , bibirnya diketap geram  . Baru saja dia mahu membalas  , tiba-tiba ada seseorang menumbuk wajahnya menyebabkan yoshi terhuyung-hayang  . Dia merintih kesakitan  .

" baru kau nak datang  , sudah pergi kerjakan dia tu sampai dia tak sedarkan diri  .. " arah Seunghun kepada orang-orangnya  . Lalu orang-orang suruhan seunghun mula memukul tubuh yoshi tanpa belas kasihan  .

■💎■

—Jiseol's Pov

Dah berapa jam aku duduk dalam kafe ni nak menunggu si yoshi yang masih belum tiba daripada tadi  , dia ni pergi mana pula  ? Jangan kata dia tinggalkan aku dekat sini  , andwae  ... 

Aku menilik jam tangan yang sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari . Maka  , kelibat dia pun masih aku tak nampak-nampak daripada tadi  . Dengan itu  , mulalah perasaan risau ni nak mengusai diri aku  . Kenapa dia lambat sangat  ? Aku dah penat menunggu ni  ?

Hesy  , kalau macam tu aku pergilah tengok dia  .. Nak tahu juga kenapa dia ni lambat sangat  .. Tanpa membuang masa yang lama  , aku menapak keluar daripada kafe tersebut dengan niat mahu mencari yoshi yang entah pergi kemana  , padahal motor dia ada je parking dekat situ  .. Entahlah kenapa aku rasa macam tak sedap hati pula dengan keadaan yoshi  ..

" arghh—" aku yang kebetulan mahu melalui kawasan lorong terus terhenti tatkala gegendang telinga aku ni terdengar bunyi suara seseorang tengah merintih kesakitan .  Dengan perasaan yang ingin tahu apa benda yang tengah berlaku tu  , aku pun mula mengorak langkah mahu meninjau keadaan tu .  Tong sampah yang bersaiz besar menjadi tempat untuk aku bersembunyikan diri  . Walaupun bau busuk semerbak  , aku just tahan je  .

Anak mata aku tertangkap pada bayangan sekumpulan lelaki yang tengah memukul seorang pelajar sekolah  , wait baju seragam tu macam aku kenal sekali dan lebih tepatnya itu adalah seragam sekolah aku  , ia memang benarlah. 

Aku memperkecilkan anak mata aku untuk cuba mengenal pasti lelaki yang kena buli teruk tu  , bila aku dapat cam wajah budak yang pakai seragam sekolah aku tu . Terus membulat anak mata aku tatkala lelaki yang kena pukul tu adalah yoshi  .

SIAL  ! yoshi kena pukul teruk gilerss  .. Aku kena call polis ni  ... Tapi  .. Ah  , lantaklah baik aku call polis sajalah  .. Lantas itu  , aku mengeluarkan smartphone aku dan cuba nak mendail nombor polis  .. Tapi tak sempat apabila ada seseorang telah merampas smartphone milik aku  ..

" yah telefon ak—"

" shhh  , kau tak payah call polis  . Nanti makin kecoh keadaan " tercengang aku dibuatnya apabila insan tersebut adalah haruto dan jeongwoo  , mereka berdua merupakan kawan kepada yoshi  . Huh—nasib korang ada.
" kau duduk sini diam-diam  , biar aku yang uruskan geng tak guna tu  .. Berani pula dia pukul kawan kita ya  " sempat lagi haruto dan jeongwoo berkata sesama sendiri .  Dengan acah bergayanya mereka menghampiri ke arah situ ,  masing-masing mula jadi acah gengster  . Aku pula hanya duduk diam-diam dekat situ dan pasang mata melihat suasana tu  . Aku nak tolong but aku kan insan yang lemah  .

" yah budak tak guna  " dengan adanya bantuan haruto dan jeongwoo mereka terus menumbuk satu per satu orang-orang jahat tu  . Aku yang menonton dekat situ hanya tercengang  , terkejut melihat aksi-aksi membahaya tu depan mata aku sendiri .

Push—

Bamm—

Akhirnya  , orang-orang jahat itu pun telah dikalahkan oleh jeongwoo dan haruto  . Serius dowh  , aku tak sangka haruto dan jeongwoo tu kuat orangnya  . Bila mereka sudah terlantar dengan keadaan cedera teruk  , aku terus menghampiri ke arah yoshi yang dalam keadaan lemah longlai  .

" yah  , gwenchana  ? " aku menyoal yoshi dengan wajah penuh kerisauan  , air mata aku ni nak saja menitis keluar namun aku pandai cover  , aku kesian bila tengok orang dalam keadaan macam ni  .  Dah tak kacak wajah yoshi kerana banyak calar balar  .

Yoshi yang terbaring lemah itu hanya mampu tersenyum nipis saja  , perlahan-lahan tangan miliknya mencapai sesuatu lalu dihulurkan ke arah aku  . Aku pandang sejambak bunga yang sudah hancur tu  .

" Mungkin aku tak dapat confess dengan cara yang lebih sweet macam orang lain dan aku mahu cakap i love you—" lepas yoshi melontarkan luahan itu terus tubuh milik aku dibawa masuk ke dalam dekapannya  , dengan eratnya dia memeluk tubuh aku . Aku ni pula acuh tak acuh  . Sebab malu sial bila haruto dengan jeongwoo pandang kitorang macam tu  ..

" yoshi-ah kau cedera teruk ni biar aku bawa kau pergi hospital " kata aku dan cuba untuk meleraikan pelukan tu  , namun langsung tiada tindak balas daripada yoshi  . Dia hanya melentokkan kepalanya pada bahu aku  .

" yoshi—" aku panggil nama dia dan cuba untuk melihat keadaanya yang macam tak bergerak apa-apa pun  . Bila aku meleraikan pelukan tu,  kelihatan keadaan yoshi sudah tidak sedarkan diri  .

" bawa dia dekat hospital sekarang  .. " lantas itu aku mengarahkan haruto dan jeongwoo untuk memapah yoshi ke hospital  . Dia dah tak sedarkan diri sebab keadaan dia begitu lemah .  Dan tenaga dia pun kekurangan  .

💎—■TBC





























【C】Bad Boy :: Save ME  |I 요시Where stories live. Discover now