R A Y N I L H A M - 1 8 💕

Start from the beginning
                                    

Rayn hanya mengangkat kening beberapa kali. Mangga yang tak masak dan masam itu ditelan begitu sahaja. Memang kegemaran Rayn.

"nah, kau pulak la yang kopek. Aku malas. "kata Nani lalu menyerahkan pisau dan buah mangga kepada Dilla.

Dilla hanya menggeleng.

"nah, rambutan frest. Abang Umar baru panjat tadi. "kata Nisa yang baru sampai disitu.

"uuu, kegemaran ku!!"jerit Rayn

"aip!! Tak nampak ke kerengga tu?? "soal Izza

Rayn tersengih.

"adu adu!!! Pe benda gigit bontot aku ni!! "jerit Nisa

Semua bangun dari tempat mereka duduk itu. Rayn dan Iman berdiri di atas pangkin. Manakala 4 lagi sudah turun dari pangkin buluh itu.

"wehh, semut do!! "kata Izza

"kerengga la!! "jawab Rayn, Nani, Dilla, Nisa dan Iman.

Izza tersengih.

"dah kenapa dua ekor tu?? Turun!! Roboh jugak pangkin tu karang!! "kata Atok.

Terus Rayn melompat turun dari pangkin namun entah dimana silapnya, kakinya terpelecuk menyebabkan dia wajahnya mencium tanah.

"Rayn!!! "jerit semua disitu. Kaum adam yang sedang mengemas kebun juga terhenti segala perbuatan mereka dan memandang ke arah Rayn.

Dilla, Nani, Izza, Iman dan Nisa cuba menahan tawa.

"ha!! 5 ekor tu tak tahu nak menolong ke?? "kata Atok

Terus mereka berlima menghampiri Rayn yang duduk tidak bangun-bangun.

"weh, kau okay tak?? "soal Dilla. Dia cuba memegang kaki Rayn namun dilarang oleh Rayn sendiri.

"sakit ke kaki kau?? "soal Nani

Rayn mengangguk. Bukan dia tak cuba bangun, tapi memang dah sakit sampai tak boleh bangun.

Abang kepada Nani datang menghampiri mereka. Saiful namanya. Kebetulan, Saiful adalah seorang doktor

Dia perlahan-lahan menyentuh kaki Rayn.

"adui!!!! Sakit Pul!! Slow ah sikit!! "kata Rayn

"aku takut patah je. "kata Iman

"hmm, kena pergi klinik. Takut buku lali kau retak ke apa ke. "kata Saiful

Rayn menggeleng kepala. Baru haritu dia pergi hospital dengan Arif. Ye, dia pergi hospital. Bukan klinik.

Pergi je hospital, terus masuk zon kuning. Tak cukup air. Masuk air 3 botol, dia boleh balik. Sebab tu la dia balik lambat. Ingat ke suspek denggi rupanya tonsil.

Dia dah serik nak pergi hospital lagi. Dah lama tangan dia tak kena amik darah. Last dia demam sampai masuk hospital 9 tahun yang lalu. Sakit oooo amik darah. Inject tu boleh terima lagi.

"apa geleng-geleng?? Tu la, buat perangai lagi. Nak terjun-terjun bagai. Lupa ke awak tu perempuan?? "celah Atok.

Rayn mencebik.

"sana, biar aku bawak dia. "satu suara garau mencelah.

Izza dan Nisa memberi laluan kepada Umar.

"boleh bangun tak?? "soal Umar

Rayn mengangguk walaupun sepatutnya dia menggeleng.

Umar menolong Rayn untuk bangun namun

"adu du du du!!! Sakit!! Sakit!! "jerit Rayn

"okay tak tu?? "soal Pak Su

Umar mengeluh. Terus di cempung tubuh Rayn dan berlalu ke bahagian hadapan rumah.

"erkkkk, somethinggg. "kata Dilla, Nani dan Izza.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"cuba jalan slow-slow. "kata Umar Rayn buat tidak dengar.

"aku cakap dengan kau ni Rayn, jalan la slow-slow. Jatuh lagi sekali sia-sia je. "kata Umar

Rayn memberhentikan langkahnya.

"ha, kenapa berhenti?? Jalan la lagi. "tegur Umar

"tolong. "kata Rayn.

Umar membantu Rayn untuk turun dari 3 anak tangga yang berada di luar klinik itu.

Tiada apa yang serius cuba terpelecuk sikit je. Tapi, sikit pun berbalut juga kaki Rayn.

Umar membuka pintu kereta untuk menyenangkan Rayn masuk.

Di dalam kereta, Rayn hanya mendiamkan diri.

"kau memang tak pandai cakap terima kasih ek?? "soal Umar

Rayn memandang Umar sekilas.

"thank you. "

"tak ikhlas. "

"mana abang tahu Rayn tak ikhlas?? "

"dari nada bicara kau pun aku dah tahu, Rayn Ilham. "

"jadi?? "

Umar mengeluh.

"kau masih marahkan aku?? "

"mana ada. "

"Rayn. "

"lusa kita balik Lumut. Dorang semua dah start kerja. Nanti balik, Rayn terus uruskan dengan Zahra. Abang tak payah risau, Zahra akan jadi milik abang. "kata Rayn

"Rayn, aku tahu kau tak nak buat benda ni.... "

"tapi abang nak. "potong Rayn

"perlu ke?? "

"perlu, untuk buat semua orang bahagia. "

"tapi kau?? Kau... "

"Rayn bahagia. Asalkan abang bahagia. "kata Rayn dan selepas itu, hanya senyap sunyi menemani perjalanan mereka.

Sampai di rumah Atok,

"weh, kau okay tak?? Teruk ke?? "soal Nani.

"sikit je. "

"sikit sampai berbalut?? Apa yang sikitnya Rayn oi. "celah Mak Long

"doktor kata, terpelecuk sikit je. Urat lari sikit. "kata Umar

"nanti Atok panggil Mak Temah urut kan, ye?? "kata Atok

"tak mau tak mau. Tak pe, sehari dua baik la ni. "kata Rayn

Macam dia tak tahu, Dill pun pernah mengurut dengan Mak Temah.

Cuma, Dilla cedera bahagian tangan. Dilla punya meraung, boleh pecah tingkap rumah. Meleleh air mata Dilla. Haih, boleh bayang tak betapa sakitnya.

"kalau kamu tak nak, meh Atok yang urut. "kata Atok yang sudah melipat lengan bajunya.

"no no no, Atok. Tak pe, nanti baik la ni. "

"tak de nya. Bak sini Atok urut. "

"arghhh, tak mau la Tok!!!! "jerit Rayn

Semua disitu ketawa.

Umar hanya menggeleng melihat reaksi Rayn.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Okay ke tak okay?? Selamat membacaaa.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now