"Aku boleh buat. Tapi, siapa dia?"

King senyum lebar namun dengan sekelip mata senyumannya itu bertukar sinis dan matanya masih dingin. "She is my queen."

Membulat mata Laio mendengarkan sebaris ayat King, "Kau pasti tentang ni, King?"

"Kenapa tidak?"

"Aku cuma tak nak kau tersalah pilih. Tapi, kalau itu pilihan kau, aku tak boleh nak kata apa." Laio membalas renungan King. Kaoru Hanashi.

King menganggukan kepalanya lalu dia berdiri, "Call me later." Laio hanya senyum. Bayang King sudah hilang di sebalik pintu suite miliknya.

Laio memanggil pembantunya, "Buat identity card for Kaoru Hanashi." Setelah itu, pembantunya beredar dari situ.

***

ARELL menghentak tangannya ke stereng kereta miliknya. Bengang. Figura Kaoru sudah hilang di dalam kereta membuatkan dia mahu meletup. Ke mana gadis kecil itu menghilang?

Arell bertindak dengan berjalan di kawasan orang ramai. Topi yang menutup kepalanya ditarik ke hadapan sedikit lagi. Dalam hatinya tak berhenti mencarut.

Kakinya mula memperlahankan langkah saat matanya menangkap satu figura yang dicari sedang berdiri di hadapan sebuah trak makanan dengan sosej jumbo di tangan. What the...

Belum sempat Arell mendekati gadis itu dia dapat melihat Kaoru mula resah di hadapan pekerja trak makanan yang meminta bayaran. Kelihatan Kaoru berkata sesuatu kepada pekerja tersebut menyebabkan pekerja itu mula berasa tidak puas hati. Tiada duit.

Arell menggulingkan matanya ke atas, "Tak ada duit, sibuk nak makan. Bodoh." Langkahnya diteruskan lalu beberapa keping not kertas diberi kepada pekerja tersebut, "Take this." Kemudian, pergelangan tangan Kaoru ditarik dengan kasar dan dibawa hingga ke kereta.

Sebaik saja sudah masuk ke dalam kereta, Kaoru menunduk dari bertentang mata dengan Arell. Sekarang dia berasa mahu takut masa buat kerja gila langgar arahan Arell, dia tidak berasa takut. Kaoru.

"What i have told you?"

"Hmm don't go anywhere till you comeback."

"And what have you did?"

"I'm go out and eat this jumbo sausage with cheese and a little bit chili sauce. It's yummy, you know." Kaoru teruja dapat menggigit sosej jumbo miliknya.

"Kaoru Hanashi." Dingin dan mendatar sahaja nada yang digunakan oleh Arell. Kaoru meneguk liurnya, "I'm sorry. Saya minta maaf tapi saya lapar tadi."

"Tapi, kau tak ada duit."

Kaoru menunduk sambil merenung baki k di tangannya, "Terima kasih sebab bayarkan." Arell menggelengkan kepalanya lalu dia mulakan pemanduannya.

"Jangan salahkan aku kalau kau diculik dengan orang yang sedang memburu kau nanti."

"Awak... sorry."

***

"AWAK."

Arell terus menghilangkan diri ke dalam mansionnya manakala tiga orang lelaki di ruang tamu memandang ke arah Arell yang terus naik ke tingkat atas manakala Kaoru masih memanggil Arell tanpa henti. Kaoru terus mengejar langkah Arell.

"Awak, tunggu kejap."

Shawn memandang Gabriel dengan pelik, "Bukan kau kata Kaoru nak keluar dari sini ke?"

"Hah tapi."

"Kenapa dia balik dengan Rell? Kau rasa..."

Ken memandang Gabriel dan Shawn bersilih ganti, "Kau rasa Arell suka Kaoru?" Serentak Gabriel dan Shawn memandang ke arah Ken dengan riak terkejut.

Gabriel ketawa kuat, "No. Hahahaha. He don't. Kenal tak sampai sehari dah suka perempuan tu? Oh come on, Ken... she is a lost girl in Itali. And its very funny if Arell which is King falling in love." Arell si kejam, dingin dan pembunuh atau lebih tepat mafia atasan sukakan Kaoru Hanashi? Nonsense. Lelaki seperti raja setan itu tak pernah jatuh cinta. Never.

Shawn ketawa kecil, "Betul cakap Gab tu Ken. Kau patut stop fikir begitu. Mungkin Rell bawa Kaoru pulang sebab dia kasihankan perempuan tu ke?"

Kali ini Ken pula ketawa, "Arell kasihankan seseorang? Pernah ke? Bukan kau kata dia lelaki kejam dan tak berperasaan? Kenapa dia perlu tolong perempuan tu?"

Kali ini Gabriel dan Shawn terdiam. Benar apa yang dikatakan oleh Ken. Lelaki seperti Arell itu tidak pernah kasihankan orang. Tiada perasaan dan kejam. Jadi apa sebab Arell bawa pulang Kaoru?

Sementara tiga jejaka kacak itu dalam kekeliruan, Kaoru menghalang jalan Arell dengan mendepakan tangannya. "Awak."

"Ke tepi."

Kaoru menggelengkan kepalanya lalu mendekati Arell dengan berani, "Awak marahkan saya ke?"

Arell memandang ke arah lain, "For?" Kaoru mengeluh perlahan lalu tangannya mencapai tangan lelaki itu walaupun jantungnya berdegup laju kerana takut.

"Saya tahu awak marahkan saya tentang tadi. Saya minta maaf sebab tak dengar cakap awak dan buatkan awak risau tentang saya." Kaoru dengan berani merenung wajah Arell.

"Hmm."

"Awak."

"Apa lagi, Kaoru?" soal Arell sambil melangkah masuk ke dalam biliknya diekori dengan Kaoru.

"Hmm saya nak pinjam baju."

Arell menjongketkan keningnya seraya bertanya, "Mana baju yang aku bagi?"

"Saya dah masukkan dalam bakul baju kotor. Awak..." Kaoru menarik hujung baju Arell dengan sengihan lebar.

Arell hilang dalam ruang wardrobe lalu kembali dengan beberapa helai baju di tangan. Kemudian, baju tersebut diberi kepada Kaoru. "Out."

"Terima kasih, awak." Terkedek-kedek Kaoru berlari anak keluar dari bilik Arell.

Arell masih merenung pintu biliknya yang sudah terkatup rapat. Lama. Satu helaan nafas dilepaskan lalu satu senyuman tersungging pada bibirnya.

"Carino."







Any comment?
Boring, huh?

DEADLY ROMANCEWhere stories live. Discover now